Tak habis-habis kisah kambing pawah kek kandang LRGF.
Cerita kurap yang dibawak maseh belum selesai...Dah timbul pulak kes baru!!
Cuba tengok pipi kambing boer-pawah tu. Mengelembong kan? Bukan bisul tu...tapi dia simpan dan kunyah makanan daun+napier. Dia tak telan. Itu yang mengelembong tuuu!! Dah lama-lama... diluahnya, tak ditelan,..tak jadi tinja!!
Yang terlonggok kat tepi tu bukannya tinja, tapi makanan daun+napier yang dimuntahkan. Aku pun pelik..tak pernah kambing LRGF buat perangai macam ni!! Agaknya kambing pawah ni hanya makan pellet ajer dulu tak??Tak reti nak makan daun-daunan.
Aku ada tanya orang vet yang ada ijazah kat supplier ubat-ubat dan alat ternakan. Katanya perut kambing tu tersimpul..atau mungkin kambing termakan kertas plastik atau kain.
Aku nak tanya pulak kat otai-otai, sifu dan kekawan penternak. Kenapa jadi macam ni?? Ada penyakit ker kambing ni??..Takut lama-lama tentu kambing ni jadi kurus...Tu camno nak buek ni, Bro ???
Salam, selamat berternak
Es Emdi (Shahrom Md Dom)
Salam tuan es emdi.
ReplyDeleteSaya pernah alami hal ini. Dan setakat ini semua kes sebegini adalah sementara. Paling lama seminggu. Makan muntah.
Saya sendiri tak tahu punca sebenar benarnya.
Apa yang saya buat ialah deworm dan antibiotik. Ye itu bukan langkah terbetul. Cuma precaution.
Harapnya kambing tuan yang makan muntah itu akan pulih secepat mungkin.
Tk. Rasa lapang dapat komen Bro Alwi.
Delete