Saturday 26 October 2013

CAYA LAH TAN SRI!


'Menurut ibunya, tidak mudah untuk membesarkan anaknya itu. Dia suka merengek dan manja, sering menangis untuk mendapatkan perhatian, sentiasa mahu didukung sehinggalah umurnya 3 tahun. Pada usia itu, dia masih tidak boleh bercakap, dan si ibu bimbang kalau-kalau anaknya itu bisu. Anak kecil itu juga cerewet mengenai makanan, akan muntah setiap kali disuap nasi. 

Dia mahukan susu segar, dan bila lapar dia akan menangis sambil menunjuk ke arah beberapa ekor kambing peliharaan keluarga. Bapanya akan segera memerah susu kambing untuknya. Satu lagi kegemarannya ialah kek buah-buahan berjenama 'Big Sister' yang terkenal ketika itu. Bapanya akan membeli kek yang agak mahal itu setiap kali mempunyai duit lebih. Sehingga hari ini, beliau menggemari susu segar dan kek buah, dan cerewet memilih makanan.'

  • Beliau usahawan berjaya
  • Pengalaman berniaga ketika usia masih muda.
  • Bisnes awal adalah dalam industri ternakkan bersama bapa. (Lembu)
  • Banyak melakukan kerja kerja amal. Menubuhkan badan kebajikan untuk membantu golongan miskin dan kurang kemampuan (termasuk faedah tuisyen, hospital dan dialisis percuma)
  • The richest bumiputera corporate figure in Malaysia
  • Listed in Forbes Billionaires List

Tuan puan pembaca,  beliau ni yang minum susu kambing ni ialah............

Petikan diatas daripada Buku Biografi Syed Mokhtar AlBukhary,
Bab 1 Ditimang Gelombang, mukasurat 2,
oleh Premilla Mohanlall



Mbekk!!

Hmmm..Boleh hantar proposal kat Tan Sri buat bisnes susu kambing ni.

No comments:

Post a Comment