Tuesday 24 November 2015

LRGF dalam AGRO MALAYSIA.


Salam Mmmbbeekkk,Bro!!

Pagi tadi Pengarang majalah Agro Malaysia datang nak buat artikel untuk majalahnya. Noraini Nordin ni memang asal orang suratkabar,...kira-kira dah masak dah. Pernah bertugas dalam akhbar Watan, Karangkraf, Berita Harian dan Utusan!! Sekarang ni beliau sendiri menerbitkan Majalah Agro Malaysia.


Datang terjah Lalah River Goat Farm (LRGF) lengkap dengan topeng muka....demam agaknya!!
Dia memang banyak menulis dan memberi exposure kepada pengamal pertanian dan ternakan.


Menurutnya, beliau sendiri terpaksa datang, turun padang, tengok dengan mata sendiri bahawa apa yang ditulis dan diterbitkan adalah fakta sebenar. Sebab banyak juga yang tak ada produk atau barang sendiri,..cuma menumpang,...kadang-kadang gunakan barang milik orang lain!! Dan kami dituduh pembohong, ujar beliau!!


Beliau sempat menyaksikan operasi kambing Shami dan kacukan di kandang LRGF. Itu sedang bermain-main dengan anak-anak jantan, baru tiga bulan.


 Dah terpikat dengan anak jantan Shami..."Jinak anak-anak kambing niii,....tak gigit kan??"
Tapi yang lebih diteliti dan menarik perhatian beliau ialah cara dan peroses memerah susu di kandang LRGF.Sebenarnya kami sedang mengemaskini SOP produksi susu untuk mencapai pengiktirafan pensijilan Halal. In Sya Allah, susu segar Lalah River Goat Milk bukan sahaja The Real Healthier Milk, malah akan disahkan sebagai produk Halal!!


Terimakasih Noraini Nordin kerana memilih LRGF. Tak sabar nak tunggu terbitan Agro Malaysia!!

Selamat menternak,Jang!!
Es Emdi

No comments:

Post a Comment