Apo pulak bondo eh "Prophetic Food" ni, Jang?? Ini kali kedua eden dongar. Mula-mula dulu ado seorang siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Sharifah, yang datang ke LRGF nak buat kajian pasal susu kambing,....kandungan dan khasiatnya. Katanya, kajiannya ini dibawah satu Kajian Payung yang lebih besar bertajuk "Prophetic Food" yang sedang dilaksanakan oleh USIM.
Semalam, seorang lagi dari USIM datang nak jugak buat kajian tentang susu kambing. Menurut Mohd Razlan, kajiannya ini pun maseh dibawah Kajian Payung "Prophetic Food" yang sama.
Kambing merupakan binatang ternakan dan Makanan Nabi-nabi ("Prophetic Food"), kerana itu menjadi subjek yang sesuai untuk mengkaji hubung-kait dengan Al-Quran, sunnah dan hadith Nabi, menurut Razlan. Malah, pengkajian USIM ini cuba juga memahami hubung-kait "Prophetic Food" ini dengan syariat Islam pada keseluruhannya!!
Adil membantu Razlan untuk identify kambing-kambing yang baru sebulan melahirkan anak untuk dijadikan sumber kajian. Kajian dibuat pada susu bagi kambing yang beranak kembar, yang beranakkan jantan dan juga betina.
Pagi tadi Mohd Razlan datang lagi untuk mengambil sample makanan dan juga susu. Di LRGF, kami menyediakan campuran dedak dan daun indigofera untuk makanan pagi, disusuli dengan daun sawit untuk tengahari dan petang.
Razlan hendak mengkaji juga kaitan diantara pemakanan dengan hasil susu. Beliau akan cuba mencadangkan supaya kambing-kambing LRGF juga dibekalkan dengan buah-buah tamar sebagai bahan makan. USIM sudah pun melaksanakannya dengan kandang lain!!
Eden pun nak cuba jugak ni, Jang...Yor lah, kambing Shami ni kan memang berasal dari negara Arab...dari negara Sham, iaitu Syria. (Kambing Shami ni juga dikenali sebagai Damascus Goats--Kambing Damsyik). Memanglah sesuai kalau nak kaji pemakanan buah tamar dengan kambing Shami ni!! Mungkin rasa dan kandungan susu pun berlainan...tak payah nak tambah bahan campuran buah tamar sebab kambing dah makan tamar yang ori, yor tak Jang???
Buat sementara waktu ni, Razlan membuat kajian dengan mengambil tiap-tiap bulan selama tiga bulan akan susu kambing LRGF...susu berkhasiat sebenar,...the real healthier milk!! Yor tak, Jang???
Selamat menternak
Es Emdi
En. Adil dah "pass" untuk jadi Research Assistant. Hehehe.
ReplyDelete