Tuesday, 2 July 2013

A POOR MAN'S COW...


Secara am di Malaysia, industri penternakan kambing adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (121.39%), telur (113.79%) dan lembu (24.88%), tahap saradiri pengeluaran kambing dan daging kambing pada tahun 2007 hanya mencapai 8.75%.

Pada ketika ini, Malaysia masih bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. 

Dipetik dari Siri Panduan Asas - Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya

Ok intro yang secara tidak langsung menunjukkan penternakkan kambing / bebiri ini ada potensi yang besar di Malaysia. However info di atas ni is too general and vague. Kalau google pun, kebarangkalian info yang diberi menunjukkan peratusan dan sebagainya. Maksud saya, sebagai seorang penternak atau baru berfikir untuk memulakan perniagaan penternakan kambing, secara kasar berapa banyak actually kita mengimport daging kambing ni? Kalau ade numbers atau info yang lebih tepat, yang boleh nampak, pasti berkobar kobar orang nak membela daging kambing ni atau sebaliknya. 

To simplfy, kalau import banyak, permintaan sure tinggi. Logik.  

So kebetulan saya bertemu dengan sahabat sekolah saya, yang berkecimpung dalam industri mengimport frozen carcass meat and this is what he shared and revealed to me. 

Sebenarnya ada beberapa 'market player' yang mengimport carcass mutton and lamb ni, On average or at times, the importer bawak masuk sebanyak 50 kontena bersaiz 40 kaki dalam sebulan. Satu kontena bersama 22 metric tan. And 22 metric tan is equivalent to 22,000 kg of carcass.

22,000kg x 50 kontena = 1,100,000.00 kilogram of frozen lamb / mutton carcass a month! 

1,1 million kg pulak dibahagi dengan 16 kg average weight carcass, you'll get 68,750 carcass.

Ini baru satu company yang mengimport! Unbelievable! Shocking! Inspiring! Insane!

So tuan tuan / puan puan, now we can see a clearer picture kan? Soalan demi soalan dah mula berlegar di minda. Imagine, berapa ramai penternak yang diperlukan untuk CONSTANTLY supply that amount every month. Ada ke bantuan dan galakkan dari kerajaan atau mana mana organisasi untuk memajukan industri ini secara domestik, yakni membantu penternak tempatan dan reduce dependent on meat import. Nak start bela kambing apa yang produktiviti dia cepat? 

Terpulang pada kebijaksanaan tuan tuan puan untuk menafsirkan info di atas, but 1 thing for sure, goat breeding has potential. Very big potential. 

'A poor man's cow'. I beg to differ. 

Majulah kambing untuk negara. Mbekkkk!

P/S: info post ni dari sumber saya dan sekiranya terdapat percanggahan atau input yang berbeza, do comment and enlighten us. 









1 comment:

  1. Inilah yang saya cuba ketengahkan dlm entry saya recently.

    Just imagine 1.1m kg dgn harga RM16 per kg. A month's worth of import is about 16m. Times 12 months it would be close to 230m.and that's just one company. There are 7 companies altogether.

    Itulah sebabnya JPV dan MOA harus mainkan peranan supaya diadakan satu mechanism to curb and reduce the importation.its killing the industry. It's all chicken and egg. Kita tak akan dpt produce and replace the imported goods selagi kerajaan tak kurang kan import melalui kuota etc.

    Once dah ada kuota set in place. Barulah kita akan ada ruang utk lebih maju. Kita bukan nakkan bantuan jpv dan moa dari segi kemudahan kandang, pemberia induk atau pejantan.we want an intervention to create a leveled playing field.only then we can truly be self sufficient.

    ReplyDelete