Wednesday 10 December 2014

LAWATAN DARI IMAM MUDA

Assalamualaikum tuan puan pembaca.

Semalam LRGF telah menerima kunjungan dari En Syafrudin sekeluarga. Minggu lepas dah buat appointment. Pukul 7am saya mesej nak double check jadi ke datang. Dia response "Insya Allah, jadi...Menanti masa je ni pukul 11am". Hahaha semangat betul.

Background sikit pasal En Sayfrudin ni. Beliau sekarang bekerja makan gaji (tak salah semalam katanya tengah bekerja 3 tempat). Sekarang tengah mengajar sekolah agama di Seremban dan pada masa sama Imam muda juga rupanya. Pernah dulu kerja bawah polis kut di bhgn keagamaan tapi tak ngam. Duduk ofis je. 

Kebosanan makan gaji dah terasa. Nekad nak menjadi penternak, walaupun kurang mendapat sokongan dan semangat. Sangat berminat nak menceburi dunia ternakan. Telahpun menghadiri kursus MJ Fatonah. Antara unggas atau kambing....tuan imam pilih kambing. Sekarang ni tengah proses menimba ilmu dan membuat sesi lawatan kandang ke kandang.

"Dah pegi ke melawat kandang Prof. Alwi? Itu satu tempat yang MESTI pegi." saya kata.

"Dah call dia. Tuan Alwi suruh datang sini" kata imam muda. 

(Hahahaha .... prof, main tai chi ye. Tapi terima kasih kerana merekomenkan LRGF prof)

Imam muda kita datang sekeluarga. Kambing kambing belum dilepaskan lagi untuk meragut.

Keluarga En Syafrudin dengan maskot LRGF - Brownie
Lepas dah tour dalam kandang, sesi soal menyoal, anak anak imam muda berlari sakan kejar kejar anak kambing, bermanja manja dengan brownie, masa untuk lepaskan kambing meragut dah tiba.

Menurut imam muda, sebagai pelawat, dapat rasa kelainan melihat sendiri situasi kambing yang makan tanggung dan kambing yang dilepaskan meragut. Lagi seronok tengok kambing bebas. Nampak ringan bebannya dan tenang sungguh rasanya. Menambahkan lagi keseronokan imam muda nak ternak kambing.

Tetapi 'highlight' visit sebenarnya ialah anak anak imam muda ni. Memang kelakar dan seronok menengok telatah mereka. Habis satu LRGF mereka terjah. Nasib baik tak mintak nak terjun kat Sungai Lalah. Yang kena layan mereka ialah Atuk (Pak Es).

'Atuk ni pokok apa?'
'Kambing kencing...bole pijak tak?
'Apesal kambing ni buta?'
'Yang ni ape? (sambil tunjuk mineral block)
'Bole tak masuk kandang ni?'
'Atuk .. lepas kambing pegi makan, pegi mana pulak?'
'Malam malam kambing buat ape pulak?'

Masa kambing tengah meragut dalam kawasan LRGF, anak anak ni pegi kumpul dan petik daun durian dan bagi kambing makan. Time nak keluar mengembala kat dusun jiran, mereka yang kehadapan sekali dengan atuk.

"Mat jangan masuk, dah dah....banyak nyamuk" pekik ayahnya.
"Tak de nyamuk. satu je" (sambil menepuk nepuk dahi dan tangan kena attack dengan nyamuk).

Sememangnya bermain dengan kambing kambing ni meriang riakan hati kanak kanak. Senang lah jugak imam muda kita bila nak ternak nanti, assistant ada 2 orang.



Yang paling terharu bila nak balik. Abangnye muka monyok aje. Sedih. Melambai dalam kereta sampai melinang airmata. Tak nak balik. Tak nak tinggalkan kambing. Nak main lagi dengan kambing. Pujuklah si atuk (pak es) suruh datang balik lain kali.

Terima kasih kerana sudi melawat LRGF. Maaf sekiranya ada terkurang atau terkasar. Diharap lawatan ini membakar lagi semangat imam muda menjadi penternak yang berjaya Insya Allah.

Mbekk!!

P/S:Pagi ni dapat mesej dari imam muda.



1 comment:

  1. Seronok baca kisah budak2 ni.....tentu tak sabar dia orang nak datang lagi...tambahan ada atok yg melayan 1001 macam soalan...layannnnnn atok!!!!

    ReplyDelete