Monday, 7 October 2013

KENAPO PILIH INTENSIF??

Salam para penternak.

Kalau hari Senin ni, orang-orang pejabat selalunya ambil alasan Monday Blues untuk liat bekerja!! Tapi kita orang penternak, mana boleh liat tulang!!

Eden nak cerito, kenapo eden pilih cara intensif kambing-kambing terkurung dalam kandang ajor!!

Kami ada lima ekar dusun yang ditanam dengan pokok durian. (Ingat-ingat kalau ada dusun ni bolehlah relaks hujung-hujung minggu. Hirup udara segar lagi nyaman, dengar burung berkicauan,  tenang fikiran, etc..etc. Aleh-aleh tuu asyek kena keluar duit ajerr. Nak ada pekerja jaga kebun, kalau tidak tak dapat makan hasil durian, dukong, buah naga, petai, ikan, ayam......kena curi lerr jawabnyer!! Rumput nak dipotong juga, kalau tidak kejap ajer naik somak!! So, berdusun ni banyak kena keluar modal, hasil durian hanya sekali setahun. Jadi tak ekonomik. So....... nak buek camno??!!)

orchard-farm house LRGF

Jadi.....lima tahun dulu, belilah kambing Boer F3 betina 10 ekor dan satu pejantan. Walaupun minat berternak tu memang ada, tapi alasan utamanya supaya tak payah gajikan pekerja potong rumput. Rumput yang banyak tu biar kambing ajer yang makan. Senang kan....mudah punya kerja!! Kandang pun buat alar kadar ajerr...renovate reban ayam,..buat kandang atas tanah. Orang JPV kata tak apa.......boleh, asal tambah dengan pasir dan rumput kering!!

Tahun pertama memang syok.............tengok kambing Boer membiak, anak-anak pulak gemuk...best punya cerita.!! Rumput tak payah di mesin oleh pekerja. Kambing bebas meragut di kawasan yang luas. Kadang-kadang dia curi jugak makan pucuk durian!! Opex pun rendah sebabkan kekawan cakap kena beri makan pallet supaya kambing naik gemuk, maka tambahlah opex dengan beli makanan kambing sikit!!

Ni penjantan Shami berkawan dengan F1 kat LRGF ketika ini
.
Problems mula timbul bila anak-anak kambing dapat cirit- birit. Kita ni bukan orang vet.....tak ada pun pengalaman..........jadi ke hulu ke hilir lerr mintak nasihat!! Pendapat paling common,...............sebabkan cacing,.........rumput basah,.........banyak telur siput,......etc, etc. 

So, jangan beri kambing ragut rumput sebelum pukul 11 pagi, biar rumput tu kering dulu, buat sistem plot rotation. 

Ubat camno pulak? Banyak recommend scorbon plus, ubat kembung perut...3 serangkai. Tapi kambing tumbang satu demi satu.......ubat yang mujarab maseh tak jumpa!! "Kambing makan biji durian tak?" serkap orang kampung!!

Belum patah semangat, cuba sekali lagi, beli stok baru Boer F2. Buat kandang dan kambing dikurung hingga 11 pagi baru dilepaskan untuk ragut rumput di dusun durian. Aku mula amalkan sistem semi-intensif...input maseh boleh tahan (sebab tumpang opex dusun) tapi output belum ada!

Masalah yang  sama timbul semula. Kambing banyak mati kerana cirit hingga yang acute..cirit air!! Puas aku cari ubat. Nasihat JPV mudah ajerr.....sembelih untuk elakkan rugi!! Akhirnya aku jumpa ubat kat Lazuli yang aku gunakan hingga sekarang!! Tapi waktu tu, batch kedua kambing kami juga hampir-hampir pupus!!

Kandang LRGF masa ini  mengamalkan sistem intensif

Pengalaman itu menakutkan kami untuk membebaskan kambing meragut rumput. Kami merasakan macam dah  ada satu fobia. Kami terpaksa mengamalkan cara intensif. Kambing dikurung sepenuh masa, makanan daun-daun hutan seperti balik angin dan arcasia, serta pelepah sawit, sedikit napier yang dicampurkan dengan pallet, diproses dikandang menggantikan amalan bebas meragut rumput. Walaupun input dan opex meningkat, kami cuba mengimbangi dengan mendapatkan hasil yang sederhana (kerana itu juga kami bereksperimen dengan mencuba kacukan kambing baka Shami untuk tambah output dengan daging dan susu sekali. Sasaran kami ialah penglibatan medium input untuk mendapatkan high output).

Betullah kata Prof.Alwi.....kambing lebih gemar makan pucuk daun daripada meragut rumput!!(mungkin kerana kambing mudah alah kepada sumber penyakit yang ada pada rumput-rampai di negara kita ini.....tidak seperti kekuatan biri-biri!! Wallahu a'klam!)

Pengalaman penternak lain camno pulak??

Salam berternak.

Es Emdi (Shahrom Md Dom)

7 comments:

  1. ya tuan, sistem lepas dalam kurungan memang tak sesuai, especially bagi kambing. bagi bebiri takde masalah sangat.

    cirit tu sebenarnya banyak faktor terlibat, cacing, pemakanan, scorbun plus tu buat duit je

    semenjak den guna sisten intensif ni, tak pernah pun seekor bebiri den kena kembung..dan puru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah plus-point sistem intensif, mudah kawal penyakit. Tapi minus-point ada juga, input kita tinggi. Jadi nak kena cari balance supaya sekurang-kurangnya dapat break even dalam masa tiga tahun. Saya cuba amalkan input sederhana dengan tidak memanjakan kambing (ikut istilah Prof Alwi) dan berusaha hasilkan output sederhana-tinggi melalui jualan susu segar dan kambing hidup kepada end users.

      Delete
  2. salah ejaan plak..scorbun plus tu buang duit je...

    ReplyDelete
  3. Pnjg kisah tuan es emdi ni.hehe..den plak start dgn kmbg kmpung 13ekor.bela2 senangla plak pnyakit lgsung xde.ingtkn sbb senang bela kmbg n rsa diri ni dh trlalu hbat belika anak Boer cerai susu 14ekor brmulalah mslh den sbb ank Boer ni bwk pnyakit ke kndg.tp hikmahnya den bljr byk ttg pnyakit n mulalah mnntut ilmu dr pntrnak lama smpi brtmu Alwi.Boer tu tggl 3ekor n 2ekor branak.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena ikut cara Alwi jugak kito ni....bela kambing kampung!!...Eden nak banyakkan kacuk Shami dengan local!!

      Delete
  4. kalau tuan es emdi berblogging memang best baca. very frank. excellent piece!

    ReplyDelete
  5. Bro Alwi, glad to see you bouncing again. Alhamdulillah!

    ReplyDelete