Sejak eden berHIJRAH dari operasi makan-tanggung kepada makan lepas-bebas,...banyak manfaat yang ketara, Jang!!
Dari segi tenaga kerja dan cara kerja, memang ringan banyak, Jang!! Mesin chopper & grinder dah boleh pencen...makan kat luar kandang tu banyak dan dah cukup. Cuma eden bagi supplement dengan pellet dan soya hull bila dah balek kandang belah petang!!
Kerja kat kandang dah jadi minima....perah susu pun dah boleh buat lebih awal sebelah pagi!!
Dan mengikut pekerja eden yang kerjanya ngopek ajerr...tetek kambing sekarang ni semakin berisi...tegang!! Susunya banyak....dah bertambah agaknya sejak dilepaskan meragut kat dusun LRGF.
Macam kambing di atas tu..Itu induk kacukan Shami, baru tahap F1 ajor, Jang!! Dah lebih enam bulan keluarkan susu...Ingat-ingat kok nak keringkan ajor...tapi susu ehr bertambah banyak pulak sejak dilepaskan bebas tuu!!!
Susu ehr maseh pekat, Jang!! Tapi perubahan yang mengejutkan...sejak kambing-kambing ni turun bebas meragut dan menikmati cahaya matahari.... SUSU TAK ADA BAU HAMIS LANGSUNG!!!! Benar, Jang!! Sengaja eden key-in dengan huruf bosar dan bold tuuu...for emphasis, kalau-kalau kau tak percaya!!
Dah satu minggu eden buek tasting susu...memang susu kambing gembala LRGF dah tak ada bau hamis langsung!!!
Bukan itu ajor,Jang!! Yang lebih menghairankan,bau susu dahlah tak hamis, RASANYA PULAK ADA MACAM LEMAK MANIS!!
Memang hebat perubahan pada kambing gembala ni. Ada nilai tambah yang khas pada susu kambing-kambing yang digembala. (Alwigoatfarm pun ada post perkara yang sama). Nampaknya kena pasarkan dan tukar tagline Lalah River Goat Milk sebagai susu kambing gembala!!
Alhamdulillah,....barakah Hijrah, Jang!!
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436
Es Emdi
Segala puji kepada Yang Maha Bijaksana, dan tahniah kepada Pak Es kerana melihat peningkatan prestasi dan penurunan input!
ReplyDeleteMaha Suci Allah Yang Maha Mengetahui....tq Bro di atas segala input!! (Es Emdi)
ReplyDeleteMAASYAA ALLAAH,LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH!!!."Sesungguhnya atas kehendak Allah jua semua ini terjadi,tiada qudrat melainkan dengan pertolongan Allah".Satu pembelajaran yang hebat.Selamat berjaya Pok Es.
ReplyDeleteTk Tok Ba....maseh lagi banyak nak belajar!! Selamat Menyambut Maal Hijrah. (Es Emdi)
ReplyDelete