Tuesday 23 September 2014

SHAM..SHAM

Bukan short form untuk shami, tapi seorang semi penternak kambing. Nama beliau Sham. Bekerja di Cheras, dan ada kandang kambing di Kelantan, bela Jamnapari yang dijaga oleh pakcik nya. Sham masih bekerja, di sebuah syarikat engineering. Berkenalan dengan beliau masa dia nak beli benih indigofera beberapa bulan yang lalu.

Minggu lepas dapat whatsapp dari beliau.

"Boh..ni pokok apa? Jumpa kat taman perumahan UPM tepi jalan. Pokok sepohon je, dok tempat semak sikit"




Hmm..very close to indigofera ni. Daun, bunga dan warnanya resembles alot like. Ada juga pokok ni hidup kat kawasan semak taman perumahan. 


Pokok pun hidup subur...daun menghijau, mature very well dengan pertumbuhan bunganya dan benih pun menjadi!! Rimbun pokok ni....bagi kambing makan sodap ni. Estimation saya tahap rimbun, putik bunga dan ketinggian, most probably umur dah + - 1 tahun. Macamana boleh sampai ke sini pokok indigofera ni??


Yang mengagumkan saya ialah macamane sham boleh 'spot' pokok ni. Memang terer betul. Tajam sungguh penglihatan. Hebat bro!!. 

Jawapan beliau cukup sempoi..

"Deria dah macam kambing"..........

"Ada anak indigofera yang amik semai dalam polybeg esok ni"

Sham....sham. Dah kena tukar semi penternak ke full time penternak dah bro kalau dah tahap skill macam tu.

Mbekk!!

No comments:

Post a Comment