Thursday 9 January 2014

WELCOMING SHAMI F2 ON VIDEO

Salam tuan pun penternak.

Hari ni (pagi Khamis 9 Januari 2014) balik LRGF nak pi sembelih kambing untuk tempahan aqiqah. So sambil menunggu nak start proses lapah, layanlah kambing kambing dulu. Yang syok tu, tengok tetek tetek kambing induk Shami F1 yang sarat mengandung. Cuba tengok. Boleh tahan jugak besar dia.


Salah satu induk yang tengah sarat ialah 0397. First timer nak beranak. Belum ada experience lagi. Tetek dia not bad in size. Kagum tengok.

0397 ni kecik je tapi...
Tu dia!! Macam nak perah je!
Anyway, lepas dia dah breakfast, dan masa tu kami kat bawah tengah sibuk nak start melapah, suddenly dengar sekor kambing mengerang. Bising. Ingatkan kambing mana tersangkut kaki ke, tengah gaduh ke. Jokingly saya cakap "nak beranak kut?". So helper pi naik dgn saya check dan sah 0397 mengerang. Badan mengigil. Nafas kencang. Macam kena spasm attack.

Lepas tu ayahanda Es Emdi pulak check, dan asingkan 0397 kat petak lain. Standby awal awal.

Ayahanda ada bagi tahu, kambing kat LRGF ni kalau due time nak beranak, dia orang ada bagi signal. Apa signalnya.......nanti Pak Es Emdi akan buat post lain.

Ok, berbalik pada cerita 0397, dari bawah tempat melapah kambing tu, we can still see 0397. Dia nampak restless. Sekali sekala mengerang. Duduk tak selesa, Berdiri pun ke hulu ke hilir. 

Dalam 20 minit tengah sibuk melapah ni......... tiba tiba ayahanda tersedar. "TANGAN DAH KELUAR!! Cepat Dil!!."

Toleh je kat kandang, nampak 0397 nak give birth!! What a moment it was. 

Tuan puan penternak pembaca LRGF sekalian, we have an exclusive clip of a Shami F1 giving birth to a Shami F2 kid. Sorry kena tengok satu per satu, sebab tak dapat edit. Plus kena tengok kat LRGF punya FB page. Puas dah try upload kat sini tapi error je memanjang. Warning dulu ye, kalau sesiapa tak pernah tengok....its beautiful. Can watch it here. Ada 5 parts.

Time was approximately 11.45am. The process of 0397 giving birth took her around less than 10 minutes. Tiada bantuan, tiada bidan. Natural, healthy and smooth birth.



Very good la 0397 ni. Steady je. Takde nak panik ke, nampak lemah ke. She knows what she has to do next, cleaning her kid, dengan menjilat lendir lendir kat seluruh anggota anak dia. So we left her to bond with her first new born kid and continue siapkan kambing aqiqah.

Alhamdulillah dan syukur. A positive start for LRGF in 2014. Sebelum sign off, dari pemerhatian saya, sebab kambing shami ni tinggi, so characteristic tu dah nampak kat shami f2 ni. Slim and tall, tak gemuk. That is maybe / probably the reason why 0397 giving birth process was not physically torturing her. And lupa nak mention...Its a female kid!!

Any name suggestions? Mbekk!!


4 comments:

  1. Nice video!! Anak F2 pun dah nampak ciri2 shami..tahniah!!

    ReplyDelete
  2. GEBU2nyee!!!!.Nii laaa sebab ambo suko buko Blog LRGF.Ambo tengok kambing pon segar degar blako.Jago laa wee prestasi tuu,biar up somo(selalu) jange down.Kito BOLEH berjaya dengan belajar dari setiap kesilapan kita.Selamat berjaya

    ReplyDelete