Saturday, 30 November 2013

FERAL GOAT HUNTING IN AUSTRALIA

MOYOK JOR, JANG!!

Salam Mmmmbbbekkkk, Bro!

Kok anak kambing eden moyok ajor,..naik poning lerr kopalo eden!! Apor nak ubek an?? Kok ceret..boleh suntik copek-copek,...kok hidung berair,..atau batuk-batuk,..sonang cari ubek err!! Ini moyok ajor..losu ajor..kurang makan...

losu..moyok ajor anak kambing ni

Dah tigo hari melayan anak kambing Shami+Jamna ni..maseh tak berubah. Yo..lah..habis banyak eden dapek inject vitamin ajor!!..Last sekali, inject anti-biotic. Itu jor lah!!

Camnor ni, Jang??

Selamat berternak
Es Emdi

Friday, 29 November 2013

KAIN SARONG UNTUK KAMBING, JANG!!!!

Salam Mmmmbbekkk,

Pekerja eden nak buek lawak. Adakah mintak kain sarong untuk kambing!! "Nak buek apo kain sarong pulak nii??...Takkan kambing pun nak pakai kain pelaikat??"

macam nak buaikan anak,..mmmmbbbekkkk!!

Rupa-rupanya nak buek timbang kambing!!! Inovatif jugak pekerja eden niii, Jang!!!!

Mmmmmbbbekkkk!!!

Selamat berternak
Es Emdi

Thursday, 28 November 2013

KONO UPGRADE KANDANG, JANG!!!

Salam mmbbbekkkk, Bro!!

Tiga bulan dulu, kandang eden sosak sikit sobab baru dapek 40+ ekor anak kambing kacukan Shami. Hati tu memang lerr logor...tapi ni 35+ ekor Shami F1 dah bunting,..dalam tiga bulan lagi bertambah lagi population kandang eden, In Sya Allah!! Memang lerr padat....

keluarga baru Shami F1 kek kandang LRGF

Jadi terpakso lerr expand kandang dan alang kepalang terus lerr buat upgrading. Tambah luas 50'x20', tambah tiang-tiang nak kuatkan sokong, masukkan tank air dan gunakan niples serta atap terang untuk masuk matahari. Baru nak capai infrastructure tahap breeder ajerr (ikut kategori Bro.Alwi).

upgrading kandang LRGF
Eden kiro-kiro dah dokek RM 30k ni, Jang!! Berpoloh siang-malam, Jang oooii!! Mintak upah RM8 per kaki persegi (ikut harga Bro.Alwi),..."itu harga masa minyak belum naik, Tn Haji!!", tergolak bosar pekerja Indon tuu, Jang!!

Kayu pulak semua dah harga baru!!! "Baik beli yang baru, Tn Haji...kalau yang second-hand,..teruk nak kena sambung-sambung!! Atap pulak bocor-bocor...Harga pun tak jauh beza,"...nasihat pekerja Indon tu.

kono jual 6000 botol nak cover balek, Jang!!
Makna err,..eden kono jual 50 ekor kambing atau 6 ribu botol susu (kalau ikut capacity LRGF sekarang, akan  ambil masa 7-8 bulan) nak cover kos upgrading kandang. Berbaloi kor ni, Jang???

Adooiiiii,Jang!!

Selamat berternak,
Es Emdi

Friday, 22 November 2013

KAMBING PAWAH LAGI, JANG!!! BAWAK PURU??

Salam para penternak,

Alhamdulillah, kambing-kambing eden belum pernah diserang penyakit PURU. Jadi eden tak tahu camno rupanya PURU niii...cuma tengok image kat Google ajerr!!

Tapi sejak menerima kambing pawah,  kandang eden bukan saja diserang kek KURAP,..tapi pagi tadi  nampak seekor kambing pawah tu macam ada mengelembong kat bibir bawahnya!! Cuba tengok, Jang!!

Puru koh tu Jang???
Eden suspek memang PURU. Tapi kok kekawan boleh konfirm...boleh eden ikut treatment "brutal" Bro Alwi dan geng-geng penternak yang dah ado pengalaman PURU ni!! 

Tak habih-habih problem kambing pawah ni, Jang!!


Selamat berternak.
Es Emdi

Thursday, 21 November 2013

KOK DAH KAMBING, TENTULAH HAMIS JANG!!! (PT 2)

Salam Bro Penternak.

Bro Alwi komen,"sesungguhnya kehamisan itu suatu keseksian. "Tuan kambing pun dah samo hamih ni, Jang?? Hehehiihii!!!! 

Tapi anakanda eden risau sebab aroma tu jangkit kek susu. Tu nak buek camno,Jang??

Kawan eden rekomen "CECAIR ORGANIK" BIO-ONE.

"cecair mikroorganisma tempatan berfaedah"
Ini home-made,Jang. Cecair ni mengandungi Lactic asid Bakteria, iaitu Lactobacillus, Fotosintesis Bakteria dan Actinomyces. (Apo bondo err ni, Jang??)


Cuba baca list bahan-bahan yang digunakan untuk buat BIO-ONE ni, Jang. Ado Isi perut lembu,susu segar (kambing lerr agaknya), belacan, nenas, molasses,dedak, air semulajadi dan tiada yis/ragi.

Dan diantara kegunaannya, "untuk mengurangkan bau kandang ternakan"!! Tentu boleh pakai punyer, Jang. Tambah lagi, BIO-ONE ni adalah hasil tangan orang Pertanian. Pagi tadi eden dah sombur kandang dengan kambing-kambing sekali..basah-kuyup kambing-kambing tu!!

Hilang tak bau hamis?? Tunggulah dulu, Jang!! Itu cerita akan datang!!

Selamat berternak
Es Emdi

Wednesday, 20 November 2013

KOK DAH KAMBING,MESTILAH BAU HAMIH!!! (Pt 1)

Salam geng penternak!.

Eden betul-betul pelek,..ado oghang gomar makan daging kambing,...ada pulak dah ketageh susu kambing mentah....bukan yang reconstituted (powder campur air!!).Tapi tak tahan bau hamis kambing!! Camnor ni, Jang???

Cuba tengok kambing penjantan Shami den ni, Jang. Dengan ramus,...bulu panjang,...tentulah bau hamis!! Lagi pun bau itulah simbol kejantanan dia..lagi hamis, lagi ler attracted makwe mmbbekkk !

Itu eden punyer teori..camno Bro.Alwi??


Bau hamis??

Tapi pasal bau kambing ni, eden terbaca saranan seorang pakar UPM, dah lama dulu. Mengikut Prof. ni, ada satu kaedah yang digunakan untuk menghapuskan bau hamis kambing. Caranya dengan "operate" kat dahi kambing (atau pun diantara tanduk?) untuk buang "hormone"(?) yang mengeluarkan bau itu. Kaedah ini simple aja, katanya. Tapi belum ada penternak kita yang mahu cuba.

Eden mintak Prof ni invite eden bila dia buat kaedah ini kat UPM. Tapi eden dah lost contact, dan tak buek follow-up pulak pada masa tu!!

Tu camno, Jang?? Gunting ajerlah, Bro...trim sikit rambut panjang tuuu...Boleh jor kurang bau hamis tuuu!! Kurang lerr berpeluh..kurang lerr bau??

              Dah kena trim, Bro. Nampak smart!! 

Ado idea camno nak kurangkan bau hamis kambing tak Jang??

Salam penternak,
Es Emdi.

Monday, 18 November 2013

ASAL SUSU KAMBING....BOTOR KOR JANG???

A'laikum geng penternak.

Susah nak tidur lerr Jang!! Dalam kepalor nii berserabut... terfikir soalan kawan-kawan...very disturbing, Jang!! Ado yang bertanyor, produk-produk dari susu kambing tepung (powder) yang banyak dan popular di pasaran tuu,..dia orang dapat bekalan daripada mana???

Huuh?? Bukan dibekalkan daripada penternak kambing tempatan kerr?? Tak mungkin!! Bekalan dalam negeri tak cukup!! 10 kg susu kambing mentah baru boleh proses 1kg susu kambing powder ajerr!!!

Ada yang kata, pengeluar-pengeluar produk dari susu kambing tu mendapat bekalan susu kambing tepung daripada Cina...harganya boleh buat niaga,Jang!! Bila campur pulak dengan mellamine,..lagilah banyak untung, Jang!!

gambar hiasan

Ador pulak yang cakap,  susu kambing tepung yang menjadi base pada produk-produk tu adalah pemprosesan sawit....susu kambing dicampur sikit ajerrr!!!!Ada yang kata, sampai terdapat lima bahan campuran termasuk "bonding agent" seperti maltose!! Aduhaiiii.....tepung susu kambing yang bukan daripada kambing???? Poning...very disturbing!!!

Botor kor ni, Jang??? Kono tanyor,..konor konfirm dulu kek pakar-pakar UPM, MARDI, Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan.....

Haaaahhh!!..Inilah yang buek eden tak dapek tidur memikirkan, Jang!!! Lebih baik minum susu kambing..... yang diperah pagi tadi!!!  Dah tentu tulen...gerenti, Bro!!

Susu kambing mentah...the real healthier milk!!
Mmmmmm....ini barulah susu berkhasiat sebenar!!! Baru boleh dapek tidur ni, Jang!! Buek apor nak poning-poning kepalo pikirkan susu tepung kambing yang bukan dari kambing tuuu....

Eden lebih gomar yang mentah...yang ador bau hamis kambing sikit....yang tulen..original..yang tak ada tandingan, Jang!!!

Selamat minum susu kambing, Jang!!
Es Emdi.

Sunday, 17 November 2013

GRRRRR....GORAM NI JANG!!!



Memang gorrramm ni Jang!! Jeles botor eden!!

Kito asek kek tahap kandang,..kambing konor kurap,..kambing pawah...low-input high-output....importer & trader vs pembiak & penternak...komplen JVP,..komplen....komplen.. sedangkan oghang yang tak cukup tanah pun dah borbatu-batu didopan!!

GRRRRRR...tengok video nii!!



GRRRRRRRR!!!!

Kito kono compete, Jang!!!

Salam bereternak,
Es Emdi.

Tuesday, 12 November 2013

STORING PROBLEM


It's a good problem.

Tuan puan penternak. Pabila kambing dah mula beranak pinak, seronok sangat rasanya. Tapi dalam keseronokan tu pulak, timbul masalah ruang kandang yang tak mencukupi. Nak tak nak, kena start planning untuk expansion. Buat kandang baru ke, atau extend kandang sedia ada ke. Tu semua kena tengok budget pulak. Fuhhhhh sungguh mencabar.

Kalau kita fokus kepada ternakan kambing pedaging, kandang menjadi keutamaan, tetapi untuk penternak yang fokus kepada tenusu pula ada satu lagi 'ruang' yang kena invest jugak. Memang betul lah, kalau nak buat ternakan susu kambing ni input atau capital tinggi sikit. Ada banyak extra cost involve. Botol dah jadi salah satunya. Labeling lagi. In the future, milking machine dah kena consider.

So, berbalik pada cerita 'ruang', walaupun kita small time dairy goat farmer, this problem will eventually come. Jadi saya nak nasihatkan tuan puan penternak sekalian, pastikan invest benda ni dulu sebelum keadaan menjadi rumit dan mungkin boleh merugikan. Dapat beli besar pun takpe.

You must invest on a FREEZER. Yes..a must! PETI SEJUK by itself. Belilah cepat cepat. Kalau nak harapkan peti sejuk kat rumah tu, confirm pening kepala. Kena share dengan daging dan ikan lagi, for sure tak cukup space. Sekarang ni kena infrom kat bini, nothing else in our freezer except goat's milk (dan ais krim).

Why I say big. Sekiranya kita dah mula yield and average of 8 to 10 litres of goat's milk daily, dan kita botolkan susu tu dalam size 250ml, kita akan dapat sebanyak 30 ke 40 botol sehari. Seminggu dah 200 botol. Mana nak simpan susu banyak macam tu? So we hope you get the picture.

LRGF pun tengah tunggang langgang jugak nak simpan susu. 

Ni peti sejuk tumpang adik nya kat rumah ayahanda Es Emdi.
Nasib baik dia buat kek, boleh lah letak susu

My freezer. Kapasiti 100 botol je kut.

Tumpang freezer kat ofis.
Kat ladang LRGF ada 1 chest freezer dan 1 normal fridge & freezer.
Itu pun tak cukup!

Mbekk!!


Friday, 8 November 2013

(SAMBUNGAN)..POKOK APO NIE??


Salam Jumaat.

Kalau review balik post diatas, pokok ni dah identify as pokok turi. Ada banyak jugak bloggers penternak bagi komen. Thank you guys. 

Salah satu komen pulak di Facebook dari saudara Tajul Anuar:

"memang bagus untuk kambing dan juga manusia, terutama yang menyusukan anak. Senang untuk ditanam, cucuk jer batangnya ke tanah. Macam tanam ubi kayu. Musim hujan ni eloklah menanamnya..."

Saya setuju dengan pendapat tuan Tajul. The growth of this tree is remarkably fast. Kalau tengok balik gambar post dulu, kecik lagi. Sebulan dah berlalu and below is the picture of the tree now.


Taller than me. My height 161cm

Sebagai ulaman pula, saya pun cubalah kunyah daunnya. Texture pada daun yang lembut dan licin, not bitter with a slight greeny sweetness. Rasa dan tekstur macam makan Butterhead lettuce.  Palatable for me.

Pada penternak yang ada tanah, cubalah try tanam pokok turi ni. Tanam senang, tumbuh cepat, kita dan kambing pun boleh makan. Jimat kos jugak! Boleh jadi self sufficient operasi kat ladang nanti.

Mbekk!














Thursday, 7 November 2013

PERKAKAS PERAH SUSU KAMBING


Salam semua.

Kita kat LRGF ni masih lagi dikategorikan small timer lagi dalam dairy goat breeding ni, budget pun tak lebat langsung, takde amik pinjaman mana mana. Nak buat milking facilities yang canggih pun belum sampai ke tahap tu lagi. Make do apa yang ada sahaja. So milking the does pun masih lagi tahap manual work. 30 lebih ekor induk diperah susunya menggunakan kuasa tangan sekarang ni. At least 1 ke 2 jam diperlukan setiap hari. Penat tu.! Memang naik muscle muscle kat tangan. Yang ambil masa lama tu ialah induk yang baru first time beranak. Nak memerah susu diaorang, kena wrestling sikit. But the hard work is paid off bila tengok periuk penuh dengan susu kambing yang wangi, putih berbuih dan menyegarkan.

Ni sebenarnya nak share je ape method dan perkakas yang LRGF pakai untuk collect dan botolkan susu kambing kami. Diharap sesiapa yang baru nak belajar atau sekadar nak tahu apa yang diperlukan dapat praktikkan kat ladang masing masing. This is a summary process je.

Mungkin ada penternak yang ada cara atau perkakas yang lain ataupun nak komen bagi menambahbaikkan lagi proses di LRGF, silalah kongsi ya.

Ok firstly yang paling penting ialah dari segi kebersihan. Itu wajib. Dari segi persekitaran, tangan memerah, perkakas, botol, penutupnya, the udder and the teat. Kat LRGF, Mira (pekerja kami) siap pakai plastic glove lagi. So hygiene ni penting, lebih lebih lagi kalau kita nak minum raw goats milk, susu kambing yang tidak dipasteurkan sebab nak consume all those super healthy goodness.

Perkakas seterusnya ialah penapis. Kat oversea punya backyard dairy farm, mereka gunakan coffee filter paper untuk tapiskan susu kambing yang diperah. Kita kat LRGF ni pakai filter yang senang sangat nak carik dan beli. Kedai mamak dan kopitiam banyak pakai. Kita pakai penapis teh je. It does the job very well.


Susu kambing yang diperah akan ditapis dan dimasukkan kedalam bekas stainless steel seperti gambar diatas. Orang kampung panggil 'genseng'. (betul ke tak?). Penutup kena ada, sebab lepas tapis, kena buat 2nd, 3rd and beberapa lagi round untuk perah susu. Sementara buat aktiviti memerah, tutup genseng tu untuk mengelakkan benda benda yang tak diingini jatuh dalam susu.

Dah settle collect semua perahan yang ditapis first round, perkakas seterusnya ialah guna bekas air minuman stainless steel yang ada kepala paip tu, selalu digunakan oleh caterer. Ni nak mudahkan masuk susu kambing segar tu masuk dalam botol. 

Sedap pulak tengok susu kambing tu
Masa susu kambing ni nak transfer ke bekas minuman tu, kita tapis untuk kali kedua menggunakan penapis yang lain pulak. Jangan pakai penapis yang pertama tadi.

Next, make sure botol botol dan penutupnya yang kita beli tu pun kita basuh, walaupun dalam plastik beg, rinse out the smell of chemical and dust. Beli kat kilang atau kedai memang kumpul habuk nya.



Menyenangkan proses pembotolan
Nota: Selalunya proses pembotolan buat dalam rumah, kali ni sebab nak amik gambar kena pakai outdoor lighting. Pakai camera tak power.


Itu sahaja tuan puan penternak. Simple dan efektif. Diharap membantu serba sedikit kepada newcomer penternak di sana. Jangan lupa semua perkakas kena basuh lepas gunapakai. Taip post ni haus pulak, macam nak pekena sebotol susu kambing nih.

Ohh lupa, paling penting, cepat cepat 'cool' kan susu kambing tu dan terus masuk dalam freezer. Keeps the milk fresh.....longer.

Mbekk!!



Wednesday, 6 November 2013

JAMNA GOLEK


Salam Maal Hijrah.

Sempena cuti hari tu, kami di LRGF menjamu sanak saudara dengan kambing golek. Chefnya dari kambing golek kaki bakar. Servis terbaik sebabnya dia orang ni buat perkhidmatan kambing golek nationwide (sampai dalam hutan sekali untuk camping pun boleh bereskan. Sabah & Sarawak tak lagi kut)

Yang special kali ni ialah kambing yang kami golekkan ialah dari baka Jamnapari. Yes....induk Jamnapari LRGF yang consider dah veteran. Ni pun first time nak try rasa daging Jamna.

A bit of history Jamna LRGF ni...ada 9 kesemuanya dalam rekod. Tak pasti asal usul mereka, jamna kacuk or full blood. Ada yang dah gave birth. Menurut rekod terkini dari Feb 2013, yang dapat kenalpasti, ada 5 ekor sahaja anak dari Jamnapari ni. Not sure previous years macamane sebab takde rekod. Hmmmm..macam under perform je. 

Menurut teori Prof Alwi (teori ke prof?) mengenai kambing yang telinga panjang ni manja, attention seeker and people friendly. Salah satu charateristic Jamna ialah telinganya yang panjang berjela. Tapi, induk Jamna LRGF ni tak friendly langsung. Garang. Tak salah saya ada induk Jamna ni kena ikat sebab gaduh dengan kambing lain. Brutal jugak dia orang ni. 

The caring and attention they get, sama sahaja diberikan kepada kambing kambing yang lain. Jenis makanan sama, pejantan sama, sakit pun bagi ubat sama. Besar kemungkinan, pada pendapat saya, pada pemerhatian saya ada 2 sebab utama. There is no specific data, atau kajian yang kami jalankan keatas Jamna LRGF ni.

Pertama, mungkin baka yang kita dapat ni memang poor breed (bukan pure breed). Bila dah poor tu, poor lah jadinya.

Kedua, since Jamna ni is known as a dual purpose goat, mostly dairy, their sheer size is big. And Jamna LRGF ni besar dan tinggi. Maybe our Shami penjantan menghadapi kesukaran nak breed dengan diaorang ni. I strongly believe so sebab induk boer dan kampung LRGF semua tak de masalah. Semua berjaya dibuntingkan. Ada induk yang kita ingat mandul pun akhirnya bunting jugak.

Penjantan Shami LRGF yang direhatkan.
Banyak sangat jasanya sampai beruban belakang dia.

So due to that reason, dan jugak penambahan anak anak kambing yang baru, maka its time to let go of the Jamnas. Dan dua ekor telah digolekkan. 





Makan kambing golek, minum susu kambing.

Thank you for your services Jamna and kaki bakar.

Mbekk!!

P/S: Sayang tak dapat bagi review rasa susu kambing Jamna LRGF.











Saturday, 2 November 2013

PASAR TANI KOR JANG???

A'laikum Bro Penternak/Petani.

Eden nak sambung sikit cerito PASAR TANI, yang jadi sumber pasaran Ladang Kontrak (Kandang Kontrak tak ador, Jang??).

Sekarang ni bersepah-sepah Pasar Tani di seluruh Malaysia. Hujung-hujung minggu ada saja Pasar Tani ditiap-tiap daerah....kat PJ ni pun ador juga, Jang!! Sambutannya Alhamdulillah. Lapang jugalah suri-rumah nak dapatkan bahan-bahan dapur..dan sayur, ulam-ulam kampung yang agak murah.


pasar  petani atau pasar peruncit/??
Ada dua perkara yang aku lihat tentang pasar tani nii. Nama ajer pasar tani...tapi sebenarnya sama macam pasar basah biasa!! Barang pertanian tu memanglah boleh dikatakan sebagai agricultural products, tapi adakah ia hasil petani-petani atau "diimpot" oleh peniaga-peniaga?? "Diimpot" dari kawasan luar daerah dan luar negara?? Dan yan paling ketara ialah yang menjual hasil tani itu bukannya petani tapi peniaga-peniaga yang tak tahu kat mana mereka mendapat bekalan....dari FAMA ker atau wallahu aklam!!

Perkara kedua ialah peniaga-peniaga ni pula bukannya orang tempatan..mereka ni dari luar kawasan, yang berniaga ikut pusingan jadual pasar-pasar tani dilokasi yang berlainan!! Mereka ini circulate,...tak payah bayar sewa kedai, tak payah bayar cukai,...mereka beruntung kerana ada Pasar-pasar Tani yang membolehkan mereka bergerak-gerak untuk berniaga macam-macam barang....sampaikan kuih-muih, lauk-pauk, barang-barang runcit kering..sampaikan kain-baju pun ada (tak disyaratkan menjual hasil-hasil tempatan)!!

Jadi, nama ajer Pasar Tani, tapi bahan-bahan pertanian dan peniaga-peniaganya tidak menunjukkan unsur tempatan dan tidak menguntungkan petani dan tidak mengalakkan kemajuan  pertanian tempatan!!

YB Menteri Pertanian mengumumkan cadangan Pasar Tani Kekal 
Tapi nampaknya hayat peniaga-peniaga di Pasar Tani ni mungkin nazak, bila YB Menteri Pertanian dah umumkan nak buat Pasar Tani Kekal, dibuka tiap-tiap hari, tak lagi bergerak-gerak seminggu sekali. Tak bolehlah peniaga-peniaga ni circulate..buat pusingan untuk berniaga!!

Tapi soalnya, adakah Pasar Tani Kekal ini akan menjual bahan tani tempatan dan membantu peniaga/petani tempatan?? Jangan-jangan akan dipenuhi oleh peruncit dan peniaga yang bukan dikalangan komuniti tani/ternak tempatan!! Pasar Tani mesti berkonsepkan Local Farmers' Market yang menjual hasil tani/ternakan tempatan dan perusahaan komuniti tempatan!! Baru ler ada kelainan pada tiap-tiap Pasar Tani,..ada tarekan (malah jadi tumpuan pelancong).

Aku impikan Pasar Tani yang ada menjual/lelong ternakan hidup. Siapa nak beli lembu, beli kerbau, beli emmmbbekkkkk....datang kat Pasar Tani!! Siapa nak minum susu segar,...nak makan dadeh...atau cheese...kambing golek, dll tunggu hari Pasar Tani!! Baru lerr ada POWER, Bro!!!


Satu perkara lagi yang eden tak faham. Kalau orang jual daging lembu atau daging kerbau tu memang senang nak jumpa kat Pasar Tani. Tapi nak cari orang jual daging kambing susah sangat. Apo sobab eh Jang??

Selamat berternak.
Es Emdi.

Friday, 1 November 2013

BIG JUGS..18SX


For viewing pleasure only. Tak leh perah. Bunting lagi. LRGF next batch of milkers. 









Selamat hujung minggu dan selamat bercuti kepada semua penternak kambing dan pembaca-pembaca blog LRGF. Yang rajin mengkomen dan the silent readers, we truly appreciate your support, sacrificing your precious time just to read our 'not so sophisticated, and a small timer dairy goat breeder' punye cerita dan bebelan. Terima kasih kami ucapkan. Semoga anda terhibur dan mendapat manfaat sedikit sebanyak apa yang kami kongsikan. Mbekk!! 

FUTURE FEED AT LRGF



Indigofera namanya. Pokok foraj makanan untuk kambing yang semakin mendapat perhatian para penternak di FB kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Sesuai untuk tumbuh di cuaca tropika. Pokok yang lasak, mampu bertahan kalau kurang air. Kadar pertumbuhannya pun cepat.

Lebih menarik lagi, penggunaan Indigofera ni telahpun digunapakai di ladang penternakkan kambing di Filipina dan menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan, terutamanya dari segi milk production (This is done with husbandry record, bukan main petik je). Anak kambing yang baru lepas dicerai susu diberi indigofera. Kajian yang mereka jalankan keatas pokok ni mendapati kandungan proteinnya adalah sebanyak 27% - 31%.

And due to the high demand for indigofera in the Philippines goat breeding communities, they are selling them from seeds hinggalah ke pokok yang telah matang. Dengar cerita, nak dapatkan benih dari mereka pun susah. 

Tapi LRGF amat amat lah bernasib baik dapat benih indigofera ni dari sahabat penternak Projek Kambing Muda. Nasib baik sangat. Nak carik kat Malaysia ni susah. Beliau pun dah habis benih indigofera tu.

We have cultivated the seeds and below is the progress til week 5 - 6. Kami menggunakan teknik menyemai anak benih ini macam tanam benih cili. Tak tabur terus atas tanah sebab takut ayam pi rosakkan tanaman.




In the sowing pots

Transfer to plastic. Taik kambing kena letak. Natural growth booster hehe.

Ni semua usaha ayahanda Es Emdi. Saya beli benih je.

I ate a piece of the indigofera leaf. Nice soft texture and not bitter at all.

Mbekk!!