Thursday 21 March 2019

KAMBING TENUSU LALAH RIVER GOAT FARM DIIKTIRAF BEBAS BRUCELLA.




Monday 26 March 2018

KAMBING DILEPASKAN UNTUK MERAGUT.



Jam 1:30 tengahari. Waktu gembala ke kebun terbiar atau kebun getah yang cukup banyak dedaun dan pucuk pucuk segar kegemaraan kambing kambing Lalah River Goat Farm.

Walaupun tidak dipraktikkan untuk kambing tenusu dilepaskan untuk meragut kerana takut serangan parasit seperti cacing yang boleh memudaratkan kambing kambing, tetapi hakikatnya, kambing kambing lebih sihat, gembira dan puas mencari makanan kegemaran.

Susu kambing yang produce dari kambing kambing yang digembala pun rasanya berbeza. Lebih creamy, sedap dan sememangnya tiada rasa hamis.

See you ladies back at 7pm.

Thursday 3 December 2015

RUMPUT TINJA KAMBING,JANG!!!

Salam Mmmbbbeekkk,Bro!!

Eden gunakan tinja kambing untuk baja pokok-pokok durian. Tinja ni memang banyak sebab eden bersihkan kandang tiap-tiap minggu. Pokok durian memang subur,..daun-daun menghijau dan buahnya pun lebat-lebat!! Memang ekonomik tambah pula organik dengan menggunakan baja tinja kambing!!


Rumput-rumput juak subur menghijau,..boleh kambing-kambing meragut sebelum dibawa gembala keluar kawasan dusun.

Tapi ada jenis rumput lain yang turut hidup subur kerana baja tinja kambing nii!! Ini bukan rumput Israel,....eden pun tak tahu apa nama rumput ni.


Rumput ni subur dan tumbuh hanya ditempat tinja kambing ditaburkan. Ia mudah membiak pulak tu...tambahan pula buah pulut-pulutnya mudah terlekat pada bulu kambing (dan seluar kita)...  dengan itu terus dapat bertabur dengan meluas lagi.

Pokok durian jugak boleh alah,agaknya. Memang tak boleh dibiarkan rumput ni membiak....Inilah side-effect menggunakan tinja kambing sebagai baja!!


Terpaksa kerja kuat membersihkan bawah-bawah pokok durian yang ditumbuhi oleh rumput tinja kambing niii....Oleh sebab eden taburkan tinja kambing ni pada semua pokok durian, maka terpaksalah dilakukan operasi nyah rumput-rumput yang tebal ni secara besar-besaran...nak diracun takut memberi kesan pulak pada pokok dan hasil durian nanti!! Ia tak ia....gunakan mesin rumput lerr,Jang!! Dah tigo hari,..belum habih laeiii.....Yor laah, caro kojo oghang dah beruban,Jang!!


Nasib baik tak tortobeh ayam niii!! Berguna jugak rumput tinja niii....dapat jugak ayam kampung bersarang!!

Selamat menternak.
Es Emdi

Tuesday 24 November 2015

LRGF dalam AGRO MALAYSIA.


Salam Mmmbbeekkk,Bro!!

Pagi tadi Pengarang majalah Agro Malaysia datang nak buat artikel untuk majalahnya. Noraini Nordin ni memang asal orang suratkabar,...kira-kira dah masak dah. Pernah bertugas dalam akhbar Watan, Karangkraf, Berita Harian dan Utusan!! Sekarang ni beliau sendiri menerbitkan Majalah Agro Malaysia.


Datang terjah Lalah River Goat Farm (LRGF) lengkap dengan topeng muka....demam agaknya!!
Dia memang banyak menulis dan memberi exposure kepada pengamal pertanian dan ternakan.


Menurutnya, beliau sendiri terpaksa datang, turun padang, tengok dengan mata sendiri bahawa apa yang ditulis dan diterbitkan adalah fakta sebenar. Sebab banyak juga yang tak ada produk atau barang sendiri,..cuma menumpang,...kadang-kadang gunakan barang milik orang lain!! Dan kami dituduh pembohong, ujar beliau!!


Beliau sempat menyaksikan operasi kambing Shami dan kacukan di kandang LRGF. Itu sedang bermain-main dengan anak-anak jantan, baru tiga bulan.


 Dah terpikat dengan anak jantan Shami..."Jinak anak-anak kambing niii,....tak gigit kan??"
Tapi yang lebih diteliti dan menarik perhatian beliau ialah cara dan peroses memerah susu di kandang LRGF.Sebenarnya kami sedang mengemaskini SOP produksi susu untuk mencapai pengiktirafan pensijilan Halal. In Sya Allah, susu segar Lalah River Goat Milk bukan sahaja The Real Healthier Milk, malah akan disahkan sebagai produk Halal!!


Terimakasih Noraini Nordin kerana memilih LRGF. Tak sabar nak tunggu terbitan Agro Malaysia!!

Selamat menternak,Jang!!
Es Emdi

Friday 20 November 2015

DALAM PERANCANGAN,JANG!!


Salam Mmbbeekkk,Bro!!

Memang dah lama merancang nak tambah induk kambing,...sebab nak tingkatkan pengeluaran Lalah River Goat Milk. Population kambing kacukan Shami belum mencukupi......Tambahan lagi nak pelbagaikan baka kambing tenusu.

Jadi pagi tadi eden menerjah ke kandang kambing milik Mr Robert Maniam dan anaknya Tiru. Kandang mereka terletak dalam ladang sawit, berhampiran ladang Sime Darby di kampung Sinkang, Linggi.



Kandang Kambing Tiru ni tak fancy pun, malah berserabut ajerr!! Namun terdapat dekat 300 ekor kambing bercampur dengan biri-biri. Terasa memang padat...dengan pelepah daun sawit yang menjadi makanan utama dalam kandang, disamping pelet. Tak nampak pulak stress kambing-kambing tu. Eden ajor rasa lemas sikit!!


Menurut Mr Tiru, kambing-kambingnya adalah kacukan  pejantan Saanen dengan pelbagai jenis induk. Yang pure Saanen baru habis dijual.....(terlepas peluang eden!!).


Pure Blood pejantan ni boleh sampai 150 kilo, kata Mr Tiru. Tapi kalau berat sangat, dia kurang aktif, katanya. Sebab itu sengaja dikurangkan berat badan pejantan ini. Dan dimasukkan juga sekor jantan lain sebagai challenger supaya lebih kuat baka ori ni bekerja!!

Kambing-kambing dari kandang Mr Tiru ini kerap memenangi hadiah-hadiah seperti di MAHA. Eden berminat jugak nak bawa kacukan Saanen ini ke kandang LRGF.


Terimakasih Zamani kerana memberi contact ini.
Selamat menternak,Jang!!

Es Emdi

Sunday 8 November 2015

Dah uzur sangat,Jang!!


Salam Mmbbeekkk,Bro!!
Musim tengkujuh datang lagi!! Ada kekawan maseh trauma dengan pengalaman banjir tahun lepas!! Kat LRGF, musim hujan hujung tahun ni akan mengalami air sungai melempah hingga ke kaki kandang..tapi tidaklah sampai hanyut tenggelam!!

Yang mencemaskan bila air sungai melempah nanti ialah nasib jambatan kayu yang merentasi Sungai Lalah...yang menghubungi dusun dengan kandang!! Jambatan kayu ni memang dah uzur.... dah lebih 15 tahun, sejak eden mula membuka dusun di sini.

Taraf keuzuran jambatan kayu ni memang ekstrim,....Bung Kazan boleh jadi saksi. Masa beliau nak angkut mesin grinder dulu...punya lerr berdebar hati,...takut-takut jambatan tu runtuh!!!


Jambatan bergoyang...dah goyeh,Jang!! Main berani ajerr...tawakkal ajerr!!


Kayu-kayu pun banyak yang dah reput...Memang dah sampai masa untuk runtuh jambatan nii...Mintak-mintak tak dihanyutkan air kali ni!!

Hari Jumaat lalu dah panggil kontraktor,...memang nak ganti jambatan kayu ni!! Kok kono harganya, niat tu nak buat jambatan konkrit,..dengan beam besi,...biar boleh kereta/lori sampai ke kandang!!
Eden dah panggil tiga kontraktor...
.

Sekarang nak tunggu kos dia orang!! Mintak-mintak jambatan kayu yang dah reput tu, boleh bertahan sebulan-dua lagi, In Sya Allah!!

Selamat menternak,Jang!!
Es Emdi.

Tuesday 27 October 2015

ALL BEKS aka SUMOBEK..!!


Salam Mmmbbeekk, Bro!!

Nak sambung cerito All Beks..
Yang eden gomar kek Sumobek Trading House ni ialah susun atur yang well organised...bukan saja di Pusat Komersial ini,..tapi cara ladang-ladang lain seperti di Juasseh, Astana Raja dan Johol....semuanya ada sinergi,...ada strategi yang mengangkat bisnes di Trading House ini. Percaturan teliti ini mencerminkan personaliti Tn Hj Mohd Nasir sendiri. Eden salute pada beliau ni..Dulu-dulu laei eden dah beritahu dia...Dia ni memang orang professional...Ada planning,..ada strategi,..ada execution,..innovation,...ada sinergi,.....dan in full control!! Salute,Bro!!


Di Sumobek Trading House ni memang tak banyak dapat lihat kambing/biri-biri. Semuanya kek ladang-ladang di Juasseh dan Astana Raja. Tapi kek sini ada kegiatan memproses makanan dan juga production susu segar.
.

Ini kek kandang kambing Saanen...Tn Hj Mohd Nasir baru mula mencebur diri mengeluarkan susu kambing dari baka Saanen. Ada 20 ekor induk...Tapi yang eden impressed sekali ialah infrastruktur dan kemudahan yang dibinanya untuk proses memerah susu.


Inilah "kompleks" pengeluaran susu. Tempat memerah susu digabungkan dengan kandang dan bilik memperoses susu. Rekabentuk dari pengalaman seorang jurutera,..hasilnya memang praktikal dan convinient!!


Petak-petak untuk memerah susu.


Dalam bilik memperoses susu, berkait disebelah hadapan tempat memerah susu tadi. Dalam bilik ini  susu mentah dipasteurised dan dibekukan.

Eden dapat merasa susu kambing keluaran Sumobek ni....Walaupun susu dari kambing Saanen,..ianya pekat, tidak cair,..dan tak ada bau hamis!! Tn Hj Mohd Nasir ada membisikkan rahsianya!! Sonang ajor Jang...campurkan  makanan kambing dengan hampas kelapa!! Tapi formulanya kena tanya pada Tn Hj Mohd Nasir!! Kambing Shami di LRGF hanya makan dedaun masa digembala ajor!!

 

Memang berbaloi datang ke Sumobek Trading House!! Eden memang ado planning nak buek "kompleks" perah dan proses susu di Lalah River Goat Farm (LRGF). Tambah baik ler perancangan bila melihat contoh yang ada di Sumobek!! Pak Puteh pulak tak sabar nak terjah ke ladang di Astana Raja. Dan Pak Yassin dah teruja...kena tambah ilmu,..kena upgrade skill,katanya.

Terimakasih for the inspiration Tn Hj Mohd Nasir!! Selamat bertambah maju jaya!! In Sya Allah!!

Salam,
Es Emdi