Dalam sms hari tu pasal kes anak kambing abang taiping (namanya haffizal), ada jugak selit soalan ni..
'Susu kambing tak leh masak kan?'
(Hmmmm...masak nak pasteurize ke, nak campur dalam makanan untuk ganti santan atau krim ke..)
'Mak mertua saya panaskan, susu jadi berketul macam dadih, tak jadi macam air..'
Ok. Ni maksudnya nak panaskan susu kambing. Saya assume yang mak mertua hafizzal nak didihkan susu kambing segar, agar susu tu bersih dan selamat untuk diminum.
Sebelum tu, pasteurize susu kambing sebenarnya boleh dibuat di rumah. Pakai perkakas dapur je, menggunakan kaedah 'double boiler'. Teknik bergambar boleh baca kat sini.
Apabila susu (kambing / lembu) dididihkan terlalu lama tanpa diawasi, kandungan protein dan gula lama kelamaan akan melekat pada dinding periuk dan seterusnya meninggalkan kesan terbakar. Nak membasuh dan sental kesan ni memang payah.
Mengikut kaum masyarakat India kat Malaysia ni, mereka selalunya akan didihkan susu lembu / kambing sebelum minum. Kaedahnya pun simple je. Ada satu ingredient yang ditambah untuk pastikan susu jadi cair dan tidak terbakar. Proses selama 10 minit.
1. 1 liter susu dalam periuk. Panaskan periuk medium heat.
2. Sentiasa kacaukan susu.
3. Bila nampak je susu dah mula nak mendidih, tambahkan magic ingredient iaitu AIR satu gelas.
4. Kacau. Padam api. Let it cool. Hidang.
Tu je. Moga abg taiping boleh rekomen cara ni kat mak mertua. Confirm jadi menantu susu cap bendera.
Ok. Apa pulak kene mengena dengan title post Attu Pal?
Attu = Goat
Pal = Milk
.......dalam bahasa Tamil.
Mbekk!!
Attu pal!!
ReplyDelete