Wednesday, 25 February 2015

SAKIT LUTUT PULAK, JANG!!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Tiap-tiap hari mengembala dalam kebun getah ni memang penat, Jang!! Nak bawak kambing-kambing tu naik lereng,..turun teres...kejar-mengejar,..nak kumpulkan mereka yang dapat lari,...bukan ajerr berpeluh, tapi sakit lutut jugak!! Memang penat dan sakit otot-otot tua ni, Jang!!


Turun-naik,..turun-naik...ikut lereng,..ikut teres....sakit lutut eden, Jang!! Selalu kena tinggalkan kek kambing. Lagi pun, kambing ni bila nampak ajor banyak dedaun...lajulah jalan mereka!! Susah nak kawal jugak!!

Tapi Don King pun dah tertinggal...lambat ajer dia naik lereng kebun getah!! Tak leh jadi..kenapa pejantan dah naik lembek nii, Jang??


Jalan pun terjongket-jongket,...tak leh jalan lurus,...mengereng ajer!! Kaki depan nampak sakit, Jang!!


Lutut dia bengkak, Jang!! Keras..bukannya lembik!!

Masa eden beli..umur 5 bulan dulu-dulu tu,...memang ada nampak bengkak kat lutut ni. Eden mintak nasihat JPV. Dia orang tak beri buat apa-apa, kerana kat lutut tu sensitif, banyak urat saraf. Kalau ada yang cedera,..boleh menyebabkan cacat kekal yang lebih teruk!! Tapi tak sangka pulak boleh jadi camni!! 

Kekawan kata ini kes athrititis..bukan sebab umur tua, tapi mungkin environment kandang asalnya dulu tuu!!

Bila dah kena sakit lutut macam ni,..susahlah jawabnya, Jang!! Eden sakit lutut pun terpaksalah berjengkit-jengkit...nak kono pakai tongkat, Jang!! Tapi, takkan kambing pun nak pakai tongkat???


Naik kandang pun dah terpaksa diheret....dah tak berdaya!! Terdaya ker Don King ni nenggek lagi, Jang??

Kok bori minum Tongkat Ali,...yang super power tuuu boleh tak, Jang???

Selamat menternak,
Es Emdi

Tuesday, 17 February 2015

YEAR OF THE GOAT,..JANG!!!

Salam Mmbbeekkkk, Bro!!

Memang Mmbbeekkkk, sebab Tahun Baru Cina kali ni ialah Tahun Kambing!! Banyak dapat angpau, Jang???

Pagi-pagi laei eden dah dah dapek angpau,...kambing beranak kembar lagi!! Yeh..Year of the Goat, Jang!!


Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam!! Alhamdulillah, bertambah lagi kambing-kambing kembar di LRGF. Bulan Januari dulu dah bertambah 15 ekor. Bulan Februari ni dah mencapai 10 ekor!! Rasa amat bersyukur sebab kambing yang dilahirkan pada bulan Februari ni,...semuanya betina belaka!!

Memang Tahun Kambing, Jang!!

Sempena itu eden nak ucapkan jugak Selamat Tahun Baru Cina khasnya pada YB Kok. Kepada geng-geng beliau seperti Khalid Samad, Nurul, Samad Said dan yang sebulu dengannya,....eden syorkan supaya cuba-cuba ler belajar mengembala kambing!! Ambillah iktibar daripada kambing secara orang Islam (jangan ikut budaya dan kepercayaan Kok)!!


Belajarlah tidak sombong dengan mengembala kambing. Belajar ler merendahkan diri,..belajarlah bersabar,.. (tak tension..kurang darah tinggi)...belajarlah bersifat bijaksana untuk memimpin,...belajarlah tidak degil,..belajarlah tidak berpecah-belah....belajarlah nikmat bersatu dan berpadu.....belajarlah menghormati naluri orang lain, walaupun dari mahluk seperti kambing!!

Yang paling penting,...belajarlah menjadi pemimpin yang dapat meneraju, waras, dan memberi arah kepada kelompok kawalan anda!! Supaya keselamatan dan kesejahteraan kelompok pimpinan anda itu terjamin!!

(i.e. kambing tak bertaburan berpecah-belah,...kambing kenyang makan,...kambing tak dimamah anjing liar...kambing semua selamat dan tahu pulang ke kandang!!).

Belajar ler menerima nikmat Allah!! Tidak sia-sia Allah mengangkat semua nabi dari kalangan pengembala kambing. (Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah).

Sebagai orang Islam, Shahril Samad, Nurul dan yang sebulu dengan Kok, eden cadangkan supaya ambillah kursus dan bercuti untuk jadi pengembala kambing!! Kalau dah para nabi dan anbia pun terdidik dan menimba pengalaman dengan mengembala kambing, takkan YB tak nak ikut teladan yang khusus diangkat Allah ini???

Selamat Tahun Kambing. Mmbbeekkk!!

Selamat mengembala.
Es Emdi

Wednesday, 11 February 2015

"OOOOO...AKULAH ANAK GEMBALA!!"

Salam Mmmmbbeekkk, Bro!!

Ingat tak lagu nyanyian Allahyarham Sudirman??

"Oooo..akulah anak gembala,
Merentas segenap desa,
Ke gunung, padang dan lurah,
Dari pagi hingga senja,
Berbekalkan tongkat rotan,
Rotan jati, dari hutan."


Itulah cara sistem mengembala kambing atau pun sistem semi-intensif. Kambing dibawa turun kandang, diarahkan untuk meragut dan mencari dedaun makanan. Diawasi dan dibawa pulang untuk masuk semula ke dalam kandang!!


Sistem semi-intensif ini berbeza dengan kaedah extensif, yakni melepaskan kambing dengan bebas tanpa sebarang pengawasan!! Kambing dilepaskan bebas sebelah pagi, dan pulang ke kandang dengan sendiri sebelah petang atau malam!! Tak ada aktiviti gembala!!

Cara ini mungkin boleh disamakan dengan "managed free rangeland goats" di Australia. Mereka memelihara kambing dalam ladang yang luas, yang tidak memungkinkan ciri mengembala. Walaupun kambing-kambing dilepaskan bebas dalam ladang, kambing-kambing itu diawasi. Dengan lain-lain perkataan, terdapat aktiviti penternakan kambing, lazimnya kacukan baka Boer!!


Ini berbeza pula dengan sistem "unmanaged rangeland goats", yakni tidak menternak atau membiak, cuma "harvest" dengan mendapatkan kambing-kambing liar--feral goats dari seluruh pelusuk ladang yang luas, atau dibawa masuk dari kawasan lain!!

(Soalan sampingan: Kenapa peniaga-peniaga Malaysia tidak mengimpot "managed rangeland goats"??..i.e. kambing-kambing Boer kacukan yang diternak. Kenapa pilih feral-kambing liar yang ditakrifkan sebagai "unmanaged rangeland goats"????)

Jadi, kalau kita nak terjemahkan "kambing yang digembala" maka istilah "free rangeland goats" tak sesuai, walaupun "managed rangeland goats" (apatah lagi dengan istillah "unmanaged rangeland goats,i.e. feral).

Yang lebih sesuai ialah "kambing ternakan semi-intensif".

Susu segar kambing LRGF adalah dari kambing-kambing kacukan baka Shami yang digembala, yakni diternak secara semi-intensif!!!

Semi-intensive Shami cross Dairy Goats, Jang!! Mmmbbeekkk!!!
(Ooooo...Ooooo...Aku adalah anak gembala!!)

Selamat menternak.
Es Emdi

Friday, 6 February 2015

SUMBANG MAHRAM....JANG???

Salam Mmmbbeeekk, Bro!!

Kepada penternak yang mengamalkan sistem semi-intensif, yakni kambing turun kandang untuk digembala meragut rumput dan dedaun, masalah sumbang mahram atau in-breeding merupakan satu perkara yang merunsingkan. Kambing-kambing dari beberapa generasi, dari atuk, nenek, bapak, emak, abang, kakak dan cucu-cicit,.. bebas bergaul semasa digembala!!

Kalau dikurung dalam kandang, mereka boleh dipisah-pisahkan. Masalah sumbang mahram dapat dielakkan!!

Inilah yang merunsingkan eden, Jang!! Tambah pulak eden sedang laksanakan proses kacukan..baru nak sampai F3!! Masalah in-breeding ni boleh kucar-kacirkan program kacukan LRGF!!

Minggu lalu sekor induk F1 dari generasi ketiga melahirkan anak kembar..Eden memang tak sangka sebab  first birthing, tapi cucu eden bawak ong Year of the Goat agaknya!! Eden naik cuak jugak...takut-takut dah jadi mangsa sumbang mahram!!


Inilah dia anak kembar tu...identical twins, Jang!! Nampaknya bulan Februari ni, banyak anak yang hitam-hitam ajor, Jang!! Tengok kat bawah niii!!


Yang ador stripe putih tu ikut omak erh, Jang!! Tapi yang sekor laei ni memang full-black!!


Hati eden logo tengok anak-anak warna hitam ni, Jang!! Sebab eden yakin, ini bukan produk in-breeding. Bapak erh memang warna hitam...Tentu Don Black punya waghih!!


Ini ler Mr.Don Black, Jang!! Agak erh dio kojo kuek..extra time untuk Year of the Goat!! Eden perhatikan dio orang ni buek kojo masa dalam kandang ajorr..Itu sebab eden pasangkan dia dengan cek mek F1..dan dah mula berhasil bulan Februari nii!!!


Minggu ni jugak, eden introduced Don Bujang kepada anak dara F2 dan ada juga tiga ekor Pure Blood Shami. Pecah teruna si Don Bujang minggu niii!! Inilah cara eden nak elakkan sumbang mahram dan mengawal program kacukan Shami di LRGF!!

Tapi maseh tak dapat mengatasi masalah masa mereka bebas digembala!! Cuma eden dapat reduced the risk dengan mengurung dan pisahkan adik-adik jantan yang tak dibenarkan meragut bersama dan diharap dengan ada 4 ekor pejantan, kemungkinan kadar sumbang mahram tu dapat juga dikurangkan!!! In Sya Allah!!

Selamat menternak.
Es Emdi