Friday, 13 March 2015

UJI SUSU CMT-TEST..the smart way,Jang!!!


Salam Mmbbeekkk, Bro!!

Sejak buat CMT-TEST pada susu kambing kacukan Shami yang kami lakukan minggu dulu, banyak pulak terima respon dari kekawan!! Terimakasih Din (yang juga buat kajian protein content pokok indigofera di LRGF dulu) kerana memberi penjelasan lanjut tentang CMT-TEST!!

Memang patut pengeluar-pengeluar susu kambing buat ujian bakteria ini!!

Tapi cara yang eden buat minggu lalu tu,...kalau nak ikut nasihat Dr.Su dari Lazuli,...memang serek lerr sikit. Kita terpaksa ambil sample susu dari setiap kambing. Terpaksa ngambil masa dan ekstra tenaga kerja!!

Jadi eden cuba permudahkan sikit!!


Kali ni eden buat test ikut kumpulan kecil beberapa ekor kambing. Susu kambing diuji tak ikut individu,..tapi dikumpulkan dan diuji.


Kerja pun mudah sikit. Tapi kena pastikan susu dari tiap-tiap kumpulan diuji terus dan diasingkan dulu sehingga pasti tidak tercemar dan bebas dari bakteria. 

Dengan itu dapat mengurangkan masa dan kerja membuat CMT-TEST, disamping memastikan susu kambing LRGF adalah sentiasa bebas bakteria!!

Uji susu the smart way....boleh kor, Jang???

Selamat menternak.
Es Emdi 

1 comment:

  1. Salam n SANSAW.work smart-boleh.become more pro itu mencabar.mengikut kata Ellie Winslow {I can taste a glass of goat milk and I can tell you WHAT breed it came from}.lalah boleh boek koh.Minah ni tinggi ilmunya.dia boleh buat klasifikasi susu kbg.seaanan macam ni.alphin begini.La Mancha begitu.. susuShami x Boer dia blank.Nanti dan jomput ke Malaysia .nak suroh dia test susu kbg Lalah.Boleh koh?cam no.?barulah TEST namonya.anyway kitapun boleh buek macam dio.tqlah nanti kita gurmal cerita susu lagi.dah loteh n ngantok nak tidor.

    ReplyDelete