Thursday, 31 October 2013

FAMA TAK BOLEH BUEK KANDANG KONTRAK KOR JANG???

A'laikum Bro Penternak.

Aku tertarik sangat dengan kegiatan FAMA yang bantu petani-petani (penternak kiro petani jugak kan Jang??) jual hasil tani dari ladang terus ke pasaran. Melalui prasarana Pasar Tani di merata negara, FAMA boleh menjamin pasaran, menguasai kualiti bekalan yang tidak putus dan memantau harga. Yang  lebih penting ialah memberi jaminan pendapatan kekal kepada petani-petani.

Skim Ladang Kontrak FAMA adalah kaedah pembekalan  yang berpanjangan daripada petani-petani. Ia juga menguatkan kedudukan ekonomi petani-petani dengan hasil penjualan juga terjamin. Sehingga tahun ini, seramai 3,199 petani telah menanggotai  Skim Ladang Kontrak FAMA, yang dimulakan sejak 2006 lagi. Petani-petani Ladang Kontrak FAMA ini telah berjaya mengeluarkan hasil 245,662 tan pada bulan September 2013 dengan nilai jualan RM 491 juta.


Jadi soalan cepumas eden ialah Kenapa FAMA (Kementerian Pertanian lerr maksudnya tuu, kan penternakan juga dibawah portfolio Pertanian???) tak boleh panjangkan sistem Ladang Kontrak kepada KANDANG KONTRAK??  (tentunya kandang kambing biakan tempatan). Rentikan ler beri kambing pawah tuu, gerentikan pasaran dengan FAMA beli dari kandang kitor. Kito ternak, FAMA pasarkan!! Camno, setuju tak Jang???

Salam berternak.
Es Emdi


Wednesday, 30 October 2013

MILKING TIME


Pagi Sabtu, 26 Oktober 2013.


Hari ni LRGF baru nak start perah susu kambing. This will be our 2nd time milking the goats, untuk tujuan jualan. Beberapa penambahbaikan dilakukan. Kena move forward. Improve from previous trial and experience.

Salah satu perkara yang ditukar adalah pemakanan kambing. Dulu LRGF guna hampas soya basah. Now replace dengan soya meal. Ayahanda kata ada nampak perbezaan pada kambing. Udder dia besar dari dulu. 

Dulu takde rekod perahan susu. So this time kena buat. Baru bole tahu performance induk kambing ni. Eg. lactation period berapa lama, jumlah kuantiti susu sehari, dsbgnya.

Botol pun tukar. Logo susu kambing nak design, Labeling, etc. LRGF nak start branding our goats milk.

So pagi tadi, Mira (pekerja LRGF) bagitahu saya hari ni dapat 29 botol susu kambing segar. Total botol equivalent to 7.2 litres of goats milk. Perahan daripada 34 ekor induk kambing kebanyakkannya boer. Perah susu kambing sekali sahaja dalam sehari.

Pagi Ahad, 27 Oktober 2013, Mira bagi tahu dapat 36 botol susu dari 34 ekor induk. That is 9 litres of fresh goats milk.

Alhamdulillah. Keep em coming ladies!!

Before


After. Botol camni baru nampak komersial sikit.


Mbekk!!

Tuesday, 29 October 2013

ADO KELAS LER JANG!!!

A'laikum Bro Penternak
.
Bila Bro Alwi recommend beri majerin pada kambing yang kena kurap, pekerja eden boleh tergolak terbahak-bahak.

"Tuan Haji, saya pun jarang sekali makan majerin...takkan nak beri kambing makan yang lebih sedap", merungut pekerja aku.

"Engkau tak kena kurap...Kalau kau ada kurap, aku paksa engkau gosok dengan kapur ajerrr!!" aku pulak yang gelakkan dia.

Kambing pun nak makan Planta majerin!!
Ado kelas ler kambing eden ni. Makan dengan Planta....tambah lagi dengan bawang putih, biar darahnya pahit, ikut kata Bro Alwi. Ini semua ura-ura eden nak atasi penyakit kurap yang dibawa oleh kambing-kambing pawah ke kandang LRGF.

Bila tengok blog Bro Alwi kambing-kambingnya makan sawit lerai, aku pun suruh pekerja pungut buah sawit yang memang banyak kat estet sebelah. Aku lantakkan kambing dengan tambahan buah sawit pula!! 


"Kalau da beri  sawit, tak payahlah beri majerin lagi," nasihat Bro. Alwi. Ia tak ia jugak,....nanti  naik minyak pulak kambing eden ni, Bro....Tk Bro Alwi atas segala nasihat.

Selamat berternak Es Emdi 
(Shahrom Md Dom)


Sunday, 27 October 2013

MUSIK FILHARMONIK JANG OOOII!!!

A'laikum Bro Penternak.

Tiap-tiap pagi (dan petang) kat rumah dusun LRGF, eden selalu dihiburkan oleh lagu kicauan sang murai yang mengasyikkan. Kalau ikut cakap orang tua-tua, bila sang murai berkicauan, tanda ada orang nak datang!! Tapi, masa Bro Alwi dan keluarga datang lawat LRGF, tak ingat pulak eden samada sang murai ni ada bagi signal atau tidak!! Agaknya, Bro Alwi datang bawak impak vibration ...terketar-ketar sang murai nak menyanyi!! Agaknye lerr.....!!

Sang Murai penghibur setia LRGF

Tapi malam kelmarin, satu malam suntuk (sambung lagi hari ni) LRGF didendangkan oleh  lagu yang hanya ada satu lirik perkataan common : MMBBBEEKKKKK!! Ada nada merayu,...ada mintak belas kasihan,...ada yang mahukan susu.....sahut-menyahut membentuk irama yang sayu.

43 ekor anak kambing F1 Shami yang berumur dua bulan telah dipisahkan dengan ibu masing-masing untuk bercerai susu. Hari-hari mula ni, memang lerr hiruk-pikuk. Anak-anak menjerit mencari ibu, siibu pula memekik memanggil anak!! Bayangkan lerr suasana haru-biru dari 43 anak dan 38 induk!! Jeritan suara sokongan Ngat Sayop malam tadi, kalah ditenggelami oleh suara koir Mmmmbbekkkkkk LRGF!!!

Anak-anak kambing yang pisahkan untuk bercerai susu.

Anggota Koir Filharmonik LRGF!!

Walau pun tak sehebat Koir Permata Negara, nada suara anak-anak kambing LRGF dengan lagu Mmmmbbekkk,...Mmmmmbeekkkkk!!! menggembirakan aku...Aku bayangkan menuntun persembahan Filharmonik Orkestra Petronas!!! Lagu Mmmmbbbekkkkk sungguh merdu!!! Mmmmbbekk Wanted, Jang!!

Salam berternak
Es Emdee (Shahrom Md Dom)


Saturday, 26 October 2013

CAYA LAH TAN SRI!


'Menurut ibunya, tidak mudah untuk membesarkan anaknya itu. Dia suka merengek dan manja, sering menangis untuk mendapatkan perhatian, sentiasa mahu didukung sehinggalah umurnya 3 tahun. Pada usia itu, dia masih tidak boleh bercakap, dan si ibu bimbang kalau-kalau anaknya itu bisu. Anak kecil itu juga cerewet mengenai makanan, akan muntah setiap kali disuap nasi. 

Dia mahukan susu segar, dan bila lapar dia akan menangis sambil menunjuk ke arah beberapa ekor kambing peliharaan keluarga. Bapanya akan segera memerah susu kambing untuknya. Satu lagi kegemarannya ialah kek buah-buahan berjenama 'Big Sister' yang terkenal ketika itu. Bapanya akan membeli kek yang agak mahal itu setiap kali mempunyai duit lebih. Sehingga hari ini, beliau menggemari susu segar dan kek buah, dan cerewet memilih makanan.'

  • Beliau usahawan berjaya
  • Pengalaman berniaga ketika usia masih muda.
  • Bisnes awal adalah dalam industri ternakkan bersama bapa. (Lembu)
  • Banyak melakukan kerja kerja amal. Menubuhkan badan kebajikan untuk membantu golongan miskin dan kurang kemampuan (termasuk faedah tuisyen, hospital dan dialisis percuma)
  • The richest bumiputera corporate figure in Malaysia
  • Listed in Forbes Billionaires List

Tuan puan pembaca,  beliau ni yang minum susu kambing ni ialah............

Petikan diatas daripada Buku Biografi Syed Mokhtar AlBukhary,
Bab 1 Ditimang Gelombang, mukasurat 2,
oleh Premilla Mohanlall



Mbekk!!

Hmmm..Boleh hantar proposal kat Tan Sri buat bisnes susu kambing ni.

Thursday, 24 October 2013

BERBALOI KOR BOLOR KAMBING, JANG???


PEMBIAK BERBIRI dalam blognya tanya kat kita. Aku ada komen sikit, beri aku punya pengalaman...tahun pertama hampir ruyup sebab tak ada pengalaman (harapkan syok dan semangat aajerr!!) dan kambing banyak mati. Tahun kedua, mula balek..sampai nak maju ke tahun ke tiga. Tapi pekerja pulak buat hal...lesapkan 40 ekor ibu kambing masa aku tak ada kat dusun!! Dah back to almost square one!!

Sekarang at the end of my third phase (5 tahun pengalaman dengan kambing..hehehe!!)..Aku buat kacukan Shami dengan boer, jamna dan kampung, nak niaga susu dan daging. Baru masuk 2 tahun aku eksperimen kambing kacukan Shami ni, dan sekarang aku ada 15 ibu F1 yang tengah berkawin, 30 dara F1 (hujung tahun ready nak kawinkan) dan 40 anak F1 yang baru 2 bulan!! (30 jantan anak..berat 20-25 kilo dah dijual tahun ini). Aku rasa aku perlu satu tahun lagi untuk mula nak break-even, Insya Allah!!

Jadi aku kira-kira, dengan ada economy of scale...bela kambing ni viable dalam jangka masa 5 tahun (kalau semua lancar)!!! Tak lama tu, Bro!! Bisnes lain, kurang-kurang 5 hingga 7 tahun baru boleh rasa untung!!!  

Tapi ada satu consideration yang lebih penting. Kalau ikut Prof Alwi ialah faktor "low input but high output". Maksudnya, operasi ternakan mesti berdasarkan pada perbelanjaan dan tenaga yang rendah tetapi mendapat hasil yang tinggi (high birthing rate). Caranya, mengikut Prof Alwi ialah operasi "PENGEMBALAAN PARA ANBIA" dengan baka kambing tempatan!!

Harap dapat F2 Shami 5 bulan lagi.


Pengembalaan cara Para Anbia dengan baka kambing tempatan.


Eden tak dapat ikut cara Pro Alwi sepenuhnya, walaupun amat yakin pada PENGEMBALAAN PARA ANBIA ni. Sebab fobia dek pengalaman kambing hampir pupus bila dibiarkan bebas meragut rumput di dusun durian!! Apa yang eden cuba compromise ialah untuk capai tahap "medium-low input untuk dapatkan medium-high output". (Ni tongah pikir camno nak dapek high-birthing rate untuk kacukan Shami dengan Jamna, yang ado slack...anakanda eden suruh jual ajor Jamna tuuu!!).

Hujung-hujung, eden raso memang berbaloi bolor kambing niii....tapi konor caro err dan mesti ada modal untuk tahan 5 tahun!!!

Selamat berternak.

Es Emdi (Shahrom Md Dom)

Wednesday, 23 October 2013

BATMAN WON"T RETURN


Sebab saya tahu apa kelemahan dia.

Hari ni off topik sikit, tapi berguna kepada sesiapa ada problem banyak kelawar kat kebun atau rumah.

Dulu kat LRGF ada banyak pokok buah. Macam macam. Antaranya buah duku langsat dan jambu air. Tapi ada problem. Kelawar suka sangat attack. Habis buah buah dijamunya.

So nak trapkan kelawar ni, pasang lah netting sebesar-besarnya. Bila siang hari, pegi kat netting tu, nampaklah kelawar beberapa ekor tersimpul simpul kat jaring. Kesian jugak tengok.

Gambar takde nak tunjuk, tapi kalau nak tengok, prof Alwi ada gambar kat  salah satu postnya di sini.

Sisa makanan yang kelawar tinggalkan

So baru baru ni, saya pun ada same problem. Kelawar suka hinggap kat atap rumah. Pagi pagi bersepah sisa makanan dan tahi kat atas lantai dan mesin basuh. Bini pun dah bising. Macamano nak solve problem ni? Takkan nak pasang jaring kat rumah kut?

Sampai satu hari saya random ask orang, dan uncle cina konraktor ni bagitau. "Haiyahhh manyak senang aja...u kasi gantung CILI KERING saja!




Memang betul cakap uncle tu. Cukup berkesan. Tiada lagi kelawar datang buat lawatan. Cili kering ni memberikan satu protective barrier atau sheild kat kawasan mana kelawar tu suka nak pot. Masalah selesai. Murah, senang dan tidak membahayakan langsung. 

Lepas tu ada orang datang rumah, nampak cili kering ni gantung. Dia tanya "Rumah banyak cicak ke?" Rupanya orang dulu dulu ada petua. Campak cili kering kat atas kabinet dapur untuk halau cicak jugak. 

Sekian. Mbekk!




Tuesday, 22 October 2013

SAMPLE REKOD LRGF


Salam geng semua.

Dulu masa baru baru berkecimpung lagi mentah pengalaman pasal kambing ni, salah satu perkara yang saya belajar dan terus praktikkan ialah buat rekod ternakan (husbandry record). Memang penting ada rekod. It will teach you a lot about your goats. Dan ia sebenarnya memudahkan kerja kita di masa hadapan. 

Contohlah..nak jual kambing aqiqah. Umur kambing kena setahun. Bila ada rekod tarikh lahir, senang nak identify. Kalau kambing sikit senang lah nak ingat, tapi bila dah banyak anak anak tu....pening. Main teka je. Bahaya tu. Ada sekali tu, ada buyer datang mengejut nak beli anak kambing. Ayahanda Es Emdi jualkan anak kambing tengok rekod je, tak yah pekerja pi amik timbang, dan timbang kambing. Rekod bulanan berat anak kambing dah ada.

Contoh lain pulak. Berat kambing (terutama anak jantan). Katakan dalam 15 ekor anak jantan, umur semua sama, Bila timbang berat badan tiap tiap bulan, tak konsisten. Ada yang berat memuaskan, ada kambing yang kadang kadang tak naik langsung. Ha..so with this data, kita boleh take action. Check kambing ke, asingkan dan bagi makan lebih ke dan sbgnya. Kan rugi kalau jual kambing anak jantan yang beratnya rendah.

Masa start buat rekod dulu, check dalam website, nak cari reference. Takde pulak. Cuma saya dapat tengok prof Alwi nye 'style' rekod je, itupun tengok kat skrin laptop beliau.

So saya buat style sendiri je. Rupanya, tak perlu pun buat canggih sangat, macam standard universiti atau saintis. Buat semudah dan sesenang yang boleh, whatever you are comfortable with. Ni salah satu rekod (template) LRGF kat bawah.

Rekod Kelahiran Anak Kambing
Nota: Salah satu column kat atas saya ada buat column jenis lahir. iaitu tunggal atau kembar. Kalau anak tu kembar, boleh lah simpan kalau nak kelahiran kembar akan datang atau jual at a slight higher price. Kira ada justifikasi lah kenapa harga kambing ni tinggi sikit dari biasa. Or can persuade other breeders to buy kerana potensi kelahiran kembar. Terpulang budi bicara tuan puan.

Lepas tu buatlah apa apa topik / rekod yang rasanya perlu. Salah satu rekod yang akan LRGF buat ialah total perahan susu kambing sehari. Itu pun simple je.

Membuat rekod ni tak memakan masa pun dan bukan perlu ditenung dan ditelaah setiap hari. Your records will tell you soooo many things later, dan anda akan syok nanti bila data dah terkumpul untuk mengkaji lebih medalam pasal kambing kambing tuan puan.

Semoga sample cam ni membantu rakan ternak yang ingin memulakan rekod ternakan. Selamat membuat rekod kepada yang belum dan tahniah kepada mereka yang dah start. 

Mbekk!!



Monday, 21 October 2013

SUPPLIER BOTOL SUSU KAMBING


Salam penternak semua.

LRGF akan start operasi untuk memerah susu kambing untuk dijual dan mulalah saya mencari supplier botol. Ni nak share kepada sesiapa nak cari botol, bolehlah tanya dekat sedara ni.




Ni En Zaki, mempunyai kilang membuat botol plastik di Seksyen 16, Shah Alam. Bisnes bernama Cahaya Plastik Entreprise, dulu MTI Plastech Sdn Bhd. Dia take over operation & bisnes ni dari previous director (lebih kurang macam tu lah). 6 tahun dah berpengalaman dalam pasaran botol plastik ni.

Not bad jugak lah pelanggan dia, dan ramai penternak kambing tenusu beli botol dari beliau terutama belah pantai timur sana (delivery service included). Jabatan Veterinar pun dia supply kat pasir puteh, bukit payung ketereh dsbgnya.

Macam macam jenis botol dari minuman ke syampu.
Untuk botol susu, pelbagai saiz ade, 140ml, 180ml, 200ml and 250 ml. Botol botol ni kena tempah, dia tak simpan stok.

Botol botol dalam gambar adalah jenis HDPE brand Petronas. Rupanya HDPE atau bahan mentah untuk buat botol plastik ni dibuat dari petroleum. HDPE ni material yang sesuai untuk simpan minuman yang perlu disejubekukan berbanding dengan material PP (kut) yang sesuai untuk minuman panas. Kalau masuk freezer, botol material PP ni akan pecah.

Bag mengandungi HDPE

Ni lah rupanya HDPE

Satu lagi servis yang diberikan ialah syarikat beliau akan masukkan / lekatkan label pada botol. Mencetak label dia outsource. Contact untuk orang buat label dia bagi untuk customer deal direct.

Label

So kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal pricing, minimum kuantiti untuk tempahan dan lain lain, boleh hubungi beliau di 01126741120. Kalau beliau tanya mana dapat contact dia, bolehlah tuan puan bagi tahu Adil Susu Kambing rekomenkan.

Mbekk!!

P/S: Masa tengah borak borak, dia ni pun berminat dan tengah planning nak ternak kambing pedaging in the future. Tanah sawit share dengan adik beradik. Semoga perancangan beliau berjaya, InsyaAllah.

Friday, 18 October 2013

LAGI KISAH KAMBING PAWAH!!

Tak habis-habis kisah kambing pawah kek kandang LRGF.

Cerita kurap yang dibawak maseh belum selesai...Dah timbul pulak kes baru!!


Cuba tengok pipi kambing boer-pawah tu. Mengelembong kan? Bukan bisul tu...tapi dia simpan dan kunyah makanan daun+napier. Dia tak telan. Itu yang mengelembong tuuu!! Dah lama-lama... diluahnya, tak ditelan,..tak jadi tinja!!


Yang terlonggok kat tepi tu bukannya tinja, tapi makanan daun+napier yang dimuntahkan. Aku pun pelik..tak pernah kambing LRGF buat perangai macam ni!! Agaknya kambing pawah ni hanya makan pellet ajer dulu tak??Tak reti nak makan daun-daunan.

Aku ada tanya orang vet yang ada ijazah kat supplier ubat-ubat dan alat ternakan. Katanya perut kambing tu tersimpul..atau mungkin kambing termakan kertas plastik atau kain.

Aku nak tanya pulak kat otai-otai, sifu dan kekawan penternak. Kenapa jadi macam ni?? Ada penyakit ker kambing  ni??..Takut lama-lama tentu kambing ni jadi kurus...Tu camno nak buek ni, Bro ???

Salam, selamat berternak
Es Emdi (Shahrom Md Dom)
              




Wednesday, 16 October 2013

ALHAMDULILLAH!!!


ALHAMDULILLAH, sykur dapek buek kurban kek LRGF kelmarin. Semoga diberkati dan diterima Allah Subhanahu Wataala. Insya Allah!!



Minggu lalu kami telah dikejutkan oleh seekor kambing kami yang mengalami macam rahimnya tersumbur keluar, seperti  gambar bawah ni. ( Mengikut Prof Alwi, kambing kami tu mengalami PROLAPSE). Pekerja eden menggelabah...tak tahu nak buek camano!! Eden pun panik samo!! First time tengok benda camni, Bro!! Cuba tolak nak masukkan dalam badan....tak dapek!!Takut bahayakan kambing tuu..dia asyik meneran ajer!!! Iyo tak iyo..biarkan ajor!!Lepas tuuu... entah camano....masuk sendiri ajor deh!! Lapang hati eden!!



Dua hari sebelum Raya, kami dikejutkankan lagi oleh kambing yang sama. Dah beranak pulak!!! Syukur, selamat dan bertambah lagi satu ekor keluarga kandang LRFG. Alhamdulillah!!.



Salam berternak.

ES EMDI (Shahrom Md Dom)

Monday, 14 October 2013

ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!

.

(wukuf di Arafah)

SELAMAT HARI RAYA KURBAN  


(gambar sembelih kambing aja, bukan buat kurban)

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAH KURBAN

Salam berternak,
ES EMDI (Shahrom Md Dom)



UJIAN SUSU KAMBING LRGF





Susu kambing LRGF telah diuji beberapa bulan lalu, endorsed by Jabatan Veterinar. Mereka telah mengambil sample susu kambing kami secara rawak, dan hasil ujian adalah seperti gambar diatas.

So..apakah maksud ujian ni? Entah. Saya langsung tak tahu. Excited dengan result tapi tak faham. Tak reti nak explain fakta nutrisi susu kambing kami.

Maka, saya pun minta pendapat seorang pakar nutrisi (kawan adik saya) yang bekerja di sebuah hospital United Kingdom untuk memberikan penjelasan. 

The conversation goes like this;

"Basically this milk is high in fat. So not very healthy to drink it regularly. A low fat milk should contain <3g per 100ml. The protein is lower than the ordinary milk too. However, the lactose content is lower which may benefit those who are intolerant to lactose/milk.

The protein amount is good and will be beneficial, but the fat content is very high. Not very good for your cholesterol level. So, not suitable for those with strong history of heart disease and diabetes."

Tu dia tuan puan. Ada good points and advice. Dan jelas sekali isu lemak dalam susu kambing ni menjadi perhatian. And of course now we can definitely agree, safely say, confidently sell........goats milk is LOW in lactose. Terbukti! Dan ini datangnya dari susu kambing dari ladang penternakan yang kecil skalanya....tak komersil level pun.

(What is lactose intolerence? click here)

Salah satu komposisi susu kambing terdiri daripada lemak. Milk fat or lipid on average ranges from 3% to 6% with variations due to a few factors such as breed, feed dan jangkamasa laktasi. 

(LRGF nye over the top pulak. Sodap sangat kut kambing makan, intensif style, so dia orang pun naik 'lemak' lah.)

Lemak dari susu kambing adalah tergolong sebagai saturated fat. Pengambilan diet makanan yang mengandungi kandungan saturated fat yang tinggi akan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah.

Kolesterol ni penting untuk tubuh badan. Peranannya besar untuk pembentukkan sel sel tubuh yang sihat terutama pembentukkan hormon hormon dan dinding sel tubuh. Seseorang yang gemuk tidak semestinya kolesterol level dia tinggi dan orang yang kurus tak semestinya kolesterol rendah.

So camne ni? Boleh minum  tak susu kambing ni hari hari?

Kolesterol dapat digolongkan dalam keluarga lemak, tapi lemak sendiri tidak hanya berupa kolesterol, namun terdiri di atas banyak komponen lain. Ada beza. Dan ini yang membuatkan komposisi lemak susu kambing ni berbeza. Ada special health qualities.

And these components of great quality is named after the goat.

.......to be continued

Friday, 11 October 2013

POKOK APO NIE???


pokok apo nie??
Pekerja Indonesia kat kandang kawan-sinergi eden suruh tanam pokok ni. Dia bawak benih (biji) daripada Lombok. Kat kampung dia, orang panggil pokok KERABU/KERAPU. Daunnya boleh direbus dan buat ulam...best kalau perempuan nak besarkan payu dara, katanya (tak payah implant lerrr). Kalau bagi makan kat kambing, boleh dapat susu  banyak!! Aku belum dapat cuba lagi sebab baru ajer tanam, pokok pun belum besar macam kat gambar ni.

Tapi aku tak pasti nama pokok ni, sebab bila cari kat Google tak ada!! Ada kekawan penternak yang tahu??

Salam berternak.

ES EMDI (Shahrom Md Dom)

Monday, 7 October 2013

KENAPO PILIH INTENSIF??

Salam para penternak.

Kalau hari Senin ni, orang-orang pejabat selalunya ambil alasan Monday Blues untuk liat bekerja!! Tapi kita orang penternak, mana boleh liat tulang!!

Eden nak cerito, kenapo eden pilih cara intensif kambing-kambing terkurung dalam kandang ajor!!

Kami ada lima ekar dusun yang ditanam dengan pokok durian. (Ingat-ingat kalau ada dusun ni bolehlah relaks hujung-hujung minggu. Hirup udara segar lagi nyaman, dengar burung berkicauan,  tenang fikiran, etc..etc. Aleh-aleh tuu asyek kena keluar duit ajerr. Nak ada pekerja jaga kebun, kalau tidak tak dapat makan hasil durian, dukong, buah naga, petai, ikan, ayam......kena curi lerr jawabnyer!! Rumput nak dipotong juga, kalau tidak kejap ajer naik somak!! So, berdusun ni banyak kena keluar modal, hasil durian hanya sekali setahun. Jadi tak ekonomik. So....... nak buek camno??!!)

orchard-farm house LRGF

Jadi.....lima tahun dulu, belilah kambing Boer F3 betina 10 ekor dan satu pejantan. Walaupun minat berternak tu memang ada, tapi alasan utamanya supaya tak payah gajikan pekerja potong rumput. Rumput yang banyak tu biar kambing ajer yang makan. Senang kan....mudah punya kerja!! Kandang pun buat alar kadar ajerr...renovate reban ayam,..buat kandang atas tanah. Orang JPV kata tak apa.......boleh, asal tambah dengan pasir dan rumput kering!!

Tahun pertama memang syok.............tengok kambing Boer membiak, anak-anak pulak gemuk...best punya cerita.!! Rumput tak payah di mesin oleh pekerja. Kambing bebas meragut di kawasan yang luas. Kadang-kadang dia curi jugak makan pucuk durian!! Opex pun rendah sebabkan kekawan cakap kena beri makan pallet supaya kambing naik gemuk, maka tambahlah opex dengan beli makanan kambing sikit!!

Ni penjantan Shami berkawan dengan F1 kat LRGF ketika ini
.
Problems mula timbul bila anak-anak kambing dapat cirit- birit. Kita ni bukan orang vet.....tak ada pun pengalaman..........jadi ke hulu ke hilir lerr mintak nasihat!! Pendapat paling common,...............sebabkan cacing,.........rumput basah,.........banyak telur siput,......etc, etc. 

So, jangan beri kambing ragut rumput sebelum pukul 11 pagi, biar rumput tu kering dulu, buat sistem plot rotation. 

Ubat camno pulak? Banyak recommend scorbon plus, ubat kembung perut...3 serangkai. Tapi kambing tumbang satu demi satu.......ubat yang mujarab maseh tak jumpa!! "Kambing makan biji durian tak?" serkap orang kampung!!

Belum patah semangat, cuba sekali lagi, beli stok baru Boer F2. Buat kandang dan kambing dikurung hingga 11 pagi baru dilepaskan untuk ragut rumput di dusun durian. Aku mula amalkan sistem semi-intensif...input maseh boleh tahan (sebab tumpang opex dusun) tapi output belum ada!

Masalah yang  sama timbul semula. Kambing banyak mati kerana cirit hingga yang acute..cirit air!! Puas aku cari ubat. Nasihat JPV mudah ajerr.....sembelih untuk elakkan rugi!! Akhirnya aku jumpa ubat kat Lazuli yang aku gunakan hingga sekarang!! Tapi waktu tu, batch kedua kambing kami juga hampir-hampir pupus!!

Kandang LRGF masa ini  mengamalkan sistem intensif

Pengalaman itu menakutkan kami untuk membebaskan kambing meragut rumput. Kami merasakan macam dah  ada satu fobia. Kami terpaksa mengamalkan cara intensif. Kambing dikurung sepenuh masa, makanan daun-daun hutan seperti balik angin dan arcasia, serta pelepah sawit, sedikit napier yang dicampurkan dengan pallet, diproses dikandang menggantikan amalan bebas meragut rumput. Walaupun input dan opex meningkat, kami cuba mengimbangi dengan mendapatkan hasil yang sederhana (kerana itu juga kami bereksperimen dengan mencuba kacukan kambing baka Shami untuk tambah output dengan daging dan susu sekali. Sasaran kami ialah penglibatan medium input untuk mendapatkan high output).

Betullah kata Prof.Alwi.....kambing lebih gemar makan pucuk daun daripada meragut rumput!!(mungkin kerana kambing mudah alah kepada sumber penyakit yang ada pada rumput-rampai di negara kita ini.....tidak seperti kekuatan biri-biri!! Wallahu a'klam!)

Pengalaman penternak lain camno pulak??

Salam berternak.

Es Emdi (Shahrom Md Dom)

Friday, 4 October 2013

GOAT MILK REVIEW - YUSMIRA SUSU KAMBING ASLI

Assalamualaikum para pembaca semua.

Saya nak ucapkan tahniah kepada ayahanda Es Emdi yang telah mula berblogging dalam blog LRGF. Post 'Goreng Goreng' dan 'Nak Buek Camno Jang!' tu dio lah yang karang. Ado komen komen dari sahabat penternak yang lain tu ayahanda yang jawab jugak, walaupun namo den yang keluar.

Apo pun, diharap dengan penulisan ayahanda ini akan merancakkan lagi blog LRGF dan industri ternakan untuk bacaan semua.

Susu kambing panas RM 3.xx. Susu kambing sejuk RM 3.xx. Tertulis kat menu satu restoran mamak di PJ.

"Bos susu kambing ada jual ke?" saya bertanya.

"Ada, tapi ini serbuk punya"

"Ohhhhhhhhhhh...."

(Hmmmm nak try ke tak?)

"Takpa lah, kasi saya satu sachet, mahu try kat rumah".

"Wokay bos" .................... (5 minit kemudian) .............................."Ni dia bos"

"You sure ke nak try ni?" bini saya bertanya dalam keraguan.

"Kalau I you bagi susu kambing fresh botol brand ape ape I no hal, but powdered I ........." ayat bini terhenti. Tak nak habiskan ayat. Tak nak discourage saya, walhal air muka bini tengah control tunjukkan statement "menyesalkan kang minum".

Tuan puan sekalian, saya belum pernah try powdered goats milk from sachet. Never. The thought of trying it pun tak terlintas. I like my milk raw and fresh. When goats milk is 'transform' from liquid to powder, the process it goes through will somewhat 'destroy' a lot of the nutritional values. Rasa pun berbeza. Texture pun lain. 

Curious punya pasal, (and hope my assumption towards powdered goats milk proves me wrong), I decided to do a review. 

Tuan puan sekalian, introducing Yusmira Pracampuran Susu Kambing Asli.

Front sachet
Jenama Yusmira ni diedarkan oleh syarikat Yusmira Trading Sdn Bhd yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan. A bit of a background research, their core businesses activities are in the health care product segment, from lotions to capsule supplements yang berasaskan halia. Selain itu pelbagai kopi sachet juga turut dibekal dan dijual.

The lady on the sachet (top right corner) adalah pengasas syarikat Datuk Yusmira Yusof. Blog page untuk syarikat Yusmira Trading boleh klik di sini dan artikel dari Utusan Malaysia di sini.

Now, yang membuatkan susu kambing ni pula ialah Intan Biotech Industries Sdn Bhd, syarikat milk penuh bumiputera Melayu Islam yang beroperasi di Pengkalan Chepa, Kelantan. Mereka menyediakan kontrak pengilangan produk jenama sendiri dan juga pengeluar produk minuman pracampuran berasaskan herba, susu kambing, susu unta, kopi, koko dan sebagainya.

Kilang bertaraf halal, memiliki pensijilan Skim Keselamatan Makanan (MeSTI) dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf sebagai pengeluar produk 1Malaysia Best oleh FAMA.

You can read an article here in Sinar Harian. Pengeluar produk kopi pracampuran terbesar di pantai timur melakar sejarah. Artikel di Utusan Malaysia pula Produk Intan Biotech kuasai 25% pasaran.

Tahniah diucapkan kepada kedua dua syarikat bumiputera ini. Amat membanggakan diatas pencapaian masing masing yang semestinya menjadi contoh untuk para usahawan yang lain untuk berjaya dalam industri yang diceburi.

Anyway, saya ada persoalan. Di mana kilang ni dapatkan susu kambing? Maksud saya, ada penternak susu kambing yang supplykan frozen or fresh goats milk to the factory ke untuk diproses? Atau adakah susu kambing tepung diimport ke Malaysia? Kalau ada expert tentang hal ni, silalah kongsi pengetahuan anda bersama.

Packaging


Back of sachet
This sachet consist of powdered goat milk 25gmC. Design sachet yang simple, nothing to fancy. Gambar kambing saanen digunakan. Did not mention what breeds of goat is used for the milk. I think this would help on the branding. 

Kemudian ada perkataan 'pracampuran'. Tak teragak pun nak tahu apa pracampurannya. Main beli je, simpan dalam handbag bini, balik rumah dan simpan. Bila nak buat review ni baru lah saya perasan.

At the back of the sachet, jelas terpampang kandungan pracampurannya iaitu tepung susu kambing asli gula halus. Gula halus? There is sugar in this powdered goats milk. Is this a norm for powdered goats milk? Is it a targeted marketing strategy to appeal certain type of consumers? Maybe by adding sugar 'eases' the taste of the milk for some.  

Apart from that, certified logo logo seperti halal, buatan Malaysia dan lain lain is printed on the sachet. A good approach to ensure confidence and credibility towards consumers.

If we do a Nutrition Fact comparison of fresh goats milk with the above, the fat content susu tepung kambing ini tinggi. Same goes with the calories. Check out the nutrition data here and change the serving size to 100 grams.

Cara Penyediaan

Main bantai je nih sebab takde mention cara penyediaan. Tepung susu kambing ni (belum campur air lagi) baunya seperti tepung susu formula bayi, or more precisely susu tepung Dumex, menurut isteri saya.


So saya masuk air panas about half of the gelas untuk larutkan tepung susu ni, dan tambah separuh air sejuk.




Saiz gelas ni tak besar, sama dengan saiz cawan. Surprisingly lepas campur air, there was no smell, odorless to determine this is goat milk or not. Walaupun gelasnya tak besar (compare dengan cawan), once mixed and stir, the goat's milk looks very diluted (cair)


Taste


Unfortunately, kepada sesiapa yang gemar susu kambing pracampuran jenama Yusmira or probably the boss herself or Intan Biotech yang baca post review ni may disagree with me. Nevertherless I hope you guys can take this with an open heart and mind. It is just an honest comment from a consumer. No harm intended here nor I want to tarnish the product / company. 

Pleasa note that the milk outcome (taste, liquidity, colour) is based upon my way of preparing it. Saya tak tahu kurang air ke, terlebih air ke, gelas kecik sangat ke, kena biar susu ni rest dulu sebelum minum ke or even refrigerate first before serving or what not.

The tasting session ended very fast. Why? Because I could only take 3 sips of the goat milk. Sedut sikit masuk kat bibir, lepas tu dapat rasa sikit kat hujung lidah. Percubaan yang sama sebanyak 3 kali.

This milk is too sweet. Sugar sweet. Ada sedikit rasa susu kambing. Siapa yang biasa minum susu kambing segar can tell there is a slight presence here. However the sweetness is too overpowering. And thats all I can describe tuan puan. Lepas 3rd sip dah tak leh masuk.

To summarize this short review. Kalau anda biasa makan cornflakes Kellog's Frosties (yang ada gambar icon harimau, Tony the Tiger tuh) dengan susu segar, kebiasaanya susu itu akan menjadi manis.

That is how this milk taste like.

I have come across blogs orang yang dah try minum susu jenama ni, and they liked it, but its not my cup of tea.

Terima kasih kerana sudi membaca. Mbekk!!




Thursday, 3 October 2013

NAK BUEK CAMNO JANG!! (sambung GORENG-GORENG)




Inilah kandang LRGF yang dijangkiti KURAP yang dibawa oleh kambing-kambing pawah Jabatan Vertarinar. Tu nak buek camno, Jang?

Dia orang kata mungkin kandang LRGF ni tak dapat cukup cahaya matahari. Tapi kenapa sekarang ajer nak salahkan matahari pulak? Dah tiga  tahun  tak ada problems pun!! Tak apalah suntik ajer ubat!!




Kami pun suntiklah dengan IVERMEC. Dah satu bulan,..naik dua bulan...belum juga betul-betul pulih. Bertambah menjangkit pulak lagi pada yang lain...ada yang sampai acute sekali. Aaaahhh!!.. suntik ajer tak cukup, kuman kurap tu dah lekat pada papan kandang....kena sembur ubat!!




Cuci kandang..bunuh kuman..dengan serbuk chlorine. Lepas tuu,...tak cukup lagi??



Sembur pulak dengan campuran LINDORES-30. Apa kesannya?...Sedang menunggu, harap-harap tak ada masalah kurap lagi melanda kandang LRGF. Insya Allah!! Kalau kawan-kawan penternak lain yang ada mengalami masalah kurap macam nii, sila komen!! Sementara tu, kambing yang dijangkiti kurap yang dah acute tu, terpaksalah dikurbankan!!




Selamat menternak. Salam hurmat

ES EMDI (Hj Shahrom Md Dom)

Tuesday, 1 October 2013

GORENG-GORENG:

Bulan Februari lalu, LRGF telah dipelawa oleh Jabatan Vetanari Negeri untuk menyertai program ternakan "kambing pawah". Kami tak ada mohon, tapi dengar kata, mereka dah banyak mengalami kegagalan sebab itu nak cuba dengan penternak yang mengikut takrif mereka...dah ada credentials! Jadi LRGF dan seorang lagi otai-rakan synergy kami telah dipilih untuk tahun 2013.

Pihak kami terpaksa pergi ke ladang supplier/kontraktor untuk mengambil kambing-kambing pawah tersebut. Rakan otai-synergy kami telah pergi kesana bersama pegawai-pegawai Jabatan untuk memilih kambing-kambing Boer itu, 20 ekor betina dan 2 ekor pejantan untuk tiap-tiap orang.

Diantara kambing Boer yang dibekalkan kepada LRGF
Apa yang kami terima adalah kambing-kambing Boer yang campur-campur, yang F1 pun ada!! Baka yang dibekalkan taklah superb, untuk dibiakkan. Bulu kambing pun nampak kusut tak licin. Susuk badan pun taklah besar....macam biasa ajer!!

Siang-siang lagi kami beritahu pegawai-pegawai Jabatan bahawa LRGF sedang menumpukan kegiatan untuk membiakkan kambing Shami kacukan. Jadi kami tukarkan 2 ekor pejantan itu dengan 2 penjantan Shami dari kandang otai-synergy kami.

Yang kami kesal sangat....baru dua bulan ajer, ada kambing-kambing pawah tu dah kena KURAP!! Kandang  kami yang sebelum ini bersih penyakit, dah diserang oleh KURAP yang dibawa oleh kambing-kambing pawah itu. Kambing-kambing kami yang lain terus dijangkiti kurap! Cerita yang sama juga dialami oleh kandang milik rakan-otai kami.

kambing boer yang dibekalkan kena kuaratin sebab bawa kurap.

kambing LRGF dijangkiti kurap, juga terpaksa diasingkan.

kambing LRGF dijangkiti kurap yang acute..(hingga lumpuh) 
dah puas suntik dan bagi ubat.
Sampai sekarang, dah dekat 8 bulan, kambing dah beranak pun, masalah penyakit KURAP yang dibawa oleh kambing-kambing pawah ini belum dapat kami atasi sepenuhnya.

Inilah yang kami kesal....kesal... sangat!!

Salam

Es Emdi (Shahrom Md Dom)