Wednesday 12 November 2014

MMMBBEEKKK,...KAPTEN!!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Pagi-pagi tadi terima call dari Udin. Katanya dia nak datang tengok kambing. Dia ada di Senawang,..jadi dekatlah,..petang-petang sikit dia nak singgah!!

Eden beritahu yang sebelah petang eden bawak kambing keluar..gembala dalam kebun getah!! Tapi sekarang ni dah hujan tiap-tiap petang!!

Tak sampai satu jam kemudian muncul Udin kat dusun LRGF!! Naik motor kecik biasa ajer...pakai baju colorong-coloreng askar!! Terperanjat jugak eden, Jang!!


Ini pertama kali seorang askar datang kandang LRGF....dan kalau tak silap ini jugak first time tengok askar minat membiak kambing!!

Udin ni memang dari sejak budak-budak dah bela kambing....cuma dia terpaksa berhenti dan jual semua kambing-kambingnya sebab orang kampung komplen, katanya!! Tapi minatnya yang terpendam tu tak pernah luntur. Bila dah bekerja...dah jadi askar...nak cuba balik menternak kambing. Tapi bimbang kok isteri tak berapa setuju....Jadi peram aja hasrat tuuu!!

Tiba-tiba bila dah dapat anak ketiga, kata Udin, isterinya beri green light!! Apo lagi,..terus cari kawan sekampung..jadi partner cum pekerja untuk jaga kambing!! Maka mulah Udin menternak kambing sekali lagi....kali ni biri-biri di kampung Serkam,Melaka!!

 

Kalau dah kaki mmmbbeekkk tuuu, memang tak kekok langsung dengan kambing, Jang!! Udin dah mula membeli biri-biri..sekurang-kurangnya tiga ekor sebulan, katanya!! Guna duit sendiri...takut nak berhutang, katanya lagi!!

Banyak kali dia terduduk jugak, Jang!! Satu ketika hampir satu kandang kena ceret-beret!! Tapi dia tak panik...Udin ini memang kuat bertawakkal...Dengan usaha kesabaran dan keikhlasannya,...dia ubatkan semua kambingnya yang sakit tu dengan beri minum minyak kelapa ajer!! Alhamdulillah sembuh semua kecuali seekor!! Rupa-rupanya, kambing-kambing tu termakan butir-butir baja ketika meragut di ladang sawit!!!!

Udin ni memang hands-on....Dia sendiri turun kandang tolong pekerja rakan-kongsinya!!Tiap-tiap hujung minggu dan kalau cuti, Udin sendiri yang buat silaj napier...dia sediakan makanan untuk dua minggu in-advance!! Jadi taklah keputusan supply!! Tambah lagi, rakan-pekerjanya baru dapat kemalangan!!


Udin pun nak tanam juga indigofera kat kebunnya....Dia ni memang kuat berkebun jugak, Jang!! Ada satu ekar tanam nangka madu,...satu ekar lagi tanam nyior pandan...kok ada kawasan macam dusun LRGF ni,..dia akan bela rusa, katanya!! Memang hebat semangat askar, ni Jang!!!

Bilo dah nak balek,...bilo den nak ambik gambarnya pegang anak indigofera dan susu kambing (untuk anak-anak, katanya),..baru eden ternampak pangkat tentera Udin, yang tergantung kat dada tuu!! Tigo tampuk pinang, Jang!! Ini pangkat KAPTEN, Regimen Askar Melayu Diraja rupanya.!!

Mmmmbbbeekkk Kapten!!

Selamat menternak!!
Es Emdi.

4 comments:

  1. den askar air nak pencen dah ni...

    ReplyDelete
  2. Hebat jugak askar-askar ni...ada banyak lagi tak?? (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. "INI LAAA BARISAN KITA, YANG IKHLAS BERJUANG,SIAP SEDIA BERKORBAN,UNTUK KAMBING-KAMBING KITA". Selamat berternak kepada Kpt.Udin,tabek spring kerana kembali menjadi penternak.Salam untuk Pok Es dan Kpt. Udin

    ReplyDelete