Monday 1 June 2015

SEMALU NYEBABKAN PURU, JANG???

Salam Mmmbbeeekkkk, Bro!!

Eden panggil daun semalu, sebab bila disentuh seluruh daun bertukar jadi layu, tunduk macam orang malu. Kok tak silap nama lainnya ialah Mimosa!! Banyak terdapat di padang-padang kat kampung. Dan batangnya berduri..penuh duri, macam gambar kat bawah ni.


Daunya kecik ajor...batangnya penuh duri tajam pulak tu. Tapi daun ni lerr kambing yang gomar!! Diantara rumput dengan daun semalu..kambing akan pilih daun semalu dulu!! Entah apo istimewanya? Mungkin ada rasa? Atau, nutrient content yang special??

Eden belum jumpa sebarang kajian terhadap daun semalu ni. Kenapa  kambing suka makan daun yang batangnya banyak duri tajam!! Mungkin Pak Puteh Sahad boleh beri pencerahan!!

Tapi yang eden tahu, kambing akan mengalami luka-luka mulut bila banyak meragut daun semalu nii. Yang pelek tu, macam tak apa-apa ajer...puas kita halau, akan balek juga kambing membaham daun semalu!! Dan inilah akibatnya!!


Dua belah di sudut bibir luka kerana mengunyah daun semalu dengan duri batangnya.


Ni pun camtu jugak!!

Dah nampak macam jadi puru pulak, yor tak Jang?? Inilah penangan daun semalu. Walaupun nampaknya tak bahaya, ia boleh melukakan mulut dan menjadi penyakit puru!!


Pagi tadi eden buat operasi nyah puru. Mula-mula gunakan ubat tradisional, minyak masak dicampurkan dengan kunyit. Semua mulut kambing dilumur dengan minyak kunyit.

Mana yang agak berat, eden injek dengan Ivermec, tapi bagi yang eden suspek dah bunting eden gunakan Anthiomaline.


Inilah diantara aspek negatif yang harus sentiasa diawasi oleh operasi kambing gembala. Disamping itu, ambing kambing, khususnya bagi operasi tenusu, harus diperiksa setiap hari. Kerap kali jugak tetek kambing akan mengalami luka-luka kerana tersangkut duri dan sebagainya. Dan, banyak juga kekawan pengembala yang terpaksa menghadapi serangan kutu babi, yang lekat pada tubuh kambing-kambing mereka kerana mengembala di tempat babi-babi hutan berkeliaran.

Tetapi masalah-masalah itu boleh diatasi dan tidak melemahkan rasional serta keperluan untuk terus mengembala!!

Selamat berjuang!! Breeders for Freedom!!
Es Emdi

No comments:

Post a Comment