Friday, 30 May 2014

BERITA SANA SINI

As salam Jumaah tuan puan penternak.

Some short news to share this week.

  • Ramai dah penternak kecil kecilan buat susu kambing sekarang.

Ya. Menurut En Zaki (supplier botol susu LRGF) berkata, dia mendapat banyak panggilan penternak penternak kecil yang nak beli botol susu, dan kebanyakkan enquiry datang dari LRGF punya post. Rupanya ramai yang tercari cari mana nak dapat botol susu. "Yang susah tu sebab penternak kecil ni semua mana nak beli kuantiti minimum 10,000 botol yang ditetapkan oleh kilang botol plastik lain!. Permulaan bisnes mereka menjadi susah, jadi saya sanggup bantu mereka, dan jual 1 beg pun takpe".

Bagus En Zaki kerana membantu kami. Terima kasih atas usaha murni ini dan harap keep on supporting us and hopefully we will support you too. Nak tahu pasal botol En Zaki boleh klik di sini. Makin rancak industri susu kambing kita! 


  • Moringga cultivator in Perlis.

Dikenali dengan nickname 'Pak Lah', beliau menanam 1 ekar pokok morringa atau kelor untuk dijadikan makanan kepada kambingnya dan turut menggunakan moringga untuk membantu komuniti orang orang kampung. Macam Corporate Social Responsibility program of some sort. Well done Pak Lah dan diharap amal tuan diberkati dan dimurahkan rezeki, Inshaallah. Harap Pak Lah boleh kongsi sikit prestasi atau efek moringga kepada kambing. Interested to know. Tuan puan penternak, moringga is another potential feed, famously used in Africa and other parts of the world. Remarkable medicinal properties from leaves and seeds for human, and high protein content too for livestock.

  • Cikgu pun menternak.

Tidak pasti cikgu ni dah retire or still teaching. Namun cikgu ni dah ada experience menternak. Rasanya lama kut. This is what he has to share. 
"Saya prefer crossbreed and medium size. Boer local born dan kacukan kampung. Experiences dgn imported breed ada pros and cons. Crossbreed is more reliable and marketable." This is a great indication to us fellow breeders. Thank you cikgu, and all the best in the milky goat start up.
Tuan puan penternak, cikgu ni menternak kambing di Kuching, SARAWAK. 

Picture of the week.

PDRM Bukit Aman. Bole mintak protection untuk kambing ni. haha 

Terima kasih kepada semua pembaca blog LRGF. Receive many positive and encouraging messages. Glad to share, walaupun kadang kadang rasa macam merapu jugak topik yang ditulis. We're still learning dan kami alu alukan kepada pembaca semua untuk memberi komen komen sebagai penambahan ilmu sesama goat community.

Thank you to all indigofera seed buyers. Harap semua benih sampai ke tangan anda. Happy gardening.

Selamat hujung minggu. Mbekk!

Wednesday, 28 May 2014

THE DESTROYER

Macam title action pack movie lakonan Arnold Susahnakeja pulak.

Found this by coincidence, dan kemungkinan besar, ia merupakan salah satu faktor mengapa bayi yang kurang mendapat susu ibu akan mudah dijangkiti penyakit. 

Ok, I'm talking about salah satu fatty acid iaitu LAURIC ACID.

One of a prized substance with healing properties. Dia ni bertindak macam soldier, fighter atau lebih tepat...the destroyer. Lauric acid terkenal sebagai anti-bacteria, anti-viral dan anti fungal. Bilamana lauric acid berada dalam badan, ia akan transform kepada satu substance dipanggil monolaurin. Ia akan bertindak pula untuk mengganggu 'lipid membrane' atau 'dinding' pada organisma fungus, virus dan bakteria dan akibatnya....they are destroyed. It is so effective, monolaurin ni mampu challenge dan menghapuskan dinding virus seperti measles, influenza, hepatitis C dan juga HIV.

So perumpamaan macam truck besar Autobots (Lauric Acid) transform jadi Optimus Prime (monolaurin) dan serang Megathron dan geng Decepticons (virus, bakteria)

Secara tak langsung lauric acid ini bakal menguatkan immune system dalam badan individu.

So mana nak dapatkan makanan yang banyak lauric acid? Kat Malaysia rupanya banyak, one of our staple dietry iaitu kelapa. To be exact, the highest concentration of of lauric acid is found in virgin coconut oil (minyak kelapa dara). Patutlah minyak kelapa dara ni pun dipercayai dari turun temurun sebagai makanan kesihatan dari segi dalaman dan luaran. The next abundant source is palm kernel oil.

Salah satu sumber yang natural juga dan diperkayakan dengan lauric acid adalah dari susu ibu. Yes, breast milk. which could explain the drastic decrease of infections of all types in breast fed babies. That is why susu ibu amat penting untuk imunisasi bayi.






Baby Raif ni selalu juga mengalami pelbagai masalah kesihatan. Kesian jugak tengok parents dia. Raif kurang mendapat susu ibunya ketika kecil lagi. Rasanya less than 6 month je kut dapat susu ibunya (if not mistaken). So baru baru ni ibunya nak try bagi susu kambing. Beliau dengar orang cakap susu kambing ni elok.

And its probably true goat's milk can help to strengthen one's child immune system because next to breast milk, goat's milk contains a higher percentage of lauric acid than cow's milk.

So memang eloklah jugak kalau ibu ibu yang akan atau sedang menyusu pun mengambil pemakanan yang kaya dengan lauric acid, agar kesihatan ibu dan kandungan terjaga dan kebaikan lauric acid ini di transfer kepada susu ibu itu sendiri.

'Susu kambing menambahkan susu badan saya'
Amy berkerja di Universiti Malaya

Goat's milk - the next best thing to mothers milk. The Real Healthier Milk....In Sha Allah

Mbekk!


Sunday, 25 May 2014

UPDATE KAJIAN INDIGOFERA, JANG!!


Salam Mmmmbbbeekkk, Bro!

DIN INDIGOFERA  baru balek dengan geng dari UPM setelah selesai sambung kajian pokok indigofera di LRGF. Mereka maseh menyambung kajian terhadap penumbuhan pokok. Mereka nak tahu tahap produksi dan penghasilan daun daripada cantasan yang dibuat dahulu



Tiap-tiap cabang dari cantasan dahulu diambil daun tiap-tiap helai. Batang-batang nya diasingkan, dikerat-kerat dan ditimbang juga.


.
Proses ini untuk mengetahui hasil penumbuhan bagi tiap-tiap cantasan. Lepas ni dibawak masuk lab dan dikeringkan dalam oven.

Terima kasih Din dan UPM kerana melakukan kajian terhadap pokok indigofera di LRGF. Maseh belum habis kajian ni, Jang!!

Selamat menternak.
Es Emdi.

BENIH INDIGOFERA

As salam tuan puan penternak.

Kebelakangan ni saya banyak menerima pertanyaan mengenai benih indigofera.

'Ada jual tak?'

'Dapat anak pokok satu pun jadi lah'

'Boleh tak bagi keratan?'

Memandangkan interest kepada pokok dedaun mendapat banyak perhatian, dan kami pun sendiri tak dapat nak supply dari tanaman sendiri serta pokok indigofera yang sedia ada ni pun tak cukup lagi untuk ternakan kambing kami sendiri, maka LRGF mengusaha untuk dapatkan benih ni lagi from another country. Alhamdulillah, benih dah dapat. 

LRGF nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada saudara Mohd Zhafran kerana membantu kami untuk dapatkan supply benih ni. Bro kita ni pun goat breeder at heart...baru nak mula menternak kambing. Cukup semangat. Tak pernah jumpa beliau lagi, cuma communicate mesej je. Tuan blog House of Goat pernah jumpa. InshaAllah kalau ada peluang, nak melawat fellow breeders kat Kelantan.

Ok. Benih dah pack dan ready untuk diposkan kepada sesiapa nak membeli.

1 teaspoon of indigofera seeds

Approximately 150 to 250 seeds (or even more)
Apa yang menarik pasal pokok indigofera ni (selain kandungan protein yang tinggi, UPM tengah kaji sekarang ni di LRGF) ialah pertumbuhannya. Cepat dan rimbun. After first pruning / harvest, the next 30 days boleh harvest balik. UPM pula tengah mengkaji the ideal time to harvest, whether hari ke 30, 40 atau hari ke 50 untuk kandungan nutrien yang optima pada daunnya. Another strong aspect of the indigo tree ni ialah daya tahan lasaknya.

Ok, how many indigo trees per goat? Ni depending. Actually nak bagi jawapan yang realistik pun susah jugak sebab LRGF pun masih dalam trial and error stage lagi. Mungkin ada penternak penternak mempunyai sistem sistem tersendiri dalam pemberian makanan kepada kambing, so mungkin pandangan saya tak boleh digunapakai. We have approximately 500 trees, dan kambing +- 150 ekor. Setakat ni tak cukup untuk menampung sebagai makanan tambahan kepada kambing on a daily basis (ON TRIAL LAGI). Dan satu lagi, pucuk indigo ni tak perlu masuk chopper machine, boleh cut and carry dan bagi kambing terus ruminate. Kambing memang suka daun dan pucuk indigo ni, that I can guarantee.

Nak tanam terus ke tanah atau dalam sowing pot pun boleh. We use sowing pots, UPM recommend this technique too. Cara menanam dalam sowing pot boleh rujuk kat sini.

Untuk tumbesaran yang pantas, PASTIKAN ANAK POKOK MENDAPAT CAHAYA MATAHARI SEPENUHNYA. Yes. Very important. Pokok boleh membesar walaupun diselindung oleh pokok lain, but the growth will be slower. It needs optimum sunlight for maximum growth rate. Dalam masa 5 bulan, pokok in boleh tumbuh pada kadar ketinggian 4 kaki / 120 cm.

Pokok indigo boleh ditanam rapat, to maximsie space area.

Diharap dengan adanya benih ni, serba sedikit akan membantu tuan puan penternak untuk menambahkan sumber dedaun makanan. Sekiranya berminat boleh sms saya di 0169193074. Beri nama, alamat untuk diposkan serta kuantiti paket diperlukan. Harga satu paket RM40.00 (termasuk pos)

Indigofera seeds for sale.
Indigofera 5 bulan

Mbekk!

Saturday, 24 May 2014

JEJAK SUNNAH RASUL, JANG!!


Salam Mmmbbbekk, Bro!!

Dalam blog terbaru Bro Alwi, beliau menggiatkan kebangkitan Pure Breeder yang mengamal dan mengikuti cara para Rasul menggembala kambing-kambing!! Nampaknya bukan saja Bro Alwi yang yakin terhadap tradisi para Rasul ini. Universiti Sains Islam Malaysia, di Nilai telah juga memulakan berbagai kajian terhadap amalan menternak dan pemakanan sunnah Rasul ini.

USIM sedang menjalankan berbagai kajian terhadap pemakanan kambing, susu kambing....malah minuman susu kambing mengikut sunnah Nabi. Misalnya, mereka sedang mengkaji terhadap susu kambing yang dihasilkan dari pemakanan yang ditambah dengan buah tamar/ kurma!!

Khabarnya, susu yang dihasilkan oleh kambing itu terasa manis!!!

Pagi tadi seorang pengkaji USIM datang pulak untuk membuat kajian terhadap susu kambing LRFG!! Ini lawatan prelim katanya!!

Sharifah memberi penjelasan kepada Adil.

Sharifah ni sedang buat kajian untuk ijazah Sarjana berkenaan bentuk pemakanan dan penghasilan susu kambing. Kajian beliau merupakan satu aspek kecil daripada satu kajian master USIM mengenai  pemakanan Sunnah Rasul!! Alhamdulillah!!


In Sya Allah, bukan sahaja kita menternak mengikut jejak para Rasul tetapi susu yang kita minum dan daging yang kita makan juga adalah menepati sunnah Rasul!! Memang barakah menternak dan menggembala kambing ni, Jang!!

Selamat menternak
Es Emdi




Friday, 23 May 2014

TELINGA BERBINTIK NI APO, JANG??


Salam Mmmbbbeekkk, Bro!

Bro Alwi muatkan gambar kambingnya yang perfect two...dua warna!! Hj Rahim lagi hebat, Jang!! Bisnes Kad dia ada gambar kambing yang ada kalimah!! Pasal pigmentation ni terlalu rumit nak explain....eden baco pun naik poning kepalo!! Tapi memang ada kaitan dengan genetik lerr!! Cuba tengok gambar kambing den ni pulak!!

Gene kacukan Shami dan Kampung.

Seluruh badan satu warna coklat.. ikut baka Shami dan kampung. Tapi kenapa telinga dia berbintik-bintik, Jang. Eden perhatikan sekurang-kurangnya 10 peratus kambing dilahirkan dengan warna telinga adalah berbintik-bintik putih!! Dan yang lagi pelik,ciri ini tak turun pulak kepada anak!
Yang ini warna hitam pulak.

Walaupun warna tubuhnya penuh hitam, tapi telinganya bintik warna putih jugak. Eden tak jumpa lagi kambing berwarna putih dengan bintik telinga...warna apa pulak Jang??

Yang eden tengah teliti dan nak tahu sangat ialah signifikan bintik-bintik warna di telinga nii?? Adakah ciri yang unik...ada kaitan dengan kesihatan,..kesuburan...atau cam-cam tu ajor?? Kau ado klue, Jang??

Selamat menternak
Es Emdi

Wednesday, 21 May 2014

PRODUK TERKINI ARAB-MALAYSIAN, JANG!!


Salam Mmmbbbeekkk,Bro!!

Hari ini dapat memperkenalkan produk terbaru jenama Arab-Malaysian, Jang!! Pagi tadi induk kacukan Shami dengan kambing kampung melahirkan anak..ini kelahiran di hujung pusingan kedua bagi lapisan F2 pada tahun ini.

                                                      Produk terkini Arab-Malaysian F2

Ada jugak yang peleknya ni, Jang. Emaknya warna coklat. Bapaknya dah memanglah warna coklat jugak. Tu camno pulak si anak ni boleh warna putih??? Tak roti eden nak jawab tu doh!!

Si Putih ni adalah kelahiran nombor 11 bagi lapisan F2 di pusingan kedua ni. Pusingan pertama F2 dulu dah pun berumur 4 bulan...tapi banyak jantan,...ada 10 ekor. Raso-raso eden nak let go ajor. Interested, Jang??

                                         Produk Arab-Malaysia F2 anak betina, pusingan pertama.


                                                         
                                            Anak jantan F2, dari pusingan pertama, dah 4 bulan.

Nampaknya kolaborasi kambing Arab-Malaysia ni leh ikut jejak Bank Arab-Malaysia jugak, Jang!! Berdoa semoga diberkati Allah, In Sya Allah!!

Selamat menternak.
Es Emdi

Tuesday, 20 May 2014

ARAB-MALAYSIAN, JANG!!!


Salam Mmmbbbeekk, Bro!

Ini bukan cerito Arab-Malaysian Bank,..tapi kesah mmmmbbbeekk  darah kacukan Arab-Malaysia!!

Hasrat dihati memang nak terus menternak kambing tenusu baka Shami, kambing peliharaan orang-orang Arab, khususnya di Syria. Eden perhatikan kambing yang dikomersilkan di Cyprus ni ada potensi hebat dengan pengeluaran susunya. Tapi kos terlalu tinggi, Jang...sekor induk sekitar RM5 ribu, sementara pejantan RM6-7 ribu!! Kau kirolah sendiri berapa jumlah start-up capital yang diperlukan kalau nak ternak baka Shami ni, Jang!!

Nak buek camno, Jang!! Eden gunakan pejantan Shami ajor lahh!!

Don King (primer)

                                                             Don Juan
Don the Third.

Program kacukan Arab-Malaysian ni diusahakan oleh tiga ekor pejantan Shami. Ada dua ekor bujang dalam stand by!!


Induk kambing yang menunggu pulak adalah dari baka kampung tempatan, Boer kelahiran Malaysia dan Jamnapari. Oleh kerana kacukan Jamnapari eden dapati kurang sesuai dan tidak memuaskan, maka telah disisihkan produk ini.
                                 
Diantara hasil kacukan Shami+kampung & Boer (induk F1)

Anak betina kacukan Shami (F2)
Anak jantan kacukan Shami (F2)

Anak jantan F2 kat atas tu baru 4 bulan, dah dekat  20 kilo...ada 10 ekor...memang cadang nak let go ajor!! Ini kumpulan anak jantan yang ketiga.


Harap-harap lapis F3 nanti akan nampak lebih kuat genetik Shami, walaupun kacukan dengan darah lokal. Caro ni lebih murah dari impot terus dari Cyprus!! In Sya Allah akan mencipta satu lagi kejayaan collaboration Arab-Malaysian. Doakan yor, Jang!!

Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi

Friday, 16 May 2014

KAMBING PAWAH JOR LAEI, JANG!!


Salam Mmmbbeekkk, Jang!!

Sejak eden diberi kambing pawah kek JPV pada bulan Mei 2012, macam-macam pengalaman den raso, Jang. Mula-mula sekali kandang den kono serang wabak kurap yang dibawak kambing pawah tuu....Nak betul-betul bersihkan kandang daripada kuman kurap ni...eden terpaksa bertungkus-lumus..ambik masa 2 bulan!! Bukan ajo nak ubatkan kambing-kambing...tapi nak ubatkan kandang jugak!! Ini pengalaman baru kek eden!! Teruk punyer kerja!!

Lepas tu  kena puru,...prolapse (yang tersumbur rahim tuu),...mati anak,...mandul banyak pulak tuu...dan yang terbaru sekali anak baru lahir, tapi mata buta!!

Umur satu minggu...dua belah mata buta.

Eden belum pernah dapek kambing buta. Camno nak buek ni Jang?? Boleh ubek kor?? Eden pakai spray Pink Eye ajor!! Kesian eden tengok anak kambing nii!!


Nak nyusu pun tak bebas

Tapi penyakit yang paling serik...sampai sekarang belum dapat diatasi atau dikesan puncanya ialah lumpuh...tak bertenaga...tak selera makan...terus bawak mati. Banyak kekawan dan vet JPV kata sebab kurang calcium. Eden dah injek calcium..banyak kali...tak jugak ada kesan!! Mungkin kurang mineral lain??..Iron...vitamin?? Semua eden cuba....tak ada efek jugak!!


Bila eden belah...paru-paru lebam dan hati pucat. Mungkin kena radang paru-paru!!

Sejak akhir tahun lalu, dah 4 ekor kambing bunting mengalami penyakit cam nii!! Ini ada sekor laei, Jang!!
JPV kata kambing baka Boer..entahlah!!!
Kes kambing dapek penyakit macam lumpuh ni, memang melemaskan eden Jang!! Dah tak ghoti nak buek cam no laei!!

Ada satu common denominator pada kambing-kambing yang berpenyakit tu, Jang!! Semuanya KAMBING PAWAH!! Kata JPV..baka Boer!! Kau tengok sendiri gambar atas tu, Jang!!

Kau kenal warna tag telinga tu,..siapa yang punya?? Tak semonggah punya kerja, Jang!! Betul-betul ngabihkan boreh!!

Dari 20 ekor,...dah tinggal 7 ajor kambing pawah tu, Jang!! Kok dapek eden nak habihkan ajor!! Buek menyomak ajor, Jang!!

Salam menternak.
Es Emdi.

Wednesday, 14 May 2014

LRGF PUN MENERJAH...

Ke Sungai Buloh, Selangor.

Tuan puan pembaca blog sekalian.

Pasangan ni memang 'One of a kind'! Memang pasangan platinum! Otai masih mengemmbekkk! Multitasking bisnes operasinya

Bersih, tak bau kambing dan tahi, dijaga rapi dan selesa! - kandangnya

Sihat, berisi, banyakkk, manja dan very relaxed - kambing kambingnya

Sempena cuti semalam, saya dan Pak Es pegi melawat RZ Berkat Jaya Farm, by appointment. 11am. Ni penting. Ending nanti saya cerita.

Ok. Tak perlu elobarte pasal RZ Berkat Jaya Farm punya operasi sebab prof Alwi dah explain kat post dia Melawat Terjah Rakan Pembiak RZ.Berkatjaya Farm. Cukup lengkap. Exactly apa prof cerita, macamtu lah situasinya masa kami melawat. Tapi saya cukup RESPECT dan tabik lah Hj Rahim dan Hajah Zabidah ni.

Arrival: Hj Rahim tengah ready nak sembelih kambing utk aqiqah
Percaya atau tidak, operasi penternakan kambing RZ Berkat Jaya Farm ni is a 3 man show iaitu Hj Rahim, Hajah Zabidah dan seorang pekerja indon. Itu je!! Bayangkanlah daily operation dari membersih kandang, bagi makan kambing (dua ratus lebih ekor rasanya), bersihkan kandang (Hajah Zabedah yang rajin main water jet), check kambing sakit, perah susu, marketing, layan customer datang dan macam macam lagi lah. Ni belum termasuk kalau ada catering aqiqah sebab Hajah pun masak jugak. Tu yang bangun pukul 3 - 4 pagi kalau ada tempahan. 

Pasangan ini memang experience and knowledgeable pasal bab bab kambing ni. Hajah Zabidah bukan setakat moden (sebab rajin jugak berfacebook dan berGoogle) tapi berkebolehan dalam memberi rawatan kepada kambing kambing yang bermasalah dan sakit. (She can administer stomach tubing, yang dipelajarinya sendiri)

Menurut Hajah, penyakit puru kena kat kambing is dangerous. 'Jangan dikopek. Boleh berjangkit kat tangan kita!' katanya. 'Ada medication, asing mak dan anak, letak iodine kat tempat kena dan...............(tak ingat dah). Ada cerita jugak pasal ubat untuk kambing lumpuh. They are very caring and loving towards their goats. Can see. Dan saya tak ragu ragu lah nak rekomenkan orang untuk ambik kambing dari mereka atau saja datang melawat nak tengok kambing. Tip top dan bersih. Boleh tidur la kat dalam kandang tu.

Cantik kambing Hj & Hjh
Petak ni tengah cramp sebab tengah repair lantai petak yang lain
Bila sampai je kat rumah Hj & Hjh, kiri kanan ada pokok napier, depan ialah laman dan depan rumah, tapi kandang tak nampak. Farm ni kat dalam kawasan kampung, ada jiran bersebelahan. Kami disambut oleh Hajah Zabidah. Duduk dulu, light conversation (tapi dah tak sabar nak tengok kandang dan kambing) sampai dah bagi green light, beransur ke kandang. 

To our surprise, kandang kat belakang rumah, memang betul betul belakang rumah! Kandangnya macam extension dari rumah yang didiami! Fully maximising the space available. Tak tahu macamane nak explain. Kena pergi tengok sendiri. Dan kandangnya besar. Memang impress lah. Seronok tengok. Yang menakjubkan tu, tak bau tinja kambing. Saya nak sarankan kepada penternak baru yang ada isu mengenai kekurangan kawasan untuk melawat RZ Berkat Jaya Farm untuk mendapat inspirasi.

Biri Biri eksperimen dibeli dari Hj Nasir 
Salah satu pejantan di RZ Berkat Jaya
Salah satu produk yang dijual oleh RZ Berkat Jaya Farm ialah susu kambing yang dipastuerkan. Dulu jual yang raw goat's milk, lepas tu ada permintaan untuk dipasteurkan, so mereka invest pastuerization machine, beli kat Lazuli. Susu diperah sekali sehari pada waktu petang. Pagi tak sempat sebab kena handle urusan urusan kambing yang lain. Sesiapa yang perah, akan tukar pakaian yang baru dulu, pakai glove, apron, face mask. Hygienic procedure dititik beratkan. Dan susu kambing datangnya dari kambing yang dah 'berkacuk kacuk', non specific dairy breed. Sedikit review susu kambing RZ Berkat Jaya, memang sedap, smooth tasting and medium creamy. Dapat 2 botol free. Terima kasih Hj & Hjh!

Mesin pasturization, baru lepas basuh
This one can drink & drive. Hahaha

Gambar kat atas kiri Hajah Zabidah. Saya panggil Hajah 'Akak'. Kena marah yang manja. 'Mak cik lah!!" katanya. Tengah Haji Rahim. Ketayap yang dipakai ada kesan darah kambing sebab baru lepas sembelih dan kanan Pak Es Emdi.

LRGF mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hj & Hjh kerana sudi menerima kunjungan kami dan berkongsi ilmu. Semoga RZ Berkat Jaya terus maju dan berjaya dalam ternakan kambingnya InshaAllah.


Sebelum bergerak pulang, kami disajikan dengan masakan Hajah Zabidah. Nasi lemak yang aroma halia dan santan yang cukup menyelerakan, dengan side dish sambal sotong pedas manis dan dipersembahkan juga ayam kampung masak sup (macam sup ekor). Mangga manis sebagai dessert. TERBAIK!!!!!!! 

Hajah: Kalau main datang je, minum air kosong je lah.

Terima kasih Akak!! Thank you appointment!!!!!

Mbekk!

Sunday, 11 May 2014

DIN INDIGOFERA DATANG LAEI, JANG!!!!


Salam Mmmbbbekkk, Bro!!

Kelmarin, Din dari UPM datang lagi untuk sambung kajian pokok indigofera!! Oleh kerana dia ni selalu sangat datang kek LRGF dan paling minat nak buat kajian, maka eden nak gelarkan dia ni sebagai DIN INDIGOFERA!! Bolehkan Din??

Mengikut kata Din, setakat ni dia belum buat kajian dan test masuk lab (makmal) lagi. Dia nak kaji prestasi penumbuhan dulu. Dah tiga kali dia buat cantasan, dan pokok tu rimbun tumbuhnya. Dia nak kaji berapa hari jangkamasa yang sesuai untuk tuai dedaun..nak beri makan kambing. Kat Indonesia sampai 90 hari katanya.

Tapi, Din dan pensyarahnya nak kaji jangkasa 30 hingga 40 hari. Tak boleh lama sangat, kata Din. Kalau lamat sangat tahap protein akan mengurang dalam daun. Kita nak maintain lebih dari 27 persen!! Kalau daun dah tua, fibre (sirat) akan lebih dari protein, jelas Din!!

Kalau kita ada banyak pokok tak apa. Kekurangan dalam persen protein tu boleh compensate dengan kuantiti bekalan daun!!

Din Indigofera dengan sample daun  untuk kajian (gambar lama ni Jang!!)

Din ada juga bagi tahu ratio indigofera dengan dedaun lain untuk makanan kambing. Kalau tak silap eden, 30 peratus mesti daun indigofera. Ada lagi kira-kira formula dia untuk satu-satu ekor kambing pulak!! Bila sampai masanya nanti eden kono tulis dalam buku ni, Jang.

Tapi, kambing memang gomar daun indigofera ni, Jang!!



Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi.

Thursday, 8 May 2014

TAHNIAH MS. M

Bulan Mac hari tu ada saya post pasal 'Efek susu kambing pada wanita hamil' Ms. M (our regular customer) adalah individu yang mengamalkan minum susu kambing segar & unpastuerized ketika hamil. Kalau ikut calculation, rasanya dia mula minum masa awal pregnancy stage.

Ni dah 8 months. Due anytime.
Dalam tempoh hamil, beliau minum susu kambing setiap hari, sampai dah addicted katanya. Perbezaan ketara apabila minum susu kambing menurut beliau ialah badan tak rasa penat dan tidak mengalami kejang otot pada waktu malam. Gambar di atas tu nampak macam tak pregnant, dan ramai kawan kawan beliau bersependapat yang serupa.

Minggu lepas, Mrs M dah selamat melahirkan anaknya yang keenam. Kedua duanya sihat dan semalam saya telah menerima mesej dari beliau.

"As salam En Adil, terima kasih diatas bantuan penghantaran susu susu kambing sebelum ni. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak secara Normal setelah 5 kali ceaser. Semua dengan izin Allah dan usaha untuk menjaga pemakanan saya sebagai langkah untuk saya merasai nikmat seorang wanita itu bersalin secara biasa.

Saya selamat melahirkan baby gal 3.5kg pada hari sayyidul ayyam, penghulu segala hari Jumaat pada pukul 11.44 malam. Alhamdulillah hari ini hari keempat dilahirkan, baby kelihatan sihat dan setakat ini tiada jaundis.

Terima kasih Allah dan kawan kawan yang mendoakan kemudahan sepanjang saya mengandung sehingga melahirkan. Syukur Alhamdulillah.

..............yang penting nak monitor jaundis dia. InshaAllah berkat susu kambing dari 2 bulan pregnant"




Susu Kambing Segar - Susu Berkhasiat Sebenar.....InshaAllah.

Mbekk!

Wednesday, 7 May 2014

HERE MMBBBEKK..THERE MMMBBEKK, JANG!!


Salam Mmmbbbekk, Jang!!

Ingat tak lagu "Old MacDonald Has A Farm..Iyaaa..iyaa...Oooo"!!!??

Keadaan kek LRGF sekarang ni cam tu lah!! "Here Mmmbbbekk,...There Mmmmbeekkk!'
Hiruk -piruk bunyi suara anak-anak kambing yang baru lahir!! Round Kedua untuk F2 baru aja berakhir, dan sekarang ini dah mula pulak pusingan baru untuk F1 lagi.

Alhamdulillah,dah 23 ekor anak F1 lahir...sampai dah tak cukup petak untuk beranak. Ada cuma 12 petak, jadi kena tumpanglah sementara nii.

Petak beranak dah tak cukup!

Eden dah lama perhatikan macam ada satu perimbangan...macam natural balance, bukan saja dari segi ratio jantan-betina, tapi diantara yang lahir dan mati atau disisihkan!! Eden baru buat penyisihan induk...mana yang mandul, ada sakit berulang, yang ketot...lebih kurang 20 ekor dah di jual atau sembelih aja!!. Alhamdulillah, cepat pulak dapat gantinya!!

Satu perkara lagi yang eden perhatikan,...kambing yang dikurung dalam kandang ni kurang yang beranak kembar!! Beranak tiga memang jauh sekali!! Camna pengalaman kau, Jang??

Selamat menternak & membiak
Es Emdi





Tuesday, 6 May 2014

SIZE MATTERS

180ml - ada

200ml  - banyak ada

250ml - confirm ada

500ml - ada jugak

1 litre - maybe ada...not sure

Dulu dulu masa mula mula nak botolkan perahan susu kambing, we had no idea size apa yang patut digunakan. Yang mana kos efektif, sesuai untuk simpanan susu dalam bentuk sejukbeku, the acceptable amount of goat's milk that customer will be happy to purchase dan lain lain lagi. 

Masa tu pun tak tengok pulak dari sudut milk yield. Berapa banyak susu perahan yang dapat, equals to how many bottles we can have to stock up. Customer pun masa tu takde lagi. Botol pulak bukan senang nak cari. Nak beli kat kilang, kena purchase minimum order beribu ribu pieces. Beli kat kedai, harga sebotol merepek (1 botol RM 0.50 dah consider harga merepek) and limited choices in size. Stok pun tak banyak sebab botol ni ambik space yang banyak dalam kedai.

(400 botol 250ml dalam satu bag akan penuh back seat kereta Proton Saga)

Macam biasa kita follow lah pengalaman orang yang dah biasa buat susu kambing and our synergy partner masa tu guna botol 300ml material macam air mineral. Sales dia laju je, orang beli berbotol botol. So oklah, kita follow the flow.

kiri 250ml kanan 200ml
Sekarang dah ramai yang buat susu kambing dalam pelbagai saiz. They probably have their own reason why they chose those sizes. Seorang sahabat saya menjual size 500ml sahaja. Laku. Ada customer beli walaupun harga jualan dalam lingkungan kopi kat Coffee Bean. Kenapa jual saiz tu? Katanya nak 'let go' susu tu cepat, so that stock boleh replenish often. Kalau pakai botol kecik, banyak pulak stock. Makan space dalam freezer nanti.

Menurut supplier botol kami pulak, saiz 180ml biasa digunakan oleh JPV. Susu mereka diedar kat sekolah sekolah, jadi isipadu nya dah cukup memadai untuk kanak kanak minum. Rasanya kos pun murah bila botol tu kecik.

250ml
LRGF pakai size 250ml. Standard saiz ramai penternak tenusu gunakan sekarang. Isipadu ni suitable for daily consumption. Memang boleh minum satu botol terus habis dan tak membazir. Cukup mengenyangkan untuk individu yang mengamalkan minum susu untuk breakfast. Cukup untuk buat 5 cawan kopi atau teh bersusu. Storing capacity depending on customer punya peti sejuk. Satu lagi untuk kita yang buat susu kambing frozen ni, the smaller the bottle, the quicker it freezes.

200ml
Bila kita buat offer servis susu kambing delivery ni, ada kelebihannya dan kekurangan. Minimum order is a requirement supaya berbaloi atau dapat cover kos penghantaran. Ada jugak yang letak kos penghantaran as seperate payment. Both are non issue.

Tapi issue yang timbul pulak ialah stok. Milk yield varies month by month. Ada banyak dan ada yang sikit. Bila customer beli by bulk, you need to ensure stock kena sentiasa ada. Kena cuba untuk tidak putuskan bekalan. Dan mungkin salah satu option adalah untuk reduce size botol so that more goat's mik (bottles) is available in hand. However puas tak minum susu 200ml contohnya?

Dan pattern orang beli susu kambing ni ialah try 10 botol dulu, dan next order kuantiti increases. Its usually to cover for a week's consumption.

Nak source out susu kambing untuk tampung stok. Boleh. Doable, tapi ramai ke penternak tenusu kambing boleh supply? Not to mention there will be added cost involve.

Kalau yang small scale farm yang  baru nak start perah susu kambing for the first time untuk jualan, my opinion is to go for 200ml. Biar ada stok dari kehabisan stok.

Mbekk!!




Monday, 5 May 2014

SUSU BOER LAGI

Hipotesis prof Alwi pasal 'susu boer memang sedap' mungkin ada kebenarannya. Dari pengalaman kami, kesedapannya konsisten even after 2 lactation. Konsisten dengan semua induk induk laktasi,  dan kesedapannya pun diturunkan kepada anak anak cross mereka yang first time lactation.

Masa dulu dulu, first time Pak Es perah susu dari boer, saya pun super sceptical jugak tentang rasa susunya. Kambing bukan tenusu, tapi kita minum susunya. Best ke? Masa tu knowledge pasal susu kambing zero. Tahu minum je. 

JPV department tenusu pernah menjalankan ujian kepada susu boer LRGF dan didapati susu boer is high in fat. That is in paper, dari segi visual pulak, bila kita defrostkan susu beku ni, dibiarkan dalam room tempreture or fridge tempreture, kebarangkalian kita akan ketemui ketulan ketulan putih (kecik kecik je), usually on the surface of the milk. So confirm fat ada.  Ni dah indicate susu ni sedap berkrim bila minum. Goncang balik susu tu...hilang ketulan tu, dia dilute balik dalam susu. The natural homogenization effect.

High in fat does not mean it is 'bad' fat. This is quality fat. 

'Its been shown that goats fed on high level pasture forage versus feed concentrates produce mik fat with higher concentration of MCT (Medium chain triglycerides)' - everything goat milk.com
Kalau explore balik prof Alwi cakap pasal short lactation period, but quality milk for the boer kids growth, mungkin juga boleh dipertimbangkan teori tu. Kajian kat LRGF takde tapi observation ada.   

Tak pasti dengan pengalaman dan observation tuan puan penternak yang lain, tapi kat LRGF, anak anak kambing kacukan (majoriti boer) kami, minum susu ibunya cukuplah banyak. Kena pulak banyak single birth, so tiap tiap hari ada double barrel of milk just for themselves. Barrel tak besar lah. Anyway, dalam masa 4 bulan, tumbesaran anak anak kambing ni cukup menggalakkan dan memberangsangkan....the bucklings especially. 


Siapa yang ada boer kat kandang tu perahlah susunya dan try minum. I personally think crossing pejantan dairy dengan boer has potential. We shall see. 

Oh ya, long time ago, ada jugak seorang penternak pernah post kat FB, katanya miking from non dairy goats is not good for business / merugikan. Why? The question still remains a mystery sebab tuan yang komen tu tak balas balik jawapan.

Mbekk!!

P/S: Terima kasih kepada abang sulung Eki kerana mengambil gambar gambar yang cantik untuk LRGF. Dia orang kreatif, so ambil angle gambar pun ada style.

Friday, 2 May 2014

PANTANG KIRA KAMBING

As salam tuan puan penternak.

Beberapa hari lepas pegi melawat seorang pembiak kambing. Boleh consider otai jugak abang ni. Namanya Amran Shariff dan ladang terletak di Labu, Negeri Sembilan. Jalan ikut pekan Nilai menuju Labu, berdekatan dengan Sime Darby Planter's Haven housing development.

Tiba je kat sana, nampak ramai pelajar UPM tengah sibuk kat kandang. Meriah! Bila ditanya UPM datang buat kajian apa, rupanya kandang abang Amran ni diambil sebagai 'landang angkat' oleh pihak UPM. Lebih terperinci lagi, kalau ada apa apa masalah tentang kambing, abg Amran akan contact UPM, mereka datang dan buat inspection, diagnose, rawat dan macam macam lagi. Pendek kata, UPM ni macam JPV (even better). Consider students yang datang akan dapat first hand experience and practical know-how to treat problematic goats. Memang untung la bang!. UPM telah mengambil ladang angkat abg Amran pada tahun.....(tak ingat pulak)

Abg Amran (tengah) dengan student UPM veterinar
Abang Amran ni dah 5 tahun full time menternak kambing, tapi kandang mula bina tahun 2006 dan adik ipar yang menjaga dan menternak. Masa tu abg amran masih kerja kapal, off shore. Mula menternak kambing boer FB, (masa tu boer tengah famous dipromosikan) untuk jualan baka. Bermula dengan 60 ekor boer. Pada satu masa, mereka berjaya menternak sebanyak 430 ekor! 

Tapi tapi tapi...seperti ramai penternak kambing lain, mereka mengalami pelbagai masalah dan cabaran. Macam macam. Pengalaman banyak mengajar. Masa tu bantuan dari segi kesihatan kambing kurang. Reference takde, bila kambing sakit tak tahu nak mintak tolong kat siapa. Nak pegi melawat kandang kambing penternak lain, ditolak. 

Lebih memeritkan, kambing boer 430 ekor tu tak dapat dijual. Tak dapat dijual dengan harga pasaran boer sepatutnya. Takde orang nak beli daging kambing dan baka yang mahal.

Kos operasi pun melambung. Pekerja sampai 6 orang, Kos makanan pun mahal terutamanya dedak. Duit dah banyak SANGAT dilaburkan. Sampai satu masa, keadaan terdesak, abg Amran dah nak give up. Putus asa tahap maksima.

Sebelum buat keputusan muktamad, beliau pegi jumpa salah seorang member penternak untuk mintak nasihat. Dan pandangan member ni membuka mata dan memberi peluang untuk abg Amran untuk mencuba lagi. 

"Cuba jual susu kambing" kata membernya.

Susu kambing boer, kereta biru kat belakang tu ada customer
baru sampai nak beli susu kambing untuk cucunya demam kuning.
Pada mulanya pun masih susah jugak nak jual susu kambing, masa tu  tak popular lagi. Satu masa tu berliter liter botol susu kambing (botol coke 1 liter) penuh dalam freezer tak terjual jugak. Nasib Abg amran baik, dapatlah tolak susu kat seorang pemborong ni. Masa tu harga 1 liter RM 8 je.

Susu kambing boer best! dan abang amran pun setuju sangat. Saya try sebotol, taste sooo familiar sebab sama macam LRGF punya. (we use boer goats too for our milk). Perut terus kenyang, tak makan tengahari lagi.

Sekarang alhamdulillah, sektor susu kambing abang amran dah nampak maju tapi in a good problem. Masih tak cukup untuk dibekalkan. Pening kepala dia cakap sebab orang main booking booking. And we both agree, although boer goat's milk is creamy and delicious, but lactation period is very short (5 months).

Kawasan ladang 2 ekar sempoi sahaja, dipenuhi dengan pokok napier bersistem intensif. Rumput dan dedaun masuk chopper, angkut atas kandang. Majoriti kambing boer, ada juga jamna sikit, kampung sikit, kalahari sikit. Terpegun bila naik kandang penuh dengan kambing kiri kanan depan belakang. Memang banyak. Sihat sihat dan bulat bulat.

Buluh tu garam jilat style orang kampung.
Nak elak kambing dok gigit papan kayu kandang
Bila dah jumpa dengan orang Nogori ni, borak ni memang rancak. Rancak sangat sampai dah tak ingat apa nak tulis kat sini. Adalah abang Amran share sikit pengalaman dia yang saya boleh recall;

"Ada member saya cakap dia makan lah kambing boer saya, rasa daging macam daging kijang!"

"Bilo dah masuk montornak kambing ni full time, dio kono toguih (terus) jo, takleh gostan doh. Gear high ke low jo yang boleh"

Masih menggunakkan hampas soya basah dan tidak menghadapi masalah tentang fertility induk. Setakat ni hanya satu ekor je mandul.

Ada menerima kambing pawah. Tahu dari mana kambing pawah ni datang dari mana. Tidak memuaskan.

"Patut eh susu boer ni boleh jual hargo premium, sobab dio ni creamy, boleh buek (buat) cheese. Saanen cair sikit, tak banyak lomak (lemak)."


Banyak lagi kami berborak, sampai 3 kali salam tak beredar lagi.

Terima kasih abang Amran kerana sudi menerima lawatan saya dan tak lokek berkongsi ilmu. Jemputlah datang ke LRGF. Semoga berjaya dalam bisnes ternakkan kambing, (Selain jual kambing, beliau jual susu kambing dan kambing golek)

Last sekali tanya abang Amran ada berapa ekor kambing sekarang kat kandang. "Adolah dalam tigo ratus lobih." katanya.

"Tapi kan, den tak leh kiro la berapo kambing den....ado pantang eh"

"Bilo kiro induk jo, sure ado akan mati, bilo kiro anak lak, pun samo jugak...ado yang mati. Dah tigo kali den buek camtu. Sekarang ni maleh (malas) nak kiro."

Mbekk!!