Monday, 21 October 2013

SUPPLIER BOTOL SUSU KAMBING


Salam penternak semua.

LRGF akan start operasi untuk memerah susu kambing untuk dijual dan mulalah saya mencari supplier botol. Ni nak share kepada sesiapa nak cari botol, bolehlah tanya dekat sedara ni.




Ni En Zaki, mempunyai kilang membuat botol plastik di Seksyen 16, Shah Alam. Bisnes bernama Cahaya Plastik Entreprise, dulu MTI Plastech Sdn Bhd. Dia take over operation & bisnes ni dari previous director (lebih kurang macam tu lah). 6 tahun dah berpengalaman dalam pasaran botol plastik ni.

Not bad jugak lah pelanggan dia, dan ramai penternak kambing tenusu beli botol dari beliau terutama belah pantai timur sana (delivery service included). Jabatan Veterinar pun dia supply kat pasir puteh, bukit payung ketereh dsbgnya.

Macam macam jenis botol dari minuman ke syampu.
Untuk botol susu, pelbagai saiz ade, 140ml, 180ml, 200ml and 250 ml. Botol botol ni kena tempah, dia tak simpan stok.

Botol botol dalam gambar adalah jenis HDPE brand Petronas. Rupanya HDPE atau bahan mentah untuk buat botol plastik ni dibuat dari petroleum. HDPE ni material yang sesuai untuk simpan minuman yang perlu disejubekukan berbanding dengan material PP (kut) yang sesuai untuk minuman panas. Kalau masuk freezer, botol material PP ni akan pecah.

Bag mengandungi HDPE

Ni lah rupanya HDPE

Satu lagi servis yang diberikan ialah syarikat beliau akan masukkan / lekatkan label pada botol. Mencetak label dia outsource. Contact untuk orang buat label dia bagi untuk customer deal direct.

Label

So kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal pricing, minimum kuantiti untuk tempahan dan lain lain, boleh hubungi beliau di 01126741120. Kalau beliau tanya mana dapat contact dia, bolehlah tuan puan bagi tahu Adil Susu Kambing rekomenkan.

Mbekk!!

P/S: Masa tengah borak borak, dia ni pun berminat dan tengah planning nak ternak kambing pedaging in the future. Tanah sawit share dengan adik beradik. Semoga perancangan beliau berjaya, InsyaAllah.

2 comments:

  1. terima kasih adil tulis post ni. great help.

    HDPE juga diguna untuk bungkus ketupat moden.

    ReplyDelete
  2. salam...adakah ni en zaki msih diguna pakai??

    ReplyDelete