Thursday 18 September 2014

NAK DAUN KER...NAK BENIH, JANG??

Salam Mmmbbbeekkk, Bro!!

Eden tengok indigofera yang ditanam oleh Kepten Don Jenal dah mula berputik. Tak lama lagi banyaklah benih indigofera, In Sya Allah....tak payahlah lagi kita  impot dari Filipina!!

Eden pun banyak jugak tanam indigofera ni kat LRGF...itu pun dapat benih dari Don Jenal dulu!! Tapi eden dah mula berikan kambing makan daun yang tinggi protein ni. Jadi terpaksa cantas tiap-tiap 30-40 hari.


Tapi bila kita asyik cantas tiap-tiap bulan, maka tak dapatlah pokok nak berbunga,...jadi tak adalah  yang boleh menjadi benih.  Itu pun dah tak cukup nak beri makan kambing tiap-tiap hari...Dah kena semai semula pokok indigofera ni. Mau tak mau,...kena simpan jugak beberapa pokok untuk dapatkan benih.


Jadi ada beberapa pokok yang sedang berbunga tidak dicantas lagi. Memang kena simpan, Jang....supaya tak putus supply daun indigofera ni. Kambing memang gomar pulak. Lagi pun, dari perhatian awal....eden nampak susu kambing bertambah bila makan indigofera. Tapi ini maseh dalam study laei....itu sebab tak leh berenti beri makan daun ni.


Nasib baik jugak taman indigofera ni dalam dusun aja...memang dekat kandang. Tu tanah lapang tu memang dah aim nak tanam lagi pokok indigofera. Tu sebab nak simpan juga pokok yang sedang berbunga...harap-harap akan boleh jadi benih!! Kalau tidak kena mintak juga pada Don Jenal..boleh Bro???

Selamat menternak.
Es Emdi

3 comments:

  1. terbaik pak es..sbnarnya biji benih den byak lg xpakai.ada setengah balang kuih raya lagi.hahaha....ada yang mau x..kihkih...

    ReplyDelete
  2. kak baca testimoni LRGF, nak pula kak mencuba, boleh ke Kak beli benih dari Feral KK....

    ReplyDelete
  3. Nooraini Nasir- memang kena cuba. (Es Emdi)

    ReplyDelete