Thursday, 24 October 2013

BERBALOI KOR BOLOR KAMBING, JANG???


PEMBIAK BERBIRI dalam blognya tanya kat kita. Aku ada komen sikit, beri aku punya pengalaman...tahun pertama hampir ruyup sebab tak ada pengalaman (harapkan syok dan semangat aajerr!!) dan kambing banyak mati. Tahun kedua, mula balek..sampai nak maju ke tahun ke tiga. Tapi pekerja pulak buat hal...lesapkan 40 ekor ibu kambing masa aku tak ada kat dusun!! Dah back to almost square one!!

Sekarang at the end of my third phase (5 tahun pengalaman dengan kambing..hehehe!!)..Aku buat kacukan Shami dengan boer, jamna dan kampung, nak niaga susu dan daging. Baru masuk 2 tahun aku eksperimen kambing kacukan Shami ni, dan sekarang aku ada 15 ibu F1 yang tengah berkawin, 30 dara F1 (hujung tahun ready nak kawinkan) dan 40 anak F1 yang baru 2 bulan!! (30 jantan anak..berat 20-25 kilo dah dijual tahun ini). Aku rasa aku perlu satu tahun lagi untuk mula nak break-even, Insya Allah!!

Jadi aku kira-kira, dengan ada economy of scale...bela kambing ni viable dalam jangka masa 5 tahun (kalau semua lancar)!!! Tak lama tu, Bro!! Bisnes lain, kurang-kurang 5 hingga 7 tahun baru boleh rasa untung!!!  

Tapi ada satu consideration yang lebih penting. Kalau ikut Prof Alwi ialah faktor "low input but high output". Maksudnya, operasi ternakan mesti berdasarkan pada perbelanjaan dan tenaga yang rendah tetapi mendapat hasil yang tinggi (high birthing rate). Caranya, mengikut Prof Alwi ialah operasi "PENGEMBALAAN PARA ANBIA" dengan baka kambing tempatan!!

Harap dapat F2 Shami 5 bulan lagi.


Pengembalaan cara Para Anbia dengan baka kambing tempatan.


Eden tak dapat ikut cara Pro Alwi sepenuhnya, walaupun amat yakin pada PENGEMBALAAN PARA ANBIA ni. Sebab fobia dek pengalaman kambing hampir pupus bila dibiarkan bebas meragut rumput di dusun durian!! Apa yang eden cuba compromise ialah untuk capai tahap "medium-low input untuk dapatkan medium-high output". (Ni tongah pikir camno nak dapek high-birthing rate untuk kacukan Shami dengan Jamna, yang ado slack...anakanda eden suruh jual ajor Jamna tuuu!!).

Hujung-hujung, eden raso memang berbaloi bolor kambing niii....tapi konor caro err dan mesti ada modal untuk tahan 5 tahun!!!

Selamat berternak.

Es Emdi (Shahrom Md Dom)

12 comments:

  1. Salam hormat tuan es emdi. Belai belai usap usap main main mandi manda dengan jamna dan shami - akan tinggi kadar kelahiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi nama, panggil dengan nama, cakap cakap. Buat siri berdialog dengan kambing.

      Kambing telinga panjang akan respon baik bila tuannya manjakan dia.

      Kalau tak nak manjakan kerana kekurangan masa atau tenaga, well.... boleh jual.

      Delete
    2. Bro Alwi, tk atas nasihat yang unik ni....memang tak boleh dapat dalam text books...hehehe!!!! Kalau P Ramlee maseh hidup,...tentu dia buat filem komidi box office Dailog Dengan Kambing.....tak banyak orang tahu niii.....Camana nak bermanja dengan kambing niii??? Uuuuuiii...tentu cucu eden tutup hidung.."Atok...bau kambing laaah!!!". Nasib baik, cucu eden ni gomar main anak kambing!!!!Anyway,..tq Bro.

      Delete
    3. masa perah susu, bersembang dengan dia, "Mek, ok ka hari ni? Makan kenyang?" hari2 biasa, usap2 tengkuk, garu2 kepala, tepuk2 dahi, urut2 belakang dia. yg penting ada body contact. hehehe. lama x komen dlm blog lalah river.

      di Indonesia, kambing Ettawah dia, dia mandikan, tu yg perform tu, badan tinggi lampai, susu banyak. ^__^

      Delete
    4. Waduuuh!! Bro Alwi cadang Dailog dengan Kambing..manja-manja nak improve birthing rate!! Don CH pulak cadang manja dengan body contact supaya perform susu banyak!! Siapa cakap penternak tak tahu berkasih sayang.???.........tapi dengan kambing!! Mmmmbbekkk!! Tk Bro..kena praktikkan cadangan!!

      Delete
  2. Tuan es emdi,

    Pengalaman saya dengan saanen di ladang sendiri.

    Kalau dah dibiasakan meragut dari umur cerai susu, saya perhatikan tak banyak masalah. Cuma kena buat deworming jarang2. Body score, appetite, general health condition ok. Ini anak dara saanen belum pernah beranak lagi.mungkin lagi 2 atau 3 bulan.skrg tgh bunting.

    Untuk induk saanen..lebih rumit..sentiasa volatile dari segi health condition.. kena scheduled deworming. Ada ups and downs. Kena selalu monitor. Dan bagi supplement every now and then utk boost vitality.

    Saya rasa kunci disini adalah adaptation from early age. Masa cerai susu seeloknya. Mind you that both adult and young saanens tu digembala sepenuhnya tanpa dedak buat masa ini.dry period.

    Pandangan daif hamba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro El, camna symptom pada kambing yang perlukan deworming?? Atau, ada ikut routine schedule?? Kalau tak cirit, tak kurus...perlukah deworming?? Tambah pulak kalau operasi tu ikut cara kandang intensif!!

      Delete
    2. Mungkin org lain lebih arif mengenalpasti tanda2 kecacingan.tapi biasa tengok bulu ruffled atau tidak, cirit warna apa, kurus, anemic kalau dh serious.

      Maksud induk dlm komen di atas ialah kambing yg saya dptkan yg dah dewasa.dari ladang intensif.tukar cara semi intensif. Boleh adapt, tapi ada risiko.

      Anak dara diperoleh masa umur cerai susu. Baru belajar ruminate. Terus ajar hidup semi intensif. Bila dh jd dewasa, performance wise lagi bagus yg kita didik dari kecil, mungkin dah develop resistance dan immunity dgn keadaan ladang.

      Bagi saya, kalau kambing tak menunjukkan tanda kecacingan.saya tak akan deworm. Selective. Very selective. Induk katjang pun saya tak deworm unless very necessary. Hanya anak yg baru pandai ruminate I.e. umur 2 atau 3 bulan saya akan deworm.

      Harap dpt membantu

      Delete
    3. Bro El, tq for the advise.

      Delete
  3. Bro El, Banya ker baka saanen?Saya minat nak kacukkan dngan Shami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak banyaklah..betul saya beli sekeluarga. Betul2 utk study dari segi adaptation diorg je.sbb plan juga nk buat dairy, low input..tapi mcm mustahil...mmg dairy kena high input..I learn the lesson the hard way..

      Delete
    2. Nampaknya kita penternak ni selalu learn the hard way ajerr...well that's the best lesson I presume.

      Delete