Thursday, 25 July 2013

GIVERS GAIN

Assalamualaikum w.b.t dan salam ramadhan.

Dah lama nak update blog, tapi tak kesempatan. Alhamdulillah bulan ramadhan ni sibuk dengan kerja menambah rezeki dan tak lupa juga banyak membuat amalan menderma. 'Givers gain' the more you give the more you shall receive. 

First time bulan puasa ni salah satu amalan menderma yang tak pernah saya buat seumur hidup, saya gagahkan diri untuk mencuba. Bersama dengan abang saya yang dah jadi seasonal donor, mengajak saya untuk menderma darah. I agreed. Rasanya takdelah takut sangat. So bersama isteri dan adik, kami pergi untuk memderma dengan semangat berkobar kobar.

Sebelum kita nak memderma darah, our blood will be tested first to see whether our blood is 'healthy', bebas dari sebarang penyakit (AIDS, Hepatitis A, B, etc). Secondly, the blood of the donor mestilah tip top, not low in iron for example, dan di sini adik dan isteri tak pass. So tak dapat mereka teruskan usaha murni ini.

I was next and so far the result indicated that i was good to go. Boleh derma. Tapi this day was special. I was not required to donate blood, but the blood bank needed my platelet, URGENTLY. If i was not mistaken, it was for a cancer patient. They require platelet due to chemotherapy side effect.

Platelet ni yang heal the wound and jadi parut bila kita luka. Only male can donate platelet. A bag of platelet can only last five days. Once you donate, it takes 2 weeks for you to be able to donate again. So this 'juice' is scarce, tak banyak, dan susah nak simpan because of its short lifespan. Kalau ada patient perlukan platelet, mengelabah lah blood bank telepon donors to come and donate. Unfortunately, the number of donors is very small, and not all donors are available when they are needed. 

Tuan puan, 1 bag platelet ni (tak ingat berapa mililiter) cost RM1,200 for the patient. Terduduk saya. Dah lah sakit, and you have to fork out a fortune to 'heal' yourself.

The process is complex to extract the platelet. Blood is pumped out from your vein. Lepas tu the machine will separate the blood into other units (plasma, platelet, etc) and then pump back inside your body kecuali platelet. This is called a cycle. I have to endure 5 cycles which took around 45 minutes to complete the whole process. Donating blood only takes you 5 minutes.

Left: My platelet Blood type A+
Colour platelet ni sebenarnya warna kuning. Nurse tu cakap platelet saya pekat sikit dari biasa. Terus terfikir, adakah sebab saya dok minum SUSU KAMBING ke? Nurse cakap tak. Dang!! Ingat terjumpalah eureka moment kesan minum susu kambing. Nurse tu cakap mungkin sebab banyak makan makanan bergoreng dan berminyak. Pulak dah!!! 

This was a unique experience for me, and definitely I will continue to be a regular donor. Salah satu sebabnya ialah semasa saya menderma, kelihatan juga ramai orang dari pelbagai agama, bangsa, latarbelakang, tua, muda datang menderma darah. When you put yourself as a patient who needs blood and dependent on it, and realise that the blood you receive is from an indian aunty yang jual chapati that saved your life, mahu menangis kan. 

Jadi tuan puan para penternak, ambillah peluang di bulan ramadhan ini untuk beramal sedekah dengan menderma darah. Dapat jugak pahala berlipat ganda, Insya Allah.



Ok dah melalut cerita, takde ke news or update on goats or goats milk?

Ade, tapi tak cukup research lagi. Salah satu cerita nak kongsi ialah susu kambing dari induk yang mengalami keguguran. Boleh minum tak? Ada bahaya ke? What can cause a doe to miscarriage? Saya nak kongsi input ni because ade dua kambing LRGF mengalami keguguran. Satu jamna dan satu lagi boer. Hopefully on my next post.

Satu lagi topic which I'm excited to post in about fats in goats milk. Lipid. The fat that makes you loose fat! Loose weight. On top of that, it gives you that continuous energy, as how athletes use to enhance their performance. 

Wasalam.






Sunday, 14 July 2013

FAQ FROZEN GOATS MILK

Camne naik minum susu kambing bila frozen? 
Berapa lama susu tahan bila beku?
Camne nak simpan?

Tuan / puan, ni lah soalan yang selalu diajukan kepada saya pasal susu kambing sejuk beku ni.

Left: Frozen goats milk. Right: Defrost / Diluted goats milk

Gambar diatas ialah susu kambing 300 ml. Jika dilihat, warna susu yang beku bewarna kuning dan bila dah cair, ia bertukar kepada warna putih. So jangan risau kalau dapat susu beku tu warna kuning. Its because of the freezing process, bukan susu tu tak fresh. 

How fresh is the milk? Good question. The 'concept' of freezing ni is very simple. Whatever the state of freshness the milk is frozen, it will turn out the same when defrosted. Maksudnya kalau susu tu baru sahaja diperah, disejukkan dan kemudian disejukbekukan (very fresh), it will stay as fresh when thawed (dicairkan) and vice versa. Frozen goats milk can last you for a very long time (months) if kept frozen.

So ada 3 cara yang biasa saya praktikkan untuk minum susu kambing yang beku ni.

Pertama, susu kambing yang beku ni kita pindahkan ke dalam fridge / peti sejuk overnight. Keesokkan harinya susu kambing beku tu dah cair dan boleh terus minum. 



To maintain freshness, keep refrigerated at 4 celcius. Kalau dibiarkan sahaja dalam peti sejuk, saya dah eksperimen dimana susu still fresh untuk diminum selama 11 hari. Hari 12 kurang fresh, slightly off taste starts to develop. And this is raw milk, not pastuerized.

Cara kedua pula is leaving the frozen goats milk at room, tempreture. It should defrost / thawed within 2 hours. Saya selalunya guna cara ni. Keluarkan susu beku pukul 8pm dan minum pukul 10pm sebelum nak tidur. Saya recommend minum pada sebelah malam. Proses penghadaman susu hanya mengambil masa selama 20 minit je, selepas tu boleh tido dengan nyenyaknya. Satu lagi dari pengalaman saya, you can feel the 'goat milk' effect the next day, feeling energize, tidak nantuk dan kurang penat. Give it a try.

Yang ketiga pula ialah dengan merendam susu beku dengan air paip, which should defrost aroung 30 min to 40 min. Kalau guna air panas lagi cepat proses pencairan. Teknik rendam seperti gambar di bawah ni.



Here are some tips i would like to share.
  • Bila dah thaw susu beku tu, cuba habiskan. Kalau tak habis cepat simpan balik dalam fridge.
  • It is not advisable to freeze it back bila dah defrost, walaupun saya pernah cuba. Bila dah defrost, the milk temperature is suitable for bacteria to start producing and grow. (refer back tip 1)
  • Yes you can boil the goats milk (usually indians are accustom to this method), but from my humble opinion, no need. You'll 'destroy' a lot of the goodness away.
Berapa banyak perlu kita minum susu kambing ni? Ideally a cup of goats milk is sufficient enough for daily consumption if you are on a normal 'Malaysian' diet. This is not proven ye tuan / puan. Saya agak je sebab we still get other nutrients from other food source we consume everyday. 

However, one famous ambassador of goats milk is Mahatma Ghandhi. Known for his healthy vegetarian diet regime, he drank 1 litre of goats milk a day. When Gandhi toured London to attend the first Round Table Conference in 1930, the Indian community was in a dilemma as to how to arrange goat’s milk for him. The community decided to approach Dr. Kripa Pal Bali to contact one of his gypsy patients who used to rear goat and arrange a litre of goat’s milk each day during Gandhi stay. He also drank goats milk to recover his health and energy after a long period of fasting.  Adalah kebaikan di sini untuk kita minum susu kambing masa berpuasa ni.

Ok, hope this cover the basic thing about the post today. Enjoy your goats milk and make it a part of your healthy diet. Mbekk!



.



Thursday, 11 July 2013

CROSS BREEDING 101 (con't)


Salam semua.

Post ini sambungan discussion cross breeding di antara saudara Naxz (blognya di sini mengenai bebiri) dan juga saudara Don Capra Hircus. Lebih detail lagi tahap saya pun baru faham. Mari kita hayati.

Naxz: Kalo nk buat smpi F4, kita kne ada pejntan 4 ekor.betul ke?

Don Capra: 4 ekor kalo betul2 taknak ada sumbang mahram, outbreeding, tiada hubungan langsung. hehe. tapi kalo 2 ekor pun boleh, dengan kaedah linebreeding, antara datuk dengan cucu. inbreeding ni antara bapak dengan anak.

Pejantan: Arnold & Stallone

Arnold x Induk = A1

A1 (Anak A) x Stallone = S1A1 (cucu Arnold, anak Stallone)

S1A1 (cucu A, anak S) x Arnold = S1A2 (cucu Stallone, anak Arnold)

S1A2 (Anak A, cucu S) x Stallone = S2A2.

Guna 4 ekor pejantan ni kaedah outbreeding. pejantan dari luar dibawa masuk, tiada langsung pertalian dengan induk. lebih bagus outbreeding kalo kita nak kambing kita lebih perform, lebih kuat. tapi kalo kita nak maintain ciri2 yang kita nak tu, linebreeding & inbreeding kaedahnya. namun begitu ada juga kesan negatif dari linebreeding & inbreeding di mana, deformities, kelemahan juga akan diwariskan.

Naxz: Bg sy inbreeding ni x elok.bnyk klemahan dr segi fizikal n genetik. At least kita kne ada 2 pejantan utk elak inbreeding. walaupun pejntan ni harganye mahal, tapi long term kita dpt untung jugak. Yg penting kita tak nak induk betina kita makin hari makin kecik saiznya.

Don Capra: Betul, setuju. inbreeding ni tak elok. takda penambahbaikan. sebab tu, kita boleh kahwin dengan sepupu atau ajnabi, tapi tidak digalakkan. sebab faktor kelemahan yang diwarisi ni la.

Sebagai contoh, pejantan yang kita ada, parasite resistance kurang. kemudian kita kahwinkan balik dengan anaknya, macam mana parasite resistence tu nak improve bertambah baik kalo kita downgrade?

betul, sekurang-kurang 2 ekor pejantan dalam satu masa. tapi tu la macam bro naxz cakap, kos. harga pejantan mahal, lagi2 yang tiptop. nak maintain dia lagi. satu cara yang boleh diamalkan adalah, bertukar pejantan dengan kandang berhampiran dengan kualiti pejantan yang sama. kena kowtim, rotate. at least simpan di kandang tu sebelum anak hasil pejantan pertama datang biang pertama.

untuk menjimatkan kos, kita boleh guna 1 pejantan eksotik macam Anglo Nubian & 1 pejantan local dengan menggunakan sistem rotational crossbreeding.

Rotational crossbreeding (silangan pusingan antara 2 baka, boleh jadi 3 boleh jadi 4 baka):
Pejantan: Anglo & Katjang

Anglo x Induk katjang = A1 [50% Anglo 50 % Katjang

A1 (Anak A) x Katjang = K1A1 [25% Anglo 75% Katjang]

K1A1 x Anglo = K1A2 [62.5% Anglo 37.5% Katjang]

K1A2 x Katjang = K2A2 [31.25% Anglo 68.75% katjang]

K2A2 x Anglo = K2A3 [65.625% Anglo 34.375% katjang]

Boleh dimasukkan juga sistem terminal crossbreeding. Terminal crossbreeding ni adalah mana2 anak yang lahir dari pejantan terminal, akan dijual semuanya jantan betina untuk slaughter. Contoh baka Boer.

Dari K2A3 x Boer = anak semua jual untuk sembelihan.

Boleh juga gabung sistem, Roto-terminal.

Naxz: Dengan fokus kpd pembiakbakaan ni,secara x langsung kita akan membuat rekod utk ternakan kita. Tag telinga merupakan satu kemestian utk bezakan generasi A1,K1A1 dll. Setiap generasi berlainan warna, barulah kita x pening kepala nanti. Tq for kapten don atas penerangan yg diberikan.


Nampak tak tuan puan, salah tu sebab pentingnya kena buat rekod ternakan. Tq to both goat bloggers in participating on this topic. 

Selamat malam, selamat bersahur dan selamat berpuasa. Mbekk!





Monday, 8 July 2013

CROSS BREEDING 101


Salam sejahtera penternak sekalian. Pertama sekali hamba nak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca. Walaupun baru je start blog, namun respon nye tidak lah saya sangka. (Saya refer dari blogger nye overview. Tak tahu lah betul ke tak. Bukannya pandai nak intrepret pun.)

Ok. This is a short post sebab content ni cukup padat, ringkas dan mudah di fahami. Wajib untuk saya repost untuk kesenangan para penternak yang baru.

Setinggi tinggi terima kasih kepada Don Capra Hircus diatas penjelasan di bawah. Saudara saudari boleh layari blognya di sini. Menariknya tentang beliau ni ialah researchnya tentang penggunaan herba sebagai alternatif makanan / ubatan kepada kambing kambingnya. 

Statement di bawah ni adalah respon beliau kepada previous post saya 'Kami dan Shami'.

Assalam tuan tanah.

Bila sebut pasal crossing ni, buat saya tertarik. Saya ada baca, target tuan adalah Fullblood. Sebenarnya tuan tidak akan mencapai taraf fullblood, hanya purebreed. Maksimum darah Shami yang boleh dapat 99.99999%. Takkan dapat 100%. Tuan boleh hasilkan baka composite tuan sendiri.

Baka composite adalah baka yang dihasilkan melalui crossbreeding, kemudian bila capai tahap yang kita nak, kita stop crossbreeding dan bela hasil akhir tu sebagai 1 baka baru. tiada lagi crossbreeding hanya linebreeding & outbreeding.

Berapa kali cross yang nak dibuat? katakan 4 kali cross dengan Pejantan shami. Ini kiraan saya.

100% Shami x Boer cross = 50% Shami 50% Boer cross (f1)
F1 x 100% Shami = 75% Shami 25% Boer cross (f2)
F2 x 100% Shami = 87.5% Shami 12.5% Boer cross (f3)
F3 x 100% Shami = 93.75 % Shami 6.25% Boer cross (f4)

Bila dah dapat f4, stop crossbreeding. Tetapi SELECTION perlu dibuat. Buat selection semasa di F1, F2, F3, & F4. Lagi cepat kita capai ciri2 yang kita nak. pilih 2 3 ciri sahaja, contoh, susu yang banyak & kenaikan berat yang cepat.

Lepas dah stabil, boleh la register baka tu macam Jermasia, Lalah Shami ke apa ke.



Sekian. Mbekk!!

GERUN TENGOK SHAMI


As Salam semua penternak.

Post hari ni nak menjawab soalan dari Tuan El Cabras Hambriento dari blog House of Goats Soalan nya

"Hamba gerun tengok baka shami. One bcs of its sheer size. Tak susah ke nak manage, buat treatment and so on? Two bcs I have bad experience with non local breeds"

Para penternak sekalian. Sukacita saya sertakan video shami jantan di LRGF.



Lepas tu mari kita membaca pula post mengenai 'teori' kambing telinga panjang di sini

So kalau kita buat kesimpulan, ada juga kebenaran mengenai kambing shami ni. They are a playful and friendly lot. Walaupun begitu, bila playful tuh kadang kadang menanduk jugak. So memang shami jantan di LRGF ni tak takut atau defensive dengan kehadiran orang. Tak tahu pulak orang lain yang bela shami macamane. Please share, especially yang induk. Regardless of their sheer size, from my experience and observation, our shami bucks are gentle and 'harmless'. Ini adalah fakta di LRGF, bukan mewakili kandang kandang yang lain atau secara umumnya.

Adakah 'trait' ni ada pada anak anak mereka? Dari 15 ekor jantan di LRGF, hanya satu sahaja yang playful, iaitu Remy. Boleh tengok dia kat sini. Yang betina pulak, bila kita masuk petak kandang dia je, mula lintang pukang lari.

To anwer Tuan ECH in regards to managing these shami goats, setakat ni we have nothing to complain about, YET. Firstly sebab we only have 3 shami bucks. Memang takde masalah sesangat. Secondly, because we are practicing intensive system breeding, maka gejala dan masalah berpenyakit amat kurang (controlled environment). I cannot even recall we have to administer any treatment to them. Do we need to put a lot of attention to them? Nope. 3 jantan dan 94 betina, they should be very grateful and happy. Intake makanan pun sama. Petak kandang pun luas dan tidak padat. Takde nak bagi special feed. We have also received a few twins too from their mating with the boer does. No kipas or aircond walaupun bulu tebal dan banyak (risau jugak pasal heat stress).

Data ini adalah berdasarkan pada 'present time'. So apabila betina kacuk ni dah besar, saya updatekan pula their performance and managment pulak.

Now for my question pulak to Tuan ECH. What was your unfortunate experience with non local breeds? Kindly enlighten us brother if you don't mind.  I'm sure our fellow breeders especially the new ones can have an insight and learn from this.

The gentle gaint with the goat smile.














Saturday, 6 July 2013

KAMI DAN SHAMI


Lalah River Goat Farm is a very small scale dairy goat breeder. Ladang kami terletak 2 km dari main road yang melalui ladang kelapa sawit yang luas mata memandang. Kami menternak secara intensif. Ikut hati nak buat semi intensif, (fresh forage galore for the goats to browse) tapi restricted. One reason, kes kecurian di sini boleh dikatakan menjadi jadi.

Populasi keseluruhan at present time ialah 94 betina dan 21 jantan =115 ekor kesemuanya. Kambing kambing merangkumi 4 jenis baka iaitu Shami sebagai pejantan dan Boer, Jamna, Kampung sebagai induk.

Pure shami jantan je 3 ekor. Betina tak mampu nak beli. Kalau saudara naxz boleh bawak masuk shami harga rm100 kat pakistan tu, saya lah first customernya. 

Last beranak 2 ekor. 1 betina diberi nama Nabila, lahir 16 mei 2013, berat lahir 3kg dan 1 jantan namanya Fandi, lahir pada 10 Mei. Berat 4kg. Kedua-duanya  kacukan shami boer.

General info about shami. The larger body weight gives it an advantage as a dual purpose breed, primarily milk and meat. In Cyprus, this goat are able to produce 8.5 litres of milk a day. Champion tuh. A trait all dairy breeders look for. They are tall and have quite long and strong necks. Telinga panjang, bulu tebal dan panjang.

Shami Buck
Shami Sire
Unfortunately, I cannot elaborate much about Shami sebab ade 3 ekor je. To small of a number to really study the performance of this breed. And i do not rely or depend too much on the data overseas about these goats sebab environment and breeding condition berbeza. These goats are not tropical climate breeds. Tapi setakat ni, alhamdulillah, they do what they are supposed to do. Breed dan sangat kurang dapat penyakit.

Tuan tuan dan puan puan, di bawah ni pula adalah gambar kambing kacukan shami pula, generasi pertama (F1).

Aaron: Shami Boer
5 month old billies

Karlos: Shami Kampung. Approx 6 mth old. 30kg
More billies (back profile) Notice that shami cross (F1) breed ni is 'fluffy'

Para penternak sekalian.

Salah satu usaha saya untuk memperbaiki sistem penternakan LRGF ialah dengan membuat husbandary record atau rekod ternakan kambing. Nothing too fancy and sophisticated. Dalam Excel je. A simple track record of the goats birth from which dam, sire, monthly buck's weight and others. Kepada yang belum start, disaran untuk mempraktikkan. Banyak kelebihannya, which i shall share shortly. FYI saya baru je pun bermula buat rekod pada bulan April 2013.

So why are we cross breeding with the breeds mentioned? For 2 main reason:

Pertamanya, untuk mendapatkan full blood Shami (does) selepas generasi ke 4 untuk tujuan tenusu. Maksudnya, does generasi pertama ni akan 'dikahwinkan' dengan Shami penjantan lain untuk dapat offspring generasi 2 (F2). Kemudian F2 'dikahwinkan' lagi dengan Shami penjantan lain, dapatlah F3 dan seterusnya. It is quite a long duration and process. Unfortunately, saya belum lagi dapat mencari  penternak lain yang dah ada track rekod on the outcome of shami cross breeding nih. Kalau ada otai otai yang dah ada sejarah, sila recommend kat saya.

Yang keduanya pula, saling berkait dengan yang pertama jugak. Adakah mengkacukkan shami dengan baka lain ni akan menghasilkan baka baka kambing yang 'above standard'. Maksudnya can this breed be able to produce a substantial amount of milk in the future, better then their predecessor or even weight growth that could suggest their capability as being a premium dual purpose goat.

Walaupun pelbagai faktor faktor lain yang harus dipertimbangkan seperti makanan, genetik, climate dan sebagainya, this is as much as we can do at the moment and hope to learn and improve as we go along. Successful, fail, so so..tak pe. Kita cuba eksperimen dulu and hopefully we will be able to collect as much data and outcome for others to study and research.

Ok back to record keeping tadi, this is one data yang menarik untuk saya kongsikan. Gambar di bawah ni adalah kambing kambing kacukan jantan dalam satu kandang, umur 5 bulan.


Before we translate this data, a gentle reminder that this is a NOVICE breeder punya data. Banyak jugak kekurangannya.

Menurut pengalaman penternak penternak kambing eksotik, selalunya bila kambing diimport ni di bawa masuk ke Malaysia dan diternak, didapati performance kambing akan menurun dan bermasalah (kidding rate to weight and size gain) due to a few factor. (Please correct me if I'm wrong ye) This can be from the genetic trait itself (not breeding protocol, low grade breed), heat stress, dan bermacam macam lagi. Tapi tuan puan kena ingat, goats has been a domesticated animal for thousands of years and they a considered as a HARDY creature, able to adapt in many conditions.

Data Pertumbuhan Y.N Antionades from Cyprus (Shami pure breed goat breeder since 1929 yang mengeksport kambing ni) menyatakan bahawa;

  • Kadar berat lahir jantan shami ialah 4.4 kg
  • Berat pada umur 15 minggu ialah 29.2 kg
  • Berat pada umur 1 tahun ialah 60 kg
Data Pertumbuhan LRGF pula adalah seperti berikut;

  • Kadar berat lahir jantan shami kacukan boer ialah 4 kg (refer Fandi)
  • Berat pada umur 15 minggu ialah 26 kg
  • Berat pada umur 1 tahun ialah ?kg (takde rekod lagi)
  • Tidak melakukan 'fattening'. Makan 2 kali sehari iaitu campuran pelepah daun sawit yang dikisar dengan soya. Minimal use of dedak. 
Ok here goes. Comparing the growth of both data, there's not much of a difference kan? If kambing kacukan ni mampu maintain the average growth weight between 4 to 5kg a month, tidak mustahil beratnya boleh mencapai 55 to 60 kg dalam masa 1 tahun. Untung ni kalau jual.
Potential shami boer ni! As good as the pure breed shami.

Tuan tuan dan puan puan. I do not want to put your hopes high yet because the data is still in the early stage and too soon to predict. We shall see in a few months time and hope its good news for all. Aaron (pix above) is the 'sample' of this data.

However, the data lain pulak dengan anak jantan shami cross kampung dan shami cross jamna. Berat naik slow. Hairan bin pelik. Semua anak anak jantan dalam satu kandang. Makan pun semua sama. Dia orang kena buli dengan shami boer ke? Cross breeding tak ngam ke? Pulak dah... and we've yet to figure out what is the cause of this.

Tu je lah setakat ni because baru start buat husbandry record and its very useful as you can see the sample above. Banyak lagi boleh dirungkai dan diterokai so its never to late to start. Ni belum masuk lagi kidding rate, mortality dan sebagainya. We can also compare our findings and other breeders findings to justify and improve our skills and technique. Barulah nampak diri kita macam knowledgable breeder kan? Orang nak kelentong kita pun tak terkelentong.

Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat hujung minggu. Mbekk!!

Thursday, 4 July 2013

SPARTA!


Some may have seen this in photos, but here is the video.


I apologise for the poor sound quality. Well actually tak perlu apologise pun sebab masa ambik video ni, hujan tengah lebat, sangat lebat. 

Hebat! Mengagumkan! Dahsyat betul soldier soldier ni. Seperti seorang perajurit, this goats are super hardcore and very well discipline. Some who has visited his farm will agree with my statement.

Tuan tuan dan puan puan. This is my first visit to a goat breeders farm in Bidor, Perak as part of my learning experience in this goat industry. Empunya kambing kambing in ialah Prof. Alwi (bukan self proclaim ye, breeders yang proclaim title prof tu). Seorang penternak kambing pedaging berkonsepkan low input husbandry, yet able to achieve high output performance through local breed / blood goats. Possible? Impossible! Judging from the video, the evidence speaks for itself.

I was lucky to 'bump' into his blog as i was doing my research. Blog yang cukup padat dengan ilmu dan nasihat. Macam ensiklopedia menternak kambing Jilid 1. Saya amat sarankan kepada sesiapa yang ingin mengetahui atau mendalami ilmu menternak kambing (pedaging) untuk WAJIB membaca blog ni dulu. Post by post. The link is here

Terima kasih tuan alwi kerana sudi menerima saya sebagai tetamu dan juga tidak lokek dengan ilmu dan tunjuk ajar. It was an eye opener experience for me. Yang tak tahan tu tengok kambing dia. Macam kanak kanak riang. Happy and super fit. 

Left: Prof Alwi (muda lagi prof ni)
Part and parcel untuk menghadapi cabaran sebagai penternak kambing yang baru nak berkecimpung ni, kena lah buat ramai kawan, networking with other breeders. Cannot ignore them, treat them as rivals, so on and so forth. Kita yang rugi bro. Industri yang rugi, kambing pun rugi. With the current scenario (refer my previous post 'Poor man's cow), we stand united, Insya Allah, cerah masa depan. This is my humble opinion folks.

I would also like to recommend visiting other goat bloggers. (Do check out my goat bloggers too (worth recommending). Dan jika ada blog penternak lain pun tolong recommendkan kat saya. Kalau dia orang ni penternak kambing tegar, lagi dialu-alukan. Kalau kat facebook pulak, kena join  Group Pembiak Kambing/Biri-biri Tulen. Komuniti penternak kambing yang sangat supportif, progresif dan inovatif.

We are sparta!! Mbekk!!

The famous Diego, the so called 'grass cutter'. 






Tuesday, 2 July 2013

A POOR MAN'S COW...


Secara am di Malaysia, industri penternakan kambing adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (121.39%), telur (113.79%) dan lembu (24.88%), tahap saradiri pengeluaran kambing dan daging kambing pada tahun 2007 hanya mencapai 8.75%.

Pada ketika ini, Malaysia masih bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. 

Dipetik dari Siri Panduan Asas - Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya

Ok intro yang secara tidak langsung menunjukkan penternakkan kambing / bebiri ini ada potensi yang besar di Malaysia. However info di atas ni is too general and vague. Kalau google pun, kebarangkalian info yang diberi menunjukkan peratusan dan sebagainya. Maksud saya, sebagai seorang penternak atau baru berfikir untuk memulakan perniagaan penternakan kambing, secara kasar berapa banyak actually kita mengimport daging kambing ni? Kalau ade numbers atau info yang lebih tepat, yang boleh nampak, pasti berkobar kobar orang nak membela daging kambing ni atau sebaliknya. 

To simplfy, kalau import banyak, permintaan sure tinggi. Logik.  

So kebetulan saya bertemu dengan sahabat sekolah saya, yang berkecimpung dalam industri mengimport frozen carcass meat and this is what he shared and revealed to me. 

Sebenarnya ada beberapa 'market player' yang mengimport carcass mutton and lamb ni, On average or at times, the importer bawak masuk sebanyak 50 kontena bersaiz 40 kaki dalam sebulan. Satu kontena bersama 22 metric tan. And 22 metric tan is equivalent to 22,000 kg of carcass.

22,000kg x 50 kontena = 1,100,000.00 kilogram of frozen lamb / mutton carcass a month! 

1,1 million kg pulak dibahagi dengan 16 kg average weight carcass, you'll get 68,750 carcass.

Ini baru satu company yang mengimport! Unbelievable! Shocking! Inspiring! Insane!

So tuan tuan / puan puan, now we can see a clearer picture kan? Soalan demi soalan dah mula berlegar di minda. Imagine, berapa ramai penternak yang diperlukan untuk CONSTANTLY supply that amount every month. Ada ke bantuan dan galakkan dari kerajaan atau mana mana organisasi untuk memajukan industri ini secara domestik, yakni membantu penternak tempatan dan reduce dependent on meat import. Nak start bela kambing apa yang produktiviti dia cepat? 

Terpulang pada kebijaksanaan tuan tuan puan untuk menafsirkan info di atas, but 1 thing for sure, goat breeding has potential. Very big potential. 

'A poor man's cow'. I beg to differ. 

Majulah kambing untuk negara. Mbekkkk!

P/S: info post ni dari sumber saya dan sekiranya terdapat percanggahan atau input yang berbeza, do comment and enlighten us.