Saturday, 30 August 2014

SIRAP BANDUNG KOR NI, JANG???

Salam Mmmmbbbekkk, Bro!!

Hari ni paneh pulak, Jang...Dah dua-tiga hari hujan ajor,...elok lah paneh pulak!! Paneh-paneh berdonting ni, memang sodap kok dapek minam sirap bandung!!


Memang hilang haus, Jang!! Ado oghang panggil sirap Bandung...entah kenapo kor Bandung pulak poei erh...tak roti eden doh!! Ado oghang panggil air serbat...sebab Pak Bai yang jual...Tapi eden memang gomar....macam buek buko poso dulu!! Memang best, Jang!!

Tapi yang eden buek ni lain dari sirap Bandung tuu....Memang bukan sirap Bandung pun...lebih sedap dari sirap Bandung. Nak tahu?? Tengok jor kek bawah ni.....


Air perisa berkarbonat setengah gelas...eden gomar strawberi, Jang!!... dan campurkan dengan susu kambing Lalah River Goats Milk!! Memang terangkat, Jang!! Kalah sirap Bandung tuuu!!

Raso erh sodap, ador berkarbonat pulak....dan yang paling top,.. sebab dicampur dengan susu berkhasiat sebenar..The Real Healthier Milk!!! 

Kan sonang ajor!! Pakai tuang ajor, Jang!! Tak sampai seminit..dah siap air minuman susu kambing berkabornat!!!

Kalau ador yang phobia dengan bau hamis kambing....no problem,...minuman ni habis nyah bau hamis tuuu. Cara efektif kalau nak belajar minum susu kambing mentah!! Try sekali Jang...sonang ajor....gerenti terangkat!!

Selamat mencuba, Jang.
Es Emdi

Wednesday, 27 August 2014

GOAT'S MILK SMOOTHIE

Assalamualaikum tuan pun pembaca blog.

Dalam tempoh menjual susu kambing ni, ada beberapa orang yang sebenarnya nak minum atau try susu kambing tapi tak berani. Takut nak cuba. Macam para peserta masuk competition program Fear Factor. Mind set mereka bermain-main dengan pelbagai imaginasi rasa susu kambing. Ada yang cakap 'panas' lah atau yang famousnnya bau hamis kambing.

Ada juga yang memang tak suka atau minum susu langsung.

Tapi ada satu customer ni menghadapi situasi diatas, tapi nak try juga susu kambing sebab ianya merupakan amalan sunnah. 

So beliau jadi kreatif dan buat smoothie goat's milk. Bagus betul cara ni. Memang confirm sedap dan boleh minum. Blend semua ingredient sekali.

 


'Pertama sekali saya minum susu kambing. Blend dengan pisang, mango, oat dan madu. Bagi orang seperti saya yang tak minum susu kambing, dengan resipi ni, saya berjaya minum susu kambing. Sodap smoothie buah buhan penuh khasiat susu kambing. Akirnya saya berjaya minum minumam Sunnah. Memang lazat tak terperi.'

Hahaha. Tahniah kak Azila (beliau merupakan pereka fesyen dan owner pakaian muslimah jenama sendiri Lamina. Kalau nak tengok jubah jubah mak gojes, boleh check it out kat sini).

So nak variety kan lagi keenakkan minum susu kambing smoothie, dia buat resepi yang lain. Tuan puan boleh cuba resepi dibawah. Terliur jugak lah menengoknya.

2 botol susu kambing (atau 500ml) + 1 biji mangga + 1/4 buah naga + 1 scoop kismis + 1 scoop oat & 1 scoop nestum original. Tak perlu ais sebab susu dah sejuk. Try it, taste marvelous! Sangat smooth and creamy.

Mmmmmmm..Yummy!!
Ni memang betul betul 'Smoothie Berkhasiat Sebenar!!'

Mbekk!!

Tuesday, 26 August 2014

TEGAR MMBBEEKKK, JANG!!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Pagi tadi Adil hantar msg yang Mr.Faizal dari Gemenceh nak datang terjah kandang LRGF. Pensioner, msg Adil.

Bila eden terima call dari Faizal, macam biasa mintak dia tunggu depan Balai Polis Pedas,..nanti eden jemput untuk masuk ke ladang.

Tapi...nak jadikan cerita. network Maxis tiba-tiba kiokkk...tak ada signal langsung. Bila eden sampai depan Balai Polis,..Faizal tak ada,...tak nampak muka orang pensioner yang menunggu. Eden agak-agak, tentu Faizal ni lebih kurang umor senior citizen jugak!!

Lamo jugak eden nunggu...tibo-tibo dapat msg,..dari Faizal,...dia dah sampai kat ladang,...sebabkan tak ada signal tadi, dia mintak orang hantar kat LRGF.


Terperanjat jugak eden jumpa Faizal ni, Jang!! Tengok ler gambar mereka sekeluarga depan kandang LRGF tadi.

Belum ler berumur pensioner lagi...mudo laei, Jang!! Betul ler Adil ni,... beri salah info!!

Faizal dan isteri beliau, Normah, sama-sama bekerja di syarikat forwarding kat KLIA dulu. Mereka dah berhenti...Normah yang dulu. Mereka dah penat kerja dengan orang lain. Pikir punya pikir....mereka bertekad nak jadi Penternak/gembala Kambing, Jang!!! Hebat dan nekat keluarga ni!!!


Keluarga mereka pun memang minat ternak kambing, sejak arwah bapak dulu lagi. Jadi tak hairanlah kalau mereka ni dah jadi Mmmmbbeekkk Tegar!!! Menurut Normah,..kalau jumpa aja kandang kat tepi jalan, mereka akan berhenti..pergi terjah dulu!!

Faizal pulak tak renti-renti mimpi Mmmmbbbeekkkk!!!


Sebenarnya, mereka ni baru satu bulan betul-betul menternak kambing. Dah mula dengan tujuh ekor Boer...dan cadang nak tambah dengan kambing kampung!!

Kandang dalam kebun sendiri,...ada 4 ekar kebun sawit keluarga. Kelilingnya pulak ada ladang sawit lagi. Jadi memang sesuai untuk ternak kambing. Jadi memang tak ada masalah dengan makanan....rumput-rumpai pun banyak. 

Faizal juga berminat nak tanam indigofera...tu posing dengan pokok indigofera depan kandang LRGF. Dia dah pun beli benih...nak disemai pulak katanya!!

Memang tegar keluarga ni nak jadi penternak kambing. Eden konfiden mereka ni tentu mudah berjaya, In Sya Allah!!

Terimakasih  Faizal dan keluarga kerana sudi menterjah ke LRGF!!!

Mari ramai-ramai kito bolo kambing, Jang!!

Es Emdi.


Saturday, 23 August 2014

KERJA KUAT, JANG!!!

Salam Mmmbbbeekkk, Bro!!

Pagi tadi sembelih kambing (untuk sambut birthday Eqa) buat khenduri di Surau Dusun Sungai Lalah. Tujuan untuk gotong ruyung... eratkan silaturrahim dikalangan komuniti kampung dan menyambut Raya jugak. Alhamdulillah, acara berjalan dengan baik.



Pagi-pagi lagi penduduk Sungai Lalah, Pedas, Rembau bergotong-royong menjayakan khenduri dan perjumpaan Hari Raya. Di ketuai oleh orang-orang kuat seperti Sdr.Hanip/Rafar, Hj Baharom dan Hjh Suah...Nasi berayani kambing jadi hidangan istimewa!!



Para jemputan kariah masjid  Pedas Tengah turut meriahkan lagi khenduri di surau kami pagi tadi. In Sya Allah, mungkin dapat diulang lagi...lagi pun Hj Baharum dan Hj Ishak dah sedia nak buat jamuan Nasi Dulang/Nasi Ambeng pulak!!!

====================================

Tapi Eqa petang tadi betul-betul tunjuk bakat...bukan aja lagi nak main-main dengan kambing. Tapi,..dah sedia dan ada bakat buat kerja di kandang jugak!!! Dia nak beri makan kambing jugak...ni kerja berat, Jang!!


Langkah 1:
Kalau nak beri makan kambing kat LRGF ni,..mula-mula kena bersihkan palung makan. Segala hampas pelepah daun sawit kena dibuang. Boleh buat tak ni, Eqa??


Buang semua lidi tu...Ni banyak lagi palung makan yang nak di bersihkan, Eqa???


Nasib baik Papa ada....okey clear, buang hampas-hampas tu,....bakar!!!


Langkah 2:
Bila palung makan dah bersih,...semua hampas sawit dah dibuang,...baru boleh beri makan pada kambing-kambing. Sekarang Eqa hidangkan daun sawit yang dikisar tu....baik-baik,..jaga-jaga jangan tumpah kat lantai!!!!


Kenapa bengis ni Eqa??Penat kerr?? ..Ha..ha..ha...Itulah caranya kalau nak ternak kambing niii....bukannya mudah!! Kena kerja kuat....Tapi Eqa best laaahhh!!! Pass punyer....Memang boleh jaga kambing LRGF!! Atuk boleh rekomen!!!

Selamat menternak
Es Emdi


Friday, 22 August 2014

TAFAKUR...AL FATIHAH!!!

Hari ni tak nak cakap pasal kambing..Mari kita bertafakur!!

Sayu melihat gambar Berita Harian Online ni.

Anak lelaki Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, pembantu juruterbang MH17, yang berusia 8 bulan didukung oleh rakan sekerja MAS ketika solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya.
(Anak yang belum mengerti.....)



Dan dibawah ini pula ialah anak Allahyarhamah Mastura Mustaffa disisi jenazah ibunya!


Sebak...sob..sob....maleh nak corito posar kambing hari niii. Semoga Allah menempatkan ruh-ruh mereka bersama golongan yang beriman. Al Fatihah!!!

Es Emdi.
22 Ogos 2014







Thursday, 21 August 2014

KAMBING TU "PROPHETIC FOOD", JANG!!!

Salam Mmmmbbbeekkk, Bro!!

Apo pulak bondo eh "Prophetic Food" ni, Jang?? Ini kali kedua eden dongar. Mula-mula dulu ado seorang siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Sharifah, yang datang ke LRGF nak buat kajian pasal susu kambing,....kandungan dan khasiatnya. Katanya, kajiannya ini dibawah satu Kajian Payung yang lebih besar bertajuk "Prophetic Food" yang sedang dilaksanakan oleh USIM.

Semalam, seorang lagi dari USIM datang nak jugak buat kajian tentang susu kambing. Menurut Mohd Razlan, kajiannya ini pun maseh dibawah Kajian Payung "Prophetic Food" yang sama.


Kambing merupakan binatang ternakan dan Makanan Nabi-nabi ("Prophetic Food"), kerana itu menjadi subjek yang sesuai untuk mengkaji hubung-kait dengan Al-Quran, sunnah dan hadith Nabi, menurut Razlan. Malah, pengkajian USIM ini cuba juga memahami hubung-kait "Prophetic Food" ini dengan syariat Islam pada keseluruhannya!!


Adil membantu Razlan untuk identify kambing-kambing yang baru sebulan melahirkan anak untuk dijadikan sumber kajian. Kajian dibuat pada susu bagi kambing yang beranak kembar, yang beranakkan jantan dan juga betina.

Pagi tadi Mohd Razlan datang lagi untuk mengambil sample makanan dan juga susu. Di LRGF, kami menyediakan campuran dedak dan daun indigofera untuk makanan pagi, disusuli dengan daun sawit untuk tengahari dan petang.


Razlan hendak mengkaji juga kaitan diantara pemakanan dengan hasil susu. Beliau akan cuba mencadangkan supaya kambing-kambing LRGF juga dibekalkan dengan buah-buah tamar sebagai bahan makan. USIM sudah pun melaksanakannya dengan kandang lain!!

Eden pun nak cuba jugak ni, Jang...Yor lah, kambing Shami ni kan memang berasal dari negara Arab...dari negara Sham, iaitu Syria. (Kambing Shami ni juga dikenali sebagai Damascus Goats--Kambing Damsyik). Memanglah sesuai kalau nak kaji pemakanan buah tamar dengan  kambing Shami ni!! Mungkin rasa dan kandungan susu pun berlainan...tak payah nak tambah bahan campuran buah tamar sebab kambing dah makan tamar yang ori, yor tak Jang???

Buat sementara waktu ni, Razlan membuat kajian dengan mengambil tiap-tiap bulan selama tiga bulan akan susu kambing LRGF...susu berkhasiat sebenar,...the real healthier milk!! Yor tak, Jang???

Selamat menternak
Es Emdi

Monday, 18 August 2014

EN AMIR PILAH MESEJ

Salam Isnin tuan puan penternak dan pembaca blog.

Prof Alwi ada komen pada posting 'Semalam Mengembala' yang cerita pasal lawatan saya ke kandang En Amir di Kuala Pilah N9.

'Berapa jam kambing En Amir digembala ye?'

Menurut beliau, hari Jumaat hari tu dia tak dapat mengembala lama sebab yang saya pun tak tanya (mungkin solat Jumaat kut) Tapi hari Sabtu pulak mesej ini diterima.

'Record breaking!!. my kambing meragut cross the 4 hours benchmark. Though drizzle, my shamis and saanen seems to enjoy the shower!'


Kedua dua gambar dari last visit, bukan bermandi hujan hehe.
Well done En Amir! Saya masih ingat lagi pesan prof Alwi masa first visit saya ke Alwi Goat Farm.

4 hours meragut = Good quality goats.
5 hours meragut = Superb quality goats.
6 hours meragut = World class quality goat.

Mbekk!!

Sunday, 17 August 2014

DILEMA INDIGOFERA, JANG!!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Kek LRGF, kami memang cuba jugak tanam pokok-pokok untuk Salad Garden, yakni dedaun untuk makanan kambing. Berbagai pokok kami cuba seperti Moringga, Turi dan Mulberry. Tapi yang awal sekali kami cuba dan banyak dah ditanam ialah pokok indigofera. Dah satu tahun agaknya kami usahakan lebih 500 pokok indigofera. Malah dah sampai berputik..nak berbuah pulak!!

Inilah masalahnya, Jang!! Kami berhadapan dengan dua pilihan...samada nak tunggu pokok ni berbuah untuk dapatkan benih atau nak beri kambing makan daunnya. Kalau nak beri makan, maknaya kenalah dicantas daun-daun pokok indigofera ni!! Tak adalah peluang nak dapatkan benih nanti!!

Lagi pun eden perhatikan, belum ada putik-putik buah yang lekat....nak tunggu jugak lagi, nak tengok perkembangan,..tapi kalau daun tu dah tua,...hilang kadar kandungan protein,...yang tinggal nanti banyak fibre ajerr!! Camno nak buek ni, Jang???

Yor tak yor, bagi makan kek kambing ler dulu, Jang...Nak buek benih tu tunggu lerr dulu!!


Daun indigofera tu  dicincang dulu dan kami jadikan hidangan untuk sarapan pagi. Memang gomar kambing tu makan daun indigofera.


Bila nak dijadikan daun makanan kambing, maka kono lerr cantas pokok-pokok indigofera tuu. Camni ler rupo erh, Jang!! Botak jadi pokok-pokok tuu!! Memang tak ado peluang nak tunggu pokok ni berbunga,...atau berbuah untuk dapatkan benih!!



Bila dah dicantas tu,..kena tunggu diantara 3-4 minggu untuk tumbuh dan boleh cantas sekali lagi. Jadi asyik main cantas ajer,..mana ada peluang nak dapatkan benih? 

Itu pun dah putus bekalan, Jang!! Tak cukup daun untuk makan tiap-tiap hari!! Jadi, kena tambah...tanam banyak lagi pokok. Bila buah untuk benih tak ada,...cuba tanam batang lerr!!!


Musim hujan nii...ada pulak batang tu yang hidup, Jang!! Tapi boleh dikira gagal!! Sebab tak sampai 5 persen yang tumbuh, Jang!!

Nampaknya, memang kena balik pada asal. Kena semai jugak benih untuk dapatkan pokok-pokok baru. Atau, eden simpan dua-tiga batang...tunggu dia berbuah!!! Serba-salah betul ler,Jang!!

Don Jenal cam mano?? Pokok kau berbuah tak???

Selamat menternak.
Es Emdi

Saturday, 16 August 2014

GOGOT

Salam hujung minggu pembaca sekalian.

Dikalangan penggemar minum susu kambing ni ialah kanak kanak. So far yang saya tahu dikalangan pelanggan Lalah River Goat’s Milk, daripada yang suka minum susu mahupun yang dah stop minum susu badan dan nak carry on minum susu serta yang nak replace susu ibu tapi tak nak minum susu jenis yang lain bila diberi, susu kambing always pass the test. Kanak kanak tak akan reject. Malah cukup suka.

Dan susu kambing diberi ialah yang natural & original, fresh, white raw milk. Itu belum bagi yang berperisa lagi seperti strawberry, coklat dan yang lain lain. Kalau anak tak habis minum, balance tu mak atau ayah yang bedal.

Because the bottle bersaiz 250ml, ia memudahkan ibu bapa juga. Susu kambing akan dibawa ke rumah nursery, taska, pengasuh,  etc. Sistem ni diparktikkan bila susu ibu dah mula berkurangan, dan malas nak bawak susu formula, so replace dengan susu kambing dalam botol. Convenient.

Ok, tapi ada satu ‘style’ bila kanak kanak ni minum susu kambing. Dari umur 1 tahun sampailah yang besar. Dah banyak parents yang cakap kat saya the same thing. They are not complaining but hairan jugak lah.

‘Anak aku dah ‘brutal’ minum susu kambing. Dia GOGOT (minum terus dari botol) je. Bila nak tuang dalam gelas ke, cawan ke…dia tak nak. Nak jugak pegang dan minum terus dari botol’.



Hmmm...misteri jugak ni. No answer for that. Hahaha. Nasib baik botol susu children friendly. Tq En Zaki pembuat botol susu LRGF.


Mbekk!!

Thursday, 14 August 2014

SEMALAM MENGEMBALA

A new experience. 

Tempoh hari saya mendapat panggilan dari En Amir nak beli indigofera. Bila ditanya lokasi kandang dimana dan kambing apa yang dibiak, beliau berkata di Kuala Pilah N9, menternak pelbagai baka termasuk sepasang shami dan saanen. Total 30 ekor.

Ah ha!! Ada geng baru yang menternak shami. Very good. Someone to cross refer and exchange input.

'Saya mengembala dan lepaskan semua kambing meragut..termasuk shami dan saanen'.

Wow!! ni yang saya tunggu tunggu. Shami digembala. Saya excited dan cukup teruja! Nak pergi tengok dan experience sendiri. 'En Amir....Adil tak pos benih, Adil sendiri pergi sana'.

Bangun pagi lompat dari katil dah semangat dan berkobar kobar nak pi tengok.Timing sampai ke sana pukul 10 pagi sebab time tu nak bawak kambing meragut.

Saya familiar lokasi kandang En Amir sebab selang beberapa rumah beliau ialah rumah kampung arwah atok dan nenek mak saya. Kalau nak tahu, kandang En Amir berdekatan dengan rumah kampung Y.B Dato Sri Hasan b. Malek, Menteri Perdagangan dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan. Future customer dah tu En Amir. Hahahaha.

Tiba disana, disambut oleh En Amir, kakaknya dan sepupu sekali. Dihidang air laici dan kuih muih raya. Terima kasih terima kasih. Sesi suai kenal bermula dan menjadi rancak apabila kakak dan sepupu En Amir kenal pulak famili mak saya. Orang Pilah ni bila berborak tu non stop, lebih lebih lagi kalau jiran dan geng  berdekatan. Everybody knows everybody. Saya dan En Amir dengar je sambil kunyah kerepek ubi. 'Bila nak tengok kambing ni?' bisik dihati.

Gagahkan diri, saya cue En Amir 'Nak pukul 11 pagi dah......Jom tengok kambing.' Terus En Amir bangun dari kerusi. 'Jom....memang tak ke sudah lah kalau dongar dia orang ni borak. Kito nak belajar pasal kambing ha!!' En Amir berbisik. Heheheh.

En Amir ni ex banker, minat nak ternak kambing. Study pasal menternak kambing dari blog, internet, pergi kursus (di MJ Fatonah) dan macam macam lagi. Overall dia cakap 5 tahun research. Perlahan lahan dibina kandang SENDIRI. Siap dibina dalam masa 1 tahun. Dia cakap save so much cost. Tahniah En Amir. Memang terer. Dari pandangan saya, it is very well constructed and clean. Actively menternak kambing selama 6 bulan sahaja.


Bila naik atas kandang, kelihatan kambing kambing En Amir tengah 'chill'. Relaks je. First thing En Amir tunjuk ialah tahi kambing. Dia buat comparison. Satu petak ni kambing 2 ekor yang tak dilepaskan meragut. Tahi nya browninsh. Ada perbezaan dengan yang lepas ragut. Tahi nya solid and very black and shiny. Semua kambing kelihatan sihat sihat belaka. Well done.

Dalam palong makanan ada nampak macam batang batang kayu macam gambar bawah ni.


'Apa kayu ni En Amir?'. 'Aiyo..apo lah Dil. Tu batang sagu.' haha..buat malu orang kampung je saya ni. En Amir mengambil tips memberi sagu kepada kambing ni dari penternak kambing di Indonesia. The goats like to chew on them.


The superstar dalam kandang kambing En Amir adalah sepasang kambing Shami. Jantan bernama Mat dan yang betina diberi nama Siti. Tu tengah kunyah sagu. I estimated, rasanya baru berumur 5 ke 6 bulan. Seperti yang dijangka, kedua dua shami cukup bebenor manja. Tak takut langsung kehadiran 'strangers' or (maybe they can sense shami odour on me). Si mat tu sebijik macam shami junior kat LRGF. Ada jambul perm. Mat ni dah mula 'panjat memanjat'. Libido dah kuat.

Satu lagi yang dikongsi oleh En Amir perbezaan kambing meragut dan intensive ialah pada waktu pagi nak bagi makan. Kalau intensive, kambing bising mengembek dan memekik mintak makanan tapi yang gembala punya 'cool' je. takde kecoh kecoh, walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 11am dan makanan belum dihidangkan...cuma batang sagu je sebagai 'appertizer'. Another new finding.


Dari kandang, boleh nampak tempat meragut. En Amir panggil 'watch tower'. Boleh monitor dari jauh kambing kambingnya. Kawasan kelapa sawit yang ditanam, dikongsi dan diusahakan oleh adik beradik. Kiri, kanan dan belakang tu hutan lagi, tanah orang. Free food lagi utk kambing kambing meragut.

Pada mulanya, En Amir buat intensive, tapi semakin hari semakin runsing sebab tak cukup sources. Napier yang ditanam pun tak mencukupi langsung. Kritikal sangat, he decided bagi dedak je. Wrong move. Perbelanjaan melambung. Sky rocketed. Tidur malam tak lena. Tiap tiap hari bangun pagi nak fikir mana lagi nak cari makanan kambing ni. How to solve this pressing matter! Daripada nak enjoy, terus jadi stress.

Akhirnya beliau decided, dalam hati yang tak confident lagi gementar, bawak kambing meragut is the way to go. 'Tawakal je Dil. Tak pernah try dan tak tahu camne nak buat. Mula mula cuba umpan pakai dedak biar semua kambing turun kandang. Lepas tu beli dan standby tali untuk ikat kat kambing kut apa apa jadi boleh tangkap..' katanya.

However it turn out very well. Tak sesusah yang disangkakan. 'Yang seronok tu Dil, bila kambing kambing ni masuk kandang balik lepas ragut, semua tahu je petak mana yang nak masuk. Tak payah nak asing asingkan.'

Yep. saya memerhatikannya sendiri. Dari bukak pintu kandang, sampai ke kawasan ragut. Jom tengok gambar.

Kambing kambing dah keluar petak. Ready to go! Saanen atas palong makanan.
En Amir berlari bersama kambing kambingnya ke kawasan meragut.
Dah masuk. It's time to eat boys & girls
Left: Siti. Right: Mat. Masa mengembala ni The shami and saanen always stick together dan selalu berdekatan dengan tuannya or me. 
Hmmmm sedap Mat?
No photo's please. i want to eat!!
Mat: Hmmm macam best je makanan kat sana.
Panjat..jangan tak panjat
En Amir dengan kambing kambingnya. 
Picture of the day. Memang shami & saanen ni manja dengan tuannya.

Sememangnya mengembala merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Dan kelihatan juga En Amir has this satisfying 'feel' on his face. I have made the right decision to breed goats. No turning back dan menggembala kambing mengikut para nabi is the way to go. Tidur pun dah lena.

Oh ya dan lepas menggembala dah tak bagi makan lagi sampai the next day. 'Seronok Dil tengok perut kambing bulat bulat lepas dia orang balik.'

Last picture. Kawan India En Amir ada bagitahu yang kalau nak kambing frame besar, suntik iron.
Terima kasih saya ucapkan kepada En Amir kerana sudi menerima lawatan dari LRGF. Banyak juga saya dapat menimba ilmu. Thank you also for the short mengembala session. It was an eye opener and satisfying experience. Rasa macam lebih dekat dihati lagi dengan kambing kambing. Geram lah kat Mat & Siti. Terlebih manja. Semoga berjaya En Amir dalam usaha untuk menjadi penternak kambing berjaya di Kuala Pilah. Hope to get more new findings on the shami goat performance menggunakan teknik lepas meragut.

Mbekk!!

P/S: Sebenarnya En Amir suruh jangan cerita lebih lebih pasal dia, sebab baru start je, kambing pun sikit. Hehe.