Saturday 28 December 2013

ORANG JOHOR DATANG LAWAT, JANG!!!

Salam Mmmmbbbekkk,Bro.

Pagi tadi, eden dah bersiap nak pergi khenduri kahwin. Tiba-tiba dapat phone call dari orang Johor nak datang melawat kambing LRGF....dio dah sampai kek tol Pedas. Takkan eden nak hampakan orang datang jauh nii, Jang!! Yor..tak yor..pergilah jemput dio kek depan Balai Polis Pedas (ini landmark, tempat eden jemput pelawat-pelawat yang nak datang ke ladang).

Dr Hassan ini seorang doktor di Hospital Johor Corp, di Johor Bharu. Dia datang bawak anak-anak, nak bagi exposure pertanian/ternakan pada keluarganya. Satu keluarga minat dengan ternakan kambing!!

Dr.Hassan dan keluarga di kandang LRGF.
Si Don Juan itu tumpang bermanja dengan Dr Hassan.

Dr.Hassan sekeluarga juga adalah peminat susu kambing. Mereka juga  datang sengaja nak beli susu kambing segar dari ladang. Semalam kat Johor...susunya cair ajer, kata isteri Dr Hassan. Dia terus beli 25 botol susu LRGF.

Dr Hassan menikmati Susu kambing LRGF
"Wow..lah!! Susu Berkhasiat Sebenar..The Real Healthier Milk!"

Terima kasih kepada Dr Hassan dan keluarga kerana sudi melawat LRGF. Nasib kurang baik, durian belum gugur lagi!! Selamat bercuti dan selamat juga dalam perjalanan.

Selamat berternak.
Es Emdi.

6 comments:

  1. Terima kasih diatas layanan yang baik tadi. Satu lawatan yg tidak dirancang tetapi amat menyeronokan dan menimba ilmu dari tuan. Di doakan usaha tuan ini membawa manafaat untuk kita semua. Semoga berjumpa lagi. Dr Noor Hassan Yahaya. Johor Bahru.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Dr.Noor Hassan Yahaya dan keluarga. The pleasure is mine! Semoga lawatan itu telah memberi exposure yang bemanafaat. Salam.

    ReplyDelete
  3. 25 botol? Huiii memang kuat minum susu kambing ni. Baik baik. Lalah River Goat farm memang tempat sesuai untuk bersantai menikmati ketenangan. Sesuai sangatlah agro tourism. Sapa nak tengah stress, elok pi LRGF untuk hilangkan stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh silap taip "Sapa nak tengah stress" plak. Correction - " Sapa tengah stress".

      Delete
    2. Bro Alwi, bila nak datang lagi?? Durian nak gugur nii...

      Delete