Wednesday, 30 April 2014

KURANG CALCIUM, JANG??


Salam Mmmbbbekkk, Jang!

Pagi kelmarin pekerja eden berlari datang beritahu, ada sekor lagi induk kambing bunting yang dah lembik. Dah seminggu eden perhatikan..Mula-mula dia kurang nak makan..lepas tu moyok..macam lesu dan tak daya nak diri.

Macam biasa eden mulakan dengan suntik terracalcium,...tambah juga dengan antibiotik. Bila tengok tak ada perubahan, eden suntik juga dengan iron dan B Complex. Bila dah tiga hari tak ada perubahan jugak, eden dah fikirkan cap pisau aja.

Eden cek apa sebabnya...Nampak paru-paru lebam dan hatinya warna pucat!! Maseh tak tahu apa penyakitnya!!

Paru-paru lebam dan hati pucat.


Eden naik risau jugak Jang. Ini induk bunting yang ketiga ngalami penyakit camni!! Ada yang kata mungkin sebab kurang mineral, macam calcium. Ada yang syak mungkin kena tanduk!! Tapi sehingga ini, eden belum dapat jawabanya lagi!! Yang pasti, semuanya adalah dari kumpulan kambing pawah JPV!!!

Ada satu perkara lagi yang eden perhatikan, Jang!! Bila ada kambing yang mati, maka ada pulak yang lahir. Seolah-olah, ada perimbangan!! Duka berganti suka!!
Satu pergi, satu datang.


Alhamdulillah, pusingan kedua Shami F2 berakhir dengan kelahiran anak jantan. Jadi, final score ialah 7 betina dan 3 jantan!! Not bad, Jang!!! Round Kedua untuk F1 nak bermula jugak ni Jang!!

Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi

Tuesday, 29 April 2014

TESTIMONI KUCING UMAR

The Goat's Milk Rises
Ni Umar. My regular customer punya member. Nak try raw goat's milk. Gambar kat atas ni second time dia purchase kat saya. Mak dia regular goat's milk drinker, but pastuerized version. So nak beli sample untuk bagi kat mak dia minum.

At first mak dia skeptical. Tak sure tang mana dia nak skeptical. Tapi Umar ni adventurous sikit menggunakan mindanya. Dia tengok susu kambing raw ni frozen berwarna kuning. Bila dah cair tukar warna putih creamy. The tranformation of colours in two different environment spark his curiosity. "Yellow must be the colour representing good quality content"..katanya.

To his surprise, rasa raw goats milk is very very different from pastuerized milk. Tersangat berbeza. More delicious, more creamy and tasteful. Mak dia pun agree. Tu yang datang balik. dari 5 botol dah jadi 10 botol on the second purchase.

Yang mengukuhkan lagi kehebatan raw goats milk untuk Umar ni ialah bila dia offer susu ni kat kucing dia. 1 piring susu pastuerized dan satu piring lagi raw goats milk. Kucing pilih, minum dan menjliat raw goats milk!!

Pets pun boleh bagi susu kambing ke? Yes. Kat US dah ada company yang buat raw fermented frozen goats milk untuk pets. Dan banyak testimoni telah dikongsi oleh pets owner mengenai kelebihan atau curatives properties of raw goats milk diberikan kepada haiwan peliharaan mereka. One case involves a dog yang ada benign tumor. The small growth was reduced with 2 weeks after adding raw goats milk in the morning food. Pets tends to be more active after consuming raw goats milk. It is even better than milk replacement products.

Pada satu ketika dulu, LRGF pernah jugak mendapat panggilan dari sebuah syarikat kat Selangor rasanye. Mereka tanya boleh supply susu kambing at a certain amount of quantity every month to them. After further discussion, they require the milk for their pet food product. Tak ingat nama company dan perempuan yang call tu. If not mistaken owner was from Middle East.

Raw goat's milk - The Real Healthier Milk.

Mbekk!!

  

Monday, 28 April 2014

REZEKI EN ASRI

As salam tuan puan penternak.

Berjumpa En Asri minggu lepas. Seoarang project manager. Bekerja dekat salah satu anak syarikat TNB bernama TNEC. Syarikat ni buat Cooling System. Its like a big aircond system for big scale buildings and facilities. Bukan macam kat rumah punye aircond. Tak salah Universiti Malaya guna sistem ni. Internationally pulak, they do projects at Abu Dhabi and others.

(Rasanya kalau nak buat cooling sistem kat kandang kambing boleh kut tanya En Asri ni. hahaha)

Beliau dah lama minat pasal kambing dan bebiri. Umur rasanya dalam lingkungan 40 an. Bercadang nak buat penternakkan kat Kedah.

Minat yang cukup mendalam sampai bukak folder khas pasal kambing kat komputer. Apa apa info pasal kambing je copy kat folder. Baca blog blog, melawat member di UPM mintak nasihat dan sebagainya. Kadang kadang termenung lama pikir pasal kambing sampai bini dia pun tegur. (Ni memang standard character seorang penternak kambing.)

Mula mula beliau bercadang, menternak kambing ni sebagai hobi je sebab nak usahakan produk lain seperti sayur dan buah kat tanah keluarga...so as not to depend only on the goats sebagai income.

Dah berapa lama beliau buat research? Selama 6 tahun.

Ayah beliau masih hidup, sihat dan fit berumur 80 tahun. Masih rajin berkebun kat tanah keluarga tu.

Beliau tak sure lagi nak ke arah susu atau daging, intensif atau mengembala. Banyak soalan ditanya, nampak minatnya cukup mendalam.

(Tuan Asri, kalau nak reference untuk menternak pedaging low input, boleh follow blog prof alwi dan blog House of Goats. A must read)

So reason dia call saya sebenarnya nak beli seedling indigofera. And he is very lucky. Memang setakat ni LRGF tak dapat nak supply seedlings or seeds yet. Fortunately entah macam mana kat nursery LRGF, ada 2 saje polybag indigofera left yang belum ditanam. Tak tahu pulak ada spare. Ingat dah tanam semua!!

Menurut En Asri "Petai Belalang bersepah sepah kat kawasan tanah Kat Kedah, jadi saya nak tanam lagi pokok dedaun yang lain untuk makanan kambing nanti".

Oh ya..Petai belalang dapat namanya sebab daunya bau macam petai. Tq En Asri..baru den tahu.

Tahniah En Asri dapek indigofera dan semoga berjaya untuk perancangan ternakkan kambing tuan.

Mbekk!!

Seronok dia sampai tertinggal helmet kat kedai mamak!

SMS tadi dari En Asri.

Thursday, 24 April 2014

YANG MANA SATU, JANG!!!....


Salam Mmmbbbek, Bro!!

Ingat tak filem P.Ramlee,..filem Labu-Labi??..Lagu Yang Mana Satu Pilihan Ku??...Tengok gambar ni ah!!

Labu Labi...Mana satu nak pilih ni??

Apo pulak kono erh LABU LABI samo kambing ni??? Eden pun poning jugak Jang...Cam Saloma nyanyi lagu Yang Mana Satu...eden pun nak kono pilih jugak,..yang mana satu boleh jadikan baka!!??


Eden buek kacukan pejantan Shami dengan induk-induk Boer, Jamna dan kampung. Eden buek kacukan tu sebab nak dapekkan baka tenusu (sampingan daging jugak) yang terpilih dan ekonomik. Mana yang gagal patuhi piawaian tu, eden kono letgo lah!!

Mangsa pertama yang gagal piawaian LRGF ialah kambing baka Jamna!! Dah habih eden jual ajor, sebab kambing Jamna ni susuk badan erh nipis dan bila dah beranak, mengambil masa nak pulihkan kepada susuk badan yang gempal!! Satu lagi sebab kambing Jamna ni mudah sangat kena penyakit,...tak tahan lasak!!

Beranak tak cukup bulan

Satu lagi ciri yang menentukan pilihan baka ialah mesti bebas daripada penyakit yang berulang. Misalnya, induk Boer diatas. Minggu lalu dia beranak belum jadual,..tak cukup bulan. Akibatnya anak tu mati!! Kali pertama dulu pun camtu jugak. Jadi, dah tentu induk kambing ni tak boleh jadi Pilihan Ku!!

Yang bawah ni, camno pulak, Jang??

Penyakit Prolapse

Kambing baka kampung atas ni pun camtu jugak. Ini kali kedua dia mengalami penyakit Prolapse nii...penyakit ni rupanya berulang. Sebab itu tak leh jugak jadi Pilihan Ku!!

Selain dari ciri-ciri penyakit, eden ambil kira jugak saiz badan dan penting juga keadaan ambing susu,..samada besar atau kecil, samada puting susu sempurna dan tak mengalami mistitis!!

Tapi yang tentu jadi pilihan ialah induk yang beranak kembar!! Ini berharga!! Betul-betul macam nak pilih menantu larr, Jang!! Hendakkan yang cantik, sehat dan boleh beri zuriat (??yang banyak!!!..Hihihihi!!).

Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi.

Wednesday, 23 April 2014

CERITA IANNIS PASAL TINJA

As salam tuan puan penternak.

Iannis Irfan dari Melaka. Member lama datang melawat semalam. Bercadang nak menternak kambing...kat Sarawak. Beliau ni berkecimpung dalam agriculture a few years back. Tanam pelbagai dari cili, pisang, kelapa pandan, serai dan macam macam lagi. Very experience. At the same time beliau juga produce baja (specialize untuk tanaman sawit) dan menjual atas jenama syarikatnya sendiri (lupa nak tanya brand apa.) 

Selain beliau cerita pasal problem babi hutan yang boleh bedal kelapa pandan sampai licin isinya dan teknik ganas untuk perangkapkan monyet, (binatang binatang ni boleh berdendam katanya), dia berkongsi info pasal tahi kambing.

"Untreated tahi kambing is the best fertilizer bro!! I use it on my crops"

"My limau kasturi bulat bulat buah dia". (sambil buat bentuk bulat dengan jarinya macam saiz bola ping pong)

"I use to order by the tonnes!"

"The size (tahi kambing) pun is perfect. Pellet size, senang nak tabur, evenly distributed compared to powdered form"

"Tahi kambing is very suitable for fruiting plants, but not on vegetables sebab tahi kambing panas."

Ok. Yang ni saya agree. LRGF guna 'untreated' tahi kambing dan tabur je kat pokok durian. Hasilnya memang mengagumkan. Pokok durian boleh berbunga 2 kali dalam setahun, and it has been continuing that way. Sama juga resultnya dengan sahabat penternak Sinar Utara Agrofarm di Jeniang.

"You should also spray and treat EM kat tahi kambing, tutup dengan canvass for few days. Can sell at higher price. No smell, takde lalat, good fertilizer".

Sebenarnya LRGF pun takde experience pasal tahi kambing buat baja ni. Dengar dengar macam tu je. Tahi kambing yang ada pun for our own use. Satu lagi malas nak 'dive' into it. Nak fokus lebih kat kambing dan susu. Banyak lagi kena belajar dan buat. Maybe one day nanti kut.

Sekadar berkongsi maklumat untuk post kali ni. Mbekk!!

Not goat smell & very creamy.
Minum susu kambing sambil bedal 1 tupperware durian.
Thank you for visiting us.


Monday, 21 April 2014

DIN UPM & INDIGOFERA 2ND VISIT.

Hari Ahad, 20 April 2014.

Sebelum nak start post ni, kami nak ucapkan dulu tahniah kepada Din. Kreatif anak anak muda sekarang ni. Beliau dapat tempat ketiga dalam pertandingan short story / movie. Katanya cerita pasal tukang kasut, dan dia watak utama. Buat masa cuti semester hari tu. Syabas!



Hantar mesej kat dia ucap tahniah. Dia reply:

"Alhamdulillah dapat tempat ketiga dan Lakonan Terbaik. Walaupun buat dalam masa kurang 48 jam, juri dari FINAS komen 'idea asal yang menarik'. WOW! Rasa macam nak buat filem dengan tuan Es Emdi lepas ni"

Hahaha. LRGF menyokong anda Din. Pak Es Emdi dulu pengarah filem. Nak tahu lebih lanjut kena tanya Pak Es.

Ok back to the post. Kalau rujuk balik post ini tentang method to collect data indigofera, semalam merupakan hari yang ke 30. Pokok indigofera yang di tag merah akan dikerat pucuk baru yang bercambah dari keratan yang dibuat pada ketinggian 80cm dari tanah. Ia akan jadi macam gambar kat bawah ni.

Ada spot warna hitam dekat tengah cabang belah kanan,
menunjukkan tempat yang mula mula dikerat.
Pucuk belah kanan adalah pertumbuhan baru.
Menurut instruction dari lecturer Din, Tn Hj Idris, percambahan baru sepatutnya tumbuh sepanjang 2 jengkal. So semalam Din pi check semua pokok tag warna merah dan kerat pucuk baru ni untuk bawak balik ke lab untuk test kandungan nutrisi.


Samples collected.
Next visit 1 Mei untuk collect pucuk baru dari keratan selepas 40 hari.
Masa buat inspection pokok indigofera, sekarang dah nampak pertumbuhan 'buds' dan bunga dah mula berkembang dengan agresif. Tapi kesemuanya tak menghasilkan benih lagi. Bila kelopak bunga gugur, sepatutnya 'pods' akan terbentuk. Tapi setakat ni semua jadi kering, hancur berdebu. One reason according to Din mungkin first stage flowering...peringkat permulaan untuk bunga berputik sahaja. Usually the next phase of flowering will produce seeds.




Semalam pun ada lah jugak keratan indigofera diberikan kepada kambing kambing untuk makan.

"Umak aii...Sodap boto lah daun dan pucuk mudo indigofera ni!" kata kambing kambing.




Mbekk!!

Friday, 18 April 2014

KAMBING PAWAH LAEI, JANG!!!


Salam Mmmbbekkk, Bro!

Anak kambing yang lahir tak cukup bulan pagi tadi,..tak dapat diselamatkan!! Ini kali kedua eden ngalami kes camni. Kes yang pertama dulu adalah dari kambing pawah...mula-mula anak mati,..lepas tu induknya ikut sama!!

LRGF dibekalkan kambing pawah...20 ekor induk dan dua jantan pada 6 Disember 2012 dulu. Kata JPV, kambing-kambing tu jenis Boer. Tapi den tengok lebih banyak yang kacukan Boer!! Eden dah cerito kek blog ni berbagai-bagai masalah yang dibawak oleh kambing pawah ni. Dia bawak penyakit kurap, puru dan stress kek eden!!

Kambing yang beranak pagi tadi memang pun kambing pawah!! Eden cek rekod,...rupa-rupa erh dah dua kali dia ni beranak, semua tak cukup bulan,..dan dua-dua anak tu mati!!

Kambing pawah beranak tak cukup bulan.

Mengikut rekod, daripada 20 ekor dah tinggal cuma 11 aja. Banyak yang mati sebab kerana penyakit, lumpuh masa bunting dan lepas beranak, termasuk 4 ekor yang mandul ..mengabihkan boreh ajor. Kalau induk tu kurang potensi,..macam kambing yang beranak pagi tadi yang tak cukup bulan tu,....memang eden beri ubek cap pisau ajor!! Tapi kadang-kadang tak sempat pun!!


Dah joran eden kek kambing pawah ni, Jang!!

Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi

Thursday, 17 April 2014

PLAYFUL KID


"Doctor! Doctor! I feel like a goat"

"How long have you felt like that?"

"....since I was a kid!"

Mbekk!

Wednesday, 16 April 2014

ATTU PAL

Dalam sms hari tu pasal kes anak kambing abang taiping (namanya haffizal), ada jugak selit soalan ni..

'Susu kambing tak leh masak kan?'

(Hmmmm...masak nak pasteurize ke, nak campur dalam makanan untuk ganti santan atau krim ke..)

'Mak mertua saya panaskan, susu jadi berketul macam dadih, tak jadi macam air..'

Ok. Ni maksudnya nak panaskan susu kambing. Saya assume yang mak mertua hafizzal nak didihkan susu kambing segar, agar susu tu bersih dan selamat untuk diminum. 

Sebelum tu, pasteurize susu kambing sebenarnya boleh dibuat di rumah. Pakai perkakas dapur je, menggunakan kaedah 'double boiler'. Teknik bergambar boleh baca kat sini.

Apabila susu (kambing / lembu) dididihkan terlalu lama tanpa diawasi, kandungan protein dan gula lama kelamaan akan melekat pada dinding periuk dan seterusnya meninggalkan kesan terbakar. Nak membasuh dan sental kesan ni memang payah. 

Mengikut kaum masyarakat India kat Malaysia ni, mereka selalunya akan didihkan susu lembu / kambing sebelum minum. Kaedahnya pun simple je. Ada satu ingredient yang ditambah untuk pastikan susu jadi cair dan tidak terbakar. Proses selama 10 minit.

1. 1 liter susu dalam periuk. Panaskan periuk medium heat.

2. Sentiasa kacaukan susu.

3. Bila nampak je susu dah mula nak mendidih, tambahkan magic ingredient iaitu AIR satu gelas. 

4. Kacau. Padam api. Let it cool. Hidang.

Tu je. Moga abg taiping boleh rekomen cara ni kat mak mertua. Confirm jadi menantu susu cap bendera. 

Ok. Apa pulak kene mengena dengan title post Attu Pal?

Attu = Goat

Pal = Milk

.......dalam bahasa Tamil.


Mbekk!!

Tuesday, 15 April 2014

ANAK KAMBING ABANG TAIPING

As salam tuan puan penternak.

Bebrapa hari lepas, saya dapat call. seorang penternak tapi lupa namanya. Saya save kat handphone saya letak nama 'abang kambing taiping' sebab dia dari sana. Bang, kalau baca post ni komen lah ye, kalau silap info lak perbincangan dan sms kita.

'Nak tanya, anak kambing baru lahir.....tak nak minum susu induknya. Macamane nak buat? Induk pertama kali lahirkan anak. Ada induk yang baru jugak lahirkan anak semua takde problem ni.

Sebab soalan ni straight foward, jadi amalan biasanya ialah kita kena ajar ataupun paksa anak tu hisap susu. The earlier the better sebab anak kambing tu perlukan kolostrum. 12 jam lepas beranak, kolostrum is at its best, lepas to its transitional milk, tapi masih ada kolostrum.

Ada first timer induk beranak kadang kadang ada perangai tak nak layan anaknya yang baru lahir. Mungkin penat, kesakitan atau confuse. So ambik masa nak adjust herself to realize yang dia baru jadi nanny / ibu.

Jadi semalam, terdetik saya nak call abang taiping ni nak follow up camne kesudahan anak kambing yang tak minum susu tu.

"Tak dapat buat apa, dia tak nak menyusu pasal kembung..dapat tahu pun dah lewat..dah terlampau lemah. beranak malam, waktu hujan...esoknya lepas zohor baru pegi kandang, tengok dah beranak...bukan rezeki. Yang mati kelahiran ke 4 dalam bulan ni, ada 3 lagi ibu bunting"

Anak kambing boleh kembung perut ke? Ni first time saya dengar. Mungkin kurang ilmu lagi bab ni, jadi saya tanya balik camne abang taiping tahu kena kembung.

"Tengok perut kembung je...bila urut bunyi macam angin..setahu saya kambing tak nak makan kan?"

So, saya cross check dengan Pak Es Emdi. Perut kosong..tak dapat kolostrum.

Ada ke penternak lain yang mempunyai pendapat tersendiri mengenai situasi di atas? Mohon kongsikan pandangan anda.

Kepada abang Taiping, tahniah dengan kelahiran anak  kambing yang baru dan yang coming soon. Time ni lah yang seronok sangat. Kehilangan anak kambing memang lumrah dalam ternakan. Semoga berjaya dalam usaha tuan.



Mbekk!

Monday, 14 April 2014

PISAU KONO TAJAM, JANG!!!


Salam Mmmmbbbekkk, Bro!!

Eden ni memang bukan jenis pengembala macam Prof.Alwi dan geng biri-biri!! Eden guna sistem intensif....kambing terkurung dalam kandang!! Sebab utama ialah LRGF nak jadi pengeluar susu kambing sambil jual daging jugak!! Jadi kenalah carikan dedaun untuk makanan kambing!!

Eden ni nasib baik jugak sebab kandang LRGF dikelilingi oleh ladang sawit. Jadi pelepah sawit menjadi bahan makanan utama kambing, dan ditambah dengan daun balik angin serta akasia. Sebab itu juga kami giatkan tanam indigofera, turi, moringa dan apo yang boleh untuk pelbagaikan dedaun "salad garden".

Memang betul yang sistem intensif ni kena buat  kerja "high input", cuma kena smart lerr sikit supaya boleh capai tahap "moderate input". Salah satu caranya ialah dengan buat kerja cara betul dan cermat!! Misalnya, cara nak sediakan makanan kambing!!

Untuk kerja dan cara yang lebih efisien, kita terpaksa gunakan mesin chopper atau grinder supaya daun-daun sawit dan lain-lain tu boleh dipotong-potong. Eden gunakan grinder, sebab nak lenyetkan lidi-lidi daun sawit tu supaya tak mencederakan dalaman perut kambing!!

Jadi, yang penting sekali kena rajin asah mata pisau grinder ni.

Rajin mengasah mata pisau.

Mesin grinder ni ada tiga bilah mata pisau. Kalau pisau tu tumpul, daun-daun dan kulit ranting akan membelit pemegang pisau. Keadaan ini boleh melemahkan kuasa putaran enjin. Boleh jam!!!


Juga, tiap-tiap kali kena pastikan yang daun-daun yang tak terpotong oleh pisau tu di keluarkan dari alat  mesin ini. Ini nak pastikan supaya jentera mesin dapat berputar lancar dan tidak tersekat-sekat!!

Dan akhirnya, pastikan ada cukup minyak disel dan tambah air radiator. Barulah hidupkan enjin!!

Pelepah sawit dilenyitkan oleh grinder.

Kami menggunakan grinder ini dua kali setiap hari. Cara penggunaan yang betul adalah penting supaya tidak menokok "input" yang menambahkan beban kerja.

Selamat menternak & membiak.
Es Emdi

Thursday, 10 April 2014

PAGI-PAGI KONO MASUK KANDANG, JANG!!


Salam Mmmmbbbekkk, Bro!!

Tiap-tiap pagi kurang-kurang kono masuk kandang dua jam, Jang!! Tak leh miss...sobab banyak benda yang kito mesti awasi. Bukan nak tengok kambing ajor....yang lebih mustahak nak lihat kandang kambing tuu.

Mula-mula tengok kat lantai kandang dulu...camno rupa tinja/tahi kambing. Kalau semua berbutir...maknaya tak ada problem, tak ada yang cerit-berit,..tak ada masalah cacing!! Selamat satu perkara!!

Perhatikan lantai kandang...ada kesan ceret tak?

Lepas tu, periksa pulak palung makan kambing. Habis tak makanan? Banyak ker yang tak dimakan?? Sebab, ini semua petanda samada kambing tu sehat atau tidak? Sakit perut kerr..kembung kerr...demam kerr...Bila kambing tak ada selera, mesti dia ada masalah!!
                                                    Nak kena tengok palung makanan tu...


Lepas tu barulah kita cek sekor-sekor kambing. Ada penyakit mata tak...bisul ker...kurap, puru kerr...sakit kuku kerr...Kalau ada yang berpenyakit nak diberi ubat cepat-cepat!! Lepas tu baru bersihkan palung makanan tuu...Kandang LRGF pakai nippers, jadi tak adalah nak ganti air minuman!!

Yang paling syok bila kita cek kambing yang bunting...mula menghitung berapa ekor,...berapa lama lagi...dan mula merancang petak-petak tempat beranak!! Cam eden pagi tadi,...Syok tengok sekor lagi Shami F2 baru lahir!!
member F2 baru lahir

Jadi dah ado 7 ekor Shami F2 dalam pusingan ke dua ni, Jang!! Alhamdulillah,...Ratio anak yang baru lahir ni ialah 5:2. Monang betina, Jang. Tapi, ada lagi tiga ekor yang nunggu masa ajer nak beranak tuuu!! Kalau ikut teori Bro.Alwi,..mungkin seri kor nanti ni Jang???

Salam menternak dan membiak.
Es Emdi.

Tuesday, 8 April 2014

GOAT MILK REVIEW: SUKAGOMI SUSU KAMBING SEGAR

Sambungan daripada lawatan ke Haiwan Suci Sdn Bhd, dapatlah jugak saya try susu kambing saanen En Fariz.

Saya dipelawa ke satu bilik kecil dimana pemprosesan susu kambing dilakukan. Nothing too fancy or techy, just a simple, clean room with the necessary equipment. By the way, all the does are hand milked everyday.

Susu kambing segar Sukagomi ni pasteurized. Ada jugak yang raw, tapi dijual kepada orang tertentu, yang betul betul tahu dan memahami khasiat dan kelebihan susu kambing yang asli. Masa masuk bilik tu, susu semua dah botolkan, so tak nampak demo pasteurize dilakukan. Equipment dia simple je, guna kaedah double boiler. (Gambar tak amik pulak)

Carta S.O.P (standard operating procedure)
Today's goat milk in freezer
Satu usaha yang saya kagum dengan En Fariz ni ialah beliau berjaya mendapatkan Sijil Halal untuk susu kambingnya. Menurutnya, setahun jugak lah proses untuk dapat pengesahan halal ni.


Packaging


Saiz hidangan ialah 250ml, standard size. (LRGF pun guna saiz ni) Labeling lengkap dengan Nutrition Facts yang detail, expiry date dan logo Halal. Gambar kambing saanen to identify milk source. Ada reminder kadar kualiti susu kambing apabila susu dinyahbekukan juga diselitkan untuk pengetahuan pengguna. Info yang serba lengkap. Consumer confidence for the product is emphasize here, even though operating on a small scale. Well done En Fariz.



The taste

Seperti biasa, first test will be the goaty smell presence. Pass! Takde bau langsung. Susu ni pun masih lagi suam suam. Tak sempat lagi chilled. 

250ml ni kejap je habis saya gogot (teguk). Time tu pun dah nak pukul 2pm. Perut pun ada rasa lapar. Cantik lah. Minum susu kambing memang perut akan rasa kurang lapar. Tekak pun kering. Buka cap botol terus minum. 4 teguk je...habis dah. Tengok student USIM, slow je, mungkin tak biasa minum.

The milk is smooth. Memandangkan this is my 2nd or 3rd time mencuba susu saanen (pasteurized and raw), memang ada satu persamaan. Pengalaman taste bud saya menyatakan bahawa susu kambing saanen memang tak tebal, less creamy dan tidak pekat. Namun begitu mana mana susu kambing dari baka apapun tetap sedap.

Thumbs up kepada En Fariz kerana berjaya mengeluarkan produk susu kambing yang enak, bersih, halal dan organik. Cuma saya lupa nak tanya kat mana dia jual susu ni. Rasanya boleh check kat Facebook susu kambing segar - sukagomi.

Dan sepertimana kebanyakkan small scale dairy farmer punya cabaran, pengeluaran susu tak dapat nak tampung permintaan. Hari tu gaya macam mencatu jugak susu kambing En Fariz. Hahaah. Its a good problem. 

Mbekk!!

Monday, 7 April 2014

LAWATAN KE HAIWAN SUCI SDN BHD

As salam tuan / puan penternak.

Dah lama sebenarnya tak buat farm visit. Jadi minggu ni buat time untuk pegi buat lawatan sambil belajar. So hari tu call En Fariz, owner kepada Haiwan Suci SB. Kalau nak tahu, beliau pun buat dairy goat farm, dan produce susu kambing jenama Sukagomi. Memang lama dah plan nak visit dia. 'Touch base' dengan dia a few times dalam FB. Tak salah saya, dia pernah enquire pasal indigofera.


Ladang dia dekat Batu 19, Hulu Langat. Tempat ni best. Family attraction sebab banyak tempat berkelah dan kedai makan tepi jalan. Sejuk dan nyaman. Famous jugak spot ni untuk cyclist. Memang ramai hari tu. Bukan tu je, nampak Metrowealth crew buat shooting kat tepi sungai. Buat cerita hantu lagi kut. Nak kasi kita burn kalori tengok cerita seram. (Siapa tak paham kena baca blog prof Alwi punya entri)

Anyway, farm En Fariz berdekatan entrance Air Terjun Sg Gabai. Suruh jumpa kat satu kedai kafe Bahulu Classiq sebab dia baru balik dari kutip dedaun untuk makanan kambing. Saya pun sebenarnya tak dapat carik tempat.

Tiba di sana, ada 3 student dari USIM tengah tunggu En Fariz. Mereka ni datang buat research interview. Salah satu topic research ialah mengenai penggunaan buah kurma dalam feed kambing dan something about pemakanan sunnah. During my time there, student ni lah yang dok bertanya soalan demi soalan, dan saya tumpang mendengar perbualan. Kadang kadang selit selit sikit pertanyaan kat En Fariz.

Salah satu kandang.
Benda yang first sekali yang saya nampak ialah satu peti yang besar kat tepi kandang ni. Bila saya inspect, its a 'Fodder Solution'. Pernah tengok system ni kat dalam program Agrojurnal RTM tak salah saya. So dapatlah saya tengok first hand.


Salah satu cabaran yang En Fariz lalui ialah makanan untuk kambing. Kawasan ni tak banyak sumber makanan. Sawit pun not available, dan takde access. Dia lah yang keluar setiap hari, pi tebas pokok dedaun antaranya Mulberry kat area berdekatan. Masa time panas beberapa minggu sudah, beliau kena pegi sampai ke Lengging (N9) untuk cari dedaun. Beliau decide untuk gunakan fodder solution untuk membantu pemakanan kambing. No matter rain or shine, foods is available. Pada pandangan beliau, make sure your food source is available before jumping into buying the goats. Itu paling penting!.

Guna Barley seeds
Jadi macam ni dalam tempoh 6 hari
En Fariz (pakai cap) memberi penerangan kat student USIM
Tak dapat saya nak bagi input lebih mendalam sebab tak cukup info saya mintak. Focus was on the student, jadi tak nak menggangu sangat. Kalau tak silap, ada 18 tray dalam peti ni (dalam sejuk dan water mist is sprayed on the seeds) dan 1 tray can produce around 8 kg of feeds. (Please jangan amik info ni, saya ingat ingat lupa).

A bit of En Fariz history, beliau ni background law, takde langsung livestock skills and knowledge. Berkecimpung dalam penternakkan when one day his father asked him to come to the farm and take care of boer goats. Ni masa tahun 2011. Lepas tu try bela Jamna and found out that susu kambing Jamna sedap. So he did more serious research about goat farming, dairy goats, and finally in 2013, baru seriously involve breeding saanen. Pernah jugak buat sistem micro breeding (sediakan kambing dan standard operating procedure kepada penternak kecil kecilan) but found out that it did not work as how he wanted it to be.

So kat kandang beliau ada lebih kurang 50 ekor saanen, tapi bukan pure breed or full blood. Dia panggil saanen sarkas. Tak pasti mana dia dapat saanen ni. Most are producing 2 litres of milk, however planning to let go 5 saanen sebab produce 1.5 litre je, which does not help in his operational cost. En Fariz ni nampak experimental orangnya, trial and error basis to ensure his goats are healthy and maintaining the taste of the milks.

Dr. Norlelawati dari Fakuliti Sains & Teknologi USIM bagi makan kat saanen
Saanen dara
In front of the milk processing room
Sempat jugak tengok tempat proses susu dan cuba susu kambing Sukagomi. Will write the review on another post.

Terima kasih En Fariz kerana sudi meluang masa untuk saya. Banyak jugak knowledge and infos exchanged. All the best in the future research. (Dengar cerita request 30 Saneen Pure Breed to be researched in his farm).

Mbekk!!

Saturday, 5 April 2014

2 WEEKS OLD MORINGGA


Memandangkan belum berjaya tanam Moringga melalui keratan batang, so try tanam pakai benih pulak. Kami gunakan benih moringga yang dah matang. Benih matang ni datang dari pods bentuk macam kacang yang dah bertukar dari hijau menjadi coklat, menandakan pods to dah 'tua'. 

Menurut pertanyaan saya kepada ms Emily, moringga cultivator kat Florida (kut),

"You must wait until the pods on the tree are ripe, and the husks are light brown to dark brown - which depends on what your tree produces.."

Benih matang
Kalau dalam pod yang muda (hijau) tak leh tanam. Tak akan tumbuh.

So Pak Es Emdi menanam benih moringga dengan merendam dulu benih benih tu dalam air semalaman. Dan baru 2 minggu je, dah tumbuh macam gambar kat bawah ni. Cepat sungguh tumbuh! Faster than indigofera growth rate.


No need to crack the seeds, sepertimana sesetengah orang dalam internet praktikkan. Boleh tanam terus.

Menurut 'Feeding Guides Series' Edisi 2 terbitan JPV, kandungan protein kasar (crude protein) untuk daun kelor ni ialah 26.3%, serat kasar (crude fibre) 10.8% dan Total Digestive Nutrient pula ialah 54.7%

(Unfortunately belum pakar sangat dalam nutrient ni, tapi nak kongsi je. Crude protein daun ni tinggi)

Sebab hari tu dapat banyak moringga pods yang belum matang, cuba eksperimen untuk tanam benih yang muda pulak walaupun Ms Emily cakap tak boleh. Rugi tak try sebab banyak sangat. Nak muntah saya kalau dok makan kelor ni tiap tiap hari.



Moringga dikupas, benih diambil dan dijemur selama 2 hari. Dah kering, benih tu warna putih. Pass kepada Pak Es Emdi untuk ditanam. Rendam jugak dulu semalaman. 

Unfortunately I was wrong. Tak tumbuh langsung moringga tu.


LRGF juga nak ucapkan terima kasih kepada Irwan dari Bangi kerana sudi datang melawat kami. Hopefully it is an eye opener for you. Semoga sukses dalam perancangan untuk menternak kambing tidak lama lagi.




Mbekk!!




Friday, 4 April 2014

SODAP KOR PAPAN TU JANG??


Salam Mmmmbbbeeekkk, Bro!

Bro Alwi pernah tulis dalam blognya, kambing dia suka gigit papan kandang!! Banyak orang respond,...macam-macam teori sebab apa kambing suka gigit papan ni. Bukan sedap pun...kan ada pun khasiat...nak kata garam, tak masin pun. Nak kata sebab mineral,..sebab ada vitamin,...tak mungkin!! Teori yang kuat mengatakan,..kambing kurang mineral sebab tu kokah papan kandang. Memang betul, semua kita mengalami kambing gigit papan ni...boleh roboh kandang Jang. Kau tengok gambar kek kandang LRGF ni!!

Kesan kena kokah kambing.

Satu keping papan tu hampir habis digigit kambing. Terpaksa diganti, kalau tidak melompat pulak kambing tu, Jang!! Memang boleh roboh kandang, Jang!!

Pekerja menampal satu keping papan lagi.

Eden agak kambing ni sengaja gatal gigi...tapi teori tu memang tak boleh pakai...itu teori melawak ajor, Jang!! Teori yang kuat ialah sebab kekurangan mineral!! Betul ker, Jang?? Eden ador gantungkan garam jilat. Beri injek juga dengan iron...bila dah lepas beranak!! Dihobin erh jugak papan tu, Jang. Tengok tu har....
Baru ditampal papan baru, dah mula dikokah.

Camna nak nak buat ni Jang? Adakah cara nak halang dia jangan gigit papan?? Bahaya tak habuk papan tu, Jang?? Nak kata boleh sakit perut..tak ada pulak nampak erh!! Takut boleh bawak penyakit lain...!!


Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi.