Salam Mmmbbeekkk, Bro!!
Ponek betul dua hari ni, Jang. Sejak pekerja eden berhenti hari tu,...kenalah training pekerja baru. Walaupun dia orang bukan orang baru kat Malaysia,...dah enam tahun bekerja dengan majikan lain,...tapi belum pernah kerja kat kandang kambing. Letih lerr nak ajar balek!!
|
Fauzi:"..ini daun turus pagar, Pak!!"
Nasib baik juga pekerja yang bernama Fauzi ni pernah gembala kambing kat kampungnya di Jawa Timur. Bolehlah dia sebut nama-nama kambing Indon dan kenal dengan daun glircidia yang eden tanam untuk jadi turus pagar. Jadi first step, kena ajar pekerja-pekerja baru nak operate mesin grinder! Gunakan dedaun ladang for a start.
|
|
Surdi cuba menghidupkan enjin grinder.
Step by step nak diajar,Jang!! Mula-mula kena cek air dulu,..lepas tu minyak disel,..minyak hitam,...Sebelum tu kena bersihkan compartment pisau-pisau,..bersihkan dulu daun-daun yang membelit handle pisau-pisau...Nak ajar SOP grinding daun-daun tu, Jang!! Pastikan jaga keselamatan....eden tak mahulah pekerja cedera oleh grinder nii!!! Mesti patuhi cara menghulurkan daun-daun ke dalam grinder dengan betul dan selamat!!
|
|
Jaga keselamatan.
Next step, nak diajar jadual dan campuran bahan makanan untuk kambing. Berapa banyak nak bagi? Ni sistem makan tanggung....kambing mesti kenyang.. cukup nutrient nyer,..tiada makanan yang terbuang!!
Pelepah daun sawit yang dah dipenyitkan.
Top-up dengan indigofera.
Cara nak rawat penyakit,...tanda-tanda penyakit....semua itu belum eden beritahu lagi,Jang. Tak nak dia orang confused....tak nak jugak dia orang panik. Tapi kena ajar jugak camna nak perah susu kambing!! Ini tugas perlu...camna nak jaga kebersihan,..tak mahu susu tu tercemar....Tapi mula-mula sekali mesti mesra dengan kambing,..perah susu tu mesti cara yang friendly. Ini mula-mula dihenjutnya ambing susu tuu.....menendang kambing tu!!
"Terlupa cara perahnya,Pak!!....Dua tahun dah tak jumpa isteri!!" Kelakar jugak si Fauzi nii!!!
Tapi pagi tadi ada improvement..dah ada keyakinan. Banyak susu dapat diperah!! (Dah talipon isteri malam tadi kot!!
Dah confident ajer!!
P.S. Petang ni tadi mesin grinder dah taak leh start. Selalunya bila tukar tangan, adalah yang tak kena. Nak kena panggil foreman pulak!! Aii yor,Jang!!
Selamat berternak.
Es Emdi
|
Ini masalah bagus..boleh jd refresher course kepada owner..heheh
ReplyDeleteAder juga masalah yang bagus yer Bro?? (Es Emdi).
ReplyDelete