Thursday, 31 July 2014

JALAN RAYO, JANG!!

Selamat Hari Rayo, Bro!!

Hari ni tadi Hj Rahim dan isteri beliau, Hjh Zabidah datang jalan rayo, melawat LRGF!!..Dua -dua ni dah pangkat otai ternak kambing..Kandang mereka kat RZ Berkat Jaya Farm di Sungai Buloh tu dah boleh jadi contoh sebuah kandang yang ada strategy untuk jadikan kandang yang tip-top..sampaikan Majlis Tempatan tah leh nak komplen!!!


Mem RZ Berkat Jaya Farm dengan Mem LRGF senang ajer naik kencang bercerita...Kami kat LRGF ni memang tumpu pada ternak kambing tenusu kacukan kambing Shami. Hj Rahim lihat sendiri cycle nak dapatkan Full Blood kambing Shami ni...Kami baru nak masuk pusingan F3 jerr!!


Kami banyak comparing notes, Jang!! Hjh Zabidah ceritakan pengalamannya,...camna nak jaga anak kambing yang baru lahir. Kalau nak tahu, tali pusat anak kambing tu elok kalau diikat dengan benang, atau disimpulkan supaya tidak tercecah pada lantai...elakkan daripada dijangkiti penyakit macam sendi-sendi nanti!!

Mereka juga beri tips yang berguna pasal penyakit ambing keras..mastitis!! Masalah ini amat mustahak kita tahu...samada untuk kambing tenusu atau pedaging!! Nak elakkan dari ambing tu jadi keras...perah cepat-cepat!! Kalau dah ambing tu lebam...tanda dah teruk...janganlah nak buang masa dan tenaga....berikan ubat pisau ajerr!!!


Kalau dua orang Mem dah bertemu,..memang panjang cerito err..!! Sempat pulak tanya petua nak masak nasi Arab kek Hjh Zabidah tuu!!..Kono sembelih sekor kambing niii, Jang!!


R&Z ni sengaja nak terjah ke LRGF,...alang-alang mereka dah sampai kat Seremban 2, berHari Raya di rumah adeknya!! Tapi tak dapat nak rasa juadah rayo LRGF, Jang....dio oghang ni poso 6!! Nasib baik ado durian beku....boleh buat buka puasa nanti yer R&Z??

Terima kasih kepada Hj Rahim dan Hjh Zabidah kerana sudi datang rayo kek LRGF!!

Salam rayo, Jang!!
Es Emdi.

No comments:

Post a Comment