Sunday 19 July 2015

TIGO HARI RAYO@LRGF!!

Selamat Hari Rayo laei, Bro!!

Hari ni giliran Tiara pulak bawak geng alumni YPM dan Concorde College. Dia orang ni pulak bawak keluarga masing-masing..bertambah meriah lagi suasana tigo Hari Rayo kek LRGF, Jang!!


A'in/Pia'h datang dengan ibunya...Pn Ruhani Abd Rahman,..producer filem. Eden pun ligat jugak bersimbang pasal budak-budak sekarang ni buat filem dan gara-gara terbitkan drama tv!! Macam producer senior yang lain,....susah nak layan kerenah stesen tv, kata Pn Ruhani!! Eden setuju jugak tu, Jang!!


Daim pulak datang dengan keluarganya..dan tambah meriah lagi bila keluarga sebelah besan dari Masjid Tanah pun ada sama. Dapatlah mereka menjamu hidangan lemang+rendang+nasi himpit dan juga Tiara's special dish of spaghetti Salmon.

Tapi,...mana nak lawan hidangan durian, Jang??


Geng YPM,...Daim, Pia'h dan Tiara.


Daim & family,..memang durian eater!! Itu pun durian yang dah hujung-hujung..maseh ada rezeki Hari Raya!! Enjoying their Raya visit at LRGF!!
......and the kids cannot wait,...nak main dengan kambing!!


Shatri dan keluarga juga datang...Jacob dan Issac tu sedang berjinak-jinak dengan Brownie!!


Issac,anak bongsu Shatri, dah berani beri makan daun...kat Don King pun dia tak takut!!
Shatri ni sama-sama dengan Tiara belajar kat Concorde College, UK dulu. Dia pun orang Rembau jugak...Dia pun datang bersama keluarga dan bawak abahnya sama.


Hj Faiz, abah Shatri,...kawan lama, dah 40+ tak jumpa!! Dia ni pun geng sama hobi..especially pada malam masa-masa lapang!! Masa tu eden baru jadi tutor kek UM pada tahun 1970....dan berkawan rapat dengan kumpulan kami oghang Ghombau yang tinggal kek PJ. Jadi memang selalu lerr kami berhobi....berseronok!!

Terima kasih Tn Hj Faiz kerana sudi datang. Dan kepada geng Tiara dan keluarga masing-masing,..hope you have enjoyed your raya visit at Lalah River Goat Farm. Selamat Hari Raya!!

Es Emdi dan keluarga.




No comments:

Post a Comment