Thursday, 30 January 2014

ORANG KAMBING DALAM TAHUN KUDA, JANG!!


Selamat nyambut Tahun Kuda!!

Kalau ikut feng shui oghang-oghang Cino, dalam Tahun Kuda ni,..oghang-oghang yang lahir pada tahun Kambing..manyak ong maah!! Kambing dengan Kuda ni compatible.

Itu koh sebabnya Prof.Alwi bolor kuda dalam ladang kambing??

Tahun Kuda.....

Kambing ada ongg maaah!!

Ekau oghang kambing kor, Jang?? Kalau tak,..bolor jor lah kambing tu...mesti ong punyerr!!

Selamat berternak & membiak
Es Emdi

Wednesday, 29 January 2014

STOCK CLEARANCE


....tapi bukan LRGF punya stok kambing.

Semalam terima call dari kawan, katanya ada orang nak jual kambing boer in large quantities. Hmmmm...boer memang tak minat lah nak ambik, but out of curiosity, member pun email lah the details. Siapa yang nak baca ni pakai smartphone ke, iPad ke tengah berdiri, minta duduk ye. Anda mungkin akan terkejut beruk .................. mungkin lah. 

Ok the info as follow;

Company xxx Farms (M) Sdn Bhd located in Perak. (ada buat company background check sikit tapi tak banyak sangat info langsung, even photos pun tarak.)

STOCKS: 663 BOER GOATS to let go. (Tu dia!! ini bukan large but enormous) Dahsyat company ni, a dream amount for goat breeders to have. Menuju ke arah Jutawan kambing ni.

Breakdown on stocks :
11 local male (2 pejantan umur 2 tahun. 9 jantan 8 month old)
118 female import > 4 years old. 13 ekor bunting
236 female local > 4 years old. 22 ekor bunting
130 kids male
168 kids female.

Offer duration : 
tentatively 1 week (or) first buyer payment confirmation (to declare interest.) Purchase upon negotiation. Meet up is recommended. Trip to farm encouraged.

Logistics : 
may be subsidised or borne by us depending on the price agreed.

Captivity : 
XXX Farms agrees to keep the goats on it's captivity for a maximum of 2 months whilst transportation is being arranged upon payment.

Facilities : 
not for sale but upon request, the state of the art facilities may be sold partially. Valued around 2m but if we could afford to offload, it would be at bargain price.

But the offer duration is very tight as xxx Farms needs to clear their stocks ASAP.

Price : 
500k above (recommended below 600k) negotiable. (Lebih kurang RM700 - RM800 seekor boer)


Tuan puan penternak sekalian, you can judge and conclude for yourself. Macam macam angle boleh dirungkaikan. I know nothing more, cuma nak share saje. 

Ada kemungkinan, stock clearance xxx Farm ni ada kaitan dengan cerita ini jugak. I maybe wrong. 

Mbekk!

Tuesday, 28 January 2014

JUTAWAN KAMBING, JANG??


Salam Mmmmbbekkk, Bro!

Maso mulo-mulo eden bolo kambing dulu,....corito hebat-hebat semuo ehr!! Bolo kambing sonang jadi millionaire!! Kek internet bukan main lagi angin corito nak jadi instant Jutawan Kambing!! Macam-macam kajian,..kertas-kerja,...dengan angka-angka...projection..oleh pakar-pakar dan separa pakar dari universiti,..kementerian,...sumo ehr suruh bolo kambing...kambing pedaging!! Kambing Boer jadi trademark...kambing lain tak ador standard. Kambing kampung jangan cakap lerrr!!!

Borduyun-duyun lerr pegawai-pegawai poei Australia,..South Afrika....sumo poei cari kambing Boer!!...

Banyak ler yang jadi pengimpot,..trader...kontraktor... yang supply kambing Boer kepada Kerajaan...yang meminjamkan pula kepada penternak melalui sistem PAWAH!! Lahir lerr instant penternak kambing Boer.... cara nak jadi instant Jutawan Kambing....nak supply 70 peratus keperluan daging kambing tempatan...Caranya??... instant  increase  pada population kambing!!!

Banyak yang berpendapat sistem Pawah dah PARAH!! Dan  population kambing....tak banyak berubah...malah kegiatan industri maseh bergantung dan berpusat kepada trading dan pengimpot.......bukannya penternakan dan pembiakan...apatah lagi pembiakan kambing tempatan!!! Nak supply 70 peratus keperluan daging kambing tempatan....tinggal angan-angan!!!

Kebanyakan penternak instant Jutawan Kambing...dengarnya dah gulung tikar!!..Tak tahu lerr berapa ramai  JUTAWAN yang ada??!!

Boleh kor jadi jutawan, Jang???

Eden pogang dan ikut nasihat sorang sifu...Otai ni cakap, tak boleh survived kalau nak bolor kambing  daging ajor....Konor tunggu tigo round,..baru dapek hasil!! Boleh kor tahan nunggu tigo tahun, Jang?? Banyak yang tak cukup modal nak bertahan tigo tahun tuuu!! Jadi otai ni cadangkan supaya kita bolor kambing yang boleh buat pedaging dan jugak ador susu untuk dijual,...boleh kongsi tampung opex!!


Sifu eden ni tak ikut cara low-input Prof.Alwi.... Sifu ni otai ternak caro intensif!! Tapi, dio memang survived...walaupun tak bergelar Jutawan Kambing!!!! Camnor, Jang???

Selamat berternak & membiak.
Es Emdi

Saturday, 25 January 2014

Sambung...CERITO TETEK KOREH, JANG!!!


Salam Mmmmbbbekkk, Bro!

Nak sambung cerito Tetek Koreh,  atau namo penyakit ni ialah MISTITIS. Kalau kito menternak kambing, apo laie nakkan susu erh, penyakit mistitis ni memang memoningkan kepalo!!

Kek LRGF, ado sekor yang kono tetek koreh nii...Mulo-mulo dio demam,..tak nak makan,...tetek erh mengoning dek koreh!! Kalau tak diubek,..mungkin wa'alaikum salam lerr jawabnyer!!

Alhamdulillah, kambing tu dah tak domam laie,...dah mula makan,..badan pun semakin pulih.

Dah tak domam...bodan boleh naik semula!

Tapi tak boleh relaks, Jang!! Tetek koreh tu nak dikecutkan...selain injek dengan Masterolas,...nak kono perah jugak, keluarkan susu yang rosak tu,..dah macam nanah!! Sebab susu rosak tu pekat sangat, saluran  punting dah jammed..tersekat!! Dan selalunya ambing pecah...bocor...bila terus diperah!!

Kesan bocor, Jang!

Kambing dapat diselamatkan, tapi satu tetek ehr dah tak leh pakai, Jang!! Apo rupo ehr sebolah ajo, Jang??


Kok ado geng lain yang dapek ubekkan MISTITIS ni, boleh ler kongsi pengalaman.

Selamat berternak & membiak.
Es Emdi

Friday, 24 January 2014

MORE ON MASTITIS

Salam Jumaat tuan puan penternak yang dikasihi.

Pada post Final Assault on Mastitis dulu, ada question yang di tanya oleh tuan Mar Celo kat FB saya.

"Nak tanya pasal kambing kena mastitis. Adakah ubat yang cucuk kat ambing tu jer yang perlu digunakan or ader ubat sampingan yang lain perlu untuk bagi menguatkan lagi antibodinya? Sebab kambing jenis tenusu ni kerap kena serang penyakit tu"

Saya ajukan soalan ni kat ayahanda untuk reply sobab dia yang administer dan check progress. Dan Pak Es Emdi spend more time kat LRGF lagi dari saya.

The response as below;

Ini pengalaman peribadi, bukannya berdasarkan kepakaran vertinari.

Rasanya nak kuatkan antibody, tak ada. Sebab utama mistitis ialah jangkitan kuman melalui puting susu. Lantai kandang kotor, mostly. (dan mengikut perhatian saya, mungkin juga susu rosak,..yang ni tak tahu sebabnya dan ubatnya).

Bila kena mistitisis  ni, kambing akan demam dan tak selera nak makan...dia moyok. Kalau tak diubati,..kambing jadi kurus dengan cepat dan boleh bawak mati.

Jadi kena suntik ubat demam dan antibiotik. Suntik jugak ubat melalui puting. Boleh jugak tuamkan dengan air panas dan balm.

Tapi nak mencegah tu yang saya tak pasti. Memang betul, mistitis paling common pada kambing tenusu.....dan nak mengubatnya amat sukar. Kambing saya pun belum pulih...cuma dah tak demam aja. Ambing susu maseh keras jugak.....nak tunggu badan naik,...mungkin ubat pisau lebih mujarab!!!!

Mbekk!

Wednesday, 22 January 2014

BILA MOHD ZHAFRAN BERTANYA LAGI...

"Saya nak tanya tuan pasal tanaman pokok untuk makanan kambing, pokok jenis apa yang tumbuh dgn pantas ye? Sebab tanah saya tak luas sangat. Jadi saya perlukan pokok pokok yang perlu tumbuh dengan cepat dan perlu 'recycle' dengan pokok yang lain pula untuk menampung feed supply untuk kambing."

Ok, saya rasa ni soalan yang selalu menjadi perhatian utama kepada otai penternak atau bakal penternak kambing. An important and pressing issue. Yes. Makanan untuk kambing. Kambing kena makan. 24/7. Part of your operation cost involves the feed. Kalau buat sistem intensif, hari hari angkut makanan (dedaun + pellet), 2 kali sehari, fuhhhh mana nak source out makanan kambing  ni.

Sebab itu kena ada anchor atau daun utama, especially bagi sistem intensif. Ada orang tanam rumput napier, dsb. Di LRGF, kami menggunakan daun sawit dengan sokongan daun-daun balik angin dan acasia.

Tapi situasi saudara Zhafran ni lagi challenging. Tanah pun tak luas. Salah satu lagi cabaran beliau ialah kawasan yang dicadangkan tu dekat dengan jalan besar. "Buatnye kambing tu terlepas sampai ke jalan besar, penat nak kejar nanti" katanya. 

For the first question above dulu, jawapan saya adalah berpandukan kepada analisa dan pandangan saya on our own plants. More reliable untuk saya nak kongsikan. There maybe other better and suitable plants / forages out there that has a remarkable growth period.

LRGF sekarang ni tengah trial 4 jenis pokok sebagai tanaman 'masa depan' makanan kambing kami, untuk menambah kualiti makanan dan kuantiti selain dedaun anchor. Masih lagi di peringkat awal. Actually too early of the growth stage to consider for analyzing. Tapi ada elemen penting pada soalan saudara Zhafran iaitu 'PANTAS' tumbuh. An important criteria to consider sebenarnya, supaya sistem penanaman pokok dan penyediaan makanan dapat dioptimumkan. Terima kasih saudara Zhafran kerana membangkitkan perkara ini. LRGF memilih tanaman kami kerana khasiat dan kandungan nutrisi (protein content) sebagai priority untuk kambing tenusu dan speed of the plant growth comes next. Sekarang ni, kena monitor lah pokok mana yang cepat tumbuh ni. Baru lah efektif dan efisyen.

Plant 1. Indigofera

Potensi pokok ni nampak memberangsangkan. Kadar pertumbuhannya looks positive. Cara semaian benih melalui 'sowing pot' dalam masa 3 bulan, ketinggian mencecah 2 kaki. Satu lagi yang menarik tentang indigofera ni, pokok nya dah nampak rimbun dan tahan lasak. 

Indigofera

Barisan indigofera dah ditanam.

Plant 2. Turi

Musim hujan, cepat betul pokok ni membesar. Cepat tu pada kadar 4 - 5 bulan sahaja. Memang bagus. ketinggian pokok dah sama level dengan ketinggian kandang LRGF. So estimate height more than 10 feet dah. Cuma kekurangan pada pokok ni ialah tak rimbun.

Pokok Turi

Plant 3. Mulberry

Keratan Mulberry dalam poly bag
Tak sampai sebulan lagi tanam keratan Mulberry, tapi banyak dah mula bertunas. Excited nak tengok kadar pertumbuhan pokok ni. Ada penternak kambing kat Kedah Sinar Utara Agrofarm dah tanam pokok ni. Siap berbuah berry lagi. Makan cornflakes dengan susu kambing dan tabur Mullberry. Baru 'Breakfast of Champion!'

4. Morringa.

Setakat ni keratan Morringa belum menampakkan hasil pertumbuhan yang menggalakkan. Dalam banyak banyak keratan, cuma sedikit je yang bertunas. Keratan terus ditanam pada tanah, bukan dalam poly bag. LRGF started to plant again new cuttings of Moringga in poly bag to see teknik ni ada perbezaan ke tidak dalam pertumbuhan tunas.

Moringga dalam poly bag. Slow growth process compared to Mulberry.
Ni je saya dapat kongsikan kepada saudara Zhafran. Diharap serba sedikit membantu mengenai pokok untuk makanan kambing.

Tetapi kalau tanah tak luas, dan hanya bergantung kepada tanaman yang ditanam, kebarangkalian saudara Zhafran akan menghadapi kesukaran in the long run (maybe even short run) sebab kena ingat, kambing akan bertambah dari masa ke semasa. Demand will increase, but immediate supply stagnant. tak boleh cope up in terms of capacity usage.

Dalam situasi saudara Zhafran ni jugak, one alternative untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ialah untuk source out the food dari kawasan sekitar. Kena carik.

Padangan saya, mengembala kambing kambing tu maybe is the answer for your situation. Mungkin (pending on your area / ada kawasan ragut ke tak). Cost saving untuk nak start up kecil kecilan and easier to manage. Less resources needed. Kambing dan tuan pun sihat.

Takut kambing lari tengah jalan ............ kena baca post ini dulu. Ataupun bole tuisyen 101 dengan prof Alwi.

Semoga berjaya saudara Zhafran. Mbekk!



Tuesday, 21 January 2014

WELCOMING TOK BA


Good Morning!. (saje je tukar style sikit)

Post ni pendek je. Terjumpa blogger penternak kambing baru. orang Kelantan. Sama level dgn ayahanda Es Emdi. Bro Ferall KK yang search. 

Cara penulisan pun loghat orang Kelate. Lama lama kalau follow blog tok ba ni, mahu terer saya speaking kelate. Tuan punya blog ni selalu jugak komen kat post LRGF (under Wan Ab Mutelib), rupa rupanya dia pun ada blog. Cayalah Tok Ba.

Selamat datang dan menulis Tok Ba untuk industri kambing kita. Meriah lagi ni!!

Tuan puan penternak, boleh check out Tok Ba punya blog kat sini. Mbekk!!


Monday, 20 January 2014

F2 NO. 12 JANG!!


Salam Mmmbbekkk, Bro.

Dah hampir dua minggu, barulah berakhir Circuit F2 pusingan pertama kat LRGF. Petang semalam lahir F2 No.12, dalam siri pertama ini. Siri ke dua ada 20 ekor lagi maseh dalam dock...dah nampak 10 ekor yang bunting, Jang!!

F2 No.12


Tapi yang ni lebih dramatik, Jang. Terpakso assisted-birth sekali lagi.. memang kono bantu jugak, Jang. Kepalo pulak yang tersumbur dulu.. kaki tak boleh keluar!! Tapi kali ini memang ikut SOP member...El Cabras Hambriento!! Injek dulu dengan Oxytocin....supaya tak ado uri atau serpihan yang tertinggal. Eden bori 15 minit...lopeh tu baru pekerja mula korek!! Memang betul-betul korek, Jang!!. Kaki tersepit kek dalam...Terpaksolah siekkan...kepalo bosar pulak tuuu!! Anak pun bosar jugak...Tapi, Alhamdulillah, semua er selamat!!

Selamat berternak & membiak.
Es Emdi

Sunday, 19 January 2014

KAMBING MAKAN KULIT DIAN TAK JANG???


Salam Mmmbekkk, Bro.

Kandang LRGF sebenarnya terletak dalam dusun durian. Kerana dusun durian ni jugak, eden bolor kambing. Sebab dalam dusun ni banyak rumput...Jadi kok bolor kambing tu, tak payahlah eden gajikan pemotong rumput!! Bisnes strategi eden dulu-dulu tu nak dua kali lipat lerr...dian dapek, kambing pun dapek jugak!!

Kandang dalam dusun dian, Jang!!

Bisnes strategi tu ado slack sikit, Jang!! Kambing ni rupo err kurang makan rumput..dan sebab rumput kek dusun ni lembab-kering, maka gemuk lerr parasite...dan menjadi-jadi kambing eden ceret-ceret!! Maso tu tongah trial-n-error....kuyup ler buek erh, Jang!! Dah limo tahun ni,..baru lerr steady sikit, Jang!! Dian dapek,..kambing pun, In Sya Allah dapek diuruskan!! Jawab erh,..beres jugak ler, Jang!!

Tongah musim dian, Jang!

Sekarang ni tongah musim dian, Jang!! Posar kambing LRGF, kono rest lerr kojap! Anakanda eden pun sibuk, ulang-alik bawak dian kek PJ... Musang King,..D24,..D21...ado lerr jugak!! Durian kampung pun ador..kok nak buek lompok...santan dian,...dan tompoyak!!

Nak tanyo sikit, kulit dian ni,..boleh tak bori makan kambing, Jang?? Ado tak khasiat erh, Jang?? 

Selamat berternak dan membiak (jugor tanam durian)!!
Es Emdi

Thursday, 16 January 2014

OXYTOCIN & THE MYSTERIOUS EL CAMBRAS

Pasal ubat-ubatan untuk kambing ni saya tak pro. Part ni semua diserahkan kepada ayahanda Es Emdi. So baru jap tadi pi beli Oxytocin kat Lazuli Sdn Bhd. Kedai kat Kelana Jaya, Selangor (dekat dgn rumah). Lazuli ni memang kedai khusus untuk kelengkapan livestock and veterinary related products. Nak tahu lebih lanjut, boleh visit website Lazuli ni at www.lazulisb.com.my 

Kedai Lazuli kat Kelana Jaya
Beli oxytocin ni sebab banyak induk kambing LRGF baru lepas beranak. Ni nak amik necessary precaution, pasal kesihatan induk. To make sure, segala benda yang boleh memudaratkan, dikeluarkan dari uterus induk, especially yang kena assist birth. Terima kasih kepada saudara El Cambras dari blog House of Goats di atas nasihat ni.

By the way, kalau tuan EL Cambras baca post ni, dari dulu nak tanya, apakah background tuan EL Cambras ni? Are you a vet by profession? Your knowledge in livestocks (especially goats, from medicinal, prevention, diseases, breeds, etc) is remarkable. A very mysterious breeder indeed. Kalau tuan,puan penternak nak tahu, bolehlah baca post dia kat House of Goats tu. Very informative.

Ok, balik pada cerita asal, beli oxytocin ni, sales lady cakap 'harga dah naik sikit....Rm0.50. Jadi harga jualan sekarang RM10.50 sebotol'. Brand dia ialah OXYTOKEL - injectable solution. Nak advise pakai syringe ape - refer jugak kat blog House of Goats latest entry.



Mana mana penternak yang first timer nak tau fungsi pasal oxytocin ni, takde masalah sebab labeling dia dah bagitau what it is use for. Brand ni saya tak pasti standard dia boleh diharapkan atau tidak. (Ni je yang dia ada Yah.) But according to another salesman kat Lazuli ni, ada satu lagi brand yang lebih bagus (tapi lupa nak tanya nama brand tadi). However Lazuli tak dapat nak bawak masuk sebab produk tu tidak mengikuti kehendak kerajaan dari segi labelling (not sure which govt agency punya requirement)


Dosage tertera untuk setiap jenis ternakan. Untuk kucing pun boleh.


Tapi yang satu lagi fungsi oxytocin ni yang menarik perhatian saya ialah..to induce 'let down of milk'. Saya mintak lah salesman to explain sikit. Menurut beliau, oxytocin ni akan 'trigger' induk kambing atau lembu tu untuk tidak menahan susu mereka dari dikeluarkan. Faham tak? Kepada penternak dairy cow, unfortunately brand ni is not that effective tapi untuk kambing, it works (according to the salesman ye.) Kalau Lazuli baca entry ni, kalau info saya kurang tetap, kasi komen ye.

This is something new for me. To the mysterious breeder El Cambras, and truth in this?

Mbekk!


Wednesday, 15 January 2014

BILA MOHD ZHAFRAN BERTANYA...PART 1.


Soalannya:

"Ikut pengalaman tuan, pada waktu malam, kambing kambing bising tak? Sebab area yang bakal saya bina kandang ni dekat juga dgn rumah jiran..kalau kambing bising, takut menggangu jiran pula.."

Pertama sekali, nak ucapkan tahniah kepada saudara Zhafran. Daripada 'chat' beliau dgn saya kat facebook, nampak gayanya dia ni menunjukkan minat mendalam nak start ternak kambing kat Kelantan. Bagus bagus! Meriah lagi industri ternak kambing kat Malaysia ni dengan 'player-player' yang baru. Yang bagusnya sekarang, dia orang ni menjurus ke arah knowledgeable breeder, rather than 'syok sendiri'. Macam macam soalan saya dapat, sampai ada soalan yang saya tak dapat nak bantu. Sorry ye geng. 

Ok, kambing bising ni problem ke kepada jiran sekeliling? Ada satu kes, baru je terbaca kat facebook, seorang penternak ni nak jual semua kambing dia (boer dan jamna 10 ekor) kat kedah sebab.....................JIRAN marah, tak tahan kena maki, kambing bising.

Hmmmm..kesian betul, macam tu sekali. Teruk sangat ke kambing dia mengembek!?! 10 ekor je kut. Kambing ni bising bila nak makan...atau dah nampak orang bawak makan untuk mereka. 

So rasanya lah ni kes pasal sebab lain kut. Entah lah.

Ok berbalik pada soalan saudara Zhafran. Ni saya amik dari pengalaman LRGF punya kambing. 

Pada waktu malam, kambing kami tak bising sebab kambing semua cukup puas makan. Ni salah satu sebab kambing akan bising waktu malam bila mereka tak puas dapat makanan. Lapar.

Satu lagi sebab kambing akan bising ialah bila induk tu dah due date to deliver her kid. Nak beranak. Dia akan 'mengerang' tapi dia sorang je lah. Yang kambing lain buat tak tahu je. Another reason pun kekadang kambing kaki tersepit kat celah lantai kayu, atau kepala tersekat ke kat celah dinding papan.....tapi jaranglah terjadi.

Tapi, ada satu lagi perkara yang akan buat kambing bising. Menurut helper LRGF, yang ni kambing akan buat havoc sikit. Buat this can be prevented...very easily. Non issue pun. Kambing akan bikin havoc bila PINTU petak tak terkunci dan kambing dan anak dapat keluar roaming satu kandang. Kecoh satu kandang! Apa nak kecoh pun tak tahu. Dalam kandang je kut, tapi happening macam dapat keluar pi merewang. So make sure je lah pintu petak senantiasa dikunci. Tu je.

Di harap jawapan ni membantu saudara. Dia ada lagi bagi soalan kat saya, nanti sambung part 2.

Anyway, mungkin saudara Zahfran boleh develop semangat kejiranan dengan jiran tetangga sekeliling dulu dan pre inform your intention to breed goats and the issues that may occur in the future. Mana tahu, mungkin ramai yang support or can even be your potential customers.

Semoga berjaya dalam usaha tuan In Sha Allah. Mbekk!!

P/S: Satu lagi...bila cakap dekat dengan rumah jiran, jangan lupa perfume tahi kambing pun boleh tahan jugak.






Monday, 13 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL, JANG!!


Selamat menyambut Maulidur Rasul!!

Kek LRGF tak beronti-ronti nyambut kelahiran jugak, Jang!! Pagi tadi ador sekor lagi kambing beranak. Alhamdulillah!!

Tapi pasal kambing beranak minggu ni,...dua kali konor jadi bidan. Tapi yang beranakkan F2 no.7 hari tu memang dramatik!! Kambing cross Shami+Jamna tu dah dokek satu minggu menoran ajor...dah keluar lendir...sampai vagina luka dan di urung lalat...Jadi bila dah nampak ujung kaki terkeluar,..sonang ler hati eden!!

Dah nampak kaki, Jang!!

Tunggu punya tunggu...teran punya teran..Dia push..push... anak tak keluar jugak!! Asyik masuk...keluar..masuk...keluar..cuma hujung kaki ajer yang nampak. Dah dua jam nunggu, Jang!! Macam tersekat ajor....samo macam Jamna cross pagi-pagi tadi!! Camno nak buek ni, Jang!! Eden bukan doktor vet...tapi tak leh  biarkan terus camni...takut lemas anak dalam kandungan tuu!! So,.. Emergency ni, Jang...konor bantu induk Shami+Jamna ni lahirkan anak!!



Pekerja pun pakai glove...tapi kurang selesa..kesat, katanya. Jadi tambah dengan bag plastik yang nipis dan licin. Itu pun aku suruh gunakan miyak jugak!! Ini bukan doktor profesional, ..kelengkapan dan alat-alat pun, satu benda tak ada....betul-betul bidan terjun, Jang!!

Periksa akan kaki yang terbonjol tu dulu...kenapa tak leh keluar!! Korek...cuba korek... tarek kaki tu. "Jangan tarek kuat sangat...perlahan-lahan!!" Aku nampak macam pekerja tu macam nak guna force, tarek kaki untuk keluar!! "Tunggu bila dia meneran...engkau tarek sama".



"Okey...Hokeyyy..... Kepala dah keluar...tarek..tarek badan,.. perlahan-lahan...Yaaaa..Tunggu dia teran satu kali...Hoookkeyyyyy....(aku bertepuk tangan!!!).



Buang lendir dalam mulut,..supaya mudah bernafas. "Mmmmmbbbekkkk", jeritan sulung anak yang baru lahir. Hhhoooookkeyyyy!!! Alhamdulillah!! Suruh ibu pulak jilat,...




Begitulah episod yang mencemaskan, Jang!! Tak tahu ler kenapa dua ekor Jamna cross terpaksa dibantu untuk beranak. Yang cross Boer tak ada masalah. Yang cross kampung lagi best...bukan aja mudah,...tapi yang belum schedule pun dah beranak!! Mungkin Jamna tak sesuai cross dengan Shami, tak?? Konor tunggu lagi, Jang!!

Selamat berternak & membiak
Es Emdi

Sunday, 12 January 2014

HECTIC DAY ON F2 CIRCUIT, JANG!!!


Salam Mmmmbekkk, Bro!!

Hari ini memang gelabah,...anxious,...tapi seronok!! Lepas aja suboh,..pekerja beritahu dia terpaksa bantu untuk lahirkan F2 no.3..Dah lebih 24 jam, kambing F1 kacukan Shami+Jamnapari dalam kesakitan. Alhamdulillah, selamat, Jang!!

F2 no.3

Sebelum tengahari lahir lagi dua, Jang!! Tak sompek nak makan, Jang ooi!!

No.4
                       
No.5.

Dan sebelah petang pulak, lahir lagi dua. Yang No.6 ni memang tak ikut schedule..dia belum masuk pit lagi,...maseh dalam dock bersama 20 ekor yang lain. Tiba-tiba dah nak beranak..sonang botor kacukan dengan kambing kampung ni, Jang!
No.6..yang ni tak masuk schedule, ..dah nak beranak jugak, nak buek camno, Jang!!
Tapi yang lebih dramatik,..ialah No.7. Kambing kacukan Shami+Jamna ni susah nak lahirkan anak...Jadi konor bantu!! Alhamdulillah,..sebelum maghrib tadi, selamat lahirkan anak!!

F2 no.7

Pewww...inilah kisah satu hari tadi kek LRGF, Jang!! Hebat..panik campur seronok. Tak leh lawan pengalaman ni doh, Jang!! Ado ompek ekor lagi dalam pit tu. Tunggu maso ajor nak beranak, In Sya Allah!!


Selamat berternak & membiak.
Es Emdi

Saturday, 11 January 2014

CAMNO NAK LAPAH KAMBING, JANG???


Salam Mmmmbbekkk, Bro!

Geng-geng kito ni banyak yang moleh kambing..buat aqiqah, khenduri, santai-santai dengan kambing golek, bbq, dan macam-macam laei lah, Jang. Eden nak kongsi ilmu oleh Chef Sham, geng sinergi LRGF.

Nasihat 1: Bilor dah moleh tuu, kono ler gantung badan erh. Tapi sebelum nak mula siang kulit, lebih baik basahkan badan kambing tuu, supaya dapat mengurangkan bulu di kulit kambing (yang maseh bau hamis) lekat pada daging masa melapah nanti.

Chef Sham basahkan bulu kambing yang telah disembelih. 
Nasihat 2: Camno nak gantung badan kambing yang dah disembelih??

Darah tak terperam dalam daging

Seelok-eloknya, gantung dengan mengikat dua kaki ke atas. Kenapa tidak gantung di kepala?

Supaya darah dapat mengalir dan keluar daripada tubuh melalui otot yang disembelih. Kalau digantung dengan kepala ke atas, maka darah terperam dalam tubuh, boleh menyebabkan kesan  daging lebam pada bahagian peha.

Makanan yang tidak khazam dan air perut akan mudah keluar melalui saluran khalkum/leher yang disembelih.

Nasihat 3: Sebelum mula melapah daging,...
Final Check: bersihkan karkas.

Disyorkan  supaya karkas dibersihkan daripada bulu-bulu yang maseh terlekat pada daging. Caranya dengan menggunakan kain kering bersih untuk lap seluruh tubuh. Lepas tu baru lerr dibelah untuk keluarkan perut.


Cantik tak karkas tu,Jang!! Camni lerr nak buat kambing golek. Jaga kualiti, Jang!!

Terimakasih Chef Sham kerana sudi berkongsi ilmu.

Selamat berternak dan membiak.
Es Emdi

Friday, 10 January 2014

F2 LRGF CIRCUIT, JANG!!

Salam Mmmmmbbeekkk, Bro!

Petang Jumaat kelmarin semolehkan aqiqah untuk adik Muhammad Qaid Dayyin, Shah Alam. Tongah-tongah melapah daging, ado pulak kambing beranakkan F2 betina. Rezeki petang Jumaat, Alhamdulillah!!

Inilah anak betina F2 yang telah dirakam video oleh Adil, semalam.


Itu adalah F2 nombor dua. Pagi tadi lahir lagi F2 nombor tiga pulak, Jang!! Memang rezeki hari Jumaat. Dari segi penglihatan rambang, memang kuat ciri kambing Shami pada anak-anak F2 ini.
F2 nombor tiga.

Ador lagi lapan ekor ibu dalam pit, brrroooommm,..brooommm,...enjin dah panas ni, Jang!! Tunggu masa dan giliran ajo!! Ado 20 lagi dalam dock,..tengah production F2's!! F2's Circuit kek LRFG ni lebih syok.....tak payah poei kek Sepang tengok Petronas F1Grand Prix dor, Jang!!


Selamat berternak & membiak
Es Emdi

Thursday, 9 January 2014

WELCOMING SHAMI F2 ON VIDEO

Salam tuan pun penternak.

Hari ni (pagi Khamis 9 Januari 2014) balik LRGF nak pi sembelih kambing untuk tempahan aqiqah. So sambil menunggu nak start proses lapah, layanlah kambing kambing dulu. Yang syok tu, tengok tetek tetek kambing induk Shami F1 yang sarat mengandung. Cuba tengok. Boleh tahan jugak besar dia.


Salah satu induk yang tengah sarat ialah 0397. First timer nak beranak. Belum ada experience lagi. Tetek dia not bad in size. Kagum tengok.

0397 ni kecik je tapi...
Tu dia!! Macam nak perah je!
Anyway, lepas dia dah breakfast, dan masa tu kami kat bawah tengah sibuk nak start melapah, suddenly dengar sekor kambing mengerang. Bising. Ingatkan kambing mana tersangkut kaki ke, tengah gaduh ke. Jokingly saya cakap "nak beranak kut?". So helper pi naik dgn saya check dan sah 0397 mengerang. Badan mengigil. Nafas kencang. Macam kena spasm attack.

Lepas tu ayahanda Es Emdi pulak check, dan asingkan 0397 kat petak lain. Standby awal awal.

Ayahanda ada bagi tahu, kambing kat LRGF ni kalau due time nak beranak, dia orang ada bagi signal. Apa signalnya.......nanti Pak Es Emdi akan buat post lain.

Ok, berbalik pada cerita 0397, dari bawah tempat melapah kambing tu, we can still see 0397. Dia nampak restless. Sekali sekala mengerang. Duduk tak selesa, Berdiri pun ke hulu ke hilir. 

Dalam 20 minit tengah sibuk melapah ni......... tiba tiba ayahanda tersedar. "TANGAN DAH KELUAR!! Cepat Dil!!."

Toleh je kat kandang, nampak 0397 nak give birth!! What a moment it was. 

Tuan puan penternak pembaca LRGF sekalian, we have an exclusive clip of a Shami F1 giving birth to a Shami F2 kid. Sorry kena tengok satu per satu, sebab tak dapat edit. Plus kena tengok kat LRGF punya FB page. Puas dah try upload kat sini tapi error je memanjang. Warning dulu ye, kalau sesiapa tak pernah tengok....its beautiful. Can watch it here. Ada 5 parts.

Time was approximately 11.45am. The process of 0397 giving birth took her around less than 10 minutes. Tiada bantuan, tiada bidan. Natural, healthy and smooth birth.



Very good la 0397 ni. Steady je. Takde nak panik ke, nampak lemah ke. She knows what she has to do next, cleaning her kid, dengan menjilat lendir lendir kat seluruh anggota anak dia. So we left her to bond with her first new born kid and continue siapkan kambing aqiqah.

Alhamdulillah dan syukur. A positive start for LRGF in 2014. Sebelum sign off, dari pemerhatian saya, sebab kambing shami ni tinggi, so characteristic tu dah nampak kat shami f2 ni. Slim and tall, tak gemuk. That is maybe / probably the reason why 0397 giving birth process was not physically torturing her. And lupa nak mention...Its a female kid!!

Any name suggestions? Mbekk!!


MOLEH UNTUK AQIQAH, JANG!!


Salam Mmmmmbbbeekkk, Bro.

Alhamdulillah, baru selesai sembelih dua ekor kambing untuk aqiqah adik Muhammad Qaid Dayyin. Terima kasih kepada Bro Muhammad Zulhilmi dari Shah Alam kerana sudi memilih kambing dan perkhidmatan LRGF.

menyediakan daging untuk dihantar ke Shah Alam



Kenapa gantung guna kaki ke atas???....selalu orang buat gantung pada kepala?? Ini adalah cara yang betul...LRGF menyediakan khidmat pakar untuk penyelengaraan daging, dan juga
masakan termasuk kambing golek dari rakan sinergi  kami, Chef Sham.


Chef Sham membersihkan daging kambing.


Kok nak buek aqiqah...khenduri kor....bolehlah kontak LRGF, Jang. Cuborlah kambing golek Chef Sham. Gerenti wow...best, Jang!! Kau nak tahu camno Chef Sham bersihkan daging kambing??? Next Change, Jang!!

Hilmi (kiri) bersama ayahnya.


Salam berternak & membiak
Es Emdi

Wednesday, 8 January 2014

KADAR LAKTASI


Salam tuan puan penternak.

Kepada mana mana penternak yang menggunakkan kambing bukan tenusu untuk dapatkan susu, jom kita buat comparison jap, kalau ada lah.

Setakat ni LRGF menggunakkan kambing boer (majoriti) & kampung untuk dapatkan susu. Itu je yang dapat. The Shami F1 tengah tunggu beranak, hopefully soon.

Kambing boer ni, some are from our own dan ada yang dapat dari JPV. Tapi sedih banyak lah JPV nya boer ni. Dia punya milk output is extremely poor. Although they are not dairy milker, tapi parah jugak lah. Cuba tengok gambar kat bawah ni.




Udder dia kecik, dan ada yang lagi kecik, tersangat kecik. Bila time milking je, tak sampai separuh cawan pun. Kesian kak anaknya, Macam tak cukup untuk minum. Ada jugak yang lactating period (tempoh pengeluran susu) tak sampai 2 bulan! Dah habis. So hati hati kalau dapat kambing pawah, check udder sekali especially dah veteran, so that anaknya nanti tak kebuluran.

Ni pulak LRGF nye boer. Boleh lah tahan for non dairy. 




Ni pulak our one and only current Shami F1 veteran. Dulu....perah susu confirm satu jug. Dia ni baru je beranak sekali lagi hari tu. This photo taken sebelum beranak.


Seksi!!

Post ni bukan nak compare size, but lactating period. Maksudnya berapa lama tuan puan penternak dapat perah susu dari kambing non dairy or dairy masing masing? 

Dari rekod LRGF, belum betul 'audit lagi...is not that amazing. Dari 30+ ekor, manage to get 10 litres daily. Up to date sekarang around 3.5 litres daily sahaja. Ini dalam tempoh 2 bulan. Mendadak jugak penurunannya. 

(dalam tempoh ni ada jugak induk yang keluar susu ni dah kena 'sacrifice')

So secara kasar, lactation period untuk kambing boer LRGF is very low. Kalau kuantiti low acceptable jugak as the boer are not dariy goats, tapi lactation period yang pendek cukup menghairankan jugak. Apa puncanya? Atau ni satu kebiasaan kambing kita yang hidup dalam cuaca tropika ni tempoh laktasi pendek.

Menurut sumber di America, their dairy goat lactation period selama 275 hari ke 305 hari!. Tempoh camni baru profitable buat bisnes susu kambing.

So jauh lagi perjalanan LRGF. 
  1. Macamana nak make sure production susu yang tinggi bagi setiap induk kambing?
  2. Macamana nak dapatkan lactation period yang lama?

Any comments? Any comparison? Any advice? Mbekk?



Tuesday, 7 January 2014

BEREBUT KAWASAN RAGUT, JANG!!


Salam Mmmmbbekkk, Bro!

Kali ni eden nak bawak cerito luar dari LRGF, Jang!! Eden terbaco kisah berebut kawasan ragut kambing kek Kampung Pengkalan Chepa, Kota Bharu, dalam surat khabar hari ni.

Seorang hamba Allah yang bernama Muhammad Nasir Abd Wahab, 44 tahun, telah melepaskan kambing-kambing miliknya di kawasan ragut yang sama dengan kambing-kambing milik sepupunya, bernama Salmah Abd Rahman, berumur 51 tahun.

Mek Salmah ni telah menghalau kambing-kambing milik Nasir yang mengacau di kawasan ragut itu. Si Nasir pun naik angin, lerr Jang. Berlaku pertengkaran. Si Nasir ni ingat dia macho...hobin erh kepala Mek Salmah dengan menggunakan BESI penambat kambing sampai cedera!!

Si Macho ni telah didapati bersalah dan dihukum denda RM 3,000 oleh Mahkamah Majistret, Kota Bharu.

Keratan akhbar Utusan Malaysia, 7 Januari 2014

Inilah kisah (boleh buek drama tv ni, Jang!!) berobut tompek ragut kambing...sampai hobin-menghobin....pakai BOSI pulak tu, Jang!! (jago-jago sikit Kapten Don Jenal....jangan gomar bonar main bosi tuuu..Hihihihi!!!)....sampai masuk court!! Haaiiii buek malu jor geng kito macam ni, Jang!!! Patut erh jadi gembala ikut para Ambia.....ini dah jadi gembala samseng!! Guano mu Weeyyy?????


Selamat berternak & membiak ( dengan berhemah).
Es Emdi

Monday, 6 January 2014

NAK TAHU CAMNA PALONG MAKAN KAMBING, JANG??


Salam Mmmmbbekkk, Bro!

Ado kawan anakanda eden nak tahu camna palong tempat makan kambing LRGF. Macam biaso ajor, teh eden!!


Palong ni dibuat daripada pipe pvc, size 10" (ada yang besar lagi, size 12", tapi harga pun tinggi). Eden belah dua, dan diikat dengan kayu. Seelok-eloknya, palong ni biarlah di luar kandang!!


Tapi yang ini memang dalam petak kandang, sebab petak ni besar..boleh muat 80 ekor,..jadi palong yang diluar tak cukup panjang. Bila nak beri makan tu memanglah berebut...tapi kurang sikit sebab dah alehkan trafik dengan palong kat luar kandang tu!!


Ada jugak kekawan yang buat palong daripada kayu/papan. Eden takut mulut/lidah kambing kok luka  konor selumbar papan. Sebab itu opt dengan pipe pvc. Kena rajin sikit lerr, Jang!! Tiap-tiap kali nak beri makan, kena bersihkan palong..buang tahi dan sapu kencing dulu. Sebab tu, kena buat palong tinggi sikit ...jangan dapat buntut kambing tu masuk dalam palong!! Itu jor lah, cerito erh, Jang!!

Salamat berternak & membiak.
Es Emdi

Saturday, 4 January 2014

SUNGAI LALAH PUN BANJIR, JANG!!!!


Salam Mmmmmbbbekkkk, Bro!!

Satu hari hujan kek Sungai Lalah, Jang!! Kok musim hujan ni, kambing nak kono jago lobih...kambing eden yang kono mistitis tu dah nak makan...ado harapan lerr!! Tapi anak kambing pulak yang moyok...nak buek diagnosis penyakit erh tu,..naik poning kepalo!! Main mengarabo jor lerr Jang!!

Kok hujan lobek pulak, air Sungai Lalah pun melempah, Jang!



Air pun naik...dulu-dulu, kolam ikan eden sampai pocah!! Berayo oghang kampung nangok ikan talapiar, patin ...Sekarang ni tinggal satu ajor lagi kolam...itu pun nak main-main ajor!

Tapi camno pun, air sungai naik cuma sampai kek tanggo ajorr. Tak lerr sampai tenggelam kandang LRGF...tak lerr sampai kena pindahkan kambing-kambing ... cam kawan-kawan kito kek Kemaman dan tempat lain masa banjir baru-baru ni.

Panik tu ado jugak, Jang. Pokok indigofera yang baru eden tanam pun dah dokek nak tenggelam...naik cemas jugak, Jang!!

Indigofera kena berendam,Jang!

Ado jor baik erh hujan ni Jang. Ado pulak durian yang gugur...durian yang ditembuk tupai,..Sojuk-sojuk ni, dapek jor tumpang rezeki tupai...Ih..ih...ihh, Jang!!

Selamat berternak & membiak.
Es Emdi