...cara cincai je. Gardener amatur.
Assalamualikum tuan pun pembaca blog LRGF.
Banyak jugak kami dapat inquiry pasal indigofera. Ramai juga yang turut beli benihnya. Terima kasih kami ucapkan. Sekarang menunggu test reult dari UPM mengenai pokok indigofera ni. Preliminary test dah berjaya menunjukkan crude protein yang tinggi pada daunnya, sama seperti yang dikaji di Filipina. Harapan kami, pokok indigofera serba sedikit dapat membantu para penternak dalam mengurangkan kos operasi serta meningkat kualiti makanan untuk kambing kambing sekalian, In Sha Allah.
Kat LRGF ni nak menanam memang senang, tumbuh subur dan menghijau je pokok pokok, tapi kakitangan nak menanam susah. Tak cukup manpower and time. Jadi untuk membantu situasi ni, saya semailah pokok indigofera ni kat KL dulu, dalam kawasan perumahan yang penuh dengan debu asap kereta dan pancaran matahari yang tak optimum.
Lantak lah. Buat je asalkan kambing happy, tuannya lagi happy.
Post ni nak tunjukkan cara saya semai benih indigofera ni. Sorry ye mana yang otai dan pakar menanam ni tengok macam salah je caranya atau ada teknik yang lebih bagus, silalah beri komen sebab yang tukang menyemai ni tahap novice. beginner of the beginners punya level.
Ok.....ada yang terus tabur je benih indigofera kat tanah (kepada sesiapa yang ada tanah lapang kat ladang boleh praktikkan). Tapi kena protect tempat disemai tu supaya ayam tak kacau.
Pertama sekali benih indigofera ni boleh direndamkan semalaman dulu supaya membantu proses germination nanti. First time semai dulu tak rendam pun benih dan alhamdulillah tumbuh jugak anak daun.
Benih indigofera. Approximately 100 ke 150 biji benih |
Benih direndam dengan air paip je |
Akan terdapat beberapa benih yang terapung dan melekat sama sendiri di permukaan air. Asing asingkan benih yang melekat tu. Ada yang akan terapung dan ada yang tenggelam. Biarkan benih ni settle semalaman.
12 jam lepas proses merendam |
Lama kelamaan warna air akan tukar. Kalau lama lagi air tu tukar berwarna hijau pekat. Tak tahu kenapa (malas nak research hehehe). So lepas ni, buang dulu benih yang terapung tadi sebab kebarangkalian benih terapung ni tak akan menjadi bila ditanam nanti. Buangkan air dan keringkan benih yang tenggelam tu. Saya tabur je atas piring dan biar benih tu kering.
Bila ni settle, kita prepare pulak tempat semaian. Kita guna sowing pot. Tak tahu berapa harganya tapi murah je kut. Benda pun plastik, material macam disposable plastic plates tu. Boleh beli kat kedai nurseri.
2 papan sowing pot |
1 papan ni ada lebih kurang 100 lubang / pot
Sowing pot tu kita isi dengan ni. 3 in 1 - Peat Moss, Compost & Fertilizer. Harga RM4 satu beg. 1 beg ni terlebih cukup untuk 1 papan sowing pot. Lupa nak amik gambar teknik letak baja ni kat sowing pot, tapi mudah sahaja. Taburkan baja ni kat tengah tengah papan sowing pot. Biar membukit baja tu. Lepas tu kita 'spread' baja tu ke semua lubang / pot. Senang cara ni dari kita amik baja dan letak ke dalam pot tu satu per satu. Dan pastikan setiap sowing pot tu padat, not loose soil. So part ni kerja leceh sikit. kena tekan tekan dan padatkan soil pada setiap pot.
Bila sowing pot dah siap, benih pun dah kering, time untuk semai benih. Sila sediakan 'toothpick'.
Cucukkan toothpick di tengah tengah setiap tapak / pot semaian. Tak perlu cucuk dalam dalam, setakat suku dari permukaan tanah baja. Masukkan sebiji atau dua kedalam lubang yang dibuat dan tutup balik. Part ni mengambil masa sikit.
Selesai part ni, letakkan papan sowing pot di tempat yang sesuai, seeloknya yang tak akan kena hujan. Sia sia je semai, kena hujan lebat, bersepah lah tanah dan benih terkeluar dari sowing pot tu. Pada peringkat ni, tak perlu direct sunlight lagi. Siram air jika perlu pada tapak semaian.
Dan sememangnya benih indigofera ni mudah sangat tumbuh, walaupun kat bandar ni. Kurang dari 5 hari dah boleh nampak percambahan bermula.
Hello there.. |
Hi LRGF... |
Hebat, hebat bro. Badan kat bandar hati kat kampung. Biasa klu nak semai anak benih utk fertigrasi saya part nak padat kan peat moss dlm sowing pot senang je.
ReplyDeleteBila peat moss dah masuk, ambil satu satu sowing pot lain tindihkan atas nye. Tekan 2@3 kali padat
Tq bro. Memang buat macam tu pun. lupa nak tulis heheehe. (adil)
Delete