Thursday 11 September 2014

SELESAI SATU LAGI PROBLEM, JANG!!!

Salam Mmmbbbeekkk, Bro!!

Dalam sistem makan tanggung ni, satu masalah yang memeningkan jugak ialah makanan daun banyak terbuang di luar palung. Terutama sekali bila dedaun yang telah dikisar dicampurkan pulak dengan dedak .Daun-daun yang dikisar tu selalunya dikuis-kuis oleh kambing sebab nak cari dan baham dedak dulu!!

Eden dulu memang campurkan daun dengan dedak sekali....mudah dan jimat masa. Tapi problemnya, banyak daun terbuang..dan kandang juga bersepah!!

Jadi, ambil jalan senang. Beri daun sawit yang dikisar (grind) dulu!!!


Bila tak ada dedak, tidaklah dikuis-kuis...sikit aja daun yang terkeluar dari palung. Tidaklah membuang!! Lagi pun biar kambing tu banyak makan daun!!


Eden jadualkan daun sawit ni dicampurkan jugak dengan indigofera....sebab belum banyak pokok untuk beri makan tiap-tiap hari. Bila dah settle baru dihidangkan dengan dedak!!


Memanglah berebut dan memekak dia orang nakkan dedak tuu..memang kalut jugak!! Tapi bila dedak tu bergaul dengan baki daun, maka gerenti semuanya habis dimakan. Tinggal lidi-lidi daun sawit aja!! Memang efficient dan wastage yang minima!!


Taklah somak kandang tu, Jang!! Solved the problem.....heh..heh...tapi tambah laei kojo!!!                      
Selamat menternak
Es Emdi

3 comments:

  1. Daun sawit yg di chop x mendatangkan masalah ke pak? Nanti tlg amik gambar mesin chopper n daun yg da dikisar pak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lihat posting Pisau Tumpul,Jang!! Ada gambar kat situ!!(Es Emdi)

      Delete
  2. Saya pakai grinder....kisar dan penyet lidi..bukannya mesin chopper!! (Es Emdi)

    ReplyDelete