Salam Mmmmbbbbeekkk, Bro!
Eden tongah tanam beberapa pokok, nak tambah kualiti daun makanan kambing. Ado pokok turi, indigofera, mulberry dan moringga. Diantara pokok-pokok ni, turi dan indigofera memang sonang nak tumbuh....tak banyak problem!!
Yang tak berjaya nak tanam ialah pokok moringga!! Ini kali kedua eden tanam daripada cuttings. Kali pertama eden terus tanam kek tanah,...musim hujan bulan dulu. Jawabnya...gagal,...hampir semua tak tumbuh tuneh. Ada tigo yang tumbuh...tapi akhirnya layu sendiri!!
|
Moringga...masuk dua minggu!!
Kali ni eden tanam dalam poly bag pulak!! Dah dua minggu....cuma lima batang yang bertunas,...banyak yang reput!! Itu pun eden dah rendam dan bubuh serbuk penggalak urat!! Nampaknya moringga ni susah nak tanam cara cuttings....Mungkin lebih suai dengan benih biji. Sapo ado benih moringga ni, Jang???
Satu lagi pokok yang eden cuba ialah mulberry!!
|
|
Mulberry...tiga minggu.
Mulberry ni senang nak tumbuh sebab cuttings ada tunas...tunggu nak tumbuh ajo!! Ranting yang kecik pun dah tumbuh tunas!! Tapi ado satu problem,..daun tunas yang tumbuh tu tak tahan panas matahari...Banyak daun yang layu. Dah nak kono boli black netting pulak!!!
Indigofera jugak yang tak ado problem, Jang!! Macam turi,..indigofera ni memang sonang nak tumbuh. Hujan kor...paneh torik kor....tak ador hal punyer!! Tapi pokok turi tak rendang. Indigofera nampaknya banyak daun!
|
|
Indigofera...baru pindah tanam, satu bulan.
Jadi kalau ado kekawan yang tanyo, eden rekomen pokok indigofera, yang eden tanam dengan benih biji. Musim paneh ni pun tak payah nak siram air!!..Tapi...berdoa jugak mintak hujan,..dah sobulan tak hujan-hujan!! Ekau nak cubo, Jang??
Selamat berternak & membiak.
Es Emdi
|
mmg indigofera nmpk ado advantage brbndg legume lain dr sgi kuantiti daun,ktahanan,kdar tmbesaran..truskn pak es n bro adil,kot2 lopeh bg daun indigofera kt kmbing,susu dio brtmbah..canteklah..hehe
ReplyDeleteTigo..ompek bulan laei tahu lerr!! In Sya Allah!!
ReplyDelete