Tajuk tu bukan size cutting body awek mahupun nombor ekor Sports Toto.
Salam Merdeka!
Bulan Ogos ni, memang best. Penuh dengan keseronokan, kegembiraan dan keriangan sempena menyambut Adilfitri dan sambutan Hari Merdeka di sana sini. Termasuklah juga kami di LRGF.
Yang lebih menggembirakan, LRGF telah menerima ahli ahli keluarga yang baru. Setelah sekian lama menunggu, seminggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan yang ke 56, kami dikejutkan dengan kelahiran anak anak kambing f1 kacukan shami. Lama wei menunggu saat saat ni. We were out of goat milk stock for the past few months. Orang dok call tanya nak beli susu kambing. Sedih bila tak dapat nak servis permintaan mereka ni, lebih lebih lagi pada bakal bakal ibu mengandung yang hardcore goat milk drinkers, demi untuk menjaga kesihatan diri dan anak kandungan mereka.
Ok, here are some clips of our newly born little billies.
Unofficial punya rekod, as at 31 Ogos 2013,
- 37 ekor anak kambing kacukan Shami (F1) telah dilahirkan dari 34 induk pelbagai baka (Boer, Kampung, not sure Jamna ade tak).
- 1 anak mati pada hari kedua kelahirannya.
- 2 induk melahirkan anak kembar.
- Jumlah keseluruhan ialah 20 anak betina, bakinya anak jantan.
Fuhhh. Ni pertama kali kelahiran yang sebegitu banyak. We were overwhemed! Super excited too yet nervous. Takut ada anak kambing yang mati. Nak buat rekod pun kelam kabut. Petak anak pun tak cukup! Getting crowded yet managable. Semua beranak sekali lak tuh, 3 hingga 4 ekor lahir dalam sehari. Maka petak kandang yang sedia ada di 'macgyver'kan untuk menampung kelahiran anak kambing ini.
Salah satu cabaran bila ada kelahiran / populasi kambing bertambah ialah space. Ruang untuk induk induk dan anak anaknya berada dalam keadaan selesa. Tak nak dia orang stress. Macam kita jugak, hidup nak selesa. tempat tidur nak comfortable. Cukup rest, perut kenyang, badan sihat, pegi ofis pun perform. Betul tak?
Itu satu hal. Bila anak dah besar nanti, overcrowded pulak. Gerenti. Tempat jadi sempit. Family dah bertambah, dan akan pasti bertambah. Masa tu lah nak kena pikir 'add on' kandang lagi. Another big decision to make. Inevitable. Tidak mengapa. This is a good problem.
Salah satu cabaran bila ada kelahiran / populasi kambing bertambah ialah space. Ruang untuk induk induk dan anak anaknya berada dalam keadaan selesa. Tak nak dia orang stress. Macam kita jugak, hidup nak selesa. tempat tidur nak comfortable. Cukup rest, perut kenyang, badan sihat, pegi ofis pun perform. Betul tak?
Itu satu hal. Bila anak dah besar nanti, overcrowded pulak. Gerenti. Tempat jadi sempit. Family dah bertambah, dan akan pasti bertambah. Masa tu lah nak kena pikir 'add on' kandang lagi. Another big decision to make. Inevitable. Tidak mengapa. This is a good problem.
Semua kelahiran anak anak kambing ini daripada induk induk veteran, yang pernah ada experience beranak. So kebanyakkan kelahiran tiada komplikasi, tak perlu jadi bidan.
Tapi, salah satu yang menakjubkan di LRGF ialah ada a few induk ni yang telah beranak dalam jangkamasa yang singkat jugak. Maksudnya the last time this does gave birth was between 6 to 8 months ago. Wow. Should we be worried? Is this a good indication of their fertility? Are we pushing the limit here on this does? Patutnya kena kasi dia orang ni relax dulu, recover first from their previous birth for a few months, lepas tu baru kahwin balik. Kalau ikut pengiraan memori (bukan rekod data), induk ni telah beranak 2 kali dalam setahun. Takpe. It's time to check back on the records to double confirm.
Bagi seekor anak kambing yang mati tu, kami tidak dapat kenalpasti apakah puncanya. However, induk yang melahirkan anak kambing ni, mengalami kes yang serupa dengan anaknya sebelum ini. There is a pattern here. Dia tak mengalami keguguran, tapi anak anaknya mati selepas kelahiran. Any thoughts on this fellow goat breeders?
Kalau lihat balik data kelahiran diatas, hanya dua induk yang melahirkan anak kembar. The other 32 does dapat single kid sahaja. Kalau nak dikaji, kadar bilangan anak kelahiran 'per induk', its under performing, way way way below average so to speak. Bayangkan jikalau separuh dari jumlah induk tu melahirkan anak kembar. Fuiyoooh ada 51 anak kambing.
There is two side to this case.
Firstly. The breed's performance. Kalaulah LRGF memang fokus kepada jualan pedaging, then we need to identify this problem seriously. Bukannya tak bersyukur, tetapi dari segi bisnes perspektif, kita kerugian. We need quality does (and sire) that can produce quantities (anak kambing) in a short period of time. Secara logiknya, kita nak kambing yang kidding rate tinggi. 2.0 above. Rata rata beranak kembar je. Yes dan ada pembiak kambing pedaging yang berjaya mencapai kidding rate 2.0 ni.
Note: Kidding rate sesebuah ladang dikira dalam jangkamasa tertentu (setahun) untuk mengetahui prestasi sebenar kambing kambing. Contoh di atas sebagai rujukan am sahaja. LRGF tak dapat nak bagi actual kidding rate. rekod belum cukup setahun lagi.
In my humble opinion, walaupun jumlah 51 tu nampak menarik, tapi kita kena tengok kemampuan ladang dan operasi jugak. Are we prepared? Ruang cukup? Makanan cukup? Duit nak invest kandang baru cukup? Duit operasi cukup (confirm kos naik sikit), manpower cukup? masa cukup? dan lain lain cukup? Nak tunggu anak anak kambing ni besar dan gemuk, ambik masa berbulan bulan jugak. Kalau end customer beli takpe jugak, boleh jual at a reasonable price, tapi bila trader datang, mintak harga yang tak masuk akal..ha...pening pening. So kena ada check and balance.
Compare pulak kalau LRGF fokus kepada susu kambing pula (which we are), then we are on the right track. 34 induk yang menghasilkan susu segar yang lazat selama 5 hingga 6 bulan (even longer). Satu chamber (teat) untuk anak, satu lagi chamber untuk LRGF. We don't require a high kidding rate, but more a high milk yield from the breeds.
Nampak tak bezanya tuan puan? Kedua dua ada pros and cons. Dua dua sama susah, tapi dua dua sama lumayan. Hebat betul lah kambing kambing ni.
Nampak tak bezanya tuan puan? Kedua dua ada pros and cons. Dua dua sama susah, tapi dua dua sama lumayan. Hebat betul lah kambing kambing ni.
All in all, LRGF amat bersyukur di atas rezeki yang melimpah ruah ni. Alhamdulillah. Thank you Allah All Mighty.
Siapa nak beli susu kambing!!!!!!!!!! Mbekk!!
Huuuu.... comel comel anak kambing ni.
ReplyDeleteMemang bahagia nengok kandang yang macam ni.
Tahniah!