Salam Mmbbeekkk,Bro!!
Memang dah lama merancang nak tambah induk kambing,...sebab nak tingkatkan pengeluaran Lalah River Goat Milk. Population kambing kacukan Shami belum mencukupi......Tambahan lagi nak pelbagaikan baka kambing tenusu.
Jadi pagi tadi eden menerjah ke kandang kambing milik Mr Robert Maniam dan anaknya Tiru. Kandang mereka terletak dalam ladang sawit, berhampiran ladang Sime Darby di kampung Sinkang, Linggi.
Kandang Kambing Tiru ni tak fancy pun, malah berserabut ajerr!! Namun terdapat dekat 300 ekor kambing bercampur dengan biri-biri. Terasa memang padat...dengan pelepah daun sawit yang menjadi makanan utama dalam kandang, disamping pelet. Tak nampak pulak stress kambing-kambing tu. Eden ajor rasa lemas sikit!!
Menurut Mr Tiru, kambing-kambingnya adalah kacukan pejantan Saanen dengan pelbagai jenis induk. Yang pure Saanen baru habis dijual.....(terlepas peluang eden!!).
Kambing-kambing dari kandang Mr Tiru ini kerap memenangi hadiah-hadiah seperti di MAHA. Eden berminat jugak nak bawa kacukan Saanen ini ke kandang LRGF.
Terimakasih Zamani kerana memberi contact ini.
Selamat menternak,Jang!!
Es Emdi
No comments:
Post a Comment