Wednesday 8 January 2014

KADAR LAKTASI


Salam tuan puan penternak.

Kepada mana mana penternak yang menggunakkan kambing bukan tenusu untuk dapatkan susu, jom kita buat comparison jap, kalau ada lah.

Setakat ni LRGF menggunakkan kambing boer (majoriti) & kampung untuk dapatkan susu. Itu je yang dapat. The Shami F1 tengah tunggu beranak, hopefully soon.

Kambing boer ni, some are from our own dan ada yang dapat dari JPV. Tapi sedih banyak lah JPV nya boer ni. Dia punya milk output is extremely poor. Although they are not dairy milker, tapi parah jugak lah. Cuba tengok gambar kat bawah ni.




Udder dia kecik, dan ada yang lagi kecik, tersangat kecik. Bila time milking je, tak sampai separuh cawan pun. Kesian kak anaknya, Macam tak cukup untuk minum. Ada jugak yang lactating period (tempoh pengeluran susu) tak sampai 2 bulan! Dah habis. So hati hati kalau dapat kambing pawah, check udder sekali especially dah veteran, so that anaknya nanti tak kebuluran.

Ni pulak LRGF nye boer. Boleh lah tahan for non dairy. 




Ni pulak our one and only current Shami F1 veteran. Dulu....perah susu confirm satu jug. Dia ni baru je beranak sekali lagi hari tu. This photo taken sebelum beranak.


Seksi!!

Post ni bukan nak compare size, but lactating period. Maksudnya berapa lama tuan puan penternak dapat perah susu dari kambing non dairy or dairy masing masing? 

Dari rekod LRGF, belum betul 'audit lagi...is not that amazing. Dari 30+ ekor, manage to get 10 litres daily. Up to date sekarang around 3.5 litres daily sahaja. Ini dalam tempoh 2 bulan. Mendadak jugak penurunannya. 

(dalam tempoh ni ada jugak induk yang keluar susu ni dah kena 'sacrifice')

So secara kasar, lactation period untuk kambing boer LRGF is very low. Kalau kuantiti low acceptable jugak as the boer are not dariy goats, tapi lactation period yang pendek cukup menghairankan jugak. Apa puncanya? Atau ni satu kebiasaan kambing kita yang hidup dalam cuaca tropika ni tempoh laktasi pendek.

Menurut sumber di America, their dairy goat lactation period selama 275 hari ke 305 hari!. Tempoh camni baru profitable buat bisnes susu kambing.

So jauh lagi perjalanan LRGF. 
  1. Macamana nak make sure production susu yang tinggi bagi setiap induk kambing?
  2. Macamana nak dapatkan lactation period yang lama?

Any comments? Any comparison? Any advice? Mbekk?



3 comments:

  1. 1.production susu bergantung kepada nutrition intake. Supposedly high energy/calorie ration. Goats utilize several liters of blood to produce a liter of milk. That is a very high energy requirement.Make sure the energy doesnt goe to waste from routine activity such as walking etc.

    2. Jangka laktasi saya rasa bergantung kepada breed dan juga bloodline.kalau saanen saya boleh dapat sehingga 6 bulan.tu pun diet meragut dan palet sparsely.i guess bloodline memainkan peranan yg sangat penting.

    ReplyDelete
  2. Tq tuan ECL. Always can count on you for infos. (Adil)

    ReplyDelete
  3. lrgf. dari segi rasa susu macam mana ya? antara boer dengan shami

    ReplyDelete