Eden gunakan tinja kambing untuk baja pokok-pokok durian. Tinja ni memang banyak sebab eden bersihkan kandang tiap-tiap minggu. Pokok durian memang subur,..daun-daun menghijau dan buahnya pun lebat-lebat!! Memang ekonomik tambah pula organik dengan menggunakan baja tinja kambing!!
Rumput-rumput juak subur menghijau,..boleh kambing-kambing meragut sebelum dibawa gembala keluar kawasan dusun.
Tapi ada jenis rumput lain yang turut hidup subur kerana baja tinja kambing nii!! Ini bukan rumput Israel,....eden pun tak tahu apa nama rumput ni.
Rumput ni subur dan tumbuh hanya ditempat tinja kambing ditaburkan. Ia mudah membiak pulak tu...tambahan pula buah pulut-pulutnya mudah terlekat pada bulu kambing (dan seluar kita)... dengan itu terus dapat bertabur dengan meluas lagi.
Pokok durian jugak boleh alah,agaknya. Memang tak boleh dibiarkan rumput ni membiak....Inilah side-effect menggunakan tinja kambing sebagai baja!!
Terpaksa kerja kuat membersihkan bawah-bawah pokok durian yang ditumbuhi oleh rumput tinja kambing niii....Oleh sebab eden taburkan tinja kambing ni pada semua pokok durian, maka terpaksalah dilakukan operasi nyah rumput-rumput yang tebal ni secara besar-besaran...nak diracun takut memberi kesan pulak pada pokok dan hasil durian nanti!! Ia tak ia....gunakan mesin rumput lerr,Jang!! Dah tigo hari,..belum habih laeiii.....Yor laah, caro kojo oghang dah beruban,Jang!!
Nasib baik tak tortobeh ayam niii!! Berguna jugak rumput tinja niii....dapat jugak ayam kampung bersarang!!
Selamat menternak.
Es Emdi
No comments:
Post a Comment