Salam Mmmbbbekkk, Jang!
Pagi kelmarin pekerja eden berlari datang beritahu, ada sekor lagi induk kambing bunting yang dah lembik. Dah seminggu eden perhatikan..Mula-mula dia kurang nak makan..lepas tu moyok..macam lesu dan tak daya nak diri.
Macam biasa eden mulakan dengan suntik terracalcium,...tambah juga dengan antibiotik. Bila tengok tak ada perubahan, eden suntik juga dengan iron dan B Complex. Bila dah tiga hari tak ada perubahan jugak, eden dah fikirkan cap pisau aja.
Eden cek apa sebabnya...Nampak paru-paru lebam dan hatinya warna pucat!! Maseh tak tahu apa penyakitnya!!
|
Paru-paru lebam dan hati pucat.
Eden naik risau jugak Jang. Ini induk bunting yang ketiga ngalami penyakit camni!! Ada yang kata mungkin sebab kurang mineral, macam calcium. Ada yang syak mungkin kena tanduk!! Tapi sehingga ini, eden belum dapat jawabanya lagi!! Yang pasti, semuanya adalah dari kumpulan kambing pawah JPV!!!
Ada satu perkara lagi yang eden perhatikan, Jang!! Bila ada kambing yang mati, maka ada pulak yang lahir. Seolah-olah, ada perimbangan!! Duka berganti suka!!
|
|
Satu pergi, satu datang.
Alhamdulillah, pusingan kedua Shami F2 berakhir dengan kelahiran anak jantan. Jadi, final score ialah 7 betina dan 3 jantan!! Not bad, Jang!!! Round Kedua untuk F1 nak bermula jugak ni Jang!!
Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi
|
Kalau ikutkan observation sebelum sembelih..mcm tak lalu makan..lesu..letih..mungkin milk fever..sebab utama..calcium deficiency..
ReplyDeleteTapi ini kambing bunting kan?Belum milking lagi. Jarang sangat kalau nak jadi milk fever before milking..dah bunting berapa lama?
Saya agak mungkin ketosis & toxemia..kekurangan zat during pregnancy..not necessarily sebab makanan tak berkhasiat..mungkin disebabkan oleh sesuatu nutrient yg tak mencukupi based on daily requirement and this leads to system inefficiency to metabolize all nutrients in the feed at optimum level.
Baka kambing besar memang prone to ketosis & toxemia. At least from my own observation.
Tq ECH...How to overcome or treat ketosis & toxemia? (Es Emdi)
ReplyDeletePok Es!,kecut perut ambo ngan ragam penyakit macam ni.Hrap2 tak menjadi kat kambing kampong macam ambo ni.Sabar2 la Pok Es, ade hikmah yang perlu kita belajar lagi.Moga2 Allah memberi jalan penyelesaian yang terbaik.Salam
ReplyDeleteTk atas doa dan galakan Pak We!!
Deletekebanyakannya disebabkan radang paru paru..pnuemonia..tapi penyebabnya baanyak jenis bakteria dan mycoplasma..
ReplyDeletekalau nak jadi macam 'wabak'- maknanya kena buat vaccination..kalau setakat dua tiga ekor kena dari kelompok besar, terima ajelah sebab bakteria jenis tu buat vaccination pun kurang kesan..
macam mycoplasma jenis tertentu memang wujud secara semulajadi dalam badan kambing dan cause no harm..
yg jadi masalah adalah jenis bakteria tertentu..bleh tengok kajian tn dr. haji Mohmad Mustapa tak silap dari MARDI
kalau mengikut gambar lebam dan hitam paru paru menunjukkan pasteurelosis iaitu jenis bakteria P. Haemolytica serotype A1 dan A2...sampai A dot dot pun ada..
DeleteSaya tak berapa boleh nak ikut terminologi ni...Cuma nak tahu cara mengatasinya..treatment camna?? Tk,Bro. (Es Emdi).
Deletetreatment susah skit sebab banyak jenis serotypes tak 'makan saman'..yg pernah sy guna
Deletegentamycin
amoxicillin..
lincomycin
dulu ada jual lincogenta..tu brand name bleh jugak.
tapi, kalau tak buat vaccination, biasanya pisau cap kambing saje lah..selalunya treatment tak efektif..bleh cuba..ambil masa 2-3 hari untuk pulih selepas kambing tu tak makan selepas diberi antibiotik..tapi tak bleh sepenuhnya..maknanya mungkin tak bleh besar lagi atau membiak..
kalau lebih tiga hari, btakde perubahan, maknanya ubat tu tak efektif..cuma kena check, kadang ubat efektif bagi bebiri, tapi tidak bagi kambing..kena tengok label sheep ka goat..
ya saya selari dengan pandangan tuan ahmad zaki. radang paru paru. tiada treatment. kena buat vaccination. saya pun pernah kena. kambing boer juga haha. tapi tak berbaloi sebenarnya buat vaccination untuk pasteurellosis. cost-benefit tak munasabah.
ReplyDeletememang cap pisau ajo. aii kambing boer australia... auta sungguh
ReplyDeleteohh... terima kasih kepada tuan es emdi yang memberi sokongan. terima kasih..
ReplyDeleteSama-sama, Bro. Sokongan pada yang benar dan civilised!!! (Es Emdi)
DeleteHow to Prevent Ketosis or Pregnancy Toxemia in Goats
ReplyDeleteTo prevent ketosis or pregnancy toxemia in a pregnant or lactating goat, feed more of a high-energy concentrate and reduce the ratio of hay in the animal's diet. Be sure to gradually make this dietary change to prevent other conditions in goats that are caused by sudden changes in diet. Grains are much higher in energy and take up less room in the goat's rumen. This will allow the goat to continue energy absorption throughout the pregnancy without having to pull too much fat from reserves.
You can also change the frequency of feeding during pregnancy so that you are feeding smaller meals more often throughout the day. This will help the goat digest and absorb more energy from the feed and replenish fat reserves in the goat's body.
Finally, pay attention to which goats seem to be prone to pregnancy toxemia and ketosis, and keep a record of these goats so you can monitor their feeding ratios more closely during the next pregnancy.
Tq Anon for the valuable info.(Es Emdi).
Delete