Tuesday, 20 May 2014

ARAB-MALAYSIAN, JANG!!!


Salam Mmmbbbeekk, Bro!

Ini bukan cerito Arab-Malaysian Bank,..tapi kesah mmmmbbbeekk  darah kacukan Arab-Malaysia!!

Hasrat dihati memang nak terus menternak kambing tenusu baka Shami, kambing peliharaan orang-orang Arab, khususnya di Syria. Eden perhatikan kambing yang dikomersilkan di Cyprus ni ada potensi hebat dengan pengeluaran susunya. Tapi kos terlalu tinggi, Jang...sekor induk sekitar RM5 ribu, sementara pejantan RM6-7 ribu!! Kau kirolah sendiri berapa jumlah start-up capital yang diperlukan kalau nak ternak baka Shami ni, Jang!!

Nak buek camno, Jang!! Eden gunakan pejantan Shami ajor lahh!!

Don King (primer)

                                                             Don Juan
Don the Third.

Program kacukan Arab-Malaysian ni diusahakan oleh tiga ekor pejantan Shami. Ada dua ekor bujang dalam stand by!!


Induk kambing yang menunggu pulak adalah dari baka kampung tempatan, Boer kelahiran Malaysia dan Jamnapari. Oleh kerana kacukan Jamnapari eden dapati kurang sesuai dan tidak memuaskan, maka telah disisihkan produk ini.
                                 
Diantara hasil kacukan Shami+kampung & Boer (induk F1)

Anak betina kacukan Shami (F2)
Anak jantan kacukan Shami (F2)

Anak jantan F2 kat atas tu baru 4 bulan, dah dekat  20 kilo...ada 10 ekor...memang cadang nak let go ajor!! Ini kumpulan anak jantan yang ketiga.


Harap-harap lapis F3 nanti akan nampak lebih kuat genetik Shami, walaupun kacukan dengan darah lokal. Caro ni lebih murah dari impot terus dari Cyprus!! In Sya Allah akan mencipta satu lagi kejayaan collaboration Arab-Malaysian. Doakan yor, Jang!!

Selamat menternak dan membiak.
Es Emdi

2 comments:

  1. Selamat berjaya..maknanya hanya ada 3 ekor yg betul2 pure shami kan? Impressive!!!

    ReplyDelete
  2. Ada 5 ekor pejantan pure Shami (3 ekor in service+ 2 ekor bujang to stand by for production of F3s). I managed to swapped 3 ekor anak jantan F1 untuk satu ekor anak betina full blood..baru 4 bulan umurnya!! (Es Emdi).

    ReplyDelete