Salam Isnin tuan puan penternak yang dihormati.
Masa bulan puasa hari tu, ramai dah mula bertanya pasal pokok indigofera. Ada juga yang membeli benihnya. Terima kasih banyak banyak saya ucapkan. Harap harap benih semua sampai ke tangan tuan puan sekalian.
Masa dia orang order ni, secara tidak langsung dapatlah serba sedikit berkenalan dengan penternak kambing yang lain ni. Macam macam cerita dikongsikan. Ada dari Kedah, Perak, Melaka, Penang dan juga sampai ke Sabah.
Komen dari En Firdaus Ismail, (Kedah) 'Alhamdulillah pokok sihat. Cuma cubaan kedua baru berjaya. Anak yang besar dah tanam kat kebun.. Bila dah cambah besar kena direct matahari..memang cepat tinggi.'
Yes. Growth pattern nampaknya sama dengan LRGF. Fast growing. Bila pokok dah 5 bulan, boleh mula buat first pruning En Firdaus. Cuba try bagi kat kambing...tengok memang semangat mereka makan.
Pakai Pos Laju..inshaAllah sehari dua sampai |
Ms Evelyn pula dari Penang, minta anak pokok indigofera. Aiseyman..LRGF belum lagi buat jualan untuk anak pokok. Coming soon. InshaAllah. Katanya 'I cuba tanam benih, tapi i tak pandai. Saya seorang natural product maker.'
Natural product maker? Not a goat breeder rupanya Ms Evelyn ni. So bila bertanya lebih lanjut, Ms Evelyn bercadang untuk membuat SABUN dari daun indigofera. Wow!! tak tahu pulak saya ada khasiat pada daun indigofera for the skin (I think..tak tanya dia lebih lanjut pun). Good luck Ms Evelyn on your project. Mungkin lepas ni boleh combine susu kambing dengan indigofera pulak.
Hari Sabtu lepas, baru jumpa face to face dengan seorang goat breeder yang nak beli benih indigofera. Masa tu saya tengah attend open house kawan, tapi suruh dia datang sekejap. Bila dah jumpa, borak punye borak, last last open house tu pun saya tinggalkan. Hahaha. Sedar sedar member member yang hadir dengan saya dah balik.
Fahmie dengan benih indigofera |
Mungkin ramai dikalangan penternak kambing kenal kut Fahmie Rani ni dari Murni Agro (bole carik dia kat facebook). Malu nak amik gambar, suruh amik gambar dari belakang.
Muda dan fit brader kita ni. One man show dengan bantuan isterinya menternak kambing di Banting, Selangor. 80 ekor kambing. Campur. Daging dan susu. Bagi makan, menyabit napier, perah susu, marketing dan semua aktiviti penternak dilakukan seorang diri. Menternak kambing Saanen dalam 20 ekor. Dah beroperasi beberapa tahun (5 ke 7 tahun..tak ingat).
Dulu ada pekerja, tapi bila mereka dah pandai pakai smartphone...mulalah tak fokus kerja. Main internet je memanjang. Amik keputusan..'You're Fired!!'
Banyak jugak kita bertukar pandangan dan berkongsi info. Satu perkara yang kami cukup setuju ialah tentang customer susu kambing. Jangan putus stock untuk supply pada customer. Kena sentiasa ada. Kalau 3 kali mereka tanya dan asyik cakap susu takde...bye bye lah jawapannya. Mereka akan carik tempat lain.
Jangan terkejut tuan puan, Fahmie jual susu dalam plastik bag sahaja. Ni betul betul low cost and space saving. 1 paket 500ml. 'Gentle cakap, orang cina je yang suka susu kambing den'. katanya.
Susu kambing di Banting. Call Fahmie 0192978447 |
Yep..dan marketnya hanya kat Banting je dan itu pun tak cukup nak supply. Sejarah dia supply susu kambing ni bermula bila dia gantung je susu kat satu kedai ni. Lepas tu jiran kedai pun nak. Lepas tu jiran kepada jiran kedai pun nak. Yes..Goat's milk is high in demand!! Addictive too!
Fahmie rupanya pernah menanam indigofera. Dapat benih sikit darpada benih yang dibagi oleh Don Jenal. Tanam tepi parit. Tapi malangnya pokok indigoferanya mati 'terbakar' sebab jiran sebelah bakar tanaman nenas....merebak sampai ke pokok indigofera. Kena start balik.
Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang berjaya menanam indigofera dari benih yang dibeli. Semoga dengan menanam indigofera akan membantu serba sedikit dalam operasi dan juga khasiat makanan untuk ternakkan tuan puan sekalian, InshaAllah.
Mbek!!
P/S: Ada lagi benih indigofera? Masih ada. Boleh call / sms / whatsapp di 0169193074. RM40 sepaket termasuk pos. 1 paket ada 150 ke 200 biji benih. Selamat menanam dan menternak!!
No comments:
Post a Comment