Thursday 21 November 2013

KOK DAH KAMBING, TENTULAH HAMIS JANG!!! (PT 2)

Salam Bro Penternak.

Bro Alwi komen,"sesungguhnya kehamisan itu suatu keseksian. "Tuan kambing pun dah samo hamih ni, Jang?? Hehehiihii!!!! 

Tapi anakanda eden risau sebab aroma tu jangkit kek susu. Tu nak buek camno,Jang??

Kawan eden rekomen "CECAIR ORGANIK" BIO-ONE.

"cecair mikroorganisma tempatan berfaedah"
Ini home-made,Jang. Cecair ni mengandungi Lactic asid Bakteria, iaitu Lactobacillus, Fotosintesis Bakteria dan Actinomyces. (Apo bondo err ni, Jang??)


Cuba baca list bahan-bahan yang digunakan untuk buat BIO-ONE ni, Jang. Ado Isi perut lembu,susu segar (kambing lerr agaknya), belacan, nenas, molasses,dedak, air semulajadi dan tiada yis/ragi.

Dan diantara kegunaannya, "untuk mengurangkan bau kandang ternakan"!! Tentu boleh pakai punyer, Jang. Tambah lagi, BIO-ONE ni adalah hasil tangan orang Pertanian. Pagi tadi eden dah sombur kandang dengan kambing-kambing sekali..basah-kuyup kambing-kambing tu!!

Hilang tak bau hamis?? Tunggulah dulu, Jang!! Itu cerita akan datang!!

Selamat berternak
Es Emdi

2 comments:

  1. ooo EM rupanya. EM-1 atau ibu dia lah ni. Baik baik.

    ReplyDelete
  2. EM home-made....inovasi orang Jab.Pertanian..dia baru nak test market!! Harap-harap boleh pakai!!

    ReplyDelete