Wednesday, 31 December 2014

MMBBEEKKK TAHUN BARU 2015, JANG!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Hari ni boleh tutup tirai tahun 2014!! LRGF menerima pelawat terakhir bagi tahun 2014 ini..beria-ia sangat dia nak datang!! Pagi-pagi dah call....jauh pulak tu,..dari Kelumpang,..nun kek Tanjung Malim!!

Dah lepas zohor baru Sdr Hizam sampai,..masa tu kambing-kambing dah turun tanah!!!


Tapi Hizam nak jugak tengok kandang LRGF!! Dia sedang nak buat kandang sendiri. Keluarga dah ada tanah kat Kerling..ada 4 ekar, dah ada kawasan untuk kandang dan tempat ragut!! Tu sebab dia dah pergi banyak tempat buat recci..memang dah berazam  nak jadi penternak kambing!!


Hizam dapatlah sama-sama saksikan eden gembala kambing...nasib baik kek depan rumah ajerrr!! Asalnya, minat Hizam nak buat trading,..impot kambing-kambing dari Indonesia, sebab emaknya ada keluarga kat sana..kat Lombok (kalau eden tak silap). Lagi pun kambing kat sana murah,..dalam RM300 sekor!! Memang boleh buat bisnes punyer!!

Malangnya...kambing kat Indonesia tak dibenarkan bawak keluar...Kalau nak bawak ke Malaysia, boleh ambil melalui stock yang diuntukkan ke Saudi Arabia...dan boleh bawak melalui jalan darat...tapi harganya melambung...yang bukan-bukan, kata Hizam!!

Yang eden puji pada Hizam ini ialah pendiriannya,...tak nak bawak masuk,..tak minat nak trading kambing liar feral ataupun boer dari Australia. Dia lebih tertumpu pada Ettawa/Jamna dan Kacang, kalau nak buat trading!!


Tapi sekarang ni dia macam dah ambil keputusan nak ternak kambing tenusu..Dia dah buat calculation (dengan pengaruh Amir Haris...geng mmbbeekkk kat Terengganu). Pilihannya berat  pada Saanen...tapi dah mula pulak berjinak-jinak dengan Mascot LRGF tuu..si Brownie!!

Dan Hizam ni memang dah tak sabar..kalau dapat nak mula esok ajer!! Dia sedang cari kambing Saanen..terus nakkan induk..dia nak mula operasi peras susu straight away!!

Mana nak cari?..Hizam tanya!! Kat Kelantan dah susah..Kat Kedah mungkin tak kena banjir..mungkin ada yang nak jual induk Saanen!! (Ini kena tanya Kapten Don Jenal!!)...Mungkin boleh dapat yang seludup dari Thailand tak??? (Eden tak tahu tu doh!!).

Ada kekawan yang boleh tolong?? Atau ada yang nak jual Saanen, boleh contact terus Sdr.Hizam kat fbnya.


"Wow lerrr!! The Real Healthier Milk!!". Sedang pekena susu kambing Shami LRGF!! Itu yang sedang intai-intai..puas dia kecek..pujuk-pujuk eden...nak mintak juga baka Shami!!! Memang terdesak betul Sdr Hizam niii!!


Sampaikan pokok indigofera pun dia nak tanam awal-awal lagi!! Dia berkira-kira,..dalam masa empat bulan, bila kambing-kambingnya masuk kandang,...pokok indigofera pun dan membesar, dah boleh dicantas untuk jadikan daun makan kambing, katanya!!

Sdr Hizam ni memang dah thorough dengan planning nyer!! Cuma nak dapatkan kambing-kambing tenusu ajer sekarang!!

Selamat berusaha....Selamat Berjaya,..Sdr Hizam. In Sya Allah!!

Dan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 kepada geng Mmmbbeekkkkk!!!

Es Emdi.

MEMBINA HARAPAN







Assalamualaikum para pembaca blog.

Gambar diatas adalah 'real time' semalam yang dikongsikan oleh saudara penternak kambing En Imran dari blog House of Goat. Sungguh dahsyat kemusnahan dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Kelantan sekarang. Tak boleh terbayang keadaan disana, dan yang pasti, its chaotic. Saya percaya juga ramai dari para pembaca turut menerima pelbagai real time news dari keluarga dan sahabat handai disana. 

Saudara Imran pun turut terjejas dengan ternakan beliau. Dikatakan salah satu kandang kambingnya roboh dan hancur. Ada kambing kambingnya yang survive dan ada yang tidak dapat diselamatkan. Putus hubungan dengan pekerjanya beberapa hari, kekurangan makanan, tiada tempat teduhan dan macam macam lagi. It was a total nightmare for everyone.

Namun dalam keadaan yang amat sukar ini, saudara Imran masih lagi tabah menghadapi dugaan dan masih bersemangat untuk membantu orang ramai disana. Izin saya kongsikan mesejnya;

"Salam tuan2..saya sedang jalankan penghantaran barang di Kuala Krai. Sangat teruk. Masih tiada elektrik. Kalau ada yanag nak beri sumbangan boleh beritahu. Package yang saya buat torchlight kecil, beras 10kg, budu dan sardin. Adik beradik saya dah kumpul RM2000. Hari ini dah hantar 1st trip. Makan masa hampir 4 jam pergi, 4 jam balik.

Masih ramai berkhemah di tepi jalan. Sumbangan RM10 pun dah boleh beli budu. Lilin diperlukan.

Sungai masih besar, Ada dah surut. Ada yang masih tenggelam.

Berbanding dgn orang kampung manik urai..laloh..kuala krai..ada yang berkhemah tepi jalan..pakai lilin .... khemah kat bus stop pun ada.

Penuh sangat rumah penempatan. Crowded. Lagipun masalah air dan elektrik takdok. Tandas kat pusat pemindahaan sangat tak selesa. Dok atas lori pun ada.

Jalan banyak rosak. Takut tayar pancit. Daari Kg Lela Jasa..sampai Kuala Krai..sampai Macang baru ada kedai. Masa blackout 3 hari lepas, time critical..petrol RM5 seliter.

Kita pakat tolong sikit mana yang mampu."

Kepada para pembaca yang berminat untuk membuat sumbangan ikhlas, boleh hubungi beliau / whatsapp di 0192152599 atau boleh derma terus ke:

Megat Imran Bani Noor Zahidi.
Maybank Acc no: 5030 3363 6585 
(Please attach proof of remittance)

Membina harapan di tahun baru, Insha Allah. Terima kasih kepada anda yang sudi membantu.

Mbekk!

Monday, 29 December 2014

GENG MMBBEEKKK DI GHOMBAU, JANG!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Pagi-pagi lagi hari dah hujan..sampai petang pun belum renti lagi!! Pakai kena kurung lerr kambing dalam kandang hari nii!!

Sebab hujan ni lerr jugak Tn Yassin ambil kesempatan untuk datang ke LRGF. Dia datang dengan pekerja-pekerja yang tak dapat buat kerja masa musim basah nii!!


Tn Yassin beria-ia sangat nak tengok operasi kek LRGF...terpengaruh baca blog (nak terjah juga ke alwigoatfarm....next) katanya. Lagi pun kandang beliau kat Kampung Batu, Rembau...dekat sangat dengan ladang LRGF..boleh katakan sekampung ni, Jang!!


Tn Yassin ini sebenarnya orang Masjid Tanah, Melaka (30 minit ajer dari Rembau). Dia dapat menyewa ladang sawit di daerah Rembau, asal milik MPOB (Malaysia Palm Oil Board). Ada dua ladang yang dah ditanam sawit,..kat Gadung, Kota dan kat Kampung Batu. Ladangnya luas-luas, Jang!! Yang kek Kg Batu tu lebih 60 ekar.

Beliau menternak benih ikan air tawar, seperti ikan sembilang/keli dalam ladang-ladang tu. Ini core bisnesnya..sekali supply boleh sampai ratusan ribu anak ikan untuk kontrak Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan.

Beliau juga sempat menternak kambing..bulu licin yang dilepaskan bebas meragut dalam ladang sawit tu!! Tapi sejak akhir-akhir ni banyak yang tumbang,..sekor..sekor..mati!! Tu yang datang nak tengok pulak kek LRGF!!


"Kambing ni lepaskan..bebas meragut kan?"
"Ia..tapi sebab hujan hari nii..tak boleh turun lerr," eden beritahu. "Tu sebab kena beri makan daun indigofera nii!!"
"Biarkan dia turun bebas??"
"Tak..kena gembala,...kena jaga,..kena awasi...Anjing-anjing banyak jugak kat sini!!" eden jelaskan.

Rupa-rupanya, Tn Yassin tidak mengamalkan sistem mengembala yang sebenarnya. Pekerja-pekerjanya melepaskan kambing meragut dalam ladang sawit..turun di pagi hari,..dan balik sendiri sebelah petang nanti!!

Tak ada pengawasan..bebas meragut,...bebas pula lerr jadi mangsa binatang-binatang lain....Harimau pun dah masuk ladang,...dah enam ekor kambing kena baham harimau!!!Perhilitan belum dapat tangkap lagi, kata Tn Yassin!!

Sekarang dah tinggal 40 ekor ajer..banyak yang mati,...

Eden jangka kerana banyak sebab. Mungkin termakan racun atau baja sawit!! Tapi kambing mati sebelum meracun atau membaja sawit, katanya!! Kemungkinan besar sebab kecacingan..anemik, kurang iron, kurang vitamin..masalah garam jilat (eden tumpang jangkaan dan nasihat oleh Bro. Alwi).

"Mungkin jugak,..sebab dalam ladang sawit tu..banyak kawasan berair..rumput sentiasa lembab!!"


 Pekerja-pekerja Tn Yassin bawak balik benih pokok indigofera untuk ditanam dalam ladang sawit!!

Tn Yasin camna pun nak terus menternak kambing dengan lebih serius kali ni...bersemangat sungguh. Kambing-kambing dah disuntik...dah beri ubat cacing...dah dapat atasi penyakit kurap. Sekarang tengah intai-intai nak Shami pulak..kurang-kurang yang kacukan!!

Selamat berusaha dan berjaya, Tn Yassin!! In Sya Allah.

Selamat menternak.
Es Emdi



Tuesday, 23 December 2014

MENU MUSIM HUJAN, JANG!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Musim hujan ni memang mencabar kepada banyak kekawan penternak. Eden tengok Blog House of Goats, lantai kandang hampir tercecah air,...padang ragut dipenuhi air,...wadduuuhhh kasehan kek Imran!!! Eden bersimpati,..mendoakan agar cekalkan semangat,...dan mengharapkan hikmah terbaik dariNYA!! In Sya Allah.

Syukur Alhamdulillah, LRGF tidak mengalami banjir..tidaklah sampai tenggelam. Cuma sekali-sekala air Sungai Lalah melimpah,..dan bila ditambah dengan air yang turun dari kebun getah kat belakang tuu,...maka air pun boleh sampai kat bawah kandang jugak!! Tapi kejap ajerr!!

Cam mana pun, pada musim hujan ini kita semua menghadapi masalah nak beri kambing makan!! Tambah-tambah lagi pada kekawan yang mengembala kambing-kambing. Kambing dah tak dapat turun padang..Kebanyakan kita terpaksa bergantung kepada dedak..dan ada juga yang dah sediakan silaj!!!

Eden bersyukur kerana LRGF dah ada taman indigofera!!! Musim hujan ni, kami bergantung pada bekalan indigofera yang kami tanam sendiri!!


Dalam hujan-hujan pun boleh cantas pokok ni, sebab kami tanam dekat dengan kawasan kandang!! Daun basah pun tak ada efek pada kambing...belum ada yang kena kembung perut...Alhamdulillah!!


Ada kekawan terus bawak pelepah atau dahan-dahan dedaun terus ke dalam kandang!! Tapi eden potong-potong dulu, biar daun tu mudah dimakan dalam palong!! Dengan itu dapat kurangkan daun-daun yang terbuang..yang tak dapat dimakan!!


Jadi Menu Musim Hujan kek LRGF ialah daun indigofera. Macam yang kita tahu, protein content daun indigofera ni adalah tinggi..26 peratus!! Alhamdulillah, musim hujan pun, kambing dapek makanan yang tinggi khasiat!!


Eden harap operasi dan kegiatan kekawan penternak lain tidak terjejas dengan musim hujan dan musibah banjir yang melanda banyak negeri ketika ini!! Semoga kita dilindungi dan diselamatkan olehNYA!! In Sya Allah..Amin!!!

Selamat menternak
Es Emdi

Sunday, 21 December 2014

MENU TAMBAHAN, JANG!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Untungnya kambing yang digembala, sebab banyak boleh makan dengan menu berbagai pilihan. Dari pucuk paku, daun mempelas, daun memperai, cenderai....dengan berbagai khasiat pulak!! Sepatutnya kita tak payah pening kepala nak pikirkan vitamin ker..,iron kerr..kecacingan kerr,..kembung kerr..luka-luka kerr......sebab dedaun yang dihidangkan dah punya khasiat yang sebati,..original punyer, Jang!!!

Cuba tengok Menu Pilihan kek bawah ni!!!

1. Daun Senduduk:


Ini pokok "penyemak",...mudah menjadi semak kalau malas nak menebas. Terima kasih, sebab inilah peluang untuk kambing berkhenduri. Daripada daun, bunga dan juga urat/kulit..semuanya boleh dimakan dan yang penting memiliki khasiat yang berguna (bagi kambing dan juga manusia)!!!

Pokok senduduk didapati paling meluas digunakan dalam perubatan tradisional kita. Daunnya boleh mengubati luka-luka, cepat menyembuhkan rahim selepas bersalin serta merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.

Daunnya juga berguna untuk mengubat sakit gigi dan mengurangkan angin dalam badan!!

2. Balik Angin:


Ini juga daun yang biasa terdapat dalam belukar. Daun ni memang menjadi kegemaran kambing. Kalau tak silap eden, UPM ada buat kajian. Daun Balik Angin ini berlainan dengan daun Petai Belalang, sebab ia boleh mengubat sakit perut dan cirit-birit!! Ini khasiat yang penting bagi kambing, Jang!!

Balik Angin jugak digunakan sebagai herba bersalin dan untuk membasuh luka-luka!!

3. Daun Leban:


Orang-orang kampung akan mencari pokok leban kerana batangnya yang keras dan kukuh untuk dibuat tiang. Leban Kuning dipilih untuk menjadi bahan ukiran seperti hulu dan sarung parang!!

Tapi geng mmbbeekkkk tak tolak punyer kalau jumpa daun leban ni, Jang!! Eden tak tahu ler raso erh macam mano!! Tapi eden tahu yang daun leban ni boleh mengubatkan luka-luka, kudis, demam jugak dan buang angin dalam tubuh!!

Khasiat biji leban lagi special, Jang!! Boleh mengubatkan cacing dalam perut dan usus!! Ini yang kito hendak kambing-kambing makan..Tak payah guna Alben, Jang????

4. Daun pokok Kubin:


Yang ini eden surrender, Jang!! Tak tahu eden khasiatnya. Tapi dulu-dulu,..kalau kat pasar, daun ini digunakan untuk balut ikan..sebab daunnya lebar-lebar..

Tapi kambing gomar...tebangkan ajer pokok kubin tu,...berkerumun kambing datang makan!! Sebabkan daunya lebar-lebar,...sonang kambing konyang, Jang!! Agaknya, inilah istimewanya daun pokok Kubin nii!!

Semuanya ada keistimewaan, Jang!! Khasiatnya banyak!! Dari luka-luka,..kembung perut,..nak kecutkan rahim,..kecacingan pun boleh diubati dengan menu dedaun ni, Jang!!

Eden setuju dengan pendapat Bro.Alwi....jaga garam jilat ajer,....!!!

Selamat mengembala.
Es Emdi

Friday, 19 December 2014

GEMBALA HARI JUMAAT, JANG!!

Assalamualaikum & Mmbbeekkk, Bro!!

Petang Jumaat tadi, eden pindah lapangan untuk gembala. Tanah-tanah terbiar dan dusun durian depan rumah eden tu dah clear diragut kambing. Jadi hari ni pindah ke kawasan sebelah Surau Kampung Sungai Lalah!! Kawasan tu memang semak,..eloklah askar-askar LRGF masuk..buat amal pada hari Jumaat ni!!


Disebelah kiri tu ialah Surau Kg Sungai Lalah. Askar-askar LRGF baru sampai, belum masuk dalam belukar lagi. Mula-mula pindah ke kawasan baru memang nak kena re-orientation,...nak bawak ke sini pun kena kejar-mengejar jugak...ada saja yang nak keluar barisan, Jang!!


Kawasan ni pun sebenarnya ialah kebun durian. Tapi cara orang kita berdusun, cuma datang tengok bila durian berbuah ajerr!! Masa tu lerr nak tebas belukar....senang nanti nak tunggu durian gugur!! Jadi, sementara nak tunggu musim durian,...biar ler askar-askar LRGF buat kerja menebas!!

Dalam belukar tebal ni, menu yang lazim,... menjadi kegemaran kambing ialah akar dan daun mempelas,...pokok cenderai dah mesti banyak,...Ada juga pokok leban,..kubin,..balik angin....


Tiga jam ajer..kawasan depan dusun ni dah terang,Jang!! Kambing pun dah kenyang...perut pun dah bulat-bulat. Kambing kacukan Jamna yang putih kat depan tu,..dah mula nak ajak pulang!!!


Lepas Jumaat tadi bawak keluar....Ni dah 17.30 Hrs,...Lead the way Don,...mari kita pulang!!


In Sya Allah,...petang esok boleh sambung lagi!! Perut kenyang...sambil beramal...terang sikit sekitar kawasan Surau Kampung Sungai Lalah!!

Mmmbbeekkkkk!!!

Selamat Mengembala.
Es Emdi

Thursday, 18 December 2014

Okey Jang,....ini MENU KAMBING RAKYAT!!!

Salam Mmbbbeekkk, Bro!!

Kali ni eden nak hidangkan Menu yang paling sonang,...mudah,...banyak terdapat di kampung-kampung,..tak ada masalah nak dapatkan,...dan yang mustahak sekali, kambing gomar amek!!

Eden nak brand menu ni sebagai "Menu Kambing Rakyat 1 Malaysia"!!!


Ini dia "Menu Kambing Rakyat 1 Malaysia",..Jang!!! Daun CENDERAI!!

Daun Cenderai ni eden raso semua orang konal...bersepah kek kampung tu. Kalau dalam belukar, lebih 60 peratus pokok-pokok terdiri daripada pokok Cenderai!! Pokoknya rimbun,..tapi kena tebang lerr dulu supaya kambing boleh dapat makan daun-daun tu.


1400hrs:
Operasi tebang pokok Cenderai. Belum pun settle lagi, kambing-kambing dah rapat nak makan daun tu!! Memang favourite..tak pilih punya!!


Eden tak tahu lerr apo sobab kambing-kambing ni gomar amek kek daun Cenderai nii!! Eden cari ler dalam internet kok-kok ado khasiat special!! Tak jumpa pulak, Jang!!

Tapi ado yang cakap daun Cenderai ni elok untuk ibu yang mengandung...untuk mengelak dari kena angin meroyan!! Hihihiiii...betul ker ni, Jang???


Ado pulak yang kata," air rebusan akarnya untuk ubat batuk dan demam."

"Air perasan daunnya digunakan sebagai ubat sakit perut atau dibuat pasta untuk menyembuhkan patah tulang," (ok.review.com)

Eden rasa,..inilah special nyerr bila kambing-kambing digembala. Dapat makan berbagai daun dan mendapat khasiat semulajadi pulak!! Ciri-ciri ni memang dapat juga membantu dan memberi khasiat kepada kesihatan kambing-kambing. Sebab itu, dia tak pandang kiri-kanan bila jumpa macam daun cenderai niii!!


Buahnya pun ada khasiat, Jang!! Ada yang kata boleh mengubatkan keracunan ubi gadung!!

Tapi yang eden ingat, maso kocik-kocik dulu,..buah cenderai ni dijadikan peluru senapang buluh..main tembak-tembak!! Kau ingat tak, Jang???

Tapi yang soheh...daun ker,..buah ker..semua kena balun!!


1230  Hrs:
Ini gambaran setengah jam setelah pokok tadi ditebang!! Dah mula botak!!


1245 Hrs:
Ini 15 minit kemudian!! Dah terang..sebatang daun Cenderai dah habis dibaham!! Kena tebang satu pohon laei, Jang!! Nasib baik pokok Cenderai ni memang banyak dalam kebun terbiar nii!! Sebab itu eden pilih jadi Menu Rakyat..sonang...murah...!!! Tebang..dia makan...Tebang lagi..kambing baham lagi....tebang lagi.....


Akhirnya....Habis pokok-pokok Cenderai...tinggal ranting ajor...Memang tak membuang Menu Kambing Rakyat 1 Malaysia nii!!!

Satu ekar kebun yang semak dah jadi terang!! Kambing kenyang....dapek buat kebajikan pulak!!

Mmmmbbeekkkk....dah boleh tunggu durian gugur ni, Jang!!!

Selamat menternak.
Es Emdi


Tuesday, 16 December 2014

MENU SPECIAL,..JANG!!!

Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Kali ni, eden memang nak ajak kau makan, Jang!! Kok ekau oghang kampung..waghih N9 pulak..mesti gomar punya menu ni....Mantap special, Jang!!

Gulai lomak pucuk Cemperai, Jang!! Mesti terliur kau tengok gambar ni..eden pinjam dari http://mamawandiha.blogspot.com/2013/04/sedapnyer-sayur-pucuk-cemperai-rezeki.html.


Apocam, Jang?? Tokonang nak balek kampung?? Poei cari pucuk memporai tuuu..taulah omak kau nak buek gulai!! Kona tak pucuk memporai tu camno?? Aiiyor kau ni, Jang!! Tengok gambar ni harh!!


Dah jumpo, Jang?? Bolehlah masak lomak,..campur keledek!! Ada jugak awek-awek ambil pucuk ni direbus aja, jadikan sebagai ulam dan dicecah dengan sambal kelapa!! Mantap...mantap...ada orang percaya ulam pucuk cemperai ni ada khasiat untuk awet muda!! Berbaloi, Jang!!!

Menu ni juga special sebab kambing memang gomar bonar makan daun Cemperai (oghang kampung eden panggil "daun momporai"). Bukan ajo pucuk..daun-daun tua pun habis kena sapu!!


Tengok tu,..tak sempat-sempat..berebut nak dapatkan daun cemperai tuu...Sekejap jor dah habis...


Panjat..panjat Fauzi. Cantas habis-habis pokok cemperai tuu....Tak apa,...musim hujan ni cepat berpucuk lagi!!

Eden pun suka tengok kambing-kambing berebut makan menu nii..Kalau mengikut kajian Dr. Mohd Said, daun cemperai ni bila dah lumat (ruminate) boleh jadi ubat ulcer mulut!! Jadi tak ada hal kalau ragut daun-daun berduri??

Dan yang paling best, Jang....rebusan akarnya pula boleh mengatasi lemah-lemah badan,...sengal-sengal tulang atau sakit sendi!! Patutlah kambing-kambing gembala segar dan bertenaga, Jang!! Agaknya tulah sebab tak ada lagi kes lumpuh kat kandang LRGF. Alhamdulillah!!!

Memang top menu kali ni, Jang!!!


Habih satu batang, Jang!! Licin!!....Tinggal dahan dan ranting ajor!! Memang tepat daun Cemperai (Memporai) ni eden pilih sebagai Menu Special kambing gembala!!!

Setuju, Jang??

Selamat menternak.
Es Emdi

Monday, 15 December 2014

MENU HARI INI,..JANG!!!

Salam Mmbbeekkkk, Bro!!

Ni bukan nak jamu makan, Jang!! Tapi nak cerito makanan daun hijau yang ada terhidang pada kambing-kambing gembala. Hidangan ni memang berbagai-bagai...kadang-kadang tak reti nak pilih..pelahap pulak!! Usik kat sini..pergi kat sana...mata rambang tengok macam-macam daun yang ada!!

Menu 1: Pucuk Paku (hutan).


Pucuk Paku Hutan atau merah atau Midin kata orang Sarawak, memang banyak dalam kebun getah belakang kandang LRGF. Kalau tengok kambing menyental, naik lelan kito, Jang!! Berdorruuupp...dorruupppp...kambing mengunyah pucuk paku tuu!! Agak erh macam kito makan gulai lomak-cili-api pucuk paku atau pucuk paku goreng dengan taucu!! Meleleh pulak air liur eden, Jang!!!

Pucuk Paku ni memang banyak khasiatnya, Jang!! Mengikut kajian, ia baik untuk ubat ceret-beret!! Dan yang paling terkenal kerana mengandungi zat besi!! (Itu sebab namanya pucuk Paku ???).

Tiap-tiap 100 gm pucuk paku muda mengandungi 4.8 mg zat besi!! Selain itu mengandungi pula Vitamin A. Camno Bro Alwi??..Boleh solve problem garam jilat??

Menu 2: Pucuk anak pokok getah.


Dah tu kalau mengembala dalam kebun getah, memang ler terdapat banyak anak-anak getah yang baru tumbuh...baru berdaun empat-lima helai...Ini yang suka sangat kambing makan..dio tak pandang dah kek rumput!!

Mula-mula, rasa takut jugak eden, Jang!! Pucuk-pucuk  tu memang ler bergetah..takut kok ado efek pada kambing!! Tapi sodap ajor dio sobat...tak kisah langsung!! Alhamdulillah..memang tak ado pulak bawak mudarat!!

Eden tak tahu apo khasiat..atau kok ado vitamin kek pucuk anak getah nii!! Kau tahu, Jang??

Menu 3: Daun Mempelas.


Daun Mempelas ni adalah sejenis tumbuhan menjalar yang menjadikan belukar tu semak. Daunnya kesat, digunakan sebagai sand-paper oleh tukang-tukang tradisional Melayu. Pucuk akarnya juga kesat...mudah menggeser tangan dan kaki pengembala!!

Walaupun begitu, Mempelas merupakan menu kegemaran kambing-kambing!! Dengan sekejap masa belukar yang semak akan menjadi terang,..bila daun dibelasah licin!! Cuma kita kena tebas akar-akar yang menjalar dan memanjat pokok tumpang, supaya mudah sampai untuk diragut!!


Eden tak pasti apo khasiatnya daun Mempelas ni, yang kambing gomar amek Jang!! Tapi ado orang rebus daun yang dah matang, buek ubat darah tinggi dan jugak untuk atasi kejang dalam perut!!

Agak erh, sobab itu daging kambing rendah kolesterol??...Kono gembala beri makan daun mempelas banyak-banyak, Jang!!! Kambing....dan kito jugak dapek elak darah tinggi!!

Memang hebat manfaat mengembala ni, Jang!!

Selamat menternak.
Es Emdi.


Friday, 12 December 2014

FAUZI..BUKAN SEBARANG PEKERJA, JANG!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Kelmarin eden bergesa ke Bank, sebab pekerja/pembantu eden mintak kirimkan duit kepada anak dan isterinya di Indonesia. Jadi, pagi tadi eden tanyakan kepada Fauzi samada anak dan isterinya dah terima duit kiriman tuu!! "Sudah, Tuan Aji", jawabnya tersenyum, lega hatinya!!


Fauzi ada seorang anak perempuan, dah 16 tahun, dari isteri pertamanya yang meninggal dunia ketika melahirkan anak. "Dia sms mintak kirimkan wang untuk menduduki ujian akhir SMA," jelas Fauzi. "Kalau lulus..boleh masuk universiti.." harapan Fauzi. Tapi dengan cepat dia menyambung,"...tapi tak mampu, Tuan Aji!!", gelak sedih Fauzi!!

"Tak ada biasiswa kat sana?" eden tanya.
"Ada Tuan Aji.....tapi untuk orang yang mampu....orang-orang atas!!!" sindir Fauzi!!
"Doa banyak-banyak, Fauzi!! Mana tahu kalau ada rezeki...." eden memberi semangat padanya!!


Fauzi ni berasal dari tempat bernama Pati, di Jawa Tengah...satu setengah hari perjalanan kalau naik bas dari Jakarta, katanya. Dia baru tiga bulan kerja di LRGF, sejak pekerja laki-isteri terpaksa pulang sebab  si isteri mengandung!!! Dia tak kisah bila rakanya juga nak pulang masa Raya dulu...lagi pun sebab tak dapat sesuaikan diri dengan kerja menternak kambing!!

Eden suka Fauzi ni sebab dia rajin,...memang tahu menternak kambing..dan yang paling penting amat bertanggung-jawab!! Bila isterinya..isteri kedua dan ada anak kecil...mahu membaiki dapur rumah mereka masa Raya dulu,..Fauzi terpaksa berjimat-jimat supaya dapat mengirim wang yang diperlukan isterinya pada tiap-tiap bulan.

"Harga bahan-bahan mahal sangat sekarang ni kat Indon, Tuan Aji,'..Fauzi merungut. "Dah tiga kali ganda!!!"

Tapi, Alhamdulillah....dapat disiapkan jugak dapur untuk isterinya!!

Bila pekerja buktikan komitmen yang tinggi macam tu pada keluarga,...kito pun tumpang bangga, Jang!! Dan eden rasa konfiden yang Fauzi boleh bantu eden kembangkan lagi ternakan kambing LRGF...In Sya Allah!!

Selamat menternak.
Es Emdi.

Wednesday, 10 December 2014

LAWATAN DARI IMAM MUDA

Assalamualaikum tuan puan pembaca.

Semalam LRGF telah menerima kunjungan dari En Syafrudin sekeluarga. Minggu lepas dah buat appointment. Pukul 7am saya mesej nak double check jadi ke datang. Dia response "Insya Allah, jadi...Menanti masa je ni pukul 11am". Hahaha semangat betul.

Background sikit pasal En Sayfrudin ni. Beliau sekarang bekerja makan gaji (tak salah semalam katanya tengah bekerja 3 tempat). Sekarang tengah mengajar sekolah agama di Seremban dan pada masa sama Imam muda juga rupanya. Pernah dulu kerja bawah polis kut di bhgn keagamaan tapi tak ngam. Duduk ofis je. 

Kebosanan makan gaji dah terasa. Nekad nak menjadi penternak, walaupun kurang mendapat sokongan dan semangat. Sangat berminat nak menceburi dunia ternakan. Telahpun menghadiri kursus MJ Fatonah. Antara unggas atau kambing....tuan imam pilih kambing. Sekarang ni tengah proses menimba ilmu dan membuat sesi lawatan kandang ke kandang.

"Dah pegi ke melawat kandang Prof. Alwi? Itu satu tempat yang MESTI pegi." saya kata.

"Dah call dia. Tuan Alwi suruh datang sini" kata imam muda. 

(Hahahaha .... prof, main tai chi ye. Tapi terima kasih kerana merekomenkan LRGF prof)

Imam muda kita datang sekeluarga. Kambing kambing belum dilepaskan lagi untuk meragut.

Keluarga En Syafrudin dengan maskot LRGF - Brownie
Lepas dah tour dalam kandang, sesi soal menyoal, anak anak imam muda berlari sakan kejar kejar anak kambing, bermanja manja dengan brownie, masa untuk lepaskan kambing meragut dah tiba.

Menurut imam muda, sebagai pelawat, dapat rasa kelainan melihat sendiri situasi kambing yang makan tanggung dan kambing yang dilepaskan meragut. Lagi seronok tengok kambing bebas. Nampak ringan bebannya dan tenang sungguh rasanya. Menambahkan lagi keseronokan imam muda nak ternak kambing.

Tetapi 'highlight' visit sebenarnya ialah anak anak imam muda ni. Memang kelakar dan seronok menengok telatah mereka. Habis satu LRGF mereka terjah. Nasib baik tak mintak nak terjun kat Sungai Lalah. Yang kena layan mereka ialah Atuk (Pak Es).

'Atuk ni pokok apa?'
'Kambing kencing...bole pijak tak?
'Apesal kambing ni buta?'
'Yang ni ape? (sambil tunjuk mineral block)
'Bole tak masuk kandang ni?'
'Atuk .. lepas kambing pegi makan, pegi mana pulak?'
'Malam malam kambing buat ape pulak?'

Masa kambing tengah meragut dalam kawasan LRGF, anak anak ni pegi kumpul dan petik daun durian dan bagi kambing makan. Time nak keluar mengembala kat dusun jiran, mereka yang kehadapan sekali dengan atuk.

"Mat jangan masuk, dah dah....banyak nyamuk" pekik ayahnya.
"Tak de nyamuk. satu je" (sambil menepuk nepuk dahi dan tangan kena attack dengan nyamuk).

Sememangnya bermain dengan kambing kambing ni meriang riakan hati kanak kanak. Senang lah jugak imam muda kita bila nak ternak nanti, assistant ada 2 orang.



Yang paling terharu bila nak balik. Abangnye muka monyok aje. Sedih. Melambai dalam kereta sampai melinang airmata. Tak nak balik. Tak nak tinggalkan kambing. Nak main lagi dengan kambing. Pujuklah si atuk (pak es) suruh datang balik lain kali.

Terima kasih kerana sudi melawat LRGF. Maaf sekiranya ada terkurang atau terkasar. Diharap lawatan ini membakar lagi semangat imam muda menjadi penternak yang berjaya Insya Allah.

Mbekk!!

P/S:Pagi ni dapat mesej dari imam muda.