Saturday 11 January 2014

CAMNO NAK LAPAH KAMBING, JANG???


Salam Mmmmbbekkk, Bro!

Geng-geng kito ni banyak yang moleh kambing..buat aqiqah, khenduri, santai-santai dengan kambing golek, bbq, dan macam-macam laei lah, Jang. Eden nak kongsi ilmu oleh Chef Sham, geng sinergi LRGF.

Nasihat 1: Bilor dah moleh tuu, kono ler gantung badan erh. Tapi sebelum nak mula siang kulit, lebih baik basahkan badan kambing tuu, supaya dapat mengurangkan bulu di kulit kambing (yang maseh bau hamis) lekat pada daging masa melapah nanti.

Chef Sham basahkan bulu kambing yang telah disembelih. 
Nasihat 2: Camno nak gantung badan kambing yang dah disembelih??

Darah tak terperam dalam daging

Seelok-eloknya, gantung dengan mengikat dua kaki ke atas. Kenapa tidak gantung di kepala?

Supaya darah dapat mengalir dan keluar daripada tubuh melalui otot yang disembelih. Kalau digantung dengan kepala ke atas, maka darah terperam dalam tubuh, boleh menyebabkan kesan  daging lebam pada bahagian peha.

Makanan yang tidak khazam dan air perut akan mudah keluar melalui saluran khalkum/leher yang disembelih.

Nasihat 3: Sebelum mula melapah daging,...
Final Check: bersihkan karkas.

Disyorkan  supaya karkas dibersihkan daripada bulu-bulu yang maseh terlekat pada daging. Caranya dengan menggunakan kain kering bersih untuk lap seluruh tubuh. Lepas tu baru lerr dibelah untuk keluarkan perut.


Cantik tak karkas tu,Jang!! Camni lerr nak buat kambing golek. Jaga kualiti, Jang!!

Terimakasih Chef Sham kerana sudi berkongsi ilmu.

Selamat berternak dan membiak.
Es Emdi

3 comments:

  1. Betul! betul! betul!.Ambo setuju caro Chef Sham tu.Kalu buleh ghoyat(bagitahu) jugo resepi BBQ tu ye.

    ReplyDelete
  2. Atau layar http://kambinggolekkakibakar.blogspot.com/

    ReplyDelete