....kali ni din bawak lagi 2 member dia.
Alhamdulillah, research untuk pokok indigofera ni UPM approve untuk Din proceed. Just at the right time pun sebab pokok indigofera kat LRGF dah tiba masanya untuk buat first 'pruning' after reaching 5 month growth.
For shrubs, memang kebiasaan when they reach a certain period of month and ideal height, it is a good practice to prune at a certain required level. Salah satu sebabnya agar pokok ni akan tumbuh in a horizontal direction, maksudnya dia tumbuh melebar, tidak menegak tinggi. Senang nak harvest untuk daun daunnya nanti.
Berbeza pula dengan rumput contohnya Napier. Menurut kajian dan penerangan dari Din, masa untuk prune / harvest pula sekitar minggu ke 5. Masa ni rumput napier adalah pada tahap kandungan nutrisi terutamanya protein yang baik. Jika lebih dari 5 minggu, maka rumput yang diberikan kepada kambing / bebiri adalah sekadar bagi mereka kenyang sahaja kerana kandungan fiber yang tinggi. So less nutritive absorption ke dalam sistem pencernaan.
Ok berbalik pada indigofera, setelah umur pokok berusia 5 bulan, kita potong batang pokok dari jarak 80cm dari tanah. Pakai pruning scissors (yang biasa jual kat nursery), senang dari pakai pisau blade. Masa ni ketebalan batang pokok lebih kurang saiz batang pensel. Bila first time buat ni pakai lah measuring tape. Banyak kerja. Hari tu sorang measure, sorang lagi potong.
Din at work. Evidence for your lecturer. |
A few indigofera dah mula berbunga |
Ni dah blooming |
Walaupun terbelah, pokok indigofera masih lagi hidup dan tumbuh. |
So menurut Din, dia memerlukan sebanyak 90 pokok indigofera yang telah di potong sebagai spesimen kajian beliau. 90 pokok ni dibahagikan kepada 3 segmen.
Label merah - 30 hari |
Label hijau - 40 hari |
Label biru - 50 hari |
30 pokok dilabelkan merah sebagai petanda untuk 30 hari. 30 pokok lagi hijau 40 hari dan 30 pokok lagi biru untuk 50 hari.
Untuk label merah, Din akan datang balik the next 30 days (starting from the next day after pruning the indigofera today) dan potong and collect balik batang indigofera yang tumbuh baru tu. 10 hari lepas tu, beliau akan datang balik dan potong dan collect pokok yang berlabel hijau. Another 10 days lepas tu, pokok yang berlabel biru pulak.
Kajian ni adalah untuk Din nak tahu pada hari ke berapa nutrisi daun adalah yang paling optimum. This will be a good indication untuk kita estimate bila nak harvest dedaun ni untuk diberi kepada kambing kambing.
Kat LRGF kita ada 3 plot tanaman indigofera. Untuk kajian Din, mereka amik specimen dari satu plot sahaja. Alang alang dia nak 90 pokok, saya pun prune lah semua pokok kat satu plot tu. Adalah lebih kurang 150 pokok saya prune, out of maybe 300 trees.
Satu nasihat penting kalau nak prune / harvest pokok. Buatlah pada awal pagi, sebelum matahari mencanak. Hari tu start pukul 10 pagi. Peluhnya keluar meleleh sampai masuk dalam mata! Tapi kena respect la pekerja pekerja yang tugasnya untuk harvest daun. Memang mencabar dan pastinya kalau siapa yang buat sendiri, memang tak payah exercise lah. It is a very good workout. Keesokkan hari, saya kena muscle pain kat peha sebab dok jalan, berdiri, menyangkong buat kerja kerja pruning.
Penuh satu wheel barrow dengan indigofera |
So what did we do with all the cuttings? Inilah masanya untuk mencuba bagi indigofera ni kat kambing kambing LRGF. Din suruh ikat satu batch dulu dan tengok reaksi kambing. Mereka akan datang tak kat daun ni.
Masa tu dah pukul 12 tengahari, kambing pun baru habis makan. So ada kemungkinan kambing kambing dah kenyang.
Shami FB doeling |
Shami Sire |
Shami F1 doe & F2 kid |
Laju je kambing kambing ni makan!! Definitely proven then, indigofera is palatable for them to ruminate. Alhamdulillah.
Mbekk!!
Alhamdulillah..terbaik Pak Es..xsbar jgk nk tggu result nutrient content tu..
ReplyDeleteKami juga tak sabar, Bro!
ReplyDelete