Tuesday 18 February 2014

GENG DARI MARDI DATANG, JANG! (Pt 1)


Salam Mmmmbbbekkk, Bro!

Pagi tadi 4 orang Pegawai Penyelidik MARDI, Kluang datang melawat LRGF. Dia orang ni ado specialised bidang masing-masing. Ado yang khusus penyelidikan tentang breeder,...ado tentang pemakanan,...sperm bank...dan agronomik!! Hebat-hebat dio oghang ni, Jang!! Bilo dah banyak bidang tu,..rancak ler corito!!

Corito panjang dengan Geng MARDI.
Oleh kerana operasi kek LRFG ni terarah kepada ngopek susu sebagai aktiviti utama dengan pedaging sebagai sokongan...daripada kacukan Shami,...maka sistem breeding tu mesti betul-betul in placed...supaya kepekatan gene Shami tu nanti dapat dipelihara dan dihasilkan....khususnya, dengan mengelakkan kemungkinan in-breeding!!

Eden dah mulo membiakkan Shami F1,..dan sekarang dah menghasilkan F2. Next stage ialah nak dapekkan F3...dengan penjantan Shami pure dibawak daripada luar kandang LRFG....Sekarang ni ado dua ekor,..standing by!!

Geng MARDI ni nampak erh puas hati dengan kaedah kacukan Shami kek LRFG ni...

                                             Bergurau dengan Don King, dalam petak untuk F1!

Dia oghang tanyo, kenapo pilih caro kacukan...nak sampai perengkat F4 mengambil maso kurang-kurang 3 tahun?? Eden jawab sonang jor, Jang! "Pulushhh!!....". Kalau nak terus start dengan Shami pure...untuk 50 ekor ibu kono ado modal-mula RM250 ribu!! Eden boli penjantan Shami dua ekor, baru RM13 ribu ajor!!

"Kenapo kacukkan dengan Boer, kampung, Jamna??"

"Nakkan pedaging, jugak!!"

"Kalau nak banyak susu...lebih baik kacukkan dengan Saanen," rekomen geng MARDI ni. Memang betul, Jang. 110% sokong!! Tapi modal-mula maseh jugak tinggi untuk nak dapekkan pure ibu Saanen!! Rogo erh lebih kurang cam Shami jugak!!

 Memang ado cadangan nak kacukkan Shami+Saneen tu. Nunggu peluang jor,Jang!!

"Wow..Laah!! The real healthier milk!"

Kalau datang ke LRGF, mestilah kono minum susu kambing!! Khasiatnya...tak payah buat kajian lagi, Bro!! Gerenti susu sebenar lebih berkhasiat!!

Terimakasih kerana sudi melawat LRGF. Datang ler lagi, geng!!

Selamat berternak & membiak
Es Emdi.

4 comments:

  1. Power..power..ada acknowledgment dari authority..hehe..tak sabar tungu part 2

    ReplyDelete
  2. Tunggu lerr....Tolong translate maksud Homo Cabras??..ada cerita nanti!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. peh..caya la bro...susu sejuk itu sungguh sedap...

    ReplyDelete