Salam Mmmmbbekk, Bro!
Banyak kekawan yang ngalami kambing mereka bantut..atau kambing konit.. ketot..Banyak sobab yang dikemukakan...Ada yang kato posal genetiks..baka,..ado yang kaitkan dengan pemakanan...dan macam-macam lagi!!
Kek LRGF jugo ado dua ekor anak kambing yang ketot ni. Tapi eden suspek sobab eden paksa corai-susu copek bonar. Umor erh baru dua bulan, eden dah pisahkan dari omak erh....nak mula perah ...ngopek susu!! Walaupun anak kambing lain elok jor bodan erh,...tapi yang duo ni agak erh stress dan kurang dapek rebut makanan!!
Inilah masalah yang dihadapi oleh banyak penternak kambing susu. Bilo nak mulakan ngopek??
|
Anak kambing Shami di Cyprus.
Kalau nak ikut cara ladang Antoniades di Cyprus,..pembekal kambing Shami...mereka pisahkan anak-anak kambing sejak lahir lagi. Mereka tak praktikkan "suckings". Anak-anak kambing diberi susu replacement dan berhenti menyusu setelah 45 hari. Mereka mula ngopek seawal hari pertama anak lahir lagi!!
Tak sampai hati eden nak pisahkan anak daripada ibu pada hari pertama ni,Jang!! Dah tu tak bori susu ibu pulak!! Eden raso macam tak adil caro ni,Jang!! Adakah susu untuk anak diberi minum untuk orang lain?? Dah macam lawan kudrat pulak??
Tapi kek Alaminos Farm, Filipina lain pulak cerito erh!!!
Ibu dan anak tak dipisahkan di Alaminos.
Anak-anak dibiarkan menyusu dengan ibu selama 60 hari. Memanglah,..lambat boleh mula ngopek,..dan penghasilan susu akan tergendala!! Tapi pihak Alaminos sedia menerima faktor ini kerana mengikut pemerhatian mereka "Dam raised kids are healthier than bottle fed kids".
Eden betul percaya ikut cara Alaminos ni...Malah, eden dah tambah panjangkan lagi sampai 90 hari atau berat badan anak mesti sekurang-kurangnya 15 kilo,...baru dicerai-susu dan boleh mula ngopek!!
Anak kambing Shami cross LRGF: tiga bulan baru cerai-susu.
Bilo corai-susu lambek,.. ngopek pun lewat jugak lerr!! Jadi perlu ado numbers ibu yang mencukupi supaya bekalan susu tidak terencat!!
Tapi yang ponting anak-anak tu sehat,..dan boleh jadi ibu yang berpotensi mengeluarkan susu yang baik pulak!!
Tak ko camtu, Jang??
Selamat berternak & membiak.
Es Emdi.
|
Di Indonesia, anak dipisahkan waktu malam, maka pagi susu akan diperah dulu. Lepas tu baru anak dilepaskan bersama2 induk. Try tengok.
ReplyDeleteGood idea......tapi tak ker memekik anak tu cari ibunya???
ReplyDeleteLong term strategy for survivability. .cant go wrong.
ReplyDeleteHope so.Tq for the suggestion.
ReplyDelete