Thursday, 11 July 2013

CROSS BREEDING 101 (con't)


Salam semua.

Post ini sambungan discussion cross breeding di antara saudara Naxz (blognya di sini mengenai bebiri) dan juga saudara Don Capra Hircus. Lebih detail lagi tahap saya pun baru faham. Mari kita hayati.

Naxz: Kalo nk buat smpi F4, kita kne ada pejntan 4 ekor.betul ke?

Don Capra: 4 ekor kalo betul2 taknak ada sumbang mahram, outbreeding, tiada hubungan langsung. hehe. tapi kalo 2 ekor pun boleh, dengan kaedah linebreeding, antara datuk dengan cucu. inbreeding ni antara bapak dengan anak.

Pejantan: Arnold & Stallone

Arnold x Induk = A1

A1 (Anak A) x Stallone = S1A1 (cucu Arnold, anak Stallone)

S1A1 (cucu A, anak S) x Arnold = S1A2 (cucu Stallone, anak Arnold)

S1A2 (Anak A, cucu S) x Stallone = S2A2.

Guna 4 ekor pejantan ni kaedah outbreeding. pejantan dari luar dibawa masuk, tiada langsung pertalian dengan induk. lebih bagus outbreeding kalo kita nak kambing kita lebih perform, lebih kuat. tapi kalo kita nak maintain ciri2 yang kita nak tu, linebreeding & inbreeding kaedahnya. namun begitu ada juga kesan negatif dari linebreeding & inbreeding di mana, deformities, kelemahan juga akan diwariskan.

Naxz: Bg sy inbreeding ni x elok.bnyk klemahan dr segi fizikal n genetik. At least kita kne ada 2 pejantan utk elak inbreeding. walaupun pejntan ni harganye mahal, tapi long term kita dpt untung jugak. Yg penting kita tak nak induk betina kita makin hari makin kecik saiznya.

Don Capra: Betul, setuju. inbreeding ni tak elok. takda penambahbaikan. sebab tu, kita boleh kahwin dengan sepupu atau ajnabi, tapi tidak digalakkan. sebab faktor kelemahan yang diwarisi ni la.

Sebagai contoh, pejantan yang kita ada, parasite resistance kurang. kemudian kita kahwinkan balik dengan anaknya, macam mana parasite resistence tu nak improve bertambah baik kalo kita downgrade?

betul, sekurang-kurang 2 ekor pejantan dalam satu masa. tapi tu la macam bro naxz cakap, kos. harga pejantan mahal, lagi2 yang tiptop. nak maintain dia lagi. satu cara yang boleh diamalkan adalah, bertukar pejantan dengan kandang berhampiran dengan kualiti pejantan yang sama. kena kowtim, rotate. at least simpan di kandang tu sebelum anak hasil pejantan pertama datang biang pertama.

untuk menjimatkan kos, kita boleh guna 1 pejantan eksotik macam Anglo Nubian & 1 pejantan local dengan menggunakan sistem rotational crossbreeding.

Rotational crossbreeding (silangan pusingan antara 2 baka, boleh jadi 3 boleh jadi 4 baka):
Pejantan: Anglo & Katjang

Anglo x Induk katjang = A1 [50% Anglo 50 % Katjang

A1 (Anak A) x Katjang = K1A1 [25% Anglo 75% Katjang]

K1A1 x Anglo = K1A2 [62.5% Anglo 37.5% Katjang]

K1A2 x Katjang = K2A2 [31.25% Anglo 68.75% katjang]

K2A2 x Anglo = K2A3 [65.625% Anglo 34.375% katjang]

Boleh dimasukkan juga sistem terminal crossbreeding. Terminal crossbreeding ni adalah mana2 anak yang lahir dari pejantan terminal, akan dijual semuanya jantan betina untuk slaughter. Contoh baka Boer.

Dari K2A3 x Boer = anak semua jual untuk sembelihan.

Boleh juga gabung sistem, Roto-terminal.

Naxz: Dengan fokus kpd pembiakbakaan ni,secara x langsung kita akan membuat rekod utk ternakan kita. Tag telinga merupakan satu kemestian utk bezakan generasi A1,K1A1 dll. Setiap generasi berlainan warna, barulah kita x pening kepala nanti. Tq for kapten don atas penerangan yg diberikan.


Nampak tak tuan puan, salah tu sebab pentingnya kena buat rekod ternakan. Tq to both goat bloggers in participating on this topic. 

Selamat malam, selamat bersahur dan selamat berpuasa. Mbekk!





No comments:

Post a Comment