Thursday 31 October 2013

FAMA TAK BOLEH BUEK KANDANG KONTRAK KOR JANG???

A'laikum Bro Penternak.

Aku tertarik sangat dengan kegiatan FAMA yang bantu petani-petani (penternak kiro petani jugak kan Jang??) jual hasil tani dari ladang terus ke pasaran. Melalui prasarana Pasar Tani di merata negara, FAMA boleh menjamin pasaran, menguasai kualiti bekalan yang tidak putus dan memantau harga. Yang  lebih penting ialah memberi jaminan pendapatan kekal kepada petani-petani.

Skim Ladang Kontrak FAMA adalah kaedah pembekalan  yang berpanjangan daripada petani-petani. Ia juga menguatkan kedudukan ekonomi petani-petani dengan hasil penjualan juga terjamin. Sehingga tahun ini, seramai 3,199 petani telah menanggotai  Skim Ladang Kontrak FAMA, yang dimulakan sejak 2006 lagi. Petani-petani Ladang Kontrak FAMA ini telah berjaya mengeluarkan hasil 245,662 tan pada bulan September 2013 dengan nilai jualan RM 491 juta.


Jadi soalan cepumas eden ialah Kenapa FAMA (Kementerian Pertanian lerr maksudnya tuu, kan penternakan juga dibawah portfolio Pertanian???) tak boleh panjangkan sistem Ladang Kontrak kepada KANDANG KONTRAK??  (tentunya kandang kambing biakan tempatan). Rentikan ler beri kambing pawah tuu, gerentikan pasaran dengan FAMA beli dari kandang kitor. Kito ternak, FAMA pasarkan!! Camno, setuju tak Jang???

Salam berternak.
Es Emdi


No comments:

Post a Comment