Monday, 8 July 2013

CROSS BREEDING 101


Salam sejahtera penternak sekalian. Pertama sekali hamba nak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca. Walaupun baru je start blog, namun respon nye tidak lah saya sangka. (Saya refer dari blogger nye overview. Tak tahu lah betul ke tak. Bukannya pandai nak intrepret pun.)

Ok. This is a short post sebab content ni cukup padat, ringkas dan mudah di fahami. Wajib untuk saya repost untuk kesenangan para penternak yang baru.

Setinggi tinggi terima kasih kepada Don Capra Hircus diatas penjelasan di bawah. Saudara saudari boleh layari blognya di sini. Menariknya tentang beliau ni ialah researchnya tentang penggunaan herba sebagai alternatif makanan / ubatan kepada kambing kambingnya. 

Statement di bawah ni adalah respon beliau kepada previous post saya 'Kami dan Shami'.

Assalam tuan tanah.

Bila sebut pasal crossing ni, buat saya tertarik. Saya ada baca, target tuan adalah Fullblood. Sebenarnya tuan tidak akan mencapai taraf fullblood, hanya purebreed. Maksimum darah Shami yang boleh dapat 99.99999%. Takkan dapat 100%. Tuan boleh hasilkan baka composite tuan sendiri.

Baka composite adalah baka yang dihasilkan melalui crossbreeding, kemudian bila capai tahap yang kita nak, kita stop crossbreeding dan bela hasil akhir tu sebagai 1 baka baru. tiada lagi crossbreeding hanya linebreeding & outbreeding.

Berapa kali cross yang nak dibuat? katakan 4 kali cross dengan Pejantan shami. Ini kiraan saya.

100% Shami x Boer cross = 50% Shami 50% Boer cross (f1)
F1 x 100% Shami = 75% Shami 25% Boer cross (f2)
F2 x 100% Shami = 87.5% Shami 12.5% Boer cross (f3)
F3 x 100% Shami = 93.75 % Shami 6.25% Boer cross (f4)

Bila dah dapat f4, stop crossbreeding. Tetapi SELECTION perlu dibuat. Buat selection semasa di F1, F2, F3, & F4. Lagi cepat kita capai ciri2 yang kita nak. pilih 2 3 ciri sahaja, contoh, susu yang banyak & kenaikan berat yang cepat.

Lepas dah stabil, boleh la register baka tu macam Jermasia, Lalah Shami ke apa ke.



Sekian. Mbekk!!

11 comments:

  1. hahaha. first time ni. terharu. terima kasih terima kasih.

    crossbreeding banyak sistem. ada two way, three way, rotational, maternal dan lain-lain. rajin nanti saya share sistem2 ni plak.

    terima kasih sekali lagi. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Kalo nk buat smpi F4,kita kne ada pejntan 4ekor.betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 ekor kalo betul2 taknak ada sumbang mahram, outbreeding, tiada hubungan langsung. hehe. tapi kalo 2 ekor pun boleh, dengan kaedah linebreeding, antara datuk dengan cucu. inbreeding ni antara bapak dengan anak.

      Pejantan: Arnold & Stallone

      Arnold x Induk = A1

      A1 (Anak A) x Stallone = S1A1 (cucu Arnold, anak Stallone)

      S1A1 (cucu A, anak S) x Arnold = S1A2 (cucu Stallone, anak Arnold)

      S1A2 (Anak A, cucu S) x Stallone = S2A2.

      guna 4 ekor pejantan ni kaedah outbreeding. pejantan dari luar dibawa masuk, tiada langsung pertalian dengan induk. lebih bagus outbreeding kalo kita nak kambing kita lebih perform, lebih kuat. tapi kalo kita nak maintain ciri2 yang kita nak tu, linebreeding & inbreeding kaedahnya. namun begitu ada juga kesan negatif dari linebreeding & inbreeding di mana, deformities, kelemahan juga akan diwariskan.

      Delete
  3. Tq tuan naxz diatas soalan dan kapten Don dengan jawapan yang diberikan. Minta izin ye saya nak repost Q&A ni pada post akan datang.

    ReplyDelete
  4. perghh..bgus discussion ni,mmg thap PhD ni..mmg rsa bangga bila mlihat kwn2 penternak smua bincang prkara2 yg a little bit technical mcm crossbreeding,linebreeding n inbreeding ni..brbeza btul dgn blog2 pntrnak lma yg dlu2.hehe..marvelous tuan2..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. betul, blog lama2 dok ulang benda sama je. 10 blog, 1 je lain. sekarang, 10 blog, 10 macam lainnya.

      Delete
  5. Bg sy inbreeding ni x elok.bnyk klemahan dr segi fizikal n genetik. At least kita kne ada 2 pjntan utk elak inbreeding.wpun pjntan ni hrganye mahal,tp longterm kita dpt untung jgak.yg pnting kita xnk induk betina kita mkin hari mkin kecik saiznya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, setuju. inbreeding ni tak elok. takda penambahbaikan. sebab tu, kita boleh kahwin dengan sepupu atau ajnabi, tapi tidak digalakkan. sebab faktor kelemahan yang diwarisi ni la.

      sebagai contoh, pejantan yang kita ada, parasite resistance kurang. kemudian kita kahwinkan balik dengan anaknya, macam mana parasite resistence tu nak improve bertambah baik kalo kita downgrade?

      betul, sekurang-kurang 2 ekor pejantan dalam satu masa. tapi tu la macam bro naxz cakap, kos. harga pejantan mahal, lagi2 yang tiptop. nak maintain dia lagi. satu cara yang boleh diamalkan adalah, bertukar pejantan dengan kandang berhampiran dengan kualiti pejantan yang sama. kena kowtim, rotate. at least simpan di kandang tu sebelum anak hasil pejantan pertama datang biang pertama.

      untuk menjimatkan kos, kita boleh guna 1 pejantan eksotik macam Anglo Nubian & 1 pejantan local dengan menggunakan sistem rotational crossbreeding.

      Rotational crossbreeding (silangan pusingan antara 2 baka, boleh jadi 3 boleh jadi 4 baka):
      Pejantan: Anglo & Katjang

      Anglo x Induk katjang = A1 [50% Anglo 50 % Katjang

      A1 (Anak A) x Katjang = K1A1 [25% Anglo 75% Katjang]

      K1A1 x Anglo = K1A2 [62.5% Anglo 37.5% Katjang]

      K1A2 x Katjang = K2A2 [31.25% Anglo 68.75% katjang]

      K2A2 x Anglo = K2A3 [65.625% Anglo 34.375% katjang]

      Boleh dimasukkan juga sistem terminal crossbreeding. Terminal crossbreeding ni adalah mana2 anak yang lahir dari pejantan terminal, akan dijual semuanya jantan betina untuk slaughter. Contoh baka Boer.

      Dari K2A3 x Boer = anak semua jual untuk sembelihan.

      Boleh juga gabung sistem, Roto-terminal.

      Sekian.

      Delete
    2. Dengan fokus kpd pembiakbakaan ni,scra xlangsung kita akn nmbuat rekod utk ternakan kita. Tag telinga mrupakn satu kemestian utk bezakn generasi A1,K1A1 dll. Setiap generasi berlainan warna,brulah kita xpening kpala nnti.
      Tq for kpten don atas penerangan yg diberikan.

      Delete
    3. betul. record keeping adalah antara kunci utama kejayaan crossbreeding ni. baru kita dapat track perjalanan crossbreeding kita dengan baik.

      sama2 bro, boleh share kita share. hehe.

      Delete