SELAMAT DATANG KE LAMAN LALAH RIVER GOAT FARM.
Lalah River Goat Farm merupakan pengusaha bumiputera dan penternak kambing tenusu kacukan baka Shami dan Saanen di Pedas, Negeri Sembilan. Sistem semi intensif dipraktikkan dimana semua kambing kambing dilepaskan untuk meragut secara bebas dengan pengawasan penggembala.
Berpengalaman dalam menternak kambing selama 8 tahun, kami bermula dengan 20 ekor kambing pedaging diternak secara kecil kecilan. Kini setelah melalui pelbagai cabaran dan penambahbaikan operasi, Lalah River Goat Farm telah mengorak langkah untuk mengfokuskan pengusahaan ke arah merancakkan serta memenuhi permintaan industri tenusu di Malaysia. Pada hari ini, kami memiliki hampir 150 ekor kambing kacukan tenusu.
Akhbar Sinar Harian |
Kambing kambing di Lalah River Goat Farm diberikan perhatian yang secukupnya agar dapat menghasilkan susu yang segar, berkhasiat dan lazat diminum. Pemeriksaan keatas kambing kambing serta susu dijalankan mengikut jadual berkala bagi memastikan kambing kambing berada dalam keadaan sihat dan susunya selamat diminum. Antara pemeriksaan dijalankan adalah seperti CMT Test, Brucella Test, Microbiological Content Milk Test dan sebagainya. Kambing kambing tenusu di ladang ini TIDAK disuntik dengan Artificial Growth Hormones dan yang paling penting, kami tidak memerah susu dari induk kambing yang mengalami keguguran atau yang telah disuntik oleh ubat cacing sehingga tamat tempoh (withdrawal period).
Kami juga amat berbangga kerana telah mendapat banyak sokongan serta minat ke atas ladang ternakan Lalah River Goat Farm walaupun masih berada pada skala mikro dan bukannya tahap komersil. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kerana sudi membuat pelbagai kajian ke atas operasi, produk dan ternakan di sini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah dan juga Putrajaya juga telah sudi berkerjasama bagi memastikan Lalah River Goat Farm menuju kearah sebuah operasi penternakan yang berdaya maju.
No comments:
Post a Comment